Assalammualaikum,
Mari adik kakok sekalian, jom carigali gambar kita masa kecik-kecik dulu especially gambar semasa kita sedang bersekolah di Tadika.Mummy tahu adik kakok semua ada, sekurang-kurangnya satu kan? Kenapa?
Semestinya lah, sebab kenangan di tadika adalah kenangan yang paling manis dalam kehidupan setiap ibubapa dan anak-anaknya kan?? Dan itulah kali pertama si anak melangkah keluar dari " Home sweet Home" ke dunia luar yang lebih besar, berseorangan. For sure, ramai parents yang mengambil gambar kan..walau zaman dulu-dulu kamera tak berapa nak canggih, tak macam ibu bapa sekarang yg ada DSLR lah, itulah inilah, yg amik gambar dengan ipad lah, skrin sebesar2 alam...Aha... yang paling penting matlamat mereka cuma satu nak mengabdikan kenangan terindah anak-anak tersayang dengan tadika masing-masing.
Tapi dlm kes ini, mummy yang sedih sangat sebab mummy tak ada koleksi gambar-gambar dekat tadika tu.. Dulu ada beberapa keping, tapi semua sudah hangus dijilat api masa rumah mummy kebakaran 16 tahun dulu. Tapi nasib baik, sepupu mummy "along" masih menyimpan harta karun yang sangat bernilai ini. Tengkiu Along!!!! tak sangka bermula dari perbualan mengenai tadika anak-anak kita di FaceBook.... akhirnya membawa kepada perkongsian sebuah gambar yang begitu bermakna.
Kali pertama melihat gambar ini, mummy tak sabar-sabar mencari yang mana satu kah mummy??? Hati berdebar-debar, satu- satu wajah comel dan naif itu mummy perhatikan... OMG macam mana boleh tak kenal diri sendiri yer...Ahahahaha...nampak sangat dah tua. Muka dah lain sangat dan langsung tak sama.
Dalam lebih kurang 3 minit mancari baru terjumpa...itupun sebab dapat spot baju gaun favourite mummy.
First impression...I look like a sad child!!! .. dan sangat comot okay, selekeh, tapi tetap kontrol ayu...pakai gaun turun temurun, dari kakak No:1, turun ke kakak No: 2...last-last dapat dekat mummy.
Mummy masih ingat gaun itu, gaun favourite mummy, pantang lepas basuh nak pakai.
Dalam gambar tu mummy duduk sebelah sepupu mummy "Along" yang cantik,
dia yang bagi gambar ni pada mumy. Kami memang rapat masa kecil.
Macam tak percaya gambar tu berusia 26 tahun. Kalau tak silap tahun itu ialah 1986.
Warna pun kemerah-merahan ala-ala dah edit dengan Instagram gituh..kelass kan...
Ahahah. Tapi gambar tu tu tulen tau, tak de edit apa-apa.
Mummy suka segalanya tentang tadika KEMAS kami. Dari lantainya yang diperbuat dari simen, berketak-ketak (kalau time belajar cikgu Rohana akan bentangkan tikar) sehingga ke dindingnya yang terdiri dari papan lapis tidak diketam. Tingkap nako tempat ibu-bapa kami mengintai pada hari pertama kami belajar. Rindu pada meja-meja kecil, tepat kami selalu main dan gunakan sebagai katil tempat kami mahu "bersalin"!!! Rindu juga pada anak patung lembik tak tahu kepunyaan siapa yang selalu kami masukkan kedalam baju dan menjadi newborn kami... Lagi satu kenangan masa kat tadika kemas ni lah mummy belajar nyanyi lagu
"Tepi gunung air terjun"....tu :))
Ha, itulah dia cikgu Rohana yang sedang tunduk menulis di meja, kulitnya putih melepak bak snow white, rambutnya ikal, sedikit ikal dan blonde. ( Terbukti pada tahun 1986 sudah ada hair colouring okay , tak sure dah ada rebonding ke tak...:P) Cikgu Rohana ni suka pakai baju merah tau, dulu mumy sayang sangat cikgu Rohana sebab dia selalu bagi mummy balik awal, nak balik awal kena senyap tak boleh berbual selama 10 minit. Itu adalah antara ground rules tadika kami. Siapa yang bercakap tak boleh balik tau, duduklah kau kat tadika tuh sampai petang...hihi...Pastu bila cikgu bagi balik, lari-lari balik menangis cakap dengan emak...emak tanya: "Kenapa menangis? - Cikgu marah - Kenapa cikgu marah? mesti nakal kat sekolah padan muka, buatlah lagi..." Ha, itu mak -mak zaman dulu....mak- mak zaman sekarang lain...
Nampak tak papan hijau besar yang menjadi buku kami setiap hari...belakang papan hijau tu, ada stor dan dapur... dan bila cakap pasal dapur terus teringat karipap panas dan air milo yang selalu kami makan bila tepat pukul 9 pagi. Kadang-kadang air kopi, cecah roti. Tu belum lagi mee goreng makcik yang sedap dengan air sirap suam untuk makan tengahari sebelum kami berjalan kaki untuk pulang.
Sungguh berbeza dengan anak-anak zaman sekarang kan? Pergi balik dihantar dengan kereta sehingga depan pintu pagar sekolah, dah sampai siap mummy turun bukakan pintu kereta, tolong bawa beg sekolah, jalan dipimpin sampai ke depan pintu sekolah, kasut dibukakan, KAN? Sapa setuju angkat tangan...:))
Lepas tuh kalau balik sekolah menangis sebab kena jentik sikit, besoknya datanglah rombongan emak dan ayah ke sekolah untuk tanya cikgu "KENAPA ANAK SAYA MENANGIS TAK NAK PERGI SEKOLAH CIKGU? DIA KENA JENTIK KE CIKGU?"
Hish, takutkan dengan parents zaman sekarang... mummy teringat hari pertama mak mummy hantar mummy kesekolah, masa mak mummy nak balik tuh dia beri satu pesanan keramat kat cikgu mummy macam ni..
" Che-gu (ejaan cikgu dulu-dulu), che-gu ajarlah anak saya ni, baik-baik, kalau dia tak dengar kata, che-gu pukullah dia, asalkan tak patah, tak buta, tak pekak..tak pe..."
Ha amik kau... pesanan keramat tu.. alhamdulillah takdelah pulak mummy kena pukul kaw-kaw dengan cikgu Rohana tu, walaupun tak jadi doktor....yang penting jadilah jugak orang yang 80% berguna..hihi.
Dulu masa hantar Nadime dekat rumah Babysitter mama pun , mummy pesan kat baby sitter mama tu macam ni...
ha..u olls mampoo? :P
P/S - Siapa dapat teka mummy yang mana satu? Klue dah banyak tu...kalau dapat dia memang terror....:))

3 comments :
yang duduk sebelah depan no 4 dari kiri....tul tak...
duduk depan sekali no 4 dr kiri...i spot berdasarkan quality gegirl yg mmg semulajadi ada pada u...yeaaaahhh
hye mmy....saye teke yg dpn no 4 dr kiri...sejibik mcm muke hang nadime...
~nanieisme~
Post a Comment