About Me

My Photo
Cinta kau dan aku Takkan mungkin bersatu Untuk saat ini di dunia ini Mungkin kita bersama Nanti di atas sana Biar ku setia menjaga cintamu Selamanya

Friday, March 25, 2011

Abang Polis yang baik hati..

As-slm..

Semalam dalam kalut-kalut keluar opis lambat nak pergi jemput Daddy kat opis dia...
Jalan jem Giller...!!!!! Hehe...
( terdengar-dengar nadime ckp.."mummy! jgn cakap giller!!"

Adui tension kan.. punyalah panjang beratur, kereta, lori..van, lori hantu...
Bayangkan ajelah jalan nak pg Sungai Buloh tu...

Pastukan..ada satu suara bisik kat mummy..

" Potong je kiri...potong je kiri..ciluk ikut emergency lane..."
"Mesti cepat sampai...takyah tunggu lama-lama... alang-alang ko nak masuk simpang kiri kan... ."


Pastu mummy pun tanpa fikir panjang terus potong kiri..Yahooo...
Bye selamat tinggal semua...hadaplah korang jalan yang jem tu...

Tapi tak sampai seminit...  mummy nampak ada polis kat tepi selekoh...
Aisey potong stim betul..pandai betul polis-polis ni menyorok kat tepi selekoh kan...Cis..
Patutlah tak nampak tadi...Adui gabranya....

Ada satu polis misai tu.. mengarahkan mummy ketepi...
Mummy tengok wajah dia lembut... Dan tak ada misai....:P
hahaha confirm tak garang... 
Memintaklah boleh lepas...Amin...

Mummy pun turunkan cermin kereta...cabut tali pinggang..
Dalam hati mummy... "huh..nasib baik harini aku pakai tali pinggang...."

"Sorry Cek... tak sengaja..hihi"


"La..perempuan....rupanya....." 

"Sorry lah cek.... "

" Tengok lesen..."

Mummy dah gabra..berpeluh-peluh cari lesen...
Lesen pulak banyak tak tahu yang mana satu yang latest...

"Nah encik...."

"Kita kalau bawa kereta kena ikut peraturan tau..." bebel polis tu sambil ambil lesen mummy.

"Sorrylah encik...nih dah lama tak bawak kereta ni.....selalu hubby yang drive.." 
 pujuk mummy tersengih-sengih...

"Nih lesen bila ni..dah expired dah ni.. ada lesen tak ni...???"

"Eh ada encik... la silap ke ... yang mana satu lesen latest ni... silap-silap ha yg ni latest...haa..gabra kan saya..." hahahhaha.... buat lawak bodoh lak mummy disitu.

"Encik, sorrilah encik..pls..pls..pls..."

"Mana boleh, dah buat salah kan..kali ni kena saman....saya saman ..bagi ic...."

"Ala, encik...sorrylah encik..sorry k..sorrylah...janganlah saman... Pls..Pls...Pls..la..."

"Aik..asal kalau perempuan je..tak boleh saman??"

"Ala, encik..pls..la..pls...pls..pls....saya salah td saya ngaku....tp pls...pls...sorry..."
mummy masih tak berputus asa.

" Sebelum ni ada saman tak...??" tanya polis itu.

"Eh..xde encik...saya mana ada saman..saya clear... encik cek lah...memang tak pernah ada saman..." hihi part ni betul...tp tak tepat...hihi.

"Xde saman?... "

"Xde encik....pls..pls..sorry encik..."

"Hah..ok.. lainkali jangan buat lagi..."
"ok... awak dah boleh pergi..."

"yer ker encik... thanxs encik...  thanxs banyak-banyak-banyak....saya pergi yer..."

"hah elok-elok...keluar..kedepan sikit..."

"ok encik..bye..thank you so much...."


Hihi... lega rasa..kalau tak sia-sia kena marah dengan daddy... 
Polis kat negara kita ni sebenarnya ada yang lembut hati gak kan...
Alhamdulillah setakat ni...polis-polis yang tahan mummy semua baik hati...
Kita pun kenalah mengaku salah...minta maaf... cakap baik-baik..
Lepastu kalau dapat lepas, cakap terima kasih banyak-banyak-banyak...yer...
Orang berbudi kita berbahasa...Hihi.

Seingat mummy dah lama mummy tak kena saman...
Last kena saman pun 3-4 tahun dulu...
Masa muda-muda dulu..masa anak dara dulu...
Masa tengah seronok bawak kereta...
Sebab lepas kawin...pergi balik kerja daddy yang hantar...
Sebab dah bosan bawak kereta tension...!!!
Lepas tu mummy car pool je dengan kawan...

Sampailah 2 hari lepas..mummy terasa macam nak drive and drift balik...

