About Me

My Photo
Cinta kau dan aku Takkan mungkin bersatu Untuk saat ini di dunia ini Mungkin kita bersama Nanti di atas sana Biar ku setia menjaga cintamu Selamanya

Thursday, November 24, 2011

Tears in heaven....


Assalammualikum, cer tengok gambar di atas, kami tengah senyum..bahagia sangat masa ni.. senyum seolah-olah tiada apa yang berlaku.. kalau tau pun kami simpan dalam hati masing-masing. Macam tulah... kalau kita sedih, kalu kita hiba, tak pelu tunjukkan pada sesiapa...berusahalah untuk menanganinya sebaik mungkin...

Kehidupan yang kita lalui hanya datang sekali...jadi agak merugikan kalau kita asik masam je...
Ada tau..orang yang asik masam mencuka jer.... bangun masam jer...pergi kerja masam je..apalah masalah dia yer... cubalah bawak senyum sikit...berselisih dgn jiran pun...buat dek ajer... senyum sikit pun jadilah kan... rezeki pun cepat masuk....  Tapi kalau kita gembira sangat pun tak boleh juga...sebab tak siapa tahu apa akan jadi esok..mungkin hari ini kalau kita gembira sangat, mana tahu esok lusa kita mengangis pulak...

Kisahnya, mummy bangun pagi ni terus tersenyum simpul lagi.. sebab gembira sangat dapat mimpikan adik lagi...Tak sangka masuk ni dah dekat 10 kali mummy mimpikan adik. Bertuah rasa badan. Bukan senang nak mimpikan ahli syurga tau, walaupun dia anak kita sendiri...

Adik cakap adik rindu mummy yer.... Yer mummy tahu, adik sabarlah dik, tak lama lagi je dah kita akan berjumpa....lepas tu mummy akan jaga adik sampai bila-bila yer sayang.... Cakap pasal jumpa ni mummy pun tak sure mummy nanti dapat jumpa adik ke tidak?? sebab mummy ni manusia biasa yg selalu melakukan kesilapan... Tapi mummy janji mummy akan berusaha untuk dapat berjumpa dengan adik lagi k.. huh, tak dapat mumy gambarkan saat-saat mummy lihat adik nanti..andailah diizinkan oleh Allah SWT.

Cuma mummy nak tanya adik..  nanti bila dah beribu-ribu tahun berlalu, adik masih kenal lagi ke mummy, masih ingat lagi ke wajah mummy, suara mummy??

Would you know my name
If I saw you in heaven?
Would you feel the same
If I saw you in heaven?
I must be strong and carry on
'Cause I know I don't belong here in heaven

Would you hold my hand
If I saw you in heaven?
Would you help me stand
If I saw you in heaven?
I'll find my way through night and day
'Cause I know I just can't stay here in heaven

Time can bring you down, time can bend your knees
Time can break your heart, have you begging please, begging please :( :( : (

Beyond the door there's peace I'm sure
And I know there'll be no more tears in heaven

Friday, November 18, 2011

Good bye school, Good bye friends, See u next year!!!

Assalamualaikum, first of all Alhamdulillah dan syukur kepada Allah sebab masih berkesempatan untuk bernafas dan menulis lagi hari ini. Bermula pagi tadi, lepas bangunkan Nadime, sebelum mandi sambil-sambil buka baju dia, mummy suruh Nadime baca Al-Fatihah.Nadime tanya untuk sapa mummy? untuk adik nun?


Mummy cakap, yer untuk adik nun sayang, tapi hari ini tambah 2 orang lagi... Mummy dengan daddy.
Nadime tanya kenapa mummy, kan mummy dgn daddy belum mati lagi... :)) Mummy pun terangkan, Al-Fatihah bukan untuk orang yang telah meninggal dunia je.. Untuk mummy dengan daddy pun kena bacakan juga..selepas bangun tidur kena terus baca..Faham?? kenapa mummy? Supaya mummy sihat, daddy sihat boleh jaga abang sampai bila-bila...abang pun sihat dan murah rezeki ok??  Rezeki tu apa mummy??Ayoyo..."Rezeki itu, susu dugro abang, baju abang, sekolah abang, nugget abang..menthos abang... menan abang.... faham?? Ok..mummy. Baca setiap pagi  tau..bukan pagi ni je... :))

Lepas mandi dan siap-siap semua, kami bertiga terus ke Sekolah Nadime, sebab hari ni ada Parents Teacher Day.Masa pakai baju, Nadime macam hairan sebab mummy pakaikan dia baju biasa instead of baju sekolah..."Mummy hari ni no skool? " Hahahhahahhahah. Aalahai dah potluck semalam takkan tak faham-faham lagi sekolah dah habis...Nadime..nadime..naif sungguh. "Hari ni mummy nak pergi jumpa teacher abang, mummy nak tanya abang nakal ke tidak.." "No, no..abang tak nakal...aliya yang nakal." Aliya lagi.Hahahahhaha.

