About Me

My Photo
Cinta kau dan aku Takkan mungkin bersatu Untuk saat ini di dunia ini Mungkin kita bersama Nanti di atas sana Biar ku setia menjaga cintamu Selamanya

Wednesday, May 8, 2013

Perkara kecil.....


Dearest...Followers,


Dalam hidup ini, terlalu mudah dan terlalu banyak yang boleh diperkatakan tentang kehebatan, 
trend masakini yang melanda. Lihat sekeliling kita, ada yang sudah menjadi rutin harian memaparkan 
kemewahan yang besar lagi extravaganza atau pula  kasih sayang romantis yang tiada batasnya.
Siapalah agaknya  yang tidak suka merasa teristimewa atau "im over the top kan?"
 Tapi hati-hati kita takkan sedar bila terjadinya takbur...
maafkanlah sekiranya ada kata-kata mummy selama ini 
pernah mencuit sedikit hati dan perasaan semua...

Tapi, satu perkara yang buat mummy sedar, dari waktu ke waktu ialah 
jangan hanya mengharapkan yang besar sehingga  terlepas memandang 
perkara yang kecil, hal yang remeh, adakalanya perkara-perkara biasa sahaja
sudah cukup untuk membuat orang yang kita sayang tersenyum.
Seperti? Seperti Nadime yang selalu membalut pemadam pensil dengan 
cebisan suratkhabar dan menghadiahkannya kepada mumy setiap kali 
menjemput mumy dari tempat kerja...:))

Adakalanya, perkara yang paling kecil, mudah dan langsung tidak memerlukan 
usahalah yang benar-benar dapat membuat sesuatu perhubungan itu kekal selamanya. 
Tapi kita lebih suka bersusah payah untuk memberi dan mengharapkan
sesuatu yang lebih besar sehingga yang kecil itu dilupakan begitu sahaja.

Kebendaan itu memang hebat, tapi bunga....bunga itu akan mati. 
‘Candle light dinner’....akan habis dimakan. 
Barang kemas akan hilang ......atau putus. 
Penulisan... akan dibaca dan mungkin juga dikecam.

Tetapi kata-kata yang ikhlas, di waktu mummy amat memerlukan, 
tidak pernah akan hilang nilainya. Sokongan yang sebenar, terutamanya ketika 
diri mummy hilang kepercayaan pada diri sendiri..... tidak akan mummy lupakan.
Harini buka blog, scroll kebawah lihat masih ada followers,
followers yang pernah mendoakan Alanna.
Terima kasih followers, mummy tak pernah sangka doas ini akan kekal.

Entah apa lagi yang menarik disini?
setelah hampir 4 tahun menulis cerita yang sama,
Yang menarik pastinya, bukanlah mummy, 
barangkali Alanna…. kehadirannya masih terasa.

 Jaga diri semua.......:))


-Luvs, mummy-

4 comments :

Anonymous said...

Assalamualaikum ayu...akak sentiasa menantikan coretan ayu dlm blog ni..akak suka apa yg ayu tulis...semuanya lair dari hati yg tulus dan ikhlas...dan setiap kali akak buka blog ni akak mengharapkan doa yg akak pohon selama ini menjadi kenyatan...doa akak moga ayu dikurniakan seorang baby girl yg comel utk menyerikan lagi keluarga ayu...itu doa akak utk ayu...ayu tak kenal siapa akak tp dalam doa akak selalu menyebut nama ayu..andai ditakdirkan satu hari nanti akak buka blog ni & dapat tahu yg ayu sedang pregnant, akak pasti menitiskan air mata kerana terlalu gembira...take care ayu..


Dari : kak zura,kajang

Unknown said...

Mommy nadime n alanna, saya sentiasas menantikan celoteh mummy terutama yg melibatkan alanna...saya pernah mimpikan alanna yg sungguh comel dan sentiasa tersenyum...

Anonymous said...

assalamualaikum...kata2 yg indah n benar...alfatihah untuk bidadari syurga alanna yg manis...

dari :ain,puchong

Anonymous said...

mummy nadime n alanna....sy selalu doakan mummy dikurniakan seorg bb girl secomel alanna....buat pengubat rindu mummy...miss nadime...hugs for me mummy..dh lama xbukak coz sejak mummy tukar dia punya layout ssh nk bukak dia xsupport...

sya...

Followers