Dulu masa anak dara, mummy selalu kena saman dekat jalan kuching... kesalahan yang sama..suka masuk emergency lane.
Masa tu mummy masih bekerja dengan agensi kerajaan...Pagi-pagi memang teruk jalan kuching tu....Dah lambat nak pergi meeting...
 Apalagi cilok kiri lar..

Ada satu hari tu, nasib mummy tak baik...ada polis tahan mummy....

"sorry yer dik.. saya terpaksa saman..."
"adik nak pergi mana terburu-buru ni..."

"sorylah encik saya ada meeting dekat DBKL..."

"Adik keje DBKL ke??"

"haah..kenapa?"

"Laa..kenapa tak cakap.... selalu kami tak saman orang kerajaan... sama-sama makan gaji kan..."

"Laa...encik tak tanya tadi...."

"Laa..adik la patut cakap.. .lainkali kalu kena tahan cakap yer..sorrylah..tersaman pulak..dah tulis takleh nak padam..."

" Hihi..ok..takpe.."

Huhu..betul ke Polis tak saman orang kerja kerajaan?? Wah..baguslah macam ni yer...tapi nampaknya masa ni nasib mummy tak baik........ selang 2-3 bulan... mummy kena tahan lagi... (terukkan mummy.ni.. :P)
kali ni dekat bandar sri damansara....kena tahan sebab masuk jalan yang tak boleh masuk....huu..tp ramai sebenarnya yang buat macam tu...so kena saman beramai-ramai....

Satu polis tahan mummy....tapi yang nih nampak macam garang sebab misai panjang dan lebat...takutt...

"Dik, tengok lesen.... tau tak buat salah apa??"

"hihi..tahu encik...sorrylah encik... "

"Mana boleh sorry.. kan dah tahu buat salah..mesti kena saman..."

"Ala encik..saya terbangun lambat tadi....sorrylah..encik.. "


"Maaf ye dik...apa yang adik buat td tuh bahaya...kena saman yer..."

"er...tapi saya nak pergi meeting cik.. dh lambat sangat...saya tak sengaja..."

"tak boleh bg alasan....mesti kena saman...kalau buat kesalahan...."

err..mummy teringat balik pesan polis yang kat jalan kuching tu kan...pasal kerja kerajaan tu kan..so mummy pun cakap..

"err..cik..tapi saya kerja kerajaan encik..."


pastu nak tahu polis tu jawab apa??

hahahha..suprised....dia cakap...

"Saya pedulik hapa awak kerja kerajaan ke apa... yang salah tetap salah yer..."

Uwaaa..... malunya mummy...kena marah pulak dengan polis tu...  Muahahah padan muka mummy kan... 
Malunya rasa..geram pulak rasa kat polis yang kat jalan kuching tu... kalau tak sebab dia ajar..mummy takkan cakap macam tu...tapi apa-apa pun..mummy yang salah tetap salah ok...

Cuma...Kalau kita sedar kita salah...kita mengaku ajelah....minta maaf... mana tahu kita kan diberi peluang kedua hihi..
Polis pun manusia ada hati perut...
Everybody deserve a second, third, fourth chance.....hihi...

Takpelah..mulai hari ini...mummy akan jadi seorang pemandu yang berhemah.....
tak susah pun sebenarnya kena bersabar je...
And guess what pagi tadi sepanjang jalan mummy pakai seat belt...
Alhamdulillah...


Wah..tengok sporting giller abang polis ni kan...siap ambil gambar lagi...hahahha.
Macam nilah..jangan garang-garang k....:P 
U all rasa dia saman ke tak Nora dansih tu???
hahahahha
(sumber : oh bulan)

p/s-selamat duit daddy dari kena bayar saman mummy...ikikikiki..Adik pun mesti tergelak tengok mummy dari jauh kan...hihi... Take care adik....I love u..

Wednesday, March 23, 2011

Every Mother's Nightmares??

As-Salam...

Dah lama mumy nak cerita pasal ini. Tapi asyik lupa.Bila teringat.Cakap dalam hati, takpa nanti-nanti tulis.
Lepas tu lupa balik. Hari ni teringat balik...  terus tulis...

Dulu, masa mummy mula-mula mengandungkan Alanna.
Mummy dapat tahu teman sepejabat mummy juga turut mengandungkan anaknya yang kini telah berusia 1 tahun 9 bulan.
Anaknya sebaya Alanna...Lahir pada 24 hb Ogos 2009, sama tarikh dengan Alanna.
Bezanya cuma Alanna lahir pada 8.30 pagi dan anaknya pukul 11.30 pagi.
Dan satu beza lagi anaknya lelaki dan sihat.Oh..tidak lupa, dia dilahirkan di  hospital swasta ternama, manakala Alanna hanya di hospital kerajaan.

