About Me

My Photo
Cinta kau dan aku Takkan mungkin bersatu Untuk saat ini di dunia ini Mungkin kita bersama Nanti di atas sana Biar ku setia menjaga cintamu Selamanya

Thursday, February 24, 2011

Adik...

As-Salam


Adik...

Semalam, mummy call Dr. Winnie.... Dr. untuk adik dulu....  Dr Winnie yang selalu berbual dengan mummy... berbual dengan kita.... Mummy call untuk tanya blood test result mummy dan daddy dan adik dulu...  walaupun adik dah pergi mummy masih nak tahu...

Tapi Dr.Winnie kata...dia perlu semak dahulu...sebab sudah terlalu lama...  Tak pe mummy boleh tunggu...

.............Adik, adik ingat tak ada suatu hari tu... Dr. Winnie datang....
Dr. Winnie sedih... Lama die berbual-bual dengan mummy... sebab mummy kata, daddy nak bawa adik pulang.....  Mummy tahu adik dengar........walaupun mummy dah tutup kedua-dua belah telinga adik dengan tapak tangan mummy.......mummy taknak bagi adik dengar...apa yang Dr. Winnie cakap....

Tapi jauh disudut hati mummy ..mummytahu adik tetap dengar walaupun sudah 5 hari adik diam..

Then, tiba-tiba Dr. Winnie menangis.... mummy nampak airmata die jatuh satu persatu... macam kaca biru..... bersinar dan jatuh berderai....

 "Ohh..Sorry...Ayu....I've shouldn't do this...in front of u...." "Im...sorry...."


Mummy terdiam....kelu kerana seumur hidup mummy...mummy tak pernah lihat seorang doktor... menitiskan airmata untuk seorang pesakit...........yang baru sebulan dikenalinya.

U're such a heartbreaker Adik.... Adik kat luar sedang hujan lebat dan adik takkan sejuk...sebab adik dah ada selimut dari syurga.......

Bye adik...

Berputik Lagi...

As-Slm..

Adik sayang....mummy nak beritahu adik...mummy gembira sangat.... ia sudah kembali berputik...
Bukan mummy yang berputik....tapi pokok adik....:))
adik ingat tak pokok kemboja yang mummy beli untuk adik dulu?
Dulu pokok tuh pernah berbunga dengan lebat sekali..seminggu selepas adik pergi...

Kemudian pokok tuh layu....merajuk entah kenapa... kering kontang tiada daun..tiada bunga...:((
Lalu mummy cabut dan bawa pulang ke rumah...mummy tanam dan siram hari-hari selepas subuh... sebelum mummy pergi kerja...
Dan pokok di taman raudhah adik telah diganti dengan pokok kemboja baru yang dihadiahkan oleh mama Delisha...

dan hari..ini....mummy sungguh gembira adik....pokok adik dh berbunga kembali..subuh-subuh lagi mummy keluar untuk siram pokok adik ..
dan mummy lihat kuntum bunga cinta kita mekar kembali adik... itu saja adik... tiada lain yang dapat menggembirakan mummy selain...
cerita2 tentang adik..dan apa2 jua tentang adik...

Dan pastinya mummy, daddy dan abg Nadimelah orang yang paling happy sekali... apabila melihat bunga2 adik ini.. Dan andai adik ada... ingin sekali mummy petik sekuntum kemboja ini dan sematkan di telinga adik.... Adik yang manis.....

Adik...tunggu 2-3 hari lagi... bunga2 ini pasti mekar sememkar rindu mummy pada adik....:)


Wednesday, February 23, 2011

Sehingga hari ini....

As-Salam...

Adik...

Masih ramai yang bertanya.. pada setiap masa...sehingga hari ini "Apa khabar mummy...?"
Dan selalunya mummy akan menjawab.. " Alhamdulillah..mummy bertambah baik..."
Sekadar untuk meneruskan perbualan.... yang  telah dimulakan...

Tapi kebenarannya, Mummy sendiri pun tidak tahu apa khabar mummy...
Apa yang Mummy rasa ? Mummy sememangnya tidak tahu....
Apa yang  seharusnya mummy rasa....  setelah mummy kehilangan seorang anak yang kecil seperti adik??


Apa yang seharusnya  mummy rasa??
Selepas mummy mengebumi tubuh adik yang baru saja hendak membesar??