Sampai skool..dah ramai parents datang, mummy ingat mummy yang first, sebab masa sampai tuh betul-betul pukul 8am.Mula-mula daddy tak nak pergi sebab daddy masuk kerja pukul 8 plus daddy busy banyak projek tak settle plus daddy ni pemalu sikit plus itu plus ini....

So mummy pun sound daddy.. "Sayang, ada i kesah u masuk pukul 8 ke pukul 9 ke pukul 10 ke..busy ke demam ke..ini pasal anak tau, bukan senang nak dapat anak...orang lain teringin sangat nak anak...bla..bla..bla...Nadime lagi happy tau kalau u pun pergi..bla..bla..." And finally daddy pun pergi.. hihi.
I lap u daddy.

Huh, penat bebel.. baru i tahu kenapa Nadime suka membebel and banyak cakap... Sebab, dia mewarisi perangai i yang suka bercakap..talk so much.. kikiki. Kadang2 dalam kereta, daddy sampai sesat2 jalan sebab asyik dengar cerita-cerita i.. hahahah.

Oklah now, let the pictures do the talking lah...



The mother's heart is the child's schoolroom. 
-Henry Ward Beecher

Sambil tunggu Teacher Nadime entertain parent lain, i pun amikle gambar..kelas Nadime.


My first teacher , Teacher Basu (Vasu)..
teacher Vasu ni sangatlah gentle and softspoken
dengan budak-budak.Buktinya?
Nadime sampai je terus pergi peluk teacher tu,
and kiss both side of the pipi.
Segan mummy, sebab Nadime macam gelojoh sangat,
dahla masa tu teacher tgh bercakap dengan parent lain.Hihi
Btw, inilah semangat 1 Malaysia yg diwarwarkan Najib.:P

Teacher cakap, Nadime is very good in class and group activities.
Cumanya, kadang-kadang dia cepat menangis, sensitive gituh...kena ketuk kepala dengan kawan sikit pun menangis,  haha, mummy tak terkejut ok.. sebab tengoklah mak dia..sikit-sikit pun nak nangis..
very the sensitive one..:P


Then, yang paling happy bila dapat tengok ni.
And mummy was like...OMG is that my son??
Hati mummy pun berbunga-bunga.
tak sabar nak framekan
Im so proud u my Hang Nadim!!!!

My dear son, if i were your classmate,
maybe i would fall in love with u.
But its okay, coz now u be my boyfreng already...:))
-mummy-


Alhamdulillah and Happy holiday untuk budak sekolah jer... :P !!!

Thursday, November 17, 2011

Kesian Aliya.

Assalammualaikum buat semua, semoga hari ini dan seterusnya kita berjumpa dengan peristiwa-peristiwa yang indah-indah sahaja. Kalau terserempak dengan perkhabaran yang tidak baik, anggaplah itu hanya selingan, kita simpanlah sahaja dalam hati, tidak perlu kita perbesarkan kerana selalunya perkara-perkara tak baik hanya akan menambahkan lagi duri-duri dalam isi kehidupan kita.

Jadilah penasihat yang baik, kalau rasa tidak mampu maka cubalah menjadi pendengar yang baik, dan kalau masih tidak mampu juga, berusahalah untuk menjadi penyimpan yang terbaik.

Insyaalah kalau kita pandai menjaga aib kita dan orang lain, maka tuhan pun akan tutup aib kita. Aib sepertimana juga dengan Aurat, dimana bila kita memeliharanya dengan baik, Insyaalah, dinafas kita yang terakhir nanti, kita akan pergi juga dalam keadaan yang terpelihara aurat, olehNya.

Maklumlah sekarang dunia sudah tua, macam-macam boleh terjadi, lihat saja negara-negara jiran, yang paling hampir, ada saja bala bencana.Melihat gambar-gambar kejadian sungguh menyayat hati, paling terkesan apabila melihat gambar-gambar wanita dalam keadaan tidak terjaga auratnya. Sudahlah pakaiannya terdedah dan singkat, dan apabila terkena bencana, makin terselaklah jadinya.

Apabila mengenangkan semua ini barulah dapat mummy relatekan hikmah yang terdapat didalam tuntutan menutup aurat.
Sekurang-kurangnya apabila sesuatu tragedi menimpa dengan tiba-tiba, sekurang-kurangnya kita telah bersedia, dan selebihnya serahkan pada yang maha Esa.