Mummy juga sebenarnya, adalah senior kepada teman ini, sewaktu kami di UTM dulu.
Oleh kerana mummy terlebih dahulu berpengalaman dalam hal-hal mengandung dan melahirkan Nadime,
dan teman mummy pula sedang mengandung anak yg pertama maka kami selalu bertukar-tukar cerita,
dan dia selalu bertanya tentang apa-jua hal yang berkaitan dengan "pregnancy" pada mummy.

Kawan mummy ni jenis gelabah sikit, runsing je...setiap hari ada je soalan-soalan yang hendak ditanya...
Tapi mummy tak kisah, biasalah anak pertama kan... mesti selalu tertanya-tanya ini apa itu apa...

"kak ayu..pagi tadi kan keluar banyak discharge....kenapa ek..normal ke??"
"kak ayu.. semalam kan perut i cramping sangat..mengeras..memang macam tu ke??"
"kak ayu.. semalam im craving for jeruk, i makan banyak sangat tak pe ke??''



hihi...macam tulah setiap hari... Tapi pernah sekali dia bertanyakan mummy tentang satu soalan ini...
Soalan yang mummy ingat sampai ke hari ini...
Ada suatu pagi.. dia bertanya...masa tu kandungan kami mencecah ke usia 3 bulan...

"Kak Ayu, kak ayu pernah terfikir tak macam mana kalau tiba-tiba kita dapat anak cacat??
  i takutlah... serius i takut... malam-malam bila i terfikir..i tak boleh tidur.."


Mummy terkejut....kenapa pulak tanya macam ni..

"Hish, u ni...kenapa terfikir sampai kesitu??"

"Xdelah..i terfikir je... i rasa kalau jadi macam tuh..macam mana i nak terima yer... serius i takut"

"Insyaalah xde apa-apa...u jangan lah pikir menda-menda macam tu....."

"Tak...... hari tu i pergi Mall, i nampak mother, cantik sangat..tinggi, putih.. seksi..
fesyen up to date... macam 'anak lot' lah... dia tolak stroller..tapi anak dia cacat..."



"Macam xbest kan, mak cun giller..tapi anak cacat..."

"i tak boleh bayangkan kalau i jadi dia...macam susahnya nak hidup gembira macam tu..tuh semua faktor keturunan ke kak ayu??"
...sambungnya lagi.
(untuk pengetahuan semua, kawan mummy tuh, pun anak 'somebody' yang dah biasa dengan kemewahan..tapi baik hati..)

"Ish u...dah..dah..kesian kan budak tu..budak tu tak bersalah...mana u tahu mak dia tak gembira?? u jangan pikir lagi OK, u berdoalah agar tuhan berikat zuriat yang baik..yang sihat... "


"Tapi sebenarnya kalau ditakdirkan tuhan nak bagi kita anak istimewa macam tu...kita kenalah redho...nak tak nak kita kena terimalah...nak buat macam mana rezeki kita..." sambung mummy sekadar menyedapkan hatinya.

"Takut...memintaklah tak....weekend nih i ada app. dengan Gynea i.. nak buat prenatal check-up...
Dr nak cek baby ni ada masalah pertumbuhan ke tak..cacat ke tak...down syndrome ke tak..
 i tak sabar nak tahu lah... mintak-mintak semua OK.."


"kak ayu tak buat ujian tu ke?.."

"Tak, i check-up kat klinik kerajaan je..bukan private macam u...
so diorang tak suruh pun buat ujian ni...lagipun tu tak wajib kan...optional.."

"Oh....tak risau ke...."

"Taklah... i berserah je pada tuhan....insyaalah.."

"Nanti dah dapat result beritahu i k.."

"Of course!!!"


.......................................................................................................................................................................

Pengakhiran di sebuah cerita ini adalah...seperti sekian-sekian yang telah pun tersurat.
Dan bila teringatkan kisah-kisah silam ini...mummy rasa terpana..
Sungguh mummy tidak pernah menduga...
Mummy yang terpilih...... semuanya terbalik.
Walaupun mummy tidaklah setakut dan serunsing dia..

Mummy cuba fikir balik, apakah bezanya mummy dan dia...
Mummy cuba ingat balik apakah ada ayat-ayat yang mummy lafazkan pernah mengguris hati sesiapa...?
Apakah jawapan mummy dulu terlalu ego?
Mummy rasa mummy telah cuba sedaya upaya , untuk menjawab tanpa menyakiti hati sesiapa..

Adakah dulu mummy juga sepatutnya turut takut...
dan bukan dengan yakin melafazkan kata
'berserah'....

 Jauh disudut hati mummy, mummy juga takut..
Dustalah kalau mummy cakap mummy tak takut...


Sebenarnya, Inilah igauan buruk...
inilah mimpi ngeri.....
bagi setiap ibu yang sedang mengandung...
Dapat anak yang tidak sihat... tidak sempurna...


Bila kita tanya pada semua ibu...

"Ibu, ibu nak baby macam mana?"
"Oh..saya tak kisah, cukuplah kalau baby saya sihat..."


