About Me

My Photo
Cinta kau dan aku Takkan mungkin bersatu Untuk saat ini di dunia ini Mungkin kita bersama Nanti di atas sana Biar ku setia menjaga cintamu Selamanya

Saturday, December 8, 2012

Soft Toys..


Assalammualaikum, pembuka bicara.....

Bukan semuanya tersimpan dalam peti kayu yang daddy buat. Ada 2 -3 benda yang mummy suka tengok.Setiap hari mummy mahu tengok.Pembetulan, bukan setiap hari tetapi setiap minit. 
Hampir 3 tahun tapi semuanya masih baru, bila nampak berhabuk mummy akan basuh, letak sabun letak softener.... mummy suka cium, mummy main-main...picit-picit. Puas main mammy gantung balik di besi katil.
Bila bangun pagi, benda-benda kiut ni yang mummy tengok dulu.Nampak macam kelakar gantung-gantung.
Tapi pada mummy semua ini sangat beerti. Sangat mengusik perasaan mummy.
Semuanya Soft toys adik.
Adik hanya sempat main softtoys.
 Itupun adik tak main adik genggam sahaja.
Its okay adik............:)ad

Kalau orang tengok, orang ingat rumah ni macam ada baby.
Tapi sebenarnya tak ada.
Hanya ada baby tua...
(mati kalau abang nadime tahu ni..dia cukup marah kalau panggil dia baby tua..:P)

Nampak tak satu Choo-choo train dekat atas dan sepasang tambourine kat tepi tu?
tu bukan soft toys...:P
tu very the hard toys kepunyaan baby tua mummy...
Tuan dia sendiri yang letak kat situ... LOL 
HAHAHAHAHAHHA
nak suruh mummy tengok lah jugak mainan dia....hihi
Konon-konon tak aci lah mummy asik tengok mainan adik je...
Dia tak tahu mummy pun sayang kat dia... hari-hari mummy dapat tengok dia...
so tak perlulah mummy tengok toys dia kan....
 Tak tahu macam mana nak beritahu dia yang Mummy tengok barang adik, toys adik,
 sebab mummy tak dapat nak tengok adik lagi....

.
Dekat pejabat mummy ada seorang arkitek baru, chinese. Mummy panggil dia Miss T. Then bila berkenalan of course dia akan tanya mummy dah kawin ke belum? anak berapa orang? Part ni memang selalu malas nak jawab..i mean its okay jer kalau nak jawab dengan jujur..tapi paling malas bila soalan seterusnya adalah...
"Oh really? im sorry...But why??" :((
"Oh my God, how does it feel?? :((((((

Mummy bukannya suka sangat ingin mewar-warkan pada dunia 
tentang hakikat mummy mempunyai seorang anak di syurga,
lebih-lebih lagi kepada orang-orang yang berada di pinggir hidup mummy.
Bukan kerana mummy tidak mahu mengingati Alanna, 
tapi kerana kisah Alanna adalah kisah yang intim,kisah peribadi. 
Hanya disini tempat mummy dapat bercerita, berkongsi, melalui penulisan.

Mummy tak dapat nak bercerita tentang Alanna, kerana mummy tidak kuat untuk menyebut nama Alanna.
Kadangkala, suara mummy pecah, menggigil setiap kali ingin bercerita tentang Alanna.
Walaupun setelah 3 tahun pemergiannya, suara mummy masih bergetar setiap kali menyebut namanya.
Hati mummy masih sedih..
Kadang-kadang perbualan harian kita bersama seseorang yang tidak dikenali, contohla, pegawai bank ke,  akak jual nasi lemak ke, Sale girls dekat butik baju ke, cashier dekat kedai ke....kita tidak menyedari bahawa dia juga mempunyai seorang anak di syurga. Mungkin juga dua atau tiga??
Kita tidak pernah  tahu kisah sedih mereka dan mereka juga mungkin tidak mahu berkongsi kisah sedih ini kan...
Namun yang pasti ibubapa yang berkabung ni ada dimana-mana, disekeliling kita.
Kami tidak memakai lencana, atau gelang atau baju yang sama, kami cuma mempunyai sekeping hati yang telah patah dan tidak dapat dilihat oleh sesiapa.

:))



6 comments :

zaril said...

Semoga akak kuat..

Mamanurin said...

kan..terasa sakit bila soalan demi soalan terjadi yg memerlukan kita mengimbau kembali anak syurga kita kan..mama selalu ambik masa berminggu minggu nak cool down balik setiap kali terpaksa melalui frasa soalan tu

umialya said...

akakpun ada sorg yg menanti di sana & pastinya nama Allana tetap diingatan sbb berkongsi tarikh lahir yg sama dgn Dak Alya 24/08/2009

Anonymous said...

betul mummy...hanya kita yang tahu perasaan itu...mama sayang adam...

Bonda Ryan said...

Al Fatihah buat alanna ku sayang...semoga tenang dan bahagia disana. Kak ayu..teruslah bertabah hati dan itu sudah memadai untuk tidak mbiarkan hati itu terus menerus patah :(

nat@syaf said...

al Fatihah buat Alanna... teringin nak baca blog mummy tapi everytime baca, baru baca tak sampai 1 para.. dah menitik nitik air mata..... camne ni

Followers