About Me

My Photo
Cinta kau dan aku Takkan mungkin bersatu Untuk saat ini di dunia ini Mungkin kita bersama Nanti di atas sana Biar ku setia menjaga cintamu Selamanya

Monday, May 23, 2011

Ziarah Adik..

Sedih, sedih, sedih itulah yang mummy rasa setiap kali pergi melawat taman Raudhah adik...
Bukan sedih mengenangkan adik..tapi sedih melihat tanah perkuburan kanak-kanak, tempat adik disemadikan yang semakin terbiar..

Lalang makin tinggi, mummy hanya sempat membersihkan kubur adik dan kawan sebelah menyebelah adik setiap kali mummy datang...
Sedih lihat pusara kawan-kawan adik yang lain...yang dihujung sana, yang dihujung sini...semuanya terbiar...

Tiada siapa yang nak bersihkan...Nak harapkan penjaga di tanah perkuburan itu ??
Takpayahlah.. mereka pernah offer mummy, untuk jaga kubur adik dan tolong siram pokok kena bayar dia RM50 sebulan kalau tak silap.
Bukankah mereka bekerja dibawah PKNS...
Mummy hairan siapa sebenarnya yang bekerja disini..mereka tak boleh ke tolong potong lalang..lalang ok bukan rumput... sebulan sekali..

Mummy lihat lalang di kubur kanak-kanak yang pertama disitu sudahpun seakan sama dengan ketinggian mummy..5 kaki..
Sedihnya, terlintas dimanakah gerangan ibubapa kepada anak-anak itu... tidakkah pernah datang menjenguk...
mungkin juga mereka terlalu sibuk atau tidak tinggal disitu lagi....ataupun mungkin mereka juga sudah tidak ada didunia ini lagi..
Wallahualam.

Mummy berdoa kepada tuhan agar.. dipanjangkan usia mummy.... supaya mummy dapat lagi datang menziarah adik...
selagi ada hayat mummy di dunia ini... Mummy berdoa agar mummy tidak akan jemu dan malas menziarah adik,
Kerana dengan datang menziarah adiklah, mummy akan tersedar dari mimpi-mimpi dunia yang tiada jaminannya...

Dan kerana menziarah adiklah..mummy selalu mengingatkan diri mummy yang MATI ITU PASTI.

Dan pagi semalam, mummy sudah tidak tahan lagi melihat keadaan persekitaran yang sudah tidak terjaga.
Lalu mummy ajak daddy datang lagi petang nanti, untuk membersihkan taman Rhaudah adik yang sudah tidak serupa Taman.
Mummy ajak daddy beli rumput2 karpet yang hijau untuk ditanam di pusara adik....

Adik..:))

Adik kalau adik ada disitu, mesti adik tak boleh tidur...dengar dady duduk mencangkul dari atas.... daddy cangkul buang semua rumput dan lalang yang meliar...
Adik mesti gembira lihat mummy , daddy dan abang bergotong royong membersihkan Taman Raudhah adik kan...
Abang tolong gunting rumput di dalam kebuk adik...mummy pula tolong mengilap kebuk adik yang ditumbuhi kulat...Tapi dalam hati mummy ni, tak henti2 memikirkan apa kah yang telah terjadi kepada jasad anakku didalam...

Kami tak pernah lupakan adik... Adik tak pernah hilang dalam diari hidup kami...

Kalau lah boleh mummy dapat lihat adik sekali lagi.........................................


..................

Dan akhirnya kami berjaya menanam rumput hijau.....



Mummy harap adik baik-baik saja disana.........
Seperti kami yang baik-baik saja disini...
Dan mummy harap adik juga sabar merindui kami.....
Seperti kami yang sabar merindui adik sampai mati.........................

Jumpa lagi anakku...Al-Fatihah

Hari Sukan Nadime..

As-Salam...

Dulu seingat mummy Hari Sukan yang pertama mummy sertai adalah ketika mummy berusia 6 tahun. Di Tadika Kemas Kampung Taman Aman.
Masa tuh mummy kecik je.... rendah...tapi rambut panjang sampai pinggang... pakai T-shirt merah dengan seluar pendek... terkedek-kedek bawak bola pingpong dalam sudu plastik.... Masa lari tu mummy dengar Wan jerit.. "Ayu cepat ayu..cepat ayu...cepat ayu!!!!" Hehe menang tau..  Kaki mummy je pendek.. tapi semangat tu tinggi....:PP

Pastu, masa sekolah rendah dan sekolah menengah...mummy tak aktif sangat dengan sukan... entahlah tak minat kot... sebab kaki pendek kot.. lari jauh-jauh tak larat, lompat jauh tak sampai , lompat tinggi lagilah jangan harap (takut sangat bila cikgu suruh try) ...hahahha.

