
Bantal merah, simple but meaningful gift from mummy.
Mummy tahu Nadime tak dapat hidup tanpa bantal.
:)
To my baby boy Syafil Nadime...
Abang, abang dilahirkan di Selangor, Malaysia.
Tepat pada pukul 12.40 malam bersamaan 15hb Mac 2008.
Abang telah datang pada satu malam yang sunyi.
Dingin.
Abang adalah baby pertama yang pernah tidur di katil kami, bersama mummy dan daddy.
Tangisan abang telah memecahkan kesunyian malam wad bersalin yang mummy duduki hampir satu hari.
Tangisan abang telah menamatkan penantian daddy, yang sangat-sangat teruja sedari pagi.
Kali pertama, mummy lihat, kulit abang kuning cerah dan mata abang coklat.
Hidung abang sangat comel dan telinga abang merah.
Kaki dan tangan abang, belum ada isi, hanya kulit-kulit merah , kuning yang berkedut.
Puas mummy cari tahi lalat abang tapi tidak jumpa.
Tapi yang pasti abang sangat mahu melihat dunia, mata abang tak henti melilau kesini-sana.
Semua orang datang dari dekat, dari jauh untuk melihat abang.
Dari Johor, dari Melaka, dari Kelantan.Semua datang bawa buah tangan.
Wan, Tok Wan, kakak Sasha, Abang Ismail, Tok mah , Tok Pah, Ummi, Ayah Wan,
Kawan mummy, kawan daddy............................dan ramai lagi.
Abang datang pada masa yang sangat sesuai!!! Waktu cuti sekolah.Yeay!!
Hampir 2 bulan mummy cuti, mummy hanya berpantang di rumah dan menggomol abang setiap hari.
Abang, cepatnya abang besar, rambut abang pun sudah panjang dan lebat.Bukan macam dulu.
Jarang.
Dulu abang sayang mummy. Banyak-banyak.
Kalau mummy tak ada disisi abang, abang akan menangis kuat-kuat.
Kini abang masih sayang mummy macam dulu-dulu kan?
Tapi mungkin kini abang sayang lebih ramai orang. Abang sayang, abang long, kakak balqis, qalisya,mama, papa, saudara-mara abang, kawan-kawan sekolah abang, ikan abang, mainan abang, buku abang, teacher abang, google abang, pelampung abang....
Malam ini, malam yang masih sama dengan malam 4 tahun lalu.... mummy berbaring disebelah abang.
Masih memandang abang yang lena tidur.Mummy teringat bagaimana mata bulat abang merenung wajah mummy sejurus selepas mummy meneran abang keluar dari dalam tubuh mummy yang kecil.
Mummy tidak menyangka. Kerana mummy hampir-hampir putus asa.Mummy sangat-sangat tidak berdaya.
Tapi bila doktor tarik tangan mummy dan suruh mummy rasa dan pegang rambut abang yang sudah hampir keluar ke dunia...Tiba-tiba mummy rasa bagai datang suatu kuasa...................................
Alhamdulillah mummy berjaya...
Malam ini malam yang ke beribu-ribu abang tidur disebelah mummy..... setelah 4 tahun mummy masih mahu mengusap dahi abang sambil nyanyikan lagu-lagu kita...
Seperti malam pertama kita, mummy susukan abang, mummy usap dahi abang, sambil mummy nyanyikan..
Tepi Gunung...
Tepi gunung...Air terjun...
Tempat orang memancing...
Tinggal sorang...tukang kebun..
dan anaknya... Nadime...
Sungguh comel...
Sopan santun...
Hidung mancung...seludang..
Betis bagai...bunting padi...
tak jemu memandangnya...
Tidur malam...Mimpi-mimpi...
Nadime datang..kerumah..
Kalau dia sudah pergi..
Hati mummy...gelisah...
Abang masih ingat??
I love you, Sweet Nadime...
Setiap malam,selepas abang tidur, dan sebelum mummy dengan daddy tidur...mummy dengan daddy akan kacau abang tidur, cium abang sambil tanya abang, abang sayang mummy tak?? Abang sayang daddy tak??
dan dalam mata terpejam..... dalam tersangat mengantuk... abang sedaya upaya akan angguk perlahan-lahan sambil cakap,"sayang mummy dan daddy..."kemudian abang tidur............zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzZZZZZZ.
Kemudian mummy dengar daddy cakap, " Oh, i sayang sangat budak ni, tak sangka dia jadi anak kita...."
Itu benar Nadime, mummy pun sayang sangat pada Nadime, tak pernah sangka Allah akan menganugerahkan mummy anak, semanis Nadime. :))
Yang benar,
Mummy yang kecil.
Mummy tahu abang akan sayang sangat hadiah yg mummy beri kali ini.
Remember, Mummy luvs u and the man beside u.... without him, i can't have you.