Mummy pun masih dalam proses ke arah itu, masih lagi rasa serba tidak sempurna. Kerna sememangnya, bukan senang nak mencapai sesuatu impian, lebih-lebih lagi sesuatu yang baik dan mulia.
Tidak mudah untuk membimbing, walaupun sekadar membimbing diri sendiri. Hakikatnya membimbing diri sendiri adalah lebih sukar dari membimbing orang lain.

.........................

Hari ni hari terakhir persekolahan Nadime.Esok, ada 'Parent-teacher Day'. Tak sangka sekejap je dah bulan November kan??
Rasa macam baru je semalam pergi daftar Nadime masuk kelas EDP.So, sempena meraikan hari terakhir ni, sekolah Nadime ada buat potluck, lepas 1000x pikir, mummy pun decided nak masakkan untuk schoolmates dia Spegatti Bolog...sebab senang je buat dia kan, campak-campak dalam kuali sambil masukkan kain dalam mesin basuh, tuang sabun & saya putar halimmmmmmmmmmmmmmmmmmm!!! Wang besar! Wang besar!! :P

So malam tadi, singgah pergi Giant KD kejap.Nadime suka sangatlah kalau dapat pergi Giant.Kira macam dah habis happening la tu dapat pergi Giant...hahahahhaha, kesian-kesian.
Sengih je memanjang.Sempat singgah di kedai untuk dinner, dan amik gambar.



Ni, anak manja den ni... bila compare balik..Aiseyman, cemana anak boleh extra ayu dari mak ni...Anak saya kalau pasal senyum depan kamera memang nombor satu yer.Kalah i tau.

Lepas settle beli barang mentah, terus balik rumah...tengok jam dah pukul 11pm.Siap-siap semua,sebelum tido kunci jam nak bangun pukul 4 masak, cewah.. harapan...angan-ngan..tak salah berangan nak bangun awal kan.

Last-last bila jam bunyi kringgggggggggg..pukul 4am, mummy bangun tapi kunci jam balik pukul 5am... kikiki..Krinngggg pukul 5, mummy bangun kunci lagi pukul 5.30am.. hahahhaha...Bila kringgg pukul 5.30am, mummy topup lagi 15 minit..hahahha..baru bangun and terkocoh-kocoh masak...Nasib baik settle semua.

Tapi frust sebab tak dpt nak goreng nugget crab stick tu, sebab dah habis kat giant semalam... erm.. so mummy tambah dengan buah limau sunkist jer, jadilah kan.. asalkan Nadime happy pergi sekolah, dengan air tangan dari mummy.. Hihihi.

Nadime bangun nampak container2 tu, dia pun tanya..



Nadime: Mummy masak? Waa, Dah siap masak untuk party sekolah abang??

Mummy: Haah!!!... nanti abang makan dengan kawan-kawan yer...

Nadime: Bestnya, Mak kita masak, mak Aliya tak pandai masak....kan mummy?? kita tak nak bagi Aliya makan, kita nak bagi Sarah je.(baca dalam nada eksen dan berlagak, mulut berjuih, mata menjeling)

Mummy: Abang, kenapa abang tak suka aliya ni? Share la makan sama-sama k.. entah2 mak aliya masak nugget macam yang abang suka tu.

Nadime: Tak.tak....kita tak suka Aliya sebab Aliya suka buat anak mummy dgn anak daddy...(gila poyo ayat :P)

Hahahahha.. Aliya lagi..lagi-lagi Aliya apalah yang dia anti sangat dengan Aliya tu. Kesian Aliya. :))

p/s- masa tengok cd concert Qdees haritu, Nadime dah tunjuk mana satu Aliya. OMG Aliya sangat comel.*Wink* -ayat org xde anak perempuan kat dunia-

Tuesday, November 15, 2011

Cerita pasal Wan..

Ibu, ibu engkaulah ratu hatiku..
Bila ku berduka engkau hiburkan selalu...
Ibu, ibu...engkaulah ratu hatiku....

Sedap sangat lagu ni, belajar sekali je masa kecik... namun masih ingat sampai sekarang..
lagu yang pendek punya 3 rangkap sahaja..namun maksudnya tersangatlah mendalam...

Percaya tak sambil menaip lirik lagu ibu , mummy turut menyanyi bersama-sama...
sambil terkenangkan Wan dan Tokwan yang baru sahaja pulang ke kampung dengan menaiki bas ekspress malam tadi..*sedih*

Perangai seseorang ibu ni, kadang-kadang sangat manis, sangat bahagia dan sangat sedih untuk dikenang.

Kadang-kadang terasa seperti diri ini masih kecil, bila berada di sisi Wan. Walaupun hakikatnya diri ini sudah hampir setengah abad.
Wan juga seperti itu, masih melakukan perkara-perkara yang sama pada anaknya yang kini telah tua, bersuami  dan mempunyai anak sendiri.