Last-last mumy join perbarisan je...itupun sebab terpaksa..semua kena ambil bahagian...  tapi kalu perbarisan mesti beratur depan sekali sebab pendek.MuaHaHaHaHa....

Mummy lebih suka join Kelab Kebudayaan..ikikiki...

Tapi semangat Kesukanan mummy tiba-tiba melonjak 2-3 minggu lepas..bila dapat tahu Qdees buat hari sukan...Dah lama rasanya tinggalkan semua ini... Tup-tup kena attend hari sukan anak pulak... Seronoknya!!!! Hari-hari practise marching kat rumah dengan Nadime
"Left !..Right!Left !..Right....."

15/05/11 pun tiba, Ibu dan anak bersemangat...bangun pagi-pagi... siapkan breakfast......untuk anak yang nak berentap...hihihi...

Dalam kereta..senyum bersemangat... Tapi jangan tertipu...MuaHaHaHa..

Sampai skool, tengok orang ramai, parents..siblings.. 
terus cuak ok..budak sorang ni... 
Siap nangis2 lagi...takut mummy balik..

Alahai, manja betul.. orang lain dh beratur..
dia duk cari peluang nak tinggalkan barisan..
Poyo tui anak aku..:P

Tengok tu orang berjalan 2 by 2 dengan kawan, 
die nak berjalan dengan cikgu.. Hahahah...

Adui... cemana nak participate nih..
asik nak berkepit je dgn teacher.. 
frust mummy mcm ni tau..:P


Berdiri kejap dah penat tau... aduila manja betul.

Lepas nyanyi2...lagu negaraku & qdees song..
terus nangis yer xnak participate in any game...

Game semua best2...lari2..panjat kerusi...sidai towel.. bawak bola..
yer lah what else, small kids can do..Tapi anak den semua xnak join...:PP

Tapi mummy sempat lagi heret Nadime join Game for Mother & Son.. 
Lumba anak suap mother makan roti canai..
Tapi tak menang... yerlah..sampai 2 bijik...
selalu mummy sebijik pun share dengan daddy...Perut i kecik tau..
MuaHaHaHaHa

Hadiah banyak...tapi satu pun tak menang..
Hahaha bertuah punya anak..asik duk menangis jer..
Takpe..takpe..tahun depan kita cuba lagi yer Nadime..

Takpelah sayang, mummy tahu Nadime kecik lagi, 
baru 3 tahun, baru sebulan masuk skool.. 
mesti terkejut dengan persekitaran macam ni..
tapi tahun depan no excuse ok!! :P

"Mummy, tadikan, nadime main lari-lari...nadim menang!!"
"eh ye ke?..bukanke ada budak tu, nangis2 xnak main tadi"
"taklah...mana ada..nadime main tadi..tak nangis pun"
" yer ada budak nagis... "
"tak"
"yer"
"tak"
"yer"
"tak"


Poyo anak daddy ni!!!!
Asik nak berkepit dgn mumy daddy je..

Apapun, Tahniah kepada Qdess, kerana berjaya menjayakan hari sukan yang penuh ceria dan menyeronokkan.

Thursday, May 12, 2011

Selamat Hari Jururawat.

As-Salam..

Salam penuh kasih sayang buat semua jururawat yang pernah mengenali Alanna...

yang pernah memandikan Alanna,
yang pernah mengendong Alanna...
yang pernah mendodoi Alanna..

yang berdiri hampir sejam untuk menyusukan Alanna (tube)....
yang tak pernah lupa bagi ubat untuk Alanna...
dan pada yang datang menziarah dan mengucapkan selamat tinggal Alanna.

Walaupun pada kamu semua ia hanyalah tugas...
Namun bagi saya ibunya, ianya adalah satu kenangan.


Selamat Hari Jururawat Sedunia.

khususnya jururawat yang bertugas di wad KK5 HKL.

Terima kasih.Banyak-banyak.

Monday, May 9, 2011

Bidadari Kecil..



Jam berdetik..10 malam.
Waktu melawat telah pun tamat..

Dan aku masih lagi berbaring malas disebuah kerusi, merenung hambar anakku yang terlantar...

Ayahnya, baru sahaja meninggalkan aku beberapa naskah akhbar..
mungkin baginya , akhbar-akhbar itu dapat membuatkan waktu-waktu pedihku  berlalu dengan cepat...