Apa yang seharusnya mummy rasa??
Apabila dipaksa melihat kapan putih membaluti adik.. dan bukannya gaun merah jambu di harijadi yang pertama adik???

Ia kelihatan seperti walaupun semua jawapan mummy temui... tertulis dalam setiap bait-bait puisi indah.....yang mummy baca...
Dan semua kata-kata semangat yang tidak pernah putus dari keluarga dan sahabat handai...
Dan walaupun mummy tahu akan janji tuhan tentang Syurga...

Jawapan sebenarnnya masih kekal... kepura-puraan...

Bagaimana mummy boleh teruskan...
Apabila setiap hari mummy bangun dan lihat katil adik yang lengang dan kosong.....??

Bagaimana hidup mummy akan kembali normal..
Apabila 'normal' yang mummy tahu dulu...
Takkan dan tidak akan sama seperti dulu lagi...

Bagaimanakah caranya untuk mummy menjalani setiap hari ini dan esok bersama pengalaman dan kenangan ini...
Memori yang senantiasa menguasai pemikiran mummy...
Lebih-lebih lagi untuk menjawab dan menyakinkan orang dengan menipu tentang perasaan..
seolah-olah mummy .... menipu diri sendiri...

Apa khabar mummy?????
Oh..sebenarnya khabar mummy tidaklah begitu baik...
Mummy sedang, dan masih bergelumang dengan kesedihan...

Dalam kecanggungan tidak lagi memiliki adik sepenuhnya...
Dan semua kenangan2 yang menghantui mummy dalam banyak cara...
Malah ditengah-tengah hari mummy... dikala sedang sibuk menyediakan makanan..
Mummy boleh menangis tiba-tiba ..... tanpa ada sebarang alasan...

Bila mummy melihat buaian di taman... kosong...
Mummy teringat akan adik yang tidak pernah dapat berbuai...

Dikala, Mummy terpandang seorang anak kecil belajar mengayuh basikal...
Dan mummy tahu..ada satu basikal yang tidak akan pernah ditunggang....

Dan ada satu, hati 'anak patung' yang telah berkecai...
Kerana takkan pernah ade ibu.... yang lembut seperti adik...

Apa khabar mummy??

Mummy selalu terperangkap dengan dunia mummy sendiri...
Tanpa mummy sedar..
Bagaimanakah rupa adik, jika adik masih ada lagi...dan membesar...
Apakah rasanya jika mummy dapat dengar adik berkata.."i luv u daddy!!!"

Apakah adik suka dengan muzik..??
Seperti mana adik suka mendengar mummy menyanyi lagu-lagu lucu sebelum ini..kepada adik..??
Apakah adik nanti sayang akan kucing seperti mana, mummy menjaga kucing-kucing mumy dulu....??
Apakah karektor kartun kegemaran adik... adakah ianya sama dengan abang....??
Apakah adik juga suka mengunting-gunting kertas warna dan mencantumkan kolaj bentuk hati untuk dihadiahkan kepada mummy??

Berapa kali lagi agaknya Mummy dapat bermain jongkat-jongkit dengan adik di atas  lantai...
Dan dunia seakan-akan terhenti hanya untuk mendengar adik ketawa...

Bila mana, mummy terlihat akan teriknya mentari.. di tengah-tengah hari yang masih tipikal...
Mummy tersedar yang dunia masih lagi..berputar di atas paksinya yang masih sama...
Dan kini masih lagi setia di paksi yang sama sejak beribu-ribu tahun yang lalu...

Sebaliknya dunia mummy... seperti telah sampai ke penghujung, keras, telah mati dan kaku...
Walupun hakikatnya mummy masih lagi hidup dan sedang cuba untuk terima dan memahami apa sebenarnya yang telah terjadi kepada adik..

Mummy tahu, ianya lebih baik jika mummy berhenti beranggap....  dan meneruskan kehidupan ini...
Daripada... mummy duduk..diam termenung sepanjang hari...dalam dunia mummy...

Dan mummy juga tahu, kehidupan mummy kini telah jauh terpisah dari kehidupan orang lain...
Daddy............. Nadime.................  keluarga dan rakan-rakan...

Adakalanya, mummy rasa ingin lari.... dan merangkak ke sebuah lubang kecil dan tinggal bersendirian disitu selama-lamanya...
Apakah yang mummy fikir selama ini....???? Arghh..

