Daddy dengan mummy sayang U sangat-sangat. Abang tak usah cakap. Dia yang paling happy.
Setiap hari tanya mummy..mummy mengggandongg ker. Sudah lama kami berusaha dan mengharap untuk suatu berita gembira seperti ini...terima kasih Allah di atas sebuah kehadiran ini walau untuk seketika.
Kami berdoa agar U sihat dan bertahan lama dalam perut mummy, namun jika sebaliknya kami berdoa pada tuhan agar kami diberikan sepenuh kekuatan untuk melepaskan U pergi.
Mummy tahu ia kelihatan seperti bodoh dan terlalu naive kerana mummy terlalu berharap untuk sebuah kandungan yang tidak menjadi. Namun disebabkan kehadiran U lah, membuatkan hari-hari mummy sangat gembira dan mummy ingin mensyukurinya.
Pengalaman-pengalaman hamil bersama U adalah sangat manis.Mummy bahagia bila mummy selalu tersenyum-senyum sendiri sambil buat kerja. Sudah lama mummy tidak berlari ke tandas untuk muntah. Mummy suka bila badan mummy bau minyak angin kerana selalu pening. .Mummy tidak pernah merungut kerana terpaksa melalui perkara-perkara ini, kerana mummy tahu U ada bersama mummy. Namun tak sangka pengalaman manis itu hanya berlaku sebentar sahaja.
Mummy ingin mengucapkan terima kasih kerana telah memberi sebuah harapan kepada mummy bahawa mummy boleh mengandung lagi.Walaupun kita tidak pernah bertemu, namun dengan kehadiran U menguatkan lagi harapan untuk kami bertemu dengan anak-anak lain pada masa akan datang.
Sesungguhnya, perjalanan ini sungguh rumit dan panjang sekali.
Seringkali mummy selalu ingin berputus asa, namun dengan kehadiran U yang sesingkat ini telah merubah segalanya.Mummy akan terus berusaha sedaya upaya untuk sebuah harapan ini.
Mummy tak akan melupakan U.
KasihSayangCinta,
Mummy.



