Assalammualaikum,
Its no that i adore my own house, but to be specific; It is an extension of me...
Kesinambungan dari kehidupan dan personality mummy. Diluar mummy nampak happy, easy going tetapi disebalik nya, Mummy adalah seorang yang suka ketenangan, mumy tidak suka cahaya yang terang tapi suka cahaya yang suram, , mummy suka bersendiri, mummy amat mudah didekati sebab mummy peramah dan suka buat kelakar tetapi mummy sukar didampingi sebab mummy sensitif....mummy poyos dan tak punya ramai kawan, tak sedih pun sebab mummy memang tak suka huha-huha, (tapi kawan kat facebook ramai gila; tak tahu boleh declare as kawan ke tak..sebab ada diantaranya tegur say hi pun tak pernah, semua add mummy sebab adik dan nak tahu kisah sedih mummy , tunggu masa nak delete jer), pernah sesekali mummy cuba berkawan dengan ramai orang, tapi mungkin nasib mummy tak baik, mummy selalu terluka.Makan dalam.Sejak dari hari itu, mummy berjanji pada diri mummy, berkawan boleh tetapi jangan terlalu rapat,pastikan ada gap, kerana apabila terlalu rapat, semua perkara tidak akan ada had.
Best friend ada 3 orang jer since sekolah menengah dulu...Mereka ialah Lela, Ina, dan Aini. Setahun 2 kali jer jumpa tapi sampai sekarang still keep in touch.Kalu jumpa, memang tak ada topic lain, tetap topic yang sama; kenangan2 masa sekolah dulu tetapi kami boleh ketawa sampai keluar air mata. Topic yang paling basi adalah topic mummy kena marah dengan cikgu bahasa Inggeris sebab suka lukis perempuan cantik atas meja.:P - cakap pasal sekolah ni mummy teringat suatu peristiwa airmata masa sekolah dulu.
Masa tu kelas akaun tingkatan 5, dari pagi mummy gelabah sebab homework akaun mummy tak sempat nak siapkan, bukan sebab malas ( malas ler jugak sikit-sikit hihi) tapi sebab malam sebelum tu, mumy kena tolong jaga kedai makan ibu mummy sampai pukul 2 pagi, masa tu kami kurang pembantu.
Keesokkanya, Puan Majdah aka guru akaun suruh semua murid yang tak siapkan kerjarumah berdiri.
Mummy dah cuak, adalah dalam 3 orang yang berdiri. Puan Majdah tanya sorang-sorang, sampai turn mummy, Puan Majdah tanya : Awak kenapa tak siapkan???
" Sorry cikgu, saya tak sempat nak buat sebab malam tadi saya tolong mak saya kat kedai makan sampai lewat malam" - Jujur dan skema gila jawapan mummy ingatkan Puan Majdah boleh terima dan maafkan.. Tapi tetiba Puan Majdah tengking mummy: "Ah sudah, kalau nak tolong mak kat kedai lainkali tak payah sekolah!!"
Mak aii..giler sentapnya, bukannya second time pun baru first time, mummy terus menangis sebab terbayang wajah mak mummy, terlangkup muka atas meja sampai habis kelas akaun mummy tak angkat-angkat muka.Bila da habis kelas, malu gila nak angkat muka okay... so as usual lah best friend mummy yang 4 orang tadi ni pergi lah tarik kerusi duduk kat mummy and pujuk mummy. Tapi hari itu jelah diorang pujuk, keesokannya dan sampai hari ni kalau kami jumpa diorang masih ungkit cerita tu dan ejek2 mummy. Sejak hari tu mummy tak suka kelas akaun. Prfffttttttt!!!! Terus cancel cita-cita nak jadi akauntan :p
Mummy adalah manusia perumah. Mummy lebih suka duduk dirumah, daripada menambahkan kesesakkan di kotaraya.Sekarang bukan kotaraya saje yang sesak, nak keluar ke Ikea tuh pun berhari nak sampai.Tak percaya cuba datang hari sabtu kat sini, berderet-deret kereta...
plat No. semua mostly luar KL, dari JB ada, dari kedah ada....
Makin tua, makin mummy jadi malas nak kemana-mana. Mummy rasa macam adalah lebih santai dan meyeronokkan jika dapat meluangkan masa dirumah mengemas apa yang patut, buat apa sehaja dari memaksa diri keluar dan melemaskan diri dalam enviroment yang sungguh tidak happy.
Kadang-kadang bila tiba jer hari Jumaat , mummy rasa heaven sangat....
sebab dapat membayangkan dapat duduk bersantai dirumah tak payah keluar-keluar sampai hari Isnin...
Ahahhaha ...Walaupun duduk saja tak buat apa-apa....Tapi hati rasa tenang- setenangnya.
Tapi kalau boring sangat mummy suka buat furniture re-arrangement. Tak payah keluar modal sesen pun, puisng sana- pusing sini, ambil ini letak kat sana..ambil itu letak kat sini.... tengok dari jauh..agak-agak tak suka..pusing balik... rotate balik.... sampai puas hati......tak perlu pergi kedai beli perabut baru okay...
Kadang-kadang orang ingat banyak duit, ada furniture baru cantik, mahal baru rumah jadi cantik...
Tidak sebenarnya, perabut lama pun kalau pandai diubahsuai dapat memberi satu perubahan yang besar tau.
Terpulang pada kita lah, kan home sweet home kita kan..kalau perabut mahal sekalipun tak pandai nak susun, sama jugak sepesen jer kekdahnya....
Last week mummy cuba try ni, combine kan garden bench ni untuk meja makan. Selalunya kan orang suka meja makan satu set.... Tapi bagi mummy matching dining set is SAFE.. And to me SAFE IS BORRING... Macam best pulak combine-combine gini....letak2 bantal empuk2 kat situ....tiba time makan berebut semua orang nak duduk kat situ...... :))
Akhir sekali, jangan terkejut, kerana hanya dengan sedikit pengubahsuaian sahaja, ibuk2 semua akan dapat sebuah "Home Sweet Home"
:))
Akhir sekali, jangan terkejut, kerana hanya dengan sedikit pengubahsuaian sahaja, ibuk2 semua akan dapat sebuah "Home Sweet Home"
:))
tatatititutu


3 comments :
Nmpk perfect match....:-)
Me too la...makin umur meningkat nie....nak kuar umh tu....rasa mlas yg amat....duk umh lgi best....
Dh lm perasan tapi saje nak tanya. Ayu dah pindah rumah sendiri semula yek?
Tp decor nampak lain. English style & sgt cantik
Kemas n nice la deco2 umah mummy ni....
Post a Comment