Adik...
Mummy kini sedang belajar untuk hidup...................dari titik mula.
Dan kesakitan yang abadi itu takkan pernah pergi meninggalkan mummy....
Kerana dimata mummy ini.... Masih lagi dapat melihat apa yang mummy pernah lihat sebelum ini....

Mummy belajar untuk menghafal...dan merakamkan kembali segala detik-detik indah..
Seolah-olah... ianya akan hilang suatu hari nanti....

Mummy sungguh ingin,  berterima kasih kepada..........*sniff...sniff..............."
Tanpa anda semua... tragedi yang mummy alami ini akan menjadi sesuatu penyiksaan yang tidak pernah tertanggung....
Kepada semua yang selalu berada di samping mummy....yang selalu membimbing tangan mummy ...dan selalu menyapu air mata mummy...
Terima kasih!!

Mummy percaya akan ketentuan-ketentuan indah yang ditentukan oleh Allah SWT..kepada mummy dan keluarga kita...
Dan walaupun rasa kepercayaan Mummy kepadaNYA, tidak pernah menghilangkan rasa kehilangan dan kesedihan ini....
Kerana mummy hanya seorang hamba...tapi mummy percaya Allah SWT ... sayangkan mummy.

Terima kasih dan Syukur, Allah...kerana meminjamkan Alanna pada mummy.
Dan kini...jagalah anakku, Alanna...... dan tempatkanlah Alanna di antara orang-orang yang KAU kasihi....
Sehingga sampai waktunya...Aku kesana...untuk menjaganya....Al-Fatihah Anakku Alanna...

Hingga ke hari ini mummy masih...rindu.. mummy masih sayang...
Sehingga hari ini masih ada... Takziah untuk mummy...
Sehingga minit ini...masih ada Al-Fatihah untuk mu Alanna..
Dan sehingg saat ini...masih ada Doa Buatmu Alanna.....

Kerana Alanna bukanlah satu gambaran... dari slide presentation...
Alanna bukanlah..  sekadar video clip arahan sutradara ternama...
Alanna juga bukan cerita yang amat sedih dari  'The Best Selling Novel...'
Tetapi hanya kerana  Alanna seorang anak kecil seberat 3.2kg..
Yang dibunuh kejam oleh Gaucher Desease...

Amin.

Friday, February 18, 2011

Rain-Rain go away...

As-Salam .... Alanna...Oh Alanna....wat pe tuh bucuk2 mummy...ni...???

...Hehe..Alanna, kalau mummy... cakap mcm ni kat abang Nadime kan...
Mesti abg ketawa dan ajuk mummy mcm bunyi Alanna,,,,"Aghek...Aghek..."
Pastu mummy dengan abang Nadime pun gelak sama-sama....hahahahhaha

Semalam lepas abang sembahyang maghrib dengan mummy... Abang baca doa untuk adik... kali ni doa dia panjang....sebab die sporting sgt semalam...semua yg mummy ajar dia cakap....

" Ya Awwah...(Ya Allah...)  Jagalah adikku Alanna, bagilah dia minum susu...bagilah dia makan buah...adikku Alanna yang cantik..adikku Alanna yang manis...Amiiiinnnnnnnnnnn"

Lepas tuh....sampai ke sudah die asik..nyanyi..Adikku yang cantik...Adikku yang manis....hehehhe....:))
Alanna patut dengar abang nyanyi tau... sebab nyanyian abang  sungguh comel dan mengharukan...

........................................

Pastu hari ni....seharian mata kiri mummy kedip-kedip....  kenapa ye Alanna.... mummy bukan nak percaya bukan2 tapi sebab dh selalu terjadi kebetulan...so mcam takut pulak...

Dulu...2 minggu mata mummy berkedip-kedip... berturut-turut setiap hari.... puas mummy tertanya..
"kenapalah yer... nak nangis ke....???"  Rupanya memang mummy nangis mcm orang gila lepas tuh  sebab dapat tahu adik sakit... Lepas nangis tuh ..kedip-kedip  mata terus stop....automatik.

Mintak-mintaklah tak ada apa-apa yer Alanna... mummy tak nak menangis lagi... cukup-cukuplah bersedih dulu....datanglah lain kali pulak...