Itu semua benar... tapi jawapan itu tidak pernah jujur....
tidak pernah akan jujur.........
jauh disudut hati mereka... terpendam suatu keinginan...


Semua ibu inginkan baby yang bukan sahaja sihat...
mereka seboleh-bolehnya inginkan baby yang comel.. yang mulus...
yang putih melepak macam snow white...bibir merah bak delima..
ada ibu yang teringinkan baby rambut kerinting bulat-bulat..
Ada yang mahu rambut lurus...ada yang mahu babynya hidung mancung.... 
semua mahu yang sempurna.. yang indah dimata... itu hakikatnya...
Apa yang terlihat indah dimata ..melebihi segala-galanya...


Tapi bila tiba waktu, detik yang ditunggu-tungu...
Lahirlah insan yang sekian lama kita nantikan...

Sungguh bahagia, sungguh indah bila menatap wajahnya...
hilang segala rasa sakit.. rasa perit...
Sungguh tenang... sungguh puas...
Sungguh sempurna...ciptaannya...
Sungguh sempurna melebihi apa yang kita bayangkan...

Sungguh sempurna...
Walaupun dia tidaklah berambut kerinting... hanya ikal mayang...ataupun tiada rambut..
Walaupun diai tidaklah putih... hanya kemerah-merahan..
Dan...
Sungguh sempurna...
Walaupun dia tidak sihat....  seperti yang kita mahukan....



Mengapa dia sungguh sempurna..?
Kerana dialah anak kita...
2 tubuh, mengalir darah yang sama...
Lahir dari rahim kita....
Demi Allah kita redha...
terima dia seadanya...
Hilang rasa syak...
hilang rasa malu...
hilang rasa takut...


MENGAPA??

Mummy juga tidak pernah tahu.. bagaimana datangnya perasaan itu.
Tapi inilah pesan mummy kepada diri mummy sendiri....
Selalulah bersangka baik pada kurniaan Allah ..
kerana Ini semua adalah rahsia Allah...



Baby Alanna dan Danial (anak kawan mummy)...
dan Alanna kini hanya tinggal kenangan...

Al-fatihah untuk Alanna... dan untuk Danial, semoga menjadi anak yang soleh.

Klip Rambut Siapa.

Adik...
 
Semalam mummy mimpi ada orang call mummy. Perempuan. Dia cakap..


"Hello, akak...salam akak.."


"Saya terjumpa klip rambut Alanna...dekat parking kereta...warna pink.. akak datanglah ambil.."


"Saya letak kat sini yer..."

Mummy terus ajak daady pergi... sampai sana mummy cari-cari... Alhamdulillah jumpa.
Klip tuh warna pink...polka dot.Tapi warnanya dah pudar...bunga kecil yg dilekat di atasnya pun sudah tercabut..
mungkin dah setiap hari terbiar, kena panas....kena hujan.. dipijak orang.
Jadi lusuh...jadi mummy ambil dan sematkan di rambut mummy......

Kemudian mummy jalan-jalan... bahagia sangat jumpa klip rambut Alanna walau Alanna dah tiada.
Terjumpa pula seorang lelaki sedang menyanyikan lagu yang selalu kami pasang untuk adik...
Lagu wali band...

"Ya allah hu ya rabbi..
Ya allah hu ya rabbi..
Ya allah hu ya rabbi..
Ya Allah...

Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau coba
Aku percaya Kau sayang padaku..."

Sayu mummy dengar lelaki tu menyanyi......
Sayu lagi hati mummy bila mummy selalu mimpi perkara yang melibatkan adik..
tapi mummy masih sukar untuk mimpikan adik...
Tapi adik... mummy akan tetap menanti...
Walau dalam tidur..ku kan menantimu hingga akhir nanti...





p/s- Bila mummy sedar...baru mummy tahu klip rambut tu adik tak pernah pakai.. tak pernah wujud... Mummy google2 jumpa klip ni..sebijik macam dalam mimpi mummy....insyaalah kalau mummy lalu dekat mall...jumpa klip mcm ni..nanti mummy beli..untuk simpanan mummy.Mummy sayang adik.
Al-Fatihah adik.

i'm sorry.

As-Salam


Adik... Adik nak tahu apa yang buat mummy rasa patah hati dan rasa bersalah sekali?


Bila, kelmarin mummy terserempak dengan daddy dan Abg nadime yang sedang berdua-duaan
dalam bilik, tutup pintu, tengah senyum-senyum.. tengah ketawa-ketawa...atas katil dalam selimut....

Mulanya mummy tak pasti apa yg sedang mereka buat...mummy hanya berdiri diluar menanti dan memerhati....

lama-lama kedengaran sayup-sayup suara adik...
Hilai tawa adik... 

...........................

Daddy dan abang sedang melihat kembali video-video adik.... tanpa mummy.
mereka berdua ketawa seolah-olah tiada apa yang berlaku...
seolah-olah adik masih ada...

.........................................

Mummy rasa bersalah sebab daddy terpaksa menyorok,
untuk melepaskan rindu pada adik... demi menjaga hati mummy.
Rasa sakit bila mummy tidak dapat turut serta...

Maafkan mummy dik.

Thursday, March 17, 2011

To Nadime with Luvss




As-Salam...

Haha..buat mummy tersenyum...bila baca komen dari Miela 77...
Miela suruh bagi alamat..dia nak pos hadiah untuk Nadime...
beruntung nadime..:P..
Seyes ke Miela???
Mummy pulak segan nak beri..insyaalah kalu mummy tak lupa yer...

Nadime...Sayang...


Alhamdulillah... Dah besar dah anak mummy yang sulung ni... Cepat je masa berlalu kan..Rasa macam baru semalam..mummy nangis-nangis sebab jaga Nadime dalam pantang amatlah mencabar...Nadime bukanlah seperti kebanyakkan bayi-bayi lain yang lepas hisap susu tidur....lapar bagun hisap susu tidur...lapar bangun...hisap susu tidur je kerjanya...


 Hobi Nadime masa dalam pantang amatlah menguji kesabaran mummy. Nadime suka mengamuk...suka menangis..hisap susu badan + 3 - 4 botol pun masih nangis lagi..
Tidur tak sampai 5 minit, bangun nangis lagi...huhu..Sungguh berbeza dengan adik nun yang sangat bersopan santun....Adik nun berhenti minum sebelum sendawa..tp abang dah sendawa pun nak minum lagi..

Bukan senang nak jaga anak sebenarnya...  buat je senang.... hihi...



Nadime masa kecil minum susu S26..mummy tak tahu nak bg susu apa sebenarnya untuk menambah susu badan mummy yang tak cukup..  Akhirnya mummy dapat tahu susu S26 amatlah disuggestkan oleh para pakar kanak-kanak... Rumorsnya..susu ni boleh buat budak bijak..dan gemok ye ke?? Mummy takdelah percayalah seratus peratus...Sebab mummy tahu susu ibu adalah susu yang terbaik...Tapi yang part gemok tuh memang betul...sampai lenguh2 mummy nak dukung Nadime dulu...Nadiem dulu memang tembam... Mummy memang sengaja bagi S26 nak suruh dia tembam...baru sedap pelok...


Tapi bijak jugalah Nadime ni... Sekarang ni bila kira 1,2,3,4....6..
Mummy tanya mana 5?
Dia jawab...5 tertinggal dekat rumah... Hahahahha..

Bila mummy tanya "Tadi kata nak berak..Mana poo poo?? "
Dia jawab "Poo poo dah hilang..." Saja nak main air kan....:PP



Nadime nih jalan pun cepat, Nadime tak sempat merangkak..11 bulan  dah berjalan... ... Pandai juga dia balance badan die yang gemok tu... Cakap pun cepat...  Seingat mummy,  first word yang Nadime sebut adalah 'CAR' diikuti 'KETA' kemudian barulah..mummy dan daddy...
Sekarang?? Macam-macam dah cakap sekarang..
Suka menyanyi.... Suka berjoget...
Sambil baring minum susu..kalau dengar lagu kat TV...
boleh dia goyangkan badan terhenjut2 ikut lagu... itulah Nadime..
Seorang anak yang Happy Go Lucky...


Bersyukur mummy, sebab Nadime bila dah semakin besar ..semakin senang nak jaga.. makan senang,
makanan kegemaran dia Nasi, Mee, Segala jenis sayur...bayam, kubis, carrot, bunga kubis, baby tomato..baby tomato tuh dia boleh habiskan 30 biji sekali makan...
langsung tak cerewet..bila dah sendawa kenyang,
bunyi jer Burrpppp dia automatik akan cakap...
" Burppp...Ala..lam dulillah..."
Hahahaha...macam orang tua....
Tidur pun senang.. masuk je bilik..
dia akan bercerita dekat mummy sampai dia lalok...
Lepas terus tertido..ZZzzzzzzz
Nakal tetap nakal.....
kadang2 mummy sampai nangis2 jugalah
sebab geram Nadime tak nak dengar cakap..


Tapi Nadime selalu pujuk...
"mi..ooo mi...jgnlah nanes mi... "
"mi sowwi mi.."
"mi abg tak buat lagi mi.."
"miiiiiiiii!! mii!!! dgr tak mi!!!" " 
Nadime pandai juga ambil hati kadang2...
yang paling mummy seronok dia selalu menghargai apa yang mummy buat untuk dia...
contoh kalau mummy masakkan dia sesuatu... dia akan puji...


"Fuyooo...sedapnya mummy masak mee..."
"Fuyoo...santiknya mummy beli baju abang..."
"Fuyoo...santiknya mummy susun kerusi...." :)))
sungguh bahagia bila terima pujian dari anak yang baru 3 tahun usianya.... kan?


 Yang paling kelakar bila Nadime kini,  dah pandai pula nak guna tatabahasa...
Ha..ha..ha..yang ni mummy dengan daddy tak dapat nak tahan gelak bila dengar dia cakap...

"mummy..abang nak makan pun juga.."
"daddy, mummy cakap nasik belum masak lagi pun..."
"mummy.. abang dah mandi kan pun.."  


Apa yang buat mummy tak sabar nak balik jumpa Nadime...??
Sebab mummy rindu nak dengar cerita-cerita dia... mummy selalu tanya dia..
"Abang buat apa hari ini kat rumah mama??" nanti dia jawab..

"Pada suatu hari (mesti ada pada suatu hari...)  kan...mummy...kitorang kan main macak-macak"
"abang masak apa?"
"abang macak...telor...abang macak yeyot (carrot)....mummy nak makan apa??"
"mummy nak makan nasik goreng ayam"
"okay, mummy tidur dulu nanti dah siap abang kejut..."
Hihihi..kadang2 daddy pun boleh tersilap jalan
bila dengar mummy dengan Nadime bercerita dalam kereta... :P 


Nadime ni banyak ikut perangai mummy, suka menyanyi... suka bercerita... kalau dia bercerita mesti ada "Pada suatu harikan mummy,...bla..bla.." yerlah mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan...
Kalau nak pergi mana-mana mummy mesti bekalkan dia pensil colour dengan buku warna, so kalau dia boring buat perangai..bagi pensil..dia mulalah buat kerja...barulah dia tak bosan...
elok je duduk tak lompat sana-sini..
kadang2 kat kedai makan..orang sibuk nak makan..
dia pulak sebuk nak menulis...(menconteng sebenarnya)
Sambil menulis dia akan menyanyi...
"jangan padang-padang...jangan segan-segan...biar malu-malu.. " 
"ayahhhhhhhhhhh dan mamaaaaaaaaaa..."
(ikut musim, lagu yang pop di carta hot FM)



Lagi satu yang mummy perasan Nadime ni seseorang yang menghargai kecantikkan, .keindahan..Bukan sahaja pada permainan.Contoh kalau lalu dekat shoplot..dari dalam kereta dia boleh nampak dan komen setiap kedai yang kami lalu...
contoh:"mummy lawalah sofa tuh mummy, jom beli.." semudah itu..;P
- tak terkejut mummy??


kalau macam tu oklah lagi..
tapi...kalau....
"Mummy...tetek...besarnya tetek dia...!!  
Tetek sapa pulak tu??? Oh rupanya tetek patung -patung dekat butik-butik baju tu...

 Adui.....mana dia dapat yang ini yer...???
ini mummy kena 'overtime' nih dengan Nadime... pening kan??...
manalah dia belajar semua tu..
mummy kena sit and give him an early sex education agaknya...
huhu...cabaran dalam membesarkan anak-anak...
anak-anak sekarang terdedah kepada macam-macam perkara....



Masa inilah No means NO wajib diperkenalkan...
Tanpa kompromi...
Walaupun mummy pernah terbaca tentang dun say No to Your child..
Tapi mummy tetap dengan pendirian mummy..
Ada No yang means No yang perlu diberitahu pada anak-anak...
Kalau tidak sampai bila pun tak tahu apa itu NO...
Tapi pandai-pandailah mummy tukar...bukan no, tetapi Tidak baik...
Tak baik buat macam ni...tak baik cakap macam ni..
beritahu dalam intonasi bercerita dan
berikan sebab-sebab yang munasabah dan
diikuti cerita-cerita dongeng...ataupun cerita yang memberikan iktibar...
kalau xde cerita, pandai-pandailah rekacipta...asalkan tidak berat dan mudah diterima akal..


Bila penat melompat, berlari...mengganas.. histeria... dia rasa penat..baru dia tertidur...
Kat mana-mana pun boleh tidur...
ini selalu terjadi kalau mummy dengan daddy ada meeting tergempar dengan kawan-kawan kat kopitiam..pukul 11.30 pun tak reti nak balik-balik lagi...hihi
Nak pujuk kanak-kanak tak susah ya..hanya gunakan psikologi...
tidak sesukar memujuk suami yang curang..:P
Alhamdulillah setakat ini Nadime tidak pernah
mengamuk-ngamuk sakan di pasaraya..
atau menyebut dan mengulangi perkataan-perkataan yang tidak baik..
Sebab dia tahu kalau dia sebut contoh: Babi, 
nanti babi tu akan datang dan ambil semua cookies2 dia...


 Sedar tak ? Dalam membesar dan mengajar anak-anak ini, mummy juga,
sebenarnya sedang mengajar dan membimbing diri mummy ke arah yang lebih baik...
perbuatan mummy, percakapan mummy, mummy sendiri tidak lepas dari semua ini, bukan nak buka kelemahan sendiri tetapi kenyataan bagi mummy yang pernah disindir anak sendiri yang baru berusia 3 tahun..Nadime lah tu siapa lagi...

Mummy pernah pesan pada Nadime, 
"Tak baik cakap GILA. 
Tuhan marah. 
Gila tu orang yang sakit,tak mandi, tak makan, tak tidur. 
Orang gila tak ada rumah...tak baca buku..tak sembahnyang..
Orang gila tak sayang mak dia..tak jaga mak dia... "

Nadime nak jadi orang gila??
"Nadime xnak jaga mummy??"

"Taknak mummy...nadime nak jaga mummy..."
"Ok, jangan cakap gila lagi..ok sayang.."
"ok mi.."

Alhamdulillah Nadime tak cakap lagi...
sehinggalah Nadime terdengar mummy bercakap dengan daddy..
"Fuyoo, cunnya daddy buat 3D kitchen ni..giller terror  daddy ni... !!"
Ahaks.. Mummy tak perasan Nadime ada...

Mummy yang alpa dengan 'terms' yang menjadi favourites mummy. Giller.
"Mummy, cakap gila?...mummy  jangan cakap gila "  sindir Nadime pada mummy pula..
"oppss!!"  Ok mummy admit..sorry abang mummy tak cakap lagi..ok.."

Tapi esok lusa tercakap lagi...sebab dah bertahun-tahun jadi habbit..

"Mummy..abang Nadime cakap jangan cakap gila lagi boleh tak??? 

Pengajaran hokay... buat mummy...
dan ada banyak lagi perkara yang mummy belajar dari Nadime selama 3 tahun ini...
dan mummy tak sabar untuk meneroka dengan lebih banyak lagi...perkara-perkara baru setiap hari  bersama-sama Nadime. Belum ditambah dengan apa yang mummy belajar dari adik nun selama 9 bulan 10 hari..sungguh berharga....sungguh tidak ternilai walaupun setinggi bangunan, buku-buku yang mummy baca.


Apa yang harus mummy katakan lagi, di hari-hari yang istimewa ini..buat Nadime.
Mummy sangat bangga dengan Nadime. Mummy tak harap apa-apa dari Nadime.Cukuplah kalau suatu hari nanti hidup Nadime akan dihargai dan Nadime pula tahu untuk menghargai, didunia dan di akhirat.
Dan mummy doakan agar Nadiem dikurniakan kesihatan yang baik dan kehidupan yang bermakna sehingga akhir hayat nadime..Semoga Allah akan melindungi dan memberkati setiap langkah kaki Nadime..


Suatu hari nanti mummy akan tua.....mummy akan senyap... dan mummy akan lenyap...
tapi mummy harap abang tak lupa tentang bisikan mummy pada abang malam-malam.. sebelum abang tidur...  Tentang abang yang ada adik...adik nun yang cantik...dan mummy amat sayang pada abang dan adik nun ..sayang yang tiada tandingannya.. Daddy pun kalah Hokay......

OK abang?...ok?.. agaknya berapa lah umur abang ketika abang sedang membaca ini yer....huhu...
bila dah sampai waktu..baru abang tahu cepatnya masa itu berlalu...
Lepas abang baca ni..jangan lupa untuk  peluk dan cium mummy tau...
itupun kalau mummy masih ada...


Selamat Hari Lahir yang ke-3 Nadime....
Walaupun abang dah besar kini, namun bagi mummy...abang tetap bayi kecil mummy.....
yang mummy tak pernah puas cium ..mummy tak pernah puas gomol....
Terima kasih abang kerana selalu menghabiskan makanan yang mummy masak, selalu menolong mummy membuang sampah, selalu menggosok sabun di badan mummy, selalu menyikat rambut mummy...
selalu menolong mummy menyidai pakaian, selalu memuji mummy nan comel...selalu menghargai apa yang mummy beri, selalu bercerita untuk mummy sebelum mummy tidur.. dan selalu menjadi pengikat kasih sayang antara mummy dan daddy...


Hadiah dari mummy dan daddy walaupun tak seberapa, namun abang amat gembira...
Abang yang minta mummy belikan ini..
"Mummy nak Cepooter.."  Cepooter aka Scooter..
Abang betul-betul menghargainya...
kesana-sini dibawanya... nak tidur malam cepooter mesti letak dalam bilik...:P
Salam penuh kasih sayang dari  mummy, daddy dan adik nun yang sentiasa tersenyum melihat abang dari jauh...........................................

 Al-fatihah untuk adik kita....
Amin.

Tuesday, March 15, 2011

Happy Birthday Abang....

"Eh camat eh to yuuuuuuuuuuuuuu...
Eh camat Eh to yuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...
Eh camat eh to yu Abg Nadime..................
Eh camat to yu....................................................."
-Nadime version :P-



Adik ...

Hari ini hari jadi abang tau...
Semalam mummy dan dady bawak abang beli hadiah...
Lepas tu kami beli  kek, & share makan 3 orang...
So sweet...

Teringat tentang KITA yang sambut besday abang tahun lepas....

Banyak yang mummy nak cerita...tapi mummy busy harini...
plus dengan perut mummy yang cramping and non stop pg toilet...
asik nak pee..pee je...
Hopefully.. there's sumthing....:)

esok lusa mummy cerita k...

Adik, if only...............................................i miss u so much.We miss u so much..

bye adik...

Thursday, March 10, 2011

Pernah tak??

Pernah tak?

Mummy just nak tanya semua...

Pernah tak... suatu hari kita hilang anak kita?

Lepas tu...

Pernah tak suatu hari... kita jumpa baby gurl orang lain/ anak kawan sebaya baby gurl kita...

Lepas tu kita main-main dengan anak orang tu macam baby gurl kita...

Kita rasa baby gurl orang tu macam baby gurl kita....

Kita rasa bahagia...mcm baby gurl tu kita kita yang punya....

Kita layan baby gurl tu macam baby gurl kita....

Lepas tu... mak baby gurl tu nak balik...

Kita cakap..lepas ni kita jumpa lagi kan.. kat tempat lain.... boleh tak pinjam baby gurl dia... kejap..
Naik kereta.... dengan kita...

tapi Mak baby gurl tu tak bagi....
Lepas tu kita rasa malu sangat...

Kita ckp Pls...Pls...
Tapi  tak berjaya...


.............................................

Pastu baru kita tersedar.. tu bukan baby gurl kita...
Baby gurl orang... Baby gurl kita dah lama tak ada...
Dah tak ada..means dah tak ada!!

Pastu kita rasa sedih sangat-sangat...
Sedih sebab dulu kita used to have one.


Sedih macam nak nagis kuat-kuat...


Rasa nak lari jauh-jauh...
Tapi tak tahu nak pergi mana....

Pernah tak??
Pernah tak??
Pernah tak??..............................




Mummy pernah... 

..................................

Tapi  jgnlah ibu-ibu semua cuba untuk membayangkan semua ini...

Kerana ianya sungguh menyakitkan...

Thursday, March 3, 2011

Dari Abang....untuk adik..


As-Salam Alanna...

Dari minggu lepas.. mummy dan abang tunggu bunga kemboja adik kembang....
Setiap pagi, abang bangun... abang mesti ajak mummy tengok bunga adik dulu...
Sebab mummy dah janji dengan abang nak petik bawa bunga adik ke kubur...
Tapi lambat sangat.... bunga adik kembang satu-satu..

Mummy pesan dekat abang... bunga nih macam adik...
Lambat nak besar...lambat nak cantik....
Abang tak sabar nak petik...

Macam mummy dulu ...
Tak sabar nak tengok adik besar ..
Tak sabar nak tengok adik cantik...

Mummy pesan kat abang lagi...
Tapi..... bila bunga dah besar..
Bila bunga dah mekar...
Cepat pulalah bunga layu...
itulah saat yang paling sedih...

Macam adik...
Dengan sabar mummy tunggu adik besar...
Tapi bila adik dah hampir besar...
Tak sangka adik kena pergi dulu....
Dan inilah saat yang paling sedih...

Jadi mummy pesan kat abang...
Berilah bunga tu masa...
Berilah bunga tu waktu..
Kerana ada suatu hari bunga tu pasti layu...

Tapi abang masih sedih...
Abang kata, kalau tak boleh bawa bunga..
Abang nak bawa Vitagen untuk adik.. 
OK..ok mummy faham...

Abang sebenarnya mahu bawa sesuatu untuk adik..
Abang tak mahu datang dengan tangan yang kosong...

Lalu kami singgah tepi jalan...
Beli bunga untuk adik..
Abang pilih bunga warna-warni...
Ada merah..ada putih...dan kuning...
Sungguh ..mekar...
Sungguh ..cantik..
Macam adik...





Adikku, Anana Qis...

Semoga adik tahu..
Abang sayang adik......
setiap kelopak ini..
mewakili setiap harimu didunia
yang penuh warna warni.....
Sungguh lambat  ianya berkembang...
Namun sungguh cepat ..ianya layu dan pergi....
Tapi...adik akan sentiasa dalam doa abang...
Semua saat berdua kita..sungguh manis..
kerana kita tidak pernah bergaduh....
Sampai jumpa lagi, adik.



P/s- dan pagi tadi mummy tengok bunga adik..masih sedang berkembang... biarlah...biarlah lama lagi.... mummy taknak ianya cepat kembang dan layu...dan gugur pergi tinggalkan mummy...

Followers