These are my confessions, dulu i sangat-sangat bencilah matahari pagi. Masa nak beli rumah dulu, the egent cakap, this house is good sebab matahari pagi masuk. Dalam hati i that time is like " What??" matahari pagi?? I tak suka!!! sebab im not a morning person. I sangatlah susah nak bangun pagi. pergi kerja selalu lambat. kalau nak tahu my history sila tanya my mum. My mum banyak lah berleter kat i... selalu lambat pergi kerja.
Hihi, then lepas khawin, i beli langsir yang gelap-gelap letak dekat hall & dalam bilik tidur so that on saturday i boleh tidur lama-lama tanpa diganggu cahaya yang sangat terik... & of course my mum dah tak ada kan.. sebab i dah kawin duduk asing, so tiada siapa nak jerit2 suruh i bangun lagi. And dapat pulak husband yang suka bangun lewat jugak hihihi...so memang selamat lah.:P
tapi sekarang semu adah berubah, I sangat-sangat suka morning sun, sebab time tu la mummy akan siram bunga-bunga mummy. I dapat petua kalau nak pokok hidup subur kena siram time2 panas so that pengaliran air tu baik dan cepat kering.. tak delah lembap berair je.... lebih-lebh lagi pada pokok bunga kertas.. pokok bunga kertas ni tak suka air banyak... dia suka matahari yang terik and the secret is kalau jarang siram....diorang akan jadi water stressed and result diorang akan keluarkan banyak bunga....:)) tapi kena juga siram yer...
Oklah this entry less talking k... mummy nak share pokok-pokok yang mummy ada kat kebun ciput mummy tu..sharing is caring, sharing is sexy :P
By the way, this is my window garden layout, my window box ni kecik ajer...so susah nak susun pasu-pasu yang gedabak, so i buat layout sikit untuk memudahkan kerja i...sebab dah lama tak buat skecthes so end up, semua pun tak ikut scale ahahahha... nama jer budak archi :P
As u can see, my window box terbahagi kepada 3 bahagian, and ada half wall yang memisahkan ketiga-tiga bahagian itu.. yang middle part lebih besar dan panjang sikit.. so kat situ boleh letak banyak pasu sikit..
1.Scindapsus
Actually, Scindapsus tu i belum hang kat luar lagi, masih dalam proses duk bebel kat daddy, bila? bila? nak tolong hang kan my pokok yang suka bergayut ni..hish.. Pokok ni sangat merimbun, i beli kat ikea RM 7.90 per pot. Senang nak jaga, just siram air, dia suka air, tak ada matahari pun tak apa, boleh tanam indoor juga...and boleh jadi climbers. As for now, i gantung je kat mana i nak gantung, kadang-kadang time i kemas dapur, i gantung kat dapur, then bila i kemas luar i gantung kat luar, then bila i tengah berblogging i letak jer atas meja kat tepi i... sejuk je mata i tengok... :)
2. Creeping daisy / Wedelia trilobata
Then u can see my Creeping Daisy kat tengah seperti the Queen of the plants... berseri-seri dengan persalinan serba kuning macam diraja betul..pokok ni mummy beli di nurseri sungai buloh dengan harga RM10/4 bag.. masa beli bunga-bunga dia masih berpucuk... lepas siram, belai, pujuk ... terus keluar semua bunga dia... orang kata lepas kelaur bunga dia kan layu dan mati, tapi alhamdulillah dah dekat sebulan masih lagi sibuk berkembang berlumba-lumba nak naik...bunga ni kenan siram cukup air, make sure the pot bebetul basah tak boleh siram sikit-sikit ajer and make sure semua bahagian pokok kena sinar matahari .:))
3. Bougainvillea
Then ada pokok ni, org melayu panggil bunga kertas, i suka pokok ni, sebab kalau dia berbunga sekali mesti banyak... merah, cantik sangat. I beli 5 beg hari tu, satu bag RM 6. Semua color pink. Senang jugak nak jaga, tak perlu siram banyak air, and dia suka panas terik untuk berbunga. Tapi still kena siram, sebab pokok pun nak minum kan, dia macam manusia jugak.... Then, masa i balik kampung hari tu 7 hari tak ada orang tolong siram, pokok ni jadi sakit, macam nak layu, daun-daun semua jadi macam kerinting, & gugur.