Tapi tidak pernah sekali-kalipun aku, memberitahunya bahawa tiada satu pun diantara akhbar-akhbar itu yang yang teringin untuk ku baca...aku hanya menyelak satu demi satu helaian kertas... dan membiarkannya... terhimpun di suatu sudut..

Sebenarnya, aku sayu.

Kesedihan yang telah menguasai hidupku, kebanyakkannya telah datang dari bilik putih itu.

Oh... sebelum terlupa....aku sebenarnya,  sedang menanti anakku untuk kembali sedar. Anakku yang telah tidur sejak berhari-hari yang lalu...

Dan alasan untuk aku menulis semua ini sekarang adalah kerana janji-janji yang pernah aku lafazkan dulu..

Jadi, berbalik kepada apa yang aku ingin ceritakan tadi... aku masih berbaring di atas sebuah kerusi sambil merenung anakku yang masih lena...

Kemudian, terdengar bunyi tombol pintu dipulas dan ianya telah memecah seluruh kesunyian dalam bilik yang semakin menghancurkan  itu...

Aku berpaling kepadanya, dan terlihat seorang gadis bertubuh kecil yang kemas berbalut tangan, sedang menghampiri dan merenungku...Dalam.

Dan kemudian dengan perlahan dia bertanya...
" Ibu sedih?" Soalan diikuti satu senyuman.
Ianya seperti pernah terukir suatu ketika dulu...

"..Ibu menunggu anak ibu bangun..." jawabku.

Seketika dia berpaling ke arah anakku yang masih tidur...menatapnya lantas menarik perlahan sebuah kerusi kosong, kemudian duduk disebelahku sambil berkata..

"Nama saya Alanna....." "Siapa nama ibu...??"

"Ayu"...jawabku...

"Berapa umurnya?" soalnya lagi....


"9 bulan................."

"Dia mengingatkan saya, tentang adik saya di suatu ketika dulu..." balasnya dengan nada sedih.

Bersyukur di atas kehadirannya...malam itu aku berasa sungguh tenang, selamat... dan sungguh dimengerti.

Aku menyapu air mata yang mula bergenang... terasa mata pedih, pijar... dan kelabu, mungkin kerana sudah beberapa malam aku tidak boleh tidur...

Dan tiba-tiba tangannya menyambut dan membelai tanganku... dia berbisik....

"Semuanya akan baik-baik saja...ibu...." senyuman paling indah...untuk ku yang tidak pernah dia kenali.

Sinaran lampu dari mentol di sepanjang koridor..tepat menyuluh ke wajahnya.. namun pandanganku masih samar.

Dan pabila dia membisikkan segalanya akan selamat dan baik-baik saja..... aku percaya!!

Pantas dia cuba menyanyikan sesuatu...perlahan-lahan... "Tepi gunung....Air terjun....lalala....dadada...." lagu yang masih lagi terngiang-ngiang  ditelingaku ketika ini.... nyanyiannya sungguh mengasyikkan ,mengulitku seperti seorang bayi kecil......aku terus terbuai dikuasainya.

Dengan mata yang hampir terpejam...aku bertanya....

"Adakah, kau seorang bidadari....??"

Nyanyiannya terhenti disitu..dan dia membalas....

"Apa yang ibu nak dia jadi, bila dia dah besar nanti??"

Aku masih dengan mata yang berat terpejam....cuba berbisik..

"Ibu ingin dia menjadi seorang penulis....menulis tentang kisah hidupnya yang pernuh dengan kasih sayang....."

"Jadi mengapa ibu tidak terlebih dahulu menulis, moga-moga suatu hari dia akan sedar dan membaca akan kisah hidupnya...."

Aku hanya membisu...

" Berjanjilah denganku...sesuatu.."
 "Berjanjilah...ibu tidak akan berputus asa dengan segala harapan itu..."


"Aku berjanji...."

Dan sekali lagi...aku diperdengarkan pada lagu-lagu indah itu....sehinggalah aku terlena...

Terjagaku keesokkan pagi, aku cuba mencarinya di sekitar ruang bilik itu...

Dia telah tiada....

Kerusi seperti tidak pernah dialihkan. Aku memanggil jururawat bertugas...dan bertanya...

"Mana Alanna??" 

"Alanna?? Alanna anak puan ?? Tu dia masih tidak sedar...belum jaga.....sabar puan.........."

"Bukan.... bukan Alanna ni...Alanna yang datang malam tadi... Alanna yang berambut ikal dan panjang...dan.....bermata....." Aku cuba untuk menerangkan siapa itu Alanna dengan lebih terperinci...

