Tetapi aku boleh menumpang teduh pada pokok Ara, yang berdaun gemuk seperti tangan badut bersarung hijau.
Aku boleh merasai sentuhan jari jemari kecil yang berusia 4 tahun di pipi, mengejutkan aku pada pukul 1 pagi hanya untuk mengadu tentang pensilnya yang hilang....
Aku boleh mendengar rintihan Sang Kucing dan salakan Sang Anjing hitam pada malam hari yang menggentarkan jiwa. Kedua-duanya seolah berkata ; Andai aku boleh menggigit kesedihan ini, akan ku gigit sehingga ia pergi dan tidak akan lagi pulang......
Dan apabila tiba Ogos nanti, aku boleh memiliki Ogos walaupun sekadar memorinya.
Aku masih mampu memiliki kasih sayang, walaupun selalunya ia akan menghilang dan menjadi misteri...seperti buih putih yang berbuih di atas periuk nasi beras merah dan akhirnya bertukar menjadi buih-buih darah...
Adakalanya, aku boleh bertutur bahasa asing dan ia memang membawa maksud sesuatu..
Aku boleh melawat batu nisan anakku di kuburan pada bila-bila masa dan menangis secara terbuka..
Aku tidak boleh membawa balik yang telah mati tetapi aku boleh menerima kenyataan dan membayangkan kami masih berpelukan dan berpegangan tangan.
Aku boleh bersyukur untuk makan malam sempena hari lahirnya yang ke 33, dan cara dia mencium pipiku masih sama seperti dulu.
Aku bersyukur untuk panggilan telefon dan mesej-mesej gembira dari mereka yang tersayang.
Bersyukur untuk setiap titisan air hujan pancuran yang membasahi seluruh badan, mencuci sisa-sisa debu hidup sepanjang hari yang menodakan...Bersyukur untuk tuala putih yang harum selepas cucian, dengan lembut menghisap titis air pada kulit sehingga tubuh jadi kering dan bersih.
Bersyukur aku masih boleh menanam impian, impian tentang taman permainan, dihiasi beberapa kuda kayu dan ditengahnya aku berdiri dikelilingi anak-anakku.
Aku boleh melihat wajahnya di awan...
Aku boleh berlari sehingga keletihan, termenung sehingga kebosanan, ketawa walaupun kesedihan dan menangis sehingga ketiduran..........
Dan apabila impianku gagal, aku masih boleh mengenang zaman kanak-kanakku yang indah.
Cekodok durian dan lempeng pisang berinti kelapa yang emak buat sangat kurindukan...
lebih-lebih lagi suara emak yang lemak merdu dan sentiasa berbisik kepadaku;
" Kita tak boleh memiliki segalanya, hanya ini, NAMUN MASIH ADA............."
pics* Freezing waterfall at Sungai Congkak..more pics on next entry..:))