Wan masih lagi tak lupa untuk menasihati, tak kira dalam telefon atau bila depan mata Wan selalu pesan jangan lupa makan sayur..
jangan selalu makan sambal belacan..
jangan lupa minum susu,
jangan selalu tak makan,
jangan minum ais...
jangan tinggal sembahyang....................
jangan lupa doa selepas solat................

Kadang sedih, pilu...bila sambut Wan dan TokWan datang dari kampung, Wan bukan saja bawa beg baju, Wan datang bawa plastik berisi kueh, buah, roti jala, kuah kari, roti canai, daging korban, lengkuas, halia....tak tahu kenapa sedih sangat lihat plastik-plastik itu...

Wan masih ingat anak kecilnya nak makan....walaupun anaknya kini dah tua...Oh! Nangis dalam hati.

Wan masih tanya, teringin nak makan apa?? Sementara Wan ada Wan boleh buatkan...
Ketupat sotong? Pulut Durian? Pulut kuning??
Sedih lagi dalam hati...tapi pendamkan saja... Tak nak selalu menyusahkan Wan...

Bila lepas makan, Wan berebut nak basuh pinggan, kita kata jangan dia nak basuh jugak...
sampai sudah dia kata nak basuh..sebab dia kata kesian tengok kita penat pergi kerja... dia nak kasi kita berehat...Sedih lagi.

Sebelum Wan balik, Wan bagi mummy satu kotak kecil, Wan kata hadiah untuk mummy.
Wan kata hadiah sebab mummy selalu ingat kat Wan, setiap bulan kirim belanja untuk Wan.
Walau kadang-kadang susah Mummy tetap hantar pada Wan.

Wan cerita lagi, duit belanja yang mummy beri tu setiap bulan Wan simpan sikit-sikit untuk belikan hadiah ini untuk mummy...terharunya bila buka, mummy nampak seutas gelang emas.

Wan kata kesian, tengok tangan mummy kosong...tak ada gelang...
Uwaaaa.... kali ni sedih sangat-sangat.... apalah yang ada dalam fikiran Wan agaknya yer...
kenapa Wan selalu fikirkan anak-anaknya.... anaknya dah tua dah berlaki pun Wan ambil kisah lagi...

"Wan, bukan kita xnak beli gelang, tapi kita suka beli menda lain..." mummy cakap dalam hati.

Wan, kita terharu sangat-sangat dengan pemberian ini...betullah orang kata, memang berkat bila kita tidak lupakan orang tua.Selalu ingatkan orang tua.
Allah tambah rezeki kita.
Alhamdulillah sampai kini tak pernah lupa pada Wan.

Bila sampai masa Wan nak balik, Wan pesan lagi..
Termasuk kali ini, sudah seribu kali Wan pesan jangan lupa untuk mendoakan ibubapa selepas solat...
sebab Wan pun tidak pernah gagal untuk menyebut setiap satu nama anak-anaknya dalam doa selepas solat...Sedih lagi.


"Ya Tuhanku, kasihanilah kedua-dua ibubapaku sebagaimana mereka mengasihani aku sewaktu aku kecil." 

 Amin.


p/s- Macamana kita nak tuhan kasihkan kita, macam tulah kita kena kasihkan anak kita.

Friday, November 4, 2011

Nadime's 1st date.. :)

Assalammualikum, laparlah tak tahu nak makan apa tengahari ni, pagi tadi dah makan cekodak pisang 3 biji dengan air teh'o buat kat opis. Sekarang dah lapar balik semula..:))

Hari ni mummy nak cerita satu kisah, pasal Nadime.Pasal temujanji pertama dia.Semalam lepas ambil dia dekat rumah 'daycare', terus pergi belikan dia Bun dan air ribena untuk dinner.Dia cakap dah bosan makan Nasi goreng Cina.

Tapi sejak dari dalam kereta lagi dia dah pujuk-pujuk mummy agar bawa dia pergi Giant KD.

"Jomlah mummy, jomla pergi Giant...bawak abang kejap..."
"Nak wat pe pergi Giant?? kalau weekend takpelah....tunggu weekend okay??"
"Ala, abang nak pergi malam ni... jomla..jomla..."

Lama juga dia pujuk mummy, tapi mummy tak endahkan lah, sampai-sampai rumah..dia ajak lagi..Tak henti-henti..so mummy pun tanya..

"Abang kenapa abang nak pergi sangat Giant ni? nak gi playground?? umah kita pun ada playground.."