Rain-Rain go away..
Come back some other day...
Mummy & Alanna wants to play...
Rain-Rain go away...

Thursday, February 17, 2011

Dipaksa menerima kenyataan...

As-salam...Adik..

Ada satu hari dalam bulan februari tahun lepas... jantung mummy tak berhenti berdegup..  Mummy tidak sabar menunggu hari tu...saat itu.. mmmy inginkan kepastian... mummy inginkan titik noktah untuk perasaan takut dan kecewa yang menghantui hidup mummy semenjak hari ..kami bawa adik ke unit kecemasan, kerana adik demam dan batuk adik sukar, perit  tidak pernah sembuh.... Kami bawa adik agar adik dirawati...dan bukan diragui....

" ibu, x-ray scan menunjukkan..lung dia xde masalah yer...jangan risau..."
" Tapi...  apa yang i concern ialah...baby..u..."  kata doktor sambil memandang adik yang sedang berbaring dan termenung di pangkuan daddy...

"ibu, baby u, memang selalu termenung macam ni ke?..." 
"ibu, baby selalu gaze to sumthing ke??"
"ibu, by 5 months baby selalunya menangis bila stranger dukung dia..."
"ibu, baby dah boleh buat apa sekarang?..."


"erm.. baby mmg suka termenung...kenapa doktor.. "

"baby i  ok, baby i dah boleh meniarap.....baby i ok kan.." balas mummy yang dlm ketakutan.


"mummy, im not saying ur baby is abnormal...tapi melalui pengalaman saya sebagai paeds, perkembangan baby ibu..agak lain dari normal...."
"takpe, saya akan setkan app. dengan pakar kanak-kanak...bla..bla..saya harap ibu sabar...ini semua dugaan....bla..bla..."
dalam hati mummy tertanya-tanya, mengapa doktor itu beriya2 mententeramkan mummy.. mummy masih belum dapat...apa sebenarnya yg ingin disampaikannya... kerana fikiran mummy telah jauh melayang .....sehinggalah ke hari temujanji  yg ditunggu-tunggu itu.....

Tiba giliran, Nama adik dipanggil....tapi adik sedang tidur nyenyak .. dalam pangkuan daddy.... adik seolah-olah tidak mahu dengar akan semua ini...atau mungkin juga adik sudah pun tahu....  

"Maaf puan...ini kenyataan..anak puan tidak normal...maafkan saya kerana terpaksa memberitahu tuan dan puan..."

"Walupun kami belum mengetahui punca sebenar, namun inilah hakikat yg mula-mula harus puan terima...anak puan tidak akan dapat berjalan, atau melakukan apa-apa yang orang normal lakukan.."

"Puan suami isteri .. harus bersedia untuk menerima kenyataan bahawa anak puan tidak seperti anak orang lain...."




"Jika puan tidak menerima anak ini..siapa lagi...puan adalah ibunya...."


"Dan puan jangan menyalahkan diri puan atau sesiapa,  kerana perkara ini terjadi...no one to be blame..ok...ini kuasa tuhan..we are only human..."

"Puan, jika puan ingin masa..saya akan beri puan masa untuk menerimanya....kalau puan nak menangis, menangis lah... saya betul2 simpati, dan sebagai doktor saya hanya mampu berikan puan tissue dan kata-kata semangat..itu sahaja......"


Mummy lihat daddy bangun dari kerusi...dan berjalan ke sekitar bilik...memangku adik...yang masih lena..dan berdengkur seakan tiada apa-apa yang berlaku...dan  seingat mummy, mummy hanya tersenyum kepada doktor India yang sedari tadi mencuba sedaya upaya untuk memahami situasi kami di ketika itu....Daddy masih mundar mandir..dan mengeleng-gelengkan kepala... seakan-akan tidak dapat menenrima kenyataan....

Mummy masih lagi senyum dan diam.....  Mummy masih tidak dapat mengagak apakah yg bakal mummy lalui nanti... Mummy juga senyum pada 3 orang doktor pelatih muda perempuan yang bersama-sama kami di dalam bilik itu... Mummy nampak kerut di wajah doktor2 muda itu... Mereka seolah -olah membayangkan betapa beratnya beban yang akan mummy lalui sepanjang hidup mummy nanti...