" Itu hanya mimpi...Puan, itu hanya mimpi..." ........

Kulihat anakku masih tidur....... tidak pernah bergerak...semunya masih seperti semalam...kedua belah tangan dan kakinya lurus...kepalanya sedikit tertoleh ke tepi...

Pagi itu, apabila ayahnya datang melawat..  aku memintanya agar dia membelikan aku satu buku nota kosong....

Hari itu merupakan hari pertama aku menulis...berteman sekujur tubuh anakku yang setia....
dan aku takkan pernah berhenti, walaupun anakku telah tiada.





Pena: AlannaQish

p/s- hanya sebuah cerpen...bukan kisah benar...:)

Friday, May 6, 2011

Hilang.

Hati remuk sedih...terasa kehilangan anak-anak kecil kita... Kalau aku hilang satu...kau hilang 3..
3 kali remuknya.... 10 atau 3 atau 1.... tetap anak kita.... hanya kita yang tahu betapa sakitnya...

Mummy doaka agar roh Nur Syaza Alisa Syed Ahmad, 5, Nur Syaza Azira, 4, dan Nur Syaza Sakinah, 2...dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang dikasihiNya. Berbahagialah di nun jauh sana , bersama Alanna.......tempat yang paling indah... tempat yang paling benar. Jannah.

Dan buat Ibu kepada adik Sakinah,  bertabahlah ibu... Adik Sakinah yang masih hilang dihanyut arus deras, membayangkan betapa Sakinah yang masih  kecil hampir seusia anakku Alanna yang telah pergi....tidak mampu untuk menghindar semua ini....sungguh sayu hati ini mengenangkanmu Sakinah.....

Saya tidak mungkin faham, tentang 3 kali penderitaan... sebaknya hati mengenangkan anak kini berada entah dimana...masih tiada dapat dipertemukan walaupun sudah tahu akan ketentuan....saya cuma turut merasa akan kehilangan...dan ingin berkongsi perasaan..



Hilang...

Dan kemudian, ibunya sedar...
hanya hati yang boleh berdarah...

Ianya terlalu menyedihkan..
Jiwanya remuk bak kaca berkecai....

Membayangkannya terheret di lembah kotoran..
Meninggalkan kesan talian yang berdarah...
dan kemudian disapu air....

Semakin menambahkan...
takungan airmata yang sekian lama terbeku...
kerana dihujani soalan yang tidak terjawab...

Jiwa masih kosong...
Dadanya semakin ketat dan sesak...
Dan akhirnya retak menjadi kepingan tajam bak mutiara kecil..
Menambah lagi kesakitannya...

Dia melutut....
"Anakku....adakah kau sedang memanggil namaku??"
Sunyi.....

Dan kematiaanya, semakin menakut-nakutkan malamnya...

Hati bergelut untuk mendengar suara halus dan kecil...
Dan kemudian...ibu itu berbisik...

" Ibu mencari adik... dengarkanlah tangisan ibumu ini.."

Ini adalah perjalanannya....dan ini adalah perjalanan terakhirnya.
Berjalan tanpa jejak... hanya untuk seketika....
Tapi...nasibnya, takdirNya...dan suratanNya.... itulah yang pasti.

Seperti suratan untuk si Mawar liar...
yang cuba untuk menari di tengah ribut taufan...
menghancurkan kelopaknya.

Sabarlah wahai ibu.

Al-Fatihah.

Permandangan paling indah, yg tidak bisa untuk dilihat lagi.

Thursday, May 5, 2011

Jenis Mama

As-Salam.

Sungguh pantas waktu, seperti mengejar sesuatu..
Tak pernah nak tunggu..
Walaupun jam di dinding mummy rosak sejak sebulan lepas.....
Tapi siang tetap akan datang...
Malam pun tak sabar-sabar nak menjelang...

Bulan May sudaaaaa....... 
Bulan ni ada hari yang Istimewa kan???
Hari Ibu Sedunia!!!!

Sempena Hari Ibu yang akan datang ni...
Mummy nak share satu info...
Info ni mummy dapat masa tengah bosan dan belek-belek majalah...
Bukan majalah Pa&Ma.. bukan majalah Jelita.... Hahahaha...
Mummy bukan jenis suka beli majalah.... 

Tapi majalah Astro....
Alah Majalah  Astro yang dapat setiap bulan tu...
yang penuh dengan jadual rancangan Astro tu...
Selalu..tak pernah baca pun... asik muka budak2 AF je dalam tu....
Tapi satu hari tuh dah bosan sangat.... Amiklah baca....