Pastu baru dia cerita kisah sebenarnya.....hahahha

"Abang nak pergi Giant sebab, Teacher Vasu ajak abang pergi giant malam ni, Dia kata jumpa kat sana pukul 9 mlm..."
"Jomla mummy, teacher cakap dia nak pergi Giant malam ni, nak beli barang..."
 
Muahahahhahahahahahhahahahahhahahahahahahahahahahahahahahaha!!

Oooo..ada date rupanya... kikikiki..Teacher Vasu tu class teacher Nadime kat Qdess.
Memang dia baik sangat dengan Nadime..and yet kitorang pernah terserempak masa sama-sama tengah shopping kat Giant KD..
Teacher Vasu sampai berlari-lari pergi kat Nadime, nak say Hi kat dia..
Dia suka panggil Nadime Cute Boy... & sempat lagi kiss each other..hahahhaha
Pastu pusing-pusing satu giant, bila terserempak lagi, say HI, HI, Bye, Bye..lagi...

So 10 kali jumpa, 10 kali lah say hi, hi, bye..bye...lawak betul.

Ok.. tu lah dia ceritaNadime's first date.. tapi mummy tak pergi pun... :P

Wednesday, November 2, 2011

RM 2

Assalammualikum, hari ni nampak macam nak hujan lagi kan. Semalam dah berdoa jangan hujan, jangan petir, jangan kilat pun still guruh kilat saling sabung menyabung.Begitulah tak semua doa kita akan dimakbulkan.Namun janganlah pernah merasa serik untuk berdoa.Teruskanlah berdoa, Allah tidak pernah gagal untuk mendengar, mungkin kita yang gagal menambat hati Allah.


I pernah came across this one conversation , melibatkan sekumpulan orang tapi yang bercakap hanya A dan B ,  mummy selaku pendengar.


A: Selalulah berdoa, walau kat mana kita berada, time-time kita susah tu jangan putus minta doa pada allah...ya Allah kau tolong lah aku...


B: (mencelah) kalau tak sembahyang, asik tinggal sembahyang pun tak guna jugak!!..


A: Insyaalah, Allah dengar, walaupun kita selalu mengingkariNya, Allah Maha Mendengar, Allah Maha Pengampun, Maha Mengasihani,  lebih-lebih lagi doa-doa orang yang betul-betul ikhlas, betul-betul dalam kesusahan....dan memerlukan pertolongan....selalulah berdoa.


p/s - janganlah sombong kalau kita rasa kita sudah hampir pada Allah...sedar tak sedar,  kita yang makin jauh dengan Allah.Sentiasalah membimbing orang-orang yang memerlukan bimbingan.




Berbalik pada doa tak mahu hujan tadi....agaknya masa mummy berdoa, mummy tak cukup khusyuk agaknya. Finally, apa yang kita rancang tak semuanya akan menjadikan. Tapi takpelah hujan itu kan rahmat. Setakat hujan lebat, takkan nak give up kot.

Hari ni merancang nak makan lunch dengan makanan yang murah-murah sikit. Almaklumlah kerja di kawasan elit macam Taman Tun Dr Ismail ni, restaurant semunya harga mahal-mahal. Kalau nak makan murah-murah kena lah berani menyabung nyawa melintas 2-3 jalan besar untuk beli nasi bungkus makcik yang jual dekat lori.Sehari, dua takpe kalau tiap-tiap hari, tak sangguplah.. basah2 ketiak nak pergi beli nasi makan tengahari yang berharga rm4.50.

Dua tiga minggu ni, mummy dengan kawan selalu makan kat HOMST, siapa yang biasa area TTDI ni tahulah tempat dia, makanan sini sedap-sedap.Makanan yang selalu mummy order, atau lebih tepat lagi "addicted" adalah, Nasi Ayam Blackpepper... memang sedap..setiap hari order tu, harga sepinggan RM7.50, pastu mumy suka order Nasi & Wet Butter Chicken RM 8.90, dan semalam baru order Mee kari RM 9.00.Tapi mummy gandingkan dengan air kosong je.. save sikit...:P


Ada setengah orang kata murah...ada yang kata mahal..mummy kata mahal. Kalau sehari takpe.. kalau seminggu??? 2 minggu?? memang kopaklah mummy yang selalu kopak ni kan.Kalau sehari Rm8 seminggu je dah RM40.Sebulan?? itu baru makan tengahari.

