About Me

My Photo
Cinta kau dan aku Takkan mungkin bersatu Untuk saat ini di dunia ini Mungkin kita bersama Nanti di atas sana Biar ku setia menjaga cintamu Selamanya

Thursday, January 24, 2013

Hakikat menjaga anak yang sakit.....



Assalammualaikum, saya bukanlah seorang mummy yang mempunyai anak ramai, tidak pula seorang pakar dalam membesarkan anak-anak. Namun setelah hampir 5 tahun menjadi ibu kepada Syafil Nadim dan 9 bulan 10 hari kepada Alanna qish, satu kesimpulan yang mummy dapat buat disini adalah ; 

Menjaga anak-anak adalah mudah, sehinggalah mereka jatuh sakit.

Sebagai ibubapa, kita tidak dapat lari dari tekanan jika anak kesayangan kita jatuh sakit. Tidak kiralah sakit kronik ataupun hanya batuk dan demam, yang pastinya anak kita amat memerlukan kita lebih dari dia memerlukan mainannya, susunya, ubatnya, penjaganya, ataupun bibiknya. 
Ia, dia memerlukan kita, Ibunya.

Lebih-lebih lagi jika sakit yang dihidapi anak itu adalah kronik, dan mengancam nyawa, maka tekanan yang akan diterima oleh ibubapanya adalah 10 kali ganda.Tekanan yang dialami, kerana mempunyai anak yang sakit, adalah berbeza beza bagi setiap ibubapa. Adakalanya tekanan itu membuat kita marah kepada anak kita yang sedang sakit. Ya, ia memang berlaku .Benar-benar berlaku kepada mummy. 

Oh, common, mummy bukanlah malaikat, mummy bukanlah Supermumy...........  mummy tidak akan menceritakan perkara yang baik-baik sahaja.....hanya untuk menunjukkan diri ini sabar, tabah, diuji..mummy insan terpilih.....bla..bla...bla... and so on and so forth.....boleh pergi jahanam dengan semua kata puji-pujian itu.

Adakalanya, jiwa menjadi tidak tenteram ...lantas kemarahan dilepaskan. Sudah tentunya ia bukan salah mereka, tetapi ia memang adalah satu sifat manusia yang suka mencari seseorang untuk dipersalahkan, Bukan??  Please admit it.

Menjaga anak yang sakit, boleh membuatkan kita  rasa seperti 'terkena' , kita rasa seperti hidup dalam kesusahan, dan ia juga seperti sebuah longkang besar yang akan membuat kan kita jatuh dan terjerumus ke dalam masalah seperti  masalah peribadi, psikologi dan kewangan. Ia juga boleh meletakkan satu tekanan yang besar kepada hubungan kita suami isteri, kerana begitu banyak tenaga yang harus dicurahkan terhadap anak itu tadi sehinggalah tiada lagi masa untuk kita berikan antara satu sama lain.
Hasilnya: kedua-dua ibu bapa terasa diabaikan...........
Lebih malang lagi jika ada perasaan menyalahkan pasangan kerana keadaan anak di ketika itu............. 

Hidup seperti di dalam neraka, walaupun tak pernah rasa api neraka, sentiasa berendam airmata. Cabaran yang baru setiap hari, namun yang manisnya tetap ada,  yang tersangat manisnya adalah apabila adanya Ujian penyakit, maka adalah peluang untuk kita temui satu kekuatan dalam diri yang tidak pernah kita ketahui dari mana datangnya......sebelum ini.

Percayalah semuanya mampu kita lalui jika kita sentiasa merasa rendah diri pada Qada dan Qadar Allah....

Semalam mummy menerima satu mesej dari seorang ibu...nama dirahsiakan lah yer.

"Salam, saya nk tumpang tanya, mcm mana akak divide masa between keje n jaga anak yg sakit? Really need ur guidance sbb anak critical broncholitis, tp keje kat opis pun byk n xde org lain yg blh backup. Thanks eh"
Waalaikumsalam, haha, dah rasa macam kolumn Cik Siti Wan Kuncup pula yer, mummy boleh nak bagi pandangan tp berdasarkan pengalaman dan situasi mummy lah yer...walaupun anak kita sakit namun berkemungkinan,  situasi kita tak sama. Yang samanya adalah, kita sebagai ibu yang bekerja.

 Masa mula-mula tahu adik sakit dulu, sebelum confirm dan kritikal, mummy masih menghantar dia dan Nadime ke rumah pengasuh yang memang jaga mereka sejak dari usia 2 bulan lagi. Alhamdulillah pengasuh yang mereka panggil mama ini, sangat bertimbang rasa dan pendek kata memang dia menjaga anak-anak mummy seperti anaknya sendiri.....

