About Me

My Photo
Cinta kau dan aku Takkan mungkin bersatu Untuk saat ini di dunia ini Mungkin kita bersama Nanti di atas sana Biar ku setia menjaga cintamu Selamanya

Saturday, November 24, 2012

My lonely Saturday...Always end up with Raining..


Assalammualaikum...

Hari ni hari sabtu, mummy tinggal sorang kat rumah.. selalunya Nadime ada..tapi sebab Nadime balik kampung... tinggalah mummy terkontang -kanting... nasib baik ada aktiviti bercucuk tanam pagi tadi.. so tak adalah boring sangat kan...malam tadi ada bawak balik pasu dan tanah daripada opis..( biasalah kerja pun dekat opis landskap so mmg selalu ada benda2 macam ni yang terbuang) mummy ni pantang nampak barang-barang yang diabaikan, mesti ada rasa nak ambil dan pelihara balik...kesian sangat tengok pasu tu, dah kering kontang tanah didalamnya, pokok tu dah lama mati... hish... diorang ni nama je kerja dekat Landscape Arch. firm tapi..pokok nan sebatang tu pun tak boleh nak siram.:P

So pagi tadi  tak sabar-sabar nak bangun, nak gardening.. hihhi...Siapkan sarapan daddy nak pergi kerja dulu..then cium tangan, kiss dan bye-bye daddy.... then bukak tingkap............yahoo!!! 
Its my Me-me time!!!!


Ha nampak? Siap ada cangkul ketot...kikiki. Gila berkebun ,padahal tak ada kebun pun.... :P Tu pasu yg i bawak bawak balik.Nampak tak tanah dalam pasu tuh i dah pindahkan masuk pasu putih panjang...kering kontang tanah tu... keras macam batu..!!! Then baru gaulkan tanah kering tadi dengan tanah hitam subur yang sedikit lembap.... :))


Then i pindahkan satu anak pokok (dulu sian pokok ni kena share pasu hihi) nama pokok ni kalau tak silap Bauhinia orange... pokok ni boleh memanjat pergola tau..bunga dia warna orange, i berkenan tengok pokok ni memanjat kat pergola my mother inlaw tu yang i mintak sikit anak pokok dia.... kami ni kongsi minat yang sama...mudah-mudahan pokok ni akan hidup subur di balkoni i...Mummy kalau bercucuk tanam memang tak pakai glove, memang suka main dengan tanah... takper biar kotor pun tak apa... esok kita mati pun jadi tanah juga.
Tak gitu?

Ha... ni lah datuk nenek pokok tu, yang i tanam  tu anak pokok dia..:)) Pokok ni tumbuh subur di pergola dekat rumah my mertua ku sayang, So jangan terkejut kalau suatu hari nanti pokok ni penuh melitupi balkoni i.....:)) Pokok ni suka memanjat so nak bela dari awal i belikan dawai-dawai.. supaya dia boleh panjat... orang kata nak jaga pokok ni kena jaga macam anak kecil, setiap hari bagi mandi (siram), bagi makan (baja)... kalu dia nak memanjat bagi sokongan..:)) 

Panjat perlahan-lahan yer sayang, mummy dah bagi tangga tu..:)) 
 

 

Ajaib sungguh pokok adik nun ni, pokok ni pokok yang mula-mula mummy tanam lepas kebumikan adik dulu dikubur. Lepas tu mummy cabut tanam pokok lain, pokok ni mummy bawak balik tanam dekat rumah. Masa mummy pindah sini setahun lalu, mummy tanam pokok ni, lepas tu mummy cabut sebab nak beli pasu baru, mummy letak pokok ni kat dapur, biarkan tak bertanam, pastu asik lupa je nak beli pasu, tapi pokok adik ni tak mati-mati, dekat SETAHUN okay, terbiar tepi dinding, Selalu mummy nampak pucuk nak tumbuh... pelih takde tanah , xde air, tapi ada pucuk, so mummy jadi kesian mummy tanam balik, tengok pucuk2 tadi tumbuh jadi daun sugar bugar. Mummy tanya daddy, pelik sungguh sampai dekat setahun patutnya pokok ni mati,kering tapi boleh hidup lagi...Nak tahu daddy jawab apa?
" Pokok tuh dah ada zat adik dalam batang dia..tuh yang tak mati-mati..." 
:o 
Boleh percaya tak? 


Inilah hasilnya kalau berbakti pada tanah, PUAS. Hilang tension.
Hilang letih seminggu mengadap komputer yang menyakitkan mata.Keluar peluh betina semua.
Mummy pun tak sangka mummy dapat tanam semua ni, mummy tak sangka balkoni mummy dah penuh dengan pokok-pokok hijau...dulu mummy pernah jugak nak bercucuk tanam tapi semua tak jadi..buat tak sepenuh hati...

Then baru mummy sedar yang bila kita pernah jatuh, dan kita berusaha untuk bangun balik..
segala-galanya  akan kita  lakukan dengan bersungguh-sungguh....Mummy selalu rindu pada adik, bohong kalau mummy cakap tak rindu lagi...mummy tanam pokok-pokok ni untuk ubatkan rindu mummy pada adik...taman ini lambang cinta mummy pada adik....

 

Alanna....Dearie, 
“If I had a single flower for every time I think about you, I could walk forever in my garden.”

My small Garden from outside... 

Kalau start cakap pasal adik, mulalah nak hujan............ :((



p/s- mommies, u all boleh bayangkan tak macam mana i berkebun??? Tempat untuk tanam bunga i ni kecik gila khinzir, dan tak ada pintu pun nak keluar... separuh badan i jer keluar ikut tingkap tu nak maintain kan pokok2 tuh... then kalau time nak siram, sometimes i have to panjat the tingkap...My mother inlaw pernah nampak i panjat nak siram bunga..terkejut dia tengok then dia cakap gini..

"Masyaallah kau elok-elok panjat tuh, kang bunganya idup,,,kau yang mati..." :P

Ahahaha..mak mertua Eden orang melaka cakap memang kasau sikit..tapi sangatlah baik hati...
i love u lah Mama!!!



4 comments:

Noni said...

ada betulnya jugak, kak ckp omak tuh. :)

bila tgk org bercucuk tanam and menjadik, kita ni pun berkobar2lah nak menanam jugak. Berkobar2 jek lebih, menanamnye idak jugak. Hehehehe

liza zariel said...

betul..sgt bahaya!tapi demi pokok2 yg cantek n indah itu, sngat berbaloi..kadang2 i pun rasa sedih bile tak siram pokok tu..siannye,dahaga dia..lapar dia..hehehe..kalau nk siram, siram semua pkok..tak boleh setengah siram setengah tak..nanti pokok yg tak kena siram nangis..

Gee said...

salam mummy..luv u so muchh..

Anonymous said...

luv u so much muumy..

Followers