"Anak i..lambat?.. mungkin selepas dirawat..suatu hari nanti dia boleh hidup seperti orang lain?? mungkin??" mummy masih inginkan harapan...

"Tidak.. i don't want to give u any false hope... its about brain damage.. anak u tidak akan dapat berjalan,  menguruskan diri sendiri... bersekolah di sekolah biasa... sabarlah puan..." terang doktor dengan penuh kepastian tanpa sedikit keraguan.

Hancurnya hati mumy mendengar semua itu... tiadakah sedikitpun harapan untuk adik??  Tiadakah walaupun sedikit untuk menenangkan hati mummy?? Tiadakah??

"What should i do..." mummy senyum lagi..sekadar menutup kedukaan di hati.


Doktor itu membalas senyuman mummy dengan wajah yang penuh dengan tanda tanya... sambil doktor itu berkata...

"Thats why, HE choose u..dear.... u're such a nice mother...person....." 


"U'r strong.... He knows u can be her Guardian Angel...."


"Bukan senang nak menerima kenyataan.. tidak semua ibubapa  anak istimewa dapat menerima kenyataan ini... ada yang langsung tidak menerima dan meninggalkan anak mereka di hospital.."

"Dan saya sebagai doktor yang menjalankan tugas..pernah dimarahi, di tengking, hanya kerana saya memberitahu anak mereka tidak normal..."

Tapi kali ini...mummy nangis... dari tadi mummy cuba untuk tidak menangis..akhirnya jatuh juga airmata ini...  mummy nangis..nangis dan terus menangis.... kata-kata doktor itu...membuatkan mummy lemah...  kalau benarlah mummy ini insan yang baik...mengapa semua ini harus berlaku ke atas mummy...ke atas adik... adakah ianya adil...

"Dear, dulu kaki saya tidak macam ini...."
tiba-tiba doktor India itu berkata sesuatu untuk mententeramkan keadaan... sambil menunjukkan kakinya kepada mummy...

"Dulu saya normal... saya tidak tempang..."  doktor itu tidak segan silu menunjukkan kakinya yang penuh dengan kesan calar dan jahitan.... kepada mummy...mummy tahu.. mummy sedar... doktor ini mempunyai kekurangan...

"Ini semua kuasa tuhan... dulu i hidup macam orang normal... sampai suatu hari i kena pergi rawat orang kemalangan....naik ambulance.... tapi ambulance yang i naik... berlanggar dan terbalik...."

"I, koma...dan bila sedar kaki i dah macam ni...."
"i tak pernah minta semua ini...."
"tapi thanxs god.. i masih hidup... i still can face the world...& husband dan anak-anak i selalu memberi semangat..."

"Hubungan kami semakin erat..dan sekarang jika nak kemana-mana..naik flight atau mana-mana...kami akan tetap pergi bersama-sama...kerana jika flight terhempas kami akan mati bersama-sama...." kata-kata doktor itu membuatkan mummy terharu dan tersenyum kembali...

"Puan yang penting... puan suami isteri kena bersepakat...jangan gaduh-gaduh... anak ini memerlukan ayah dan ibunya...."

Petang itu kami pulang..  sepanjang perjalanan ke rumah...kami hanya diam.. begitu juga adik... mata adik berkedip-kedip memandang mummy...  dan tangan adik mengenggam erat jari telunjuk mummy..seerat tangan daddy yang menggengam tangan mummy.... 


Mummy bersyukur dipertemukan dengan doktor India itu...
Dialah yang mengajar mummy tentang, menerima sesuatu kenyataan....
Sedikit demi sedikit, kenyataan hidup itu mummy telan...
Walaupun ia sebenarnya adalah paksaan...
kerana sesungguhnya, mummy tidak lagi diberi pilihan. 

Senyumlah adik.. mummy berjaya ujian yang pertama ini...ujian dalam menerima sebuah kenyataan.

Apa yg anak kita tahu....



Anak-Anak kita tidak pernah ambil tahu, berapa ringgit yang kita ada...
Atau, jenis kredit kad yang kita bawa..
Mahupun jenama baju yang kita pakaikan untuk mereka...
Mereka hanya tahu, betapa bermaknanya diri mereka pada kita....

Tetapi mereka masih ingin tahu.. apakah  mereka penting bagi kita,
melebihi dari segala apa kