About Me

My Photo
Cinta kau dan aku Takkan mungkin bersatu Untuk saat ini di dunia ini Mungkin kita bersama Nanti di atas sana Biar ku setia menjaga cintamu Selamanya

Thursday, October 27, 2011

Salahkah aku..

As-Salam...

Lama sangat rasanya dah tak menulis... kalau dulu hari-hari nak tulis untuk adik..
Ternyata dengan menulis dapat menghilangkan sedikit rindu mummy pada adik.
Mummy rasa mummy dah sembuh sikit....
Sembuh dari penyakit yang tidak dapat menerima pemergian adik...
Dan tidak mahu sesiapa sebagai pengganti adik...

Jika dulu hari-hari mummy nak beritahu tentang rindu mummy pada adik.
Alhamdulillah sekarang mummy dapat menahan perasaan ini dari terus melarat.
Terima kasih untuk kekuatan yang kau berikan ini Ya Allah.

Dulu lepas adik pergi, mummy tidak pernah fikir tentang pengganti...
Biarlah dulu, mummy masih tak puas bermanja dengan adik..
Walaupun hanya dapat bermanja dengan bayang-bayang adik....

Lepas adik pergi dulu.. mummy punya banyak waktu,
Mummy puas tidur, puas termenung, puas berjalan,
Mummy puas melakukan segala-galanya...
Namun segala-galanya diiringi rasa kekosongan yang amat sangat.
Walaupun telah bebas, hidup mummy tidak lengkap.
Adik telah pergi dan meninggalkan kesan parut yang amat dalam di hati mummy.

Setelah setahun lebih adik pergi, mummy rasa sudah tidak tahan lagi...
Maafkan mummy adik, mummy tidak mampu untuk meneruskan hidup dengan hanya merindui adik setiap masa...
Mummy perlukan seseorang yang seperti adik...
Mummy harap adik turut mendokan mummy adik..

Ada suatu hari, mummy tanya pada daddy..
Daddy, kenapa kita masih tidak dapat baby..
Daddy kata entah, mungkin adik sedih dan tak izin lagi...

Walau mummy tahu itu semua kerja tuhan yang Maha Esa.
Namun mummy juga harap adik tidak sedih...
Bukan niat mummy mahu melupakan adik...
Mummy hanya mahu, melepaskan kerinduan pada adik...
Sampaikanlah padaNya adik...


Biarkan aku dengan sisa ini..
Walau bukan ini yang kumahu...
Tempat ini bukanlah lagi..
Tempat untuk aku bersamamu...

Andai waktu ini bukanlah lagi..
Waktu untuk seseorang yang baru..
Dan jika hanya, mengecewakanmu...
Maka aku tiada alasan untuk itu...

Salahkah aku..

Friday, October 7, 2011

Anana Kis.

As-Salam.

Lawak abang Nadime ni, mummy belum pun peknen tapi dia dah ada nama untuk adik baru nanti.. tak agak-agak nama untuk gegirl lak tu..confirm ke kalau mummy peknen nanti dapat baby girl, Nadime oi...??


Sekarang kalau tanya dia adik dia nama apa..dia akan cakap Adik Anana Kis... nanti dia cakap ada satu lagi adik dia.... dia cakap adik dia ada dalam perut mummy.... bila tanya adik tu nama apa...nanti dia cakap adik...Anana tutttttttttt...(ops biarlah rahsia...malas nak excited sangat) hahahhahaha... sebab putiknya pun belum ada...wat malu jer....Hahahah....

Tapi sedap sangat nama yang abang bagi dekat adik future ni... sungguh ada taste Nadime ni.

Malam tadi, Nadime tanya lagi, mummy dalam perut mummy ni ada adik kan... Yerlah mummy angguk jelah... Pastu dia pun dekatkan telinga dia dekat perut and cakap-cakap dengan adik ikut pusat
"Adik...Adik....hai adik... " pastu dia gelak sorang-sorang alahai.........

Ya Allah kau perkenankanlah doa hambamu yang kecil ini.


Amin.

Monday, October 3, 2011

Monday Blues...

Hari ini mummy ingin bertanya..kalau-kalau kita semua perasan tak, hidup kita adalah seperti robot?
Pegi kerja jam 8, balik jam 5, kalau yang rajin tu, maybe akan buat overtime sampai malam-malam bergantung pada niat seseorang itu. Yelah..Overtime sebab terpaksa ke..nak tambah wang saku ke...atau berdating bermeeting, tanya diri sendiri.

Yang pastinya nilai kerja kita diukur dgn wang ringgit yang sebenarnya. Kertas semata-mata.
Setiap hari stuck dan mencarut-carut berzikir dalam kereta kerana tersangkut dalam traffic jam. Pagi petang siang malam, traffic jam.Sampai-sampai saja dirumah,selalunya dah malam. Lepas makan dan itu ini, sambung membuang masa di FB, Twitter, Friendster sambil melampiaskan kemarahan di laman-laman soSial ini, dan ada juga sesegelintir yang kemaruk merapu-rapu di Forum tanpa ISI.

Kini kita bergantung kpd sistem teknologi untuk hidup. Kita menghabiskan usia kita dgn menjadi hamba kepada 'sistem' yg dicipta ini. Menghabiskan ribuan ringgit semata-mata untuk membeli alatan-alatan yang sangatlah 'smart' ini.

Pernahkah kita bertanya - siapakah pencipta sistem ini? Dan siapa pula yg bijak sangat sehingga dapat mencipta sistem 'kerja' dan sistem 'gaji'?
Siapakah pula yg mencipta sistem bank, insurans dan ansurans (hutang ye sebenarnya), semuanya - yg memberikan impak &efek bahwa "life is SUPERFICIAL"? Memang inilah yg kita lakukan sehingga kita mati. Percaya tak semua sudah jadi duri dalam hidup kita seharian.

Mummy rasa, ramai yg sudah sedar tentang perkara ini namun masihkah ada yang
mempunyai cita-cita untuk duduk saja di kampung, kembali seperti zaman sebelum manusia
menjadi lebih moden. Hidup secara sederhana, lebihkan masa bersama keluarga.
Lebih mencintai sesama manusia. Berbicara dari hati ke hati dan bukan dari hujung jari anda.

Tapi kepada mereka yg lebih mementingkan standard, ya, tentu
saja mereka tidak akan merasakannya. Kerana mereka tidak mahu ketinggalan.
Mereka cuma nampak kertas duit - as if there is no
tomorrow. Namun satu hakikat, makin besar  periuknya, maka makin besarlah juga kerak dan hangitnya.

Bayangkan ada suatu bencana besar berlaku, yang melumpuhkan sistem
teknologi yg kita kenal pada hari ini - tiada lagi elektrik, tiada lagi kereta,
tiada lagi internet, tiada lagi televisyen, tiada lagi telefon bimbit..tiada lagi riban-riban.

Kita terpaksa kembali ke zaman seperti zaman moyang kita. Tiada lagi artis2, lagu2, filem2,
model2, politicians yg perlu disembah sebagai idol. Semua manusia sama rata -
back to zero.

Agaknya berapa ramai manusia akan dpt bertahan dlm kehidupan baru
itu? Siapa selalu terbayang mengenai sesuatu yang akan terjadi dengan dunia ini suatu hari nanti?
Sana sini tertulis, tentang musibah-musibah yang akan melanda dunia yang sudah tua ini.
Kiamat? risau sangat pasal ura-ura kiamat...akan terjadi pada 2012. Kan lambat lagi tu, ada masa lagi...


 Apa kata risau dulu pasal kiamat kecil iaitu kematian diri sendiri...

Sebab mungkin esok,  mungkin juga kejap lagi...


Wallahualam. Al-Fatihah buat adik yang mummy sayang.

Followers