Tapi sebaik sahaja sakit adik dikesan dan dinasihatkan agar dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan pemerhatian, mummylah yg harus menemaninya bukan? Jadi mummy pun ambil Emergency leave.
Sebelum tuh MC tak payah ceritalah kan, saya lah ratu MC kat office tu, yerlah kalau dah tak tidur bersengkang mata selama 2 hari jaga anak sakit, maunya tak flat?? Kalau nak cakap pasal kerja di office memanglah sampai kiamat pun takkan habis dibuatnya. Orang memang boleh cakap, nak cakap apa cakaplah yang sakitnya anak kita bukan anak dia.... Dia belum kena lagi....cuba kalau dah kena.

Tapi Alhamdulillah sebab officemate semuanya memahami. Masakan tidak memahami lagi, sebab hampir lebih sebulan mereka nampak mummy berendam airmata dekat office, setiap hari sambil buat kerja mata merah menangisi nasib yang menimpa adik. :(((..kat mana lagi kalau bukan dalam kubikal kecik office yang terletak di penjuru tingkap.
Seminggu lebih adik dekat HSB, lepas tu adik kena transfer dekat HKL untuk rawatan yang lebih terperinci.
Kesihatan adik semakin merosot, mummy terus draft surat minta cuti tanpa gaji selama sebulan. Alhamdulillah approved. So bermulalah hidup mummy dengan adik di HKL aka rumah kedua kami.

Walaupun time tu hidup kami susah, kerana daddy seorang yang bekerja, namun Alhamdulillah, makanan yang dibekalkan oleh Hospital sebanyak 4 kali sehari, dapat menyelamatkan mummy dari mati kelaparan. Mummy tak pernah komplen masakan hospital kerana mummy tahu itu semua setimpal dengan apa yang mummy bayar dan juga sebab mummy tak pernah berkesempatan untuk menikmati makanan yang dihidangkan , selalunya mummy akan makan cepat-cepat, curik-curik masa ketika adik tidur. 

Nadime pula, kami terpaksa hantar ke kampung kerana daddy tak sempat nak berulang alik jenguk kami, dan Nadime di rumah pengasuh. Biarpun hidup di Hospital Kerajaan aka hospital murah dan ala-ala setinggan bagi setengah orang,  namun hati mummy tenteram kerana tidak perlu memikirkan hal-hal berkaitan kerja lagi. Time tuh mummy bisik kat telinga adik, : "Adik... im all yours!!!! " adik pun sengih walaupun senget sikit....hehe (rindunya kat adik.........!!!!)

Orang kata apa sudah jatuh ditimpa tangga??  ha yang itu pun kami pernah alami... Daddy pulak kena terminate kerja last minute sebab company yang dia kerja tuh diishtihar bankrupt. Sakit hati tak? Eh tak, suka-suka......sebab daddy boleh duduk disamping kami setiap masa....:)) Pagi- pagi daddy dah sampai kat hospital, bawakkan mummy Nasi Lemak Antarabangsa....:P kenangan sungguh. Laki bini tak ada kerja pun, masih boleh rilek lagi kan...yang penting kami masih dapat lihat senyuman adik setiap hari..... kami pun menghitung hari.... pasal bil hospital tak perlu risau sebab tak mahal pun... sehari tak sampai 20 ringgit pun.

Itulah yang mummy cakap situasi kita berbeza, kami duduk hospital murah jer, sebab tu tak perlu fikir pasal bil harian or caj-caj lain..... walaupun kami tak kerja. Kalau duduk hospital swasta dan tidak ditanggung insurance...kena pikir 2-3 kali jugak tuh nak ambil cuti tanpa gaji kan? Tapi kalau-kalau rasa cik abang boleh tanggung, mummy nasihatkan ambil jer cuti tanpa gaji sekejap.............walaupun sekejap perasaan tu indah sangat-sangat.

Tuh yang setiap petang masih dapat nyanyi dodoi2 adik, atas katil..sikat-sikat rambut adik, buat tocang.. kenangan terindah sangat-sangat. Duit simpanan yang ada sikit-sikit masih mencukupi, alhamdulillah dapat pulak kami guna untuk survive dan beli mesin suction adik, biarpun yang bukan brand  mahal..... Dapat bawak adik berubat ke Pahang, ke Melaka, ke Kelantan, ke Johor....sana sini kami pergi.

Kawan-kawan yang datang pun semua sangat murah hati, bila salam mesti ada rasa kertas dlm genggaman... walaupun rasa malu dan hina, kerana sedar tangan yang memberi adalah lebih baik dari yang menerima, namun kami tahu itu adalah rezeki adik.... roda itu kan sentiasa berputar ada masa kita dibawah, ada masa kita diatas. Itu semua rahsia Allah.