So harini dah berniat nak order makanan yang murah-murah je. So dalam kepala dah terpikir nak makan Nasi Ayam je bersamaan Rm6.Disebabkan makan murah arini mummy pun order lah ais limau + Rm 1.50...so total RM 7.50.Oklah tu, harini jimat 50sen.? Boleh masuk tabung Nadime. (hah jimat 50 sen jer?? jimatlah sangat-sangat :P)
Tup-tup, tengah-tengah sedap makan, muncul 2 orang, seorang buta pegang tongkat, sorang lagi perempuan duk pegang orang buta tu. Berdiri je, kat meja kami yang besar memuatkan seramai 6 orang. Orang buta itu berdiri betul-betul sebelah mummy....
"Assalamulaikum.." tu jer yang dia cakap.yang perempuan tu senyum je..tak perlu kata apa-apa. :))

Mummy tengok tak sampai hati lah pulak kan, dah lah baya-baya ayah kita jer. Tengok semua kawan mummy diam je.. Mummy tahu kita tak digalakkan memberi sedekah pada meraka yang mampu bekerja.Tapi bila melihatkan semua kawan-kawan diam je, mummy pun tak sampai hatilah pulak...nak biar dia berdiri lama-lama disitu...

Mummy pun berilah RM2 pada dia. Sebagai balasan, mummy dapat kalendar tahun 2012..hihi awalnya, kau ada??? Kemudian orang buta itupun berlalu.

Tiba-tiba ada Syaitan membisikkan sesuatu pada mummy, Syaitan kan dah berjanji dengan Allah yang dia akan menyesatkan kite..

"Hish, aku baru nak berjimat hari ni, ada pulak orang datang mintak sedekah"...

Masyaalah, kenapalah terlintas macam tu yer, cepat-cepat mummy istifar, dan cakap dalam hati, "Aku ikhlas, aku ikhlas, Semoga dengan bersedekah ini dapatlah menarik sedikit rezeki daripada Allah. Semoga dapat menghapuskan dosa-dosa kecilku... Adik, mummy sedekah ini atas nama adik, semoga adik dapat pahala dari Allah."

Sedih pulak, rasa.
Bila kita rasa kita betul-betul memerlukan, ketahuilah ada orang yang lebih memerlukan.

Biarpun hanya RM2.


Lepas makan, mummy terus belek-belek kalendar,
mencari-cari tarikh 5hb Jun 2012, jatuh pada hari apa..
Alfatihah untuk Adik yang mummy sayang.

Survey Tadika : Qdees.

Assalamualaikum, hari ni nak tulis salam penuh-penuh selalu tulis short form je..macamlah busy sangat, nak tulis full words kan padahal tak sampai satu minit pun.Alhamdulillah hidup hari ini ada peningkatan, sebab dah rajin tulis penuh-penuh..hihihi... tepuk tangan untuk mummy.

Sebenarnya hari ini nak buat 'Wordless Wednesday' je, tapi sebab gambar yang bakal dipaparkan nanti perlu diberi penerangan takut nanti ada yang salah anggap so alang-alang mummy pun tulis jelah yer...



Ceritanya begini, ramai jugalah 'inbox' mummy kat facebook bertanya kan pasal Yuran Qdees.Mummy tahu ni semua sebab dah masuk bulan Nov kan? So mesti ramai mommies tengah buat survey kinder untuk next year 2012. Nak masukkan anak ke Tadika memang lah satu kerja yang mencabar sebenarnya, dan ia meliputi banyak step.

Tapi yang paling penting sekali mommies2 semua WAJIB pergi, masuk dan lihat dengan mata kepala sendiri keadaan, kebersihan, jadual belajar, jadual pemakanan, keceriaan dan yang paling-paling-paling penting sekali adalah, Personaliti principal dan guru-guru yang akan mengajar anak-anak kita nanti. Dulu mummy takut sangat nak jengah masuk ke Qdees atau  yang sewaktu dengannya, sebab bunyi amaun fees dia je dah menggigil lutut..tapi tulah kan orang kata kalau kita tak cuba tanya kita tak tahu...

Kenapa?? Sebab kalau sekolah bagus cemana sekalipun kalau guru-gurunya sombong nak mampus, tak pernah senyum, nampak macam tak confident, dan principalnya selalu takde kat sekolah, tak friendly, tak penyabar, tak guna juga. Percayalah. Anak-anak kita bakal menangis, bakal mengamuk dan bakal bergaduh di sekolah okay. Ini semua terbukti melalui pengalaman yang pernah dilalui oleh mummy dan kawan-kawan mummy sendiri.

Untuk tambahan, mummy lebih suka Tadika yang dipelopori oleh orang Islam, kenapa? Sebab orang Islam dah diajar nak buat apa-apapun baca bismillah.. so terjamin sikit keberkesanannya, disamping menyediakan makanan-makanan yang halal.Takdelah gelap hati anak kita nanti.Kalau anak kita ke toilet pun akan diceboknya juga..tidaklah dilap dan dileset dengan tisu aje.. Alhamdulillah jumpa Qdees yang punya pengetua orang Islam.


