Mummy tidak bekerja hari ini, rasa tidak sedap badan, tulang rasa nak bengkok. Mungkin dah bengkok pun. Penangan setiap hari kena overtime, juga sabtu ahad kena datang kerja siapkan lukisan yang sejak 10 tahun lalu tak pernah siap..
Nadime juga tidak kesekolah kerana hari ini adalah hari Ibubapa dan Guru.Mummy bercadang untuk pergi waktu petang, kerana waktu pagi banyak perkara yang mummy perlu siapkan..hari cuti, walau dapat MC memang tidak pernah cuti sebenarnya.
.Pengajarannya, itulah kisah sebenar seorang ibu tanpa seorang pembantu.
Sementara Nadime masih tidur, mummy keluar dari bilik, melalui koridor kecil terus ke dapur, mummy pikul 2 bakul baju yang belum berbasuh melalui dapur mummy jalan menginjit ,( kerana terasa melekit) terus ke tempat membasuh baju.Letak baju dalam mesin, tuang sabun dan tekan 'start'.Mesin pun berputar......
Mummy masuk kembali ke dapur, terlihat beberapa biji cawan dan pinggan mangkuk yang belum dibasuh.Mummy basuh.Kemudian keluar ke ruang tamu, dan spontan mengutip kereta kecil, doraemon, spongebob, cebisan play doh yang melekat-lekat di jubin dan lego-lego berwarna -warni yang bertaburan di lantai.
Mummy buka tingkap, terlihat pokok-pokok bunga yang kelihatan sangat dahagakan air, lalu mummy pun siram.. Hati sedih terkenangkan pokok daisy kuning yang telah tiada.Ranap akibat hujan dan puting beliung kecil tempoh hari.
Mummy teruskan berjalan ke meja makan, sisa-sisa nasi tumpah dan roti bertaburan di atas kerusi dan selebihnya di lantai.. Mummy ambil penyapu dan sapu satu rumah, bermula dari pintu masuk , bawah meja, bawah kerusi, dan tepi almari.
Ketika sapu mummy jumpa mainan lagi, nasi kering lagi, duit syiling, getah pemadam, tangan spongebob, kaki ultraman, rambut mummy yang masih gugur walau telah dipotong pendek dan..................gumpalan kertas. Bila mummy buka mummy lihat lukisan abang, tak pasti... tapi mummy tahu abang lukis mummy.
Mummy pun senyum.
Kemudian mummy mop lantai buat yang kesekian kalinya.
Mummy sambung tepuk-tepuk bantal kusyen, kibas-kibaskan kain hampar yang menutup kusyen.....
Mummy salin air ikan yang telah keruh, mummy beri dia makan.
OHHH...!!!
Akhirnya....
PERFECT!!!
Mummy menghembus nafas lega... dan mummy duduk sebentar di sofa sambil menikmati keindahan sebuah rumah yang telah bersih dan kemas.
Tak sampai seminit... mummy dengar abang panggil mummy... "Mummy, Mummy....."
Mummy tahu abang dah bangun...Abang berlari-lari sambil menjengket tidak selesa. Sebelah tangan abang garu punggung abang....manakala sebelah lagi tangan pegang botol susu.
" Abang kencing lagi yer????" -" Mandi dulu baru minum susu"
Tapi abang nangis tak nak mandi.Makin mummy suruh makin abang nangis.
Sudahnya mummy paksa abang masuk bilik mandi.
Mummy beri abang berus lantai.Mummy cuah sabun seluruh bilik mandi.
"Jom tolong mummy basuh toilet...-" Abang berus kat sana , mummy berus kat sini.."
Abang terus berhenti menangis...
" Yey!!Berjaya kali ini!!!" bisik hati kecil mummy.
Mummy tunduk bangun gosok lantai dan dinding toilet. Abang pula ambil air simbah baju mummy.. Sudahnya basah lenjun baju dan seluar mummy.Takpelah asalkan abang mandi.Mummy pun lega dapat buat 2 kerja dalam satu masa, mandikan abang sambil basuh toilet.
Dan sekali lagi
PERFECT!!!. Gembira melihat jubin yang berkilat dan berus gigi yang tersusun rapi.