Sedihnya hati i...i menangis dalam hati tau.. kang menangis bebetul kang dady cakap i gila pulak..pokok mati pun nak menangis... start dari hari tu i jaga bebetul pokok ni, setiap hari siram, letak baja batang, letak baja bunga, jaga macam orang sakit lah, orang sakit kan perlu perhatian lebih sikit, sambil-sambil siram i cakap-cakap dengan pokok i, janganlah sakit, janganlah mati, kalau pokok mati nanti i tak ada kerja lagi, i janji i takkan tinggal kan pokok-pokok i lagi, kalau nak bali kampung pun i akan bawak balik sekali... :P alhamdulillah, pokok ni hidup balik, tengok dah keluar banyak bunga pun.....
tak sangka dia dengar rintihan i...:))
4. Kemboja / Plumeria
Siapa ingat pokok ni? Pokok ni lah dulu i tanam dekat kubur adik nun, then sebab kat kubur sangat panas, pokok ni macam susah nak hidup, daun pun maintain jer 5-6 helai, pernah berbunga lebat 2 kali, sekali kat kubur (macam gambar kat atas tu) , then i ambil tanam kat rumah subang bestari, dia berbunga sekali lagi, then bila pindah sini dia belum berbunga lagi....:(( i hope sooner akan keluar bunga putih kuning dia... mummy sangat tak sabar... 5. Pokok Belalai Gajah / Pokok kanser
My herbs corner pun baru start nak setup, belum beli seeds lagi, tunggu gaji hihihi. Hari tu i pergi rumah saudara, masa balik dia bekalkan dengan anak pokok ni, dia cakap pokok ni boleh ubatkan kanser. Susah nak dapat pokok ni. Yer ker.. i tak pernah tahu pun ni baru tahu. Tak tahulah sejauh mana kebenarannya, . Jika diizinkan tuhan tak makan ubat apa-apa pun penyakit boleh sembuh kan.Kun Fayakun. Kita sebagai manusia cubalah segala kaedah yang ada. Orang kata setiap hari makan daun dia sehelai pun bagus. Buat ulam.. hihi..setakat ni i belum amik makan lagi..sebab sayang daun dia semua baru nak tumbuh.
6. Pokok kaktus / Pokok daddy
Pokok ni memanglah sangat kebal, i tak siram dekat setahun pun hidup lagi, lepas tu masa i tinggalkan rumah ni dulu, i tinggal je pokok ni kat luar tingkap, langsung tak ingat pasal pokok ni, then masa penyewa duduk pun dia tak usik pun pokok ni... tak siram... lepas setahun i pindah masuk rumah balik, i tengok pokok ni steady jer.... i pulak yang rasa bersalah tinggalkan dia begitu sahaja..OMG jahatnya i... i terus ambil tanam balik, bagi makan bagi minum.. terus jadi gemuk dan hijau... orang panggil kaktus kan.. tapi i suka panggil 'pokok daddy'...hihihi... sapa dapat teka kenapa i panggil 'pokok daddy' ??:p *larikkkkk.....
Ok, itu ajer yang ada dalam kekotak tingkap mummy sekarang, insyalah nanti kalau senang, mummy nak tambah beberapa spesis lagi...hihi.. kali ni nak try tanam baby cabbage, sayur, chili plak.. kikikiki.. best tau gardening.. cubalah, kalau tak cuba kita tak tahukan..yang penting niat suci tuh kena ada, baru semua menjadi... buat semua dengan kasih sayang, senyuman, sambil korek lubang tuh senyum2 sikit.. hihihi
Ok lah , dah malam ni, daddy pun dah warning..mummy u makan jelah laptop tu mummy... ahahahha... sebab mummy kongker laptop dari pagi...yerlah nak harap weekdays tak pernah ada masa kan... ok lah take care semua...Gudnite & sweetdreams !!!!