Keduanya, ramai tanya soalan Okay ke tak Okay?? bagus tak bagus???

Pendek kata, kalau orang kata Qdees tu bagus. Mummy nak tekankan disini tak semua branch yang bagus. Then kalau ada yang kata Smart Reader/ genius Aulad bagus, tak semua branch yang bagus.. Semuanya depends pada pihak Pentadbiran, Pengetua dan guru-guru yang mengajar disesebuah tadika itu.

Dan lagi satu, semuanya depends pada kebolehan anak-anak kita sendiri juga.Hanya kita yang boleh menilai kebolehan anak kita. Hanya kita yang tahu anak kita ni cepat ke lambat.Kita tak boleh tipu diri kita sendiri.Tak semestinya hantar anak Tadika mahal, anak kita jadi pandai yer... bukan semudah itu.



Jangan buat statement begini..."Hantar kat situ, tapi masih tak pandai baca lagi, hantar kat sini tapi masih tak pandai eja lagi..." ataupun, " hantar kat situ, tapi anak tak pandai2 pun  cakap english..."

- Eh, Hello cintailah Bahasa Melayu kita okay... kenapa malu sangat nak berbahasa Melayu?? Do i look stupid when i speak in malay? Hahaha.Kalau mak pak tak converse in English fluently, setakat cakap dengan anak " Sit!!! mummy kata sit!!.. kang mummy cubit!! " atau "Adik, come here, adik nak ikut mummy tak?" Kalau bercapur aduk macam tu, maka anak u pun akan cakap bercampur aduk ler....Jangan haraplah anak2 u nak speaking berhabuk in English... okay.. Memang tak boleh nak harapkan cikgu je semata-mata.

Tak faham orang sekarang kalau boleh semua anak nak ditekankan bahasa Inggeris.Sedihla kalau suatu hari nanti bahasa Melayu hilang begitu sahaja.Lebih-lebih lagi sekarang ada bahasa baru.. bunyi dia macam ni. " Pawham x yg aq tewliss niew?? lau x phm saia powwn x pawhamm gakksss.... awwww..sewwsahh la cm niewww..sawkitt mateww membacenyewwww.!!!" Hahahahha.

Mummy pun hantar Nadime ke Qdees, bukan nak  paksa Nadime jadi pandai, cakap english berhabuk, jadi genius. Mummy hanya mahu Nadime bergaul, berkawan, bermain disamping belajar perkara-perkara yang mummy tak mampu ajar dirumah. Belajar bahasa Inggeris sikit-sikit, supaya nanti tak terkejut dan pengsan bila masuk darjah satu kawan-kawan semua cakap English berhabuk....hahahha..

Jangan cepat judge anak kita, anak kita masih kecil, kitapun dulu masih menggendong anak patung kain diusia 4 tahun.Tidak tahu apa-apa. Perjalanan mereka masih jauh.Cuma, berikanlah mereka apa saja yang terbaik selagi termampu.


Ketiganya, ramai tanya soalan Mahal atau tidak???

Mummy sedar, bukanlah semua orang didunia ini kaya, banyak harta, kami pun tergolong dalam golongan yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang juga.Gaji tidaklah lebat dan riban-riban kuasa 4. Bonus pula, tidaklah sampai terbeliak mata, dan bangga nak bagitahu satu dunia. Namun, Insyaalah rezeki anak itu ada saja dimana-mana. Memang ramai yang komplen mahal, tak terbayar. Kalau rasa macam tak boleh je, cuba lah ikhtiar. Yang penting, mak ayah kenalah berkorban sikit, tak perlu baju baru setiap bulan, tak perlu makan luar tiap hari, tak perlu pakai Phone canggih manggih...tak perlu kereta continental...Aik? Kata tak mampu tapi mak ayah pakai blackberry, i phone, i pad cemanakan?? :P

Pandai-pandailah korek lubang, lepas korek lubang sila tanam lobak ke, sawi ke... jangan sampai jatuh dalam lubang sudah... hahah.. itu sajalah bebelan hari ini. Semoga sedikit sebanyak dapat memberi ilham kepada ibu-ibu yang sedang mencari Tadika.Bak kata pepatah, berbudi kepada tanah membawa hasil yang melimpah. Eh..apa kaitan dengan tanah plak yer...hahahah. Bye.Assalamualaikum.




Untuk sesiapa yg tanya fees Qdees, ini fees structure untuk  4 yo -2012,
tapi mungkin setiap branch lain sikit kot.. pls ignore pen merah tu,
tu mummy tak payah bayar sebab mummy reenrolment utk 2012...
so dah tolak siap-siap..hihi..

Gud luck mommies.

Tuesday, November 1, 2011

Qdees's Concert.