Perjalanan diteruskan ke bilik kita bertiga. Katil besi putih mummy masih utuh, namun cadar dan bantal berserakan seperti dilanggar garuda.Cepat-cepat mummy kebas cadar, tepuk bantal, lipat selimut.
Buka tingkap luas-luas.Mummy mahu anginkan bilik yang sudah semerbak dengan bau air kencing abang.
Termengeluh mummy dalam hati," Cadar dan toto Nadime kena basuh lagi.Bila lah nak pandai kejut mummy waktu malam bila nak kencing anak aku ni. Penatlah basuh cadar setiap hari semata-mata nak train Nadime tak pakai pampers di malam hari. Nak give-up ke tidak???? takkan nak pakaikan pampers lagi "
Sambil tarik cadar dan kutip baju atas lantai..mummy pusing dan lihat bilik yang sudah kemas.
Yeah!! PERFECT!!
Mummy pusing sambil senyum.... kemudian terdengar bunyi alarm sayup-sayup.
Tet! tet! tet! tet! tet!....... oh itu tandanya kain dah siap basuh. Kena jemur pulak.Tapi sebelum jemur, mummy kena pakaikan baju Nadime, buat susu, buat sarapan untuk Nadime tersayang.
Nadime??? Nadime kat mana? Entahlah, tapi mummy rasa Nadime mesti sedang duduk atas basikal telanjang bogel. Towel basah Nadime ikat di belakang badannya seperti Superman. Ha kan betul tu...:)
Itu sudah perkara biasa.
Sambil makan, Nadime minta mummy pasangkan TV. Mummy pula minta Nadime makan elok-elok jangan bagi tumpah.Mummy pesan jangan makan sambil berlari atau melompat. "Janji??" - "Janji!!!!!!!!!!!!" jawab Nadime sambil menunjukkan kelingkingnya. Kelingking mummy dan kelingking Nadime berpaut.
Nampaknya ada perjanjian disitu.
Mummy pun berlalu, sekali lagi ke dapur jalan menjinjit, terus ke tempat membasuh kain. Mummy kebas kain satu-persatu......wangi. Cepatlah siap menjemur, nak mop lantai dapur pula.
Sambil menjemur, fikiran mummy melayang....Hati mummy terluka, mummy rindu hidup mummy yang dulu. Setiap kain yang berwarna biru, terlihat seperti merah jambu...
Tiba di helaian yang terakhir, hati rasa gembira. Lepas ini mummy boleh beristirehat seketika.
Kerja rumah hampir selesai. Mungkin lepas ini mummy boleh berbaring seketika sambil meluruskan tulang-tulang yang hampir bengkok.
Oh..no..no..no belum-belum.. lantai dapur belum mop lagi....:((- bisik hati kecil mummy.
Mummy, masuk terus ke bilik tidur. Cadar yang tadinya sudah terik dan kemas kini herot berot. Ada kesan lompatan. Ada cebisan hot dog dengan tomato sos atas cadar. Baju berlipat jatuh bersepah di atas lantai.
Mummy keluar , mainan berterabur di sepanjang koridor menuju ke ruang tamu. Cebisan hotdog berserakan membentuk suatu bulatan...telur kuning melekat-lekat di lantai. Titisan milo satu persatu mummy jejak sehingga menemukan satu penemuan yang sangat membanggakan...
Mummy cari Nadime, geram.
Sangat geram.
Tidakkah Nadime tahu yang mummy penat.
Kemudian terlihat kelibat Nadime, dibawah meja, sedang menyuap anak patung rabbit makan.
Mummy dengar Nadime pujuk rabbit makan.
" Makan, adik.. makan"
"Makanlah adik, makan......."
Mummy terdiam.
Airmata mummy mengalir seperti hujan yang baru turun setelah gerimis seketika.
Sambil menyapu airmnata, mummy tersenyum sendirian. Hilang rasa geram.
Bukankah ia masih
PERFECT??
Mummy masih hidup untuk melihat semua keindahan ini di depan mata.
Yang paling penting, Nadime masih ada walaupun adik nun sudah hampir 2 tahun TIADA.
Semestinya mummy merindui kehidupan mummy suatu ketika dulu, yang amat sempurna semasa kita selalu bertiga. Apabila daddy keluar berkerja.
Tapi untuk ketika ini, berdua pun sempurna juga.
Lebih baik berdua daripada langsung TIADA.
Alhamdulillah.