 Yang penting kita bersyukur, redha, Allah pasti tunjukkan jalannya.....walaupun bengkak bengkok. 
Lepas sebulan, mummy tambah sebulan lagi cuti tanpa gaji..... sebab mummy tahu tiada siapa yang dapat jaga adik dengan baik kalau bukan mummy...Alhamdulillah time tuh daddy dah dapat kerja kat tempat baru.
( kan mummy dah kata kat daddy, jangan risau kerja boleh cari, tapi saat-saat indah bersama adik??? takkan dapat diulang lagi. ) 

Adik pun dapat balik rumah, sambung rawatan dekat rumah jer, makan ubat, tapi sakit adik tak de ubat....adik makan ubat untuk melambatkan proses kemusnahan jer....:((  mesin susu semua boleh pinjam dari hospital....so tak ada masalah kan? Yang menjadi masalahnya satu jer.... adik... kesihatan adik semakin merosot....adik makin kurus....sebab doktor pun dah cakap kat mummy, jagalah adik baik-baik....selama mana yang boleh..sebab adik memang takkan boleh lama lagi........:((

Tapi, walaupun takdir hidup adik dah ditakdirkan macam tuh, namun mummy rasa puas, sebab dapat jaga adik selama adik sakit, setiap hari mummy bangun, sebelum buang tahi mata mummy dah terkejar-kejar buat susu adik....... walaupun mulut mummy kadang-kadang membebel-bebel tak tentu pasal.... namun semua yang mummy buat ikhlas untuk adik..... sampailah adik menutup mata di depan semua ahli keluarga terdekat.
Ternyata apa yang mummy buat selama ni berbaloi..................sedikitpun mummy tidak sesali....
 
So, dear, fikirlah masak-masak... banyak yang perlu diambil kira sebelum membuat sesuatu perkara.  
Kalau mummy , mummy memang tak boleh buat 2 perkara yang melibatkan perasaan dalam satu masa..... nanti mummy yang merana....tapi apa pun keputusan u, mummy tahu itu yang terbaik, kerana hanya u yang tahu kondisi anak u dan pastinya setiap ibu mesti lakukan yang terbaik untuk anak dia.....kan...

So, i doakan u dengan anak u sentiasa dibawah lindungan dan kasih sayang Allah SWT... Semoga hari-hari yang akan mendatang akan menjadi lebih baik dari apa yang u alami semalam....semoga anak u diberi kesembuhan, agar hilang segala resah seorang ibu.......hanya seorang ibu yang mengerti resah seorang ibu.

Amin.


I purposely pakaikan my two babies ni simut yang sama...hiihihi....  
Simut tu ada lagi i simpan..untuk anak-anak i yang akan datang...............:))
Cant wait!!!

7 comments :

Coffee Mama said...

Family should come first, work later...Ini prinsip yg selalu saya pegang..Coz kalau kita susah ke sakit ke family lah yg akan sentiasa support kita, keje boleh dicari, Insyaallah..

Momma Qiestina said...

Taouched entry.mengusik hati momma.

betulla, anak & family tu yg plg penting :) kije kita bole cari..family dimana nak cari ganti kan.

Bicara hati ibu aisya said...

Lama xbaca blog, blog Alanna yang dituju dulu ;)

Touching giler baca entry nih.Seriusly, betul kata2 ayu tuh.Menjaga anak yang sakit banyak ujiannya.Lagi2 bab perasaan.Sesekali datang tekanan perasaan, yang sakit tu pun kena marah gak.Apatah lagi pasangan/org terdekat.Airmata toksah citerlah.Apapun...byk pengalaman dan kenangan melalui semua tu.Ia juga mengajar kita lebih kuat utk hadapi kemungkinan dan kenyataan kan?

CeqGu said...

Hurmmmm xtau nak komen apa sbb tersentuh sgt2....tp xpe mummy.....yg penting alanna tentu sdg bergembira di syurga....ohh xmampu nak tahan air mata...

Bonda Ryan said...

again. saya menyelami perasaan kak ayu dan saya pasti kak ayu seorang ibu yang tabah.Al Fatihah buat alanna tersayang, si bidadari syurga.

baby diapers said...

Asslammualaikum..
Dimana harus dimulakan bicara. Saya jumpa blog ni di kala mencari doa pengubat hati yg rindu kepada yang telah tiada.Yg jumpa doa rindu utk org jauh..hmmm..
Saat diri menangis teresak2..baca blog ni lagi tersedu sedan..
Saya kehilangan baby yg baru berumur 9 bulan dgn tiba2. Cuma demam biasa. Niat utk bawa ke klinik x kesampaian, apabila dikejut pada kul 6am 18.3.2013 utk beri susu.. arwah tidak lg bernyawa. saya tdk spt anda yg telah bersedia mungkin dr segi mental n fizikal utk menerima kenyataan yg puteri tersyg akn pergi. Sehingga kini..sesungguhnya sya redha. tapi setiap kali saya berdoa agar dikurniakan anak seperti arwah.setiap kali itu juga saya menangis.susah untuk hentikan sebak di dada. di ofis, dlm kereta, di rumah..terbayang arwah. sy xnk airmata yg jatuh jd tanda sy tdk redha pemergiannya. sy xnk airmata yg jatuh buatkn arwah terseksa.tp sbg ibu..apa daya saya..give me some advice agar sy bleh berhenti menangis..

kakak hanis said...

baby diapers,
hiba saya baca tulisan anda. bersabarlah ye kerana dia menunggu kamu di pintu syurga dan tempat dia adalah sebaik-baik tempat kembali. saya jururawat di wad kanak2 kanser. saya juga melaluinya... huhu...

Followers