As-Salam,

Selamat petang kepada semua, semoga hari ini tak hujan macam semalam, kalu hujan pun mintaklah jangan diiringi petir sabung menyabung macam semalam, nanti takut mummy nak drive balik rumah...takut sangat bila dengar bunyi petir semalam, masa tu mummy kat rumah dengan Nadime , Mummy unpaid leave lagi, sebab Nadime tak sekolah. Qdees cuti selepas Konsert. So disebabkan Nadime masih demam dan merayu-rayu agar mummy tak tinggalkan dia..so mummy pun terpedaya..hahahhaha. Tapi hari ni, walaupun dia merayu-rayu bagai nak tak nak pergi sekolah, mogok, histeria, namun mummy tetap suruh daddy mandikan dia.. NO MERCY.


Kalau nak ikutkan dia, dia memang malas nak pergi skool, sebab malas bangun pagi.. Tapi bila dah siap pakai baju semua baru mood dia okay and excited nak pergi skool.Nadime ni sebijik macam perangai mummy  -not a morning person...Hahahhaha.

Ok, hari ni nak cerita pasal konsert Nadime, Ahad lepas Qdees Subang Bestari buat konsert.Nadime adalah diantara murid termuda yang ambil bahagian dalam konsert ini. Sebab semua murid kelas (EDP) Nadime berusia 3++. Ada yang masih pakai pampers..


Alhamdulillah Nadime dah diaper free semenjak 2 tahun 10 bulan lagi, bukan senang, mummy train Nadime tanpa training pants pun... Memang penat jugalah mengemop lantai 3 kali 1 hari..Tapi berbaloi... Selepas 3 hari.. Nadime terus confident untuk tak pakai pampers. Save lagi duit daddy...:P

Budak-budak kelas Nadime semua kecik2 comey jer...kalo tak caya nanti tengok kat video.

Nadime je yang terlebih besar sikit macam 4 tahun, walau masih dikategorikan sebagai 'crying baby' mummy tak sangka mereka pandai dengar instruction dan ikut hafal step menari...

Seminggu sebelum konsert Nadime demam disebabkan tonsil, kesian. dari berat 18kg..tinggal 15.5 kg... Tak lalu makan. nasib baik tonsil tak besar sangat.

So hehari nak pujuk dia makan, pagi2 kena drive dia pergi KFC.. dia suka sangat bubur Ayam kat both Mcd and KFC.




Ok, hari Konsert telah pun tiba, ni dia my 'Nadime Khan' dalam baju hindustannya. Sungguh meriah sekali okay. Pandai teacher dia pilih baju.Warna merah plak tu.. Baju saiz 5 tahun tapi nasib baik sedang elok je...Dalam hati mummy ni berdoa agar dia tak buat perangai macam hari Sports day dulu, ngamuk-ngamuk taknak join...
pandai pulak tu pose ala2 Industan...kikiki


Dalam kereta, dia dah cakap awal-awal dia taknak menari.Pastu dia buat muka toya, buat-buat tidur sebab taknak menari. Risau hati mummy masa tu, mummy tension kalau Nadime taknak join sebab dah bayar duit untuk konsert tu. Kalo mummy tahu Nadime poyo macam ni tak hinggin mummy nak bagi Nadime masuk konsert.


"Ko tak menari siap ko Nadime, punyalah mahal baju India tu,
kalah baju raya mummy tahun ni !!!
Dia wat dono jer apa mummy pesan, siap gelak-gelak lagi.

Dia pesan jangan kejut dia, kalau dah sampai :P


Tapi bila dah sampai, excited pulak dia, sampai tak henti2 practice.




Ok.. finally perfomed juga Nadime , tapi asiklah pandang kamera daddy.. sib baik tak nangis.Btw, kualiti video ni tak bagus sangat sebab amik dengan fon je..jadilah untuk mummy tengok time2 kat opis..bila rindu kat dia.. Takpe..nanti tunggu Teacher dia bagi CD full version baru puas tengok sikit.
*Nadime yang tepi sekali baju merah...kena duduk belakang sebab badan besar..:P"
Tapi sumpah menitik airmata mummy lihat anak menari atas pentas.....;(((


Lepas habis Konsert, Nadime cakap dia lapar sangat.. and nak makan nasi Goreng Cina...
Letih sangat menari agaknya..Hahahah..
I'm proud of u my sonshine!!!!

Tak lama lagi nak cuti sekolah, Nadime boleh rehat puas-puas..
sebab tahun depan nak kena start tadika untuk 4 years old pulak... 
Insyaalah, kat tempat yang sama. sebab mummy puas hati dengan pencapaian Nadime dekat Qdees.
Alhamdulillah.

Followers