Ade gak info berguna....:)

Menurut seorang ahli psikologi barat, Stephen B. Poulter,
secara ringkasnya terdapat 5 kategori ibu dalam mendidik dan membesarkan anak-anaknya...

Anda Mama yang Mana??? (kena jujur ok...:P)

1. MAMA SERBA SEMPURNA
    Mahu segalanya dilaksanakan sempurna di mata: suami, anak--anak dan rumahtangga.
    (Dari langsir, baju Raya....kuih raya... Nuggets, yogurt...semua buat sendiri...Homemade!!!)

2. MAMA SUKAR DIJANGKA
    Memang  dia suka mencipta situasi kurang senang di kalangan anak-anak.
    Mood-nya yang sekejap bagus, boleh pula bertukar sekelip mata??
    Bahaya. Sengsara anak-anak dibuatnya. (yang ni ramai tak mengaku..:P)

3. MAMA ' AKU YANG UTAMA'
    Dia mementingkan diri sendiri. Kerjaya dan kejayaan diri paling diutamakan.
    Anak-anak?? Oh...orang gaji ada...anak jatuh nombor 2. (yang ni wujudke?.....)

4. MAMA PENYELENGGARA
    Dia mendidik anak-anaknya dengan pengetahuan lengkap agar tidak tercicir dalam pancaroba duniawi.
    (Mama jenis ni selalunya kawan baik dengan makcik google...:P )

5. DIA SAHABAT, DIA MAMA
    Seronok mendapat ibu jenis ini. Segala masalah boleh dikongsi bersama.... (mama idaman semua)
   
Dan En. Stephen B., boleh tak kalau mummy nak tambah satu lagi jenis MAMA??? ...ikikiki...
pernah dengar tak KIASU MAMA ?? sebenarnya dah lama nak buat entry pasal KIASU MAMA ni...:P
tapi xpelah....

6. KIASU MAMA ( 'taknak kalah' mama)

     KIASU- (kee-ah-soo)
Kiasu dalam bahasa Hokkien membawa maksud, takut kalah atau tidak mahu kalah.Diantara salah satu perkataan kegemaran orang-orang Singapura.Kiasu menggambarkan sifat seseorang.

Mama jenis ini pantang menyerah. Akan sentiasa alert dengan perkembangan mama-mama lain disekelilingnya.
Pantang dengar anak mama lain lebih sikit. Dia pun seboleh-bolehnya nak buat sama untuk anak dia. Tak salahkan??
Contoh :-   a) Dapat tahu, anak mama A tuh pakai botol susuJenama XXX. Botol jenama tuh bagus. So Kiasu mama ni pun nak jugak...hihi.
                b) Dapat tahu, anak mama B tuh pandai sangat dalam maths.So Kiasu mama ni pun terus pergi kedai beli banyak buku latihan.Nak suruh anak dia buat latihan banyak-banyak.
               c)  Dapat tahu anak mama C tuh, 4 tahun dan masuk Taekwando class. So Kiasu mama ni pun cepat2 masukkan anak dia....Hahaha...

Comel-comel je mama-mama macam ni kan....:)) ...

So dah tahu u all masuk kategori mana ?? Kalau tak sure baik balik tanya husband masing-masing ok?

Sebab, mula-mula i baca i ingat i kategori  5.DIA SAHABAT, DIA MAMA... (cewahhhh)
Lepas tuh nak confirmkan lagi... i tanya daddy...
tapi daddy cakap i kategori  4. MAMA PENYELENGGARA...ekekeke...
sebab daddy  cakap... i balik je kerja...mesti update kat dia  info2 hasil i google sepanjang hari kat opis...& mostly semua pasal Nadime
wakakakakaka....Kantoi kalau boss baca.:PP...

Ok what eva.... Yang penting... Semua jenis ibu di muka bumi ini layak diraikan dan dihargai  bukan sajaha pada hari Ibu, malah setiap hari yer kawan-kawan...:P

...kerana Firman Allah SWT dalam surah Lukman ayat 14.
Maksudnya... "Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusu ) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu dan kepada-Ku jualah tempat kembali (untuk menerima balasan)"


Mak sapa lah ni... cute butt anyway :P

p/s- Tahun lepas merupakan hari ibu paling sakit dan paling sedih bagi mummy...sebagai seorang Ibu. Sedihnya nak cerita...Mintak yang baik-baik sahaja untuk tahun ini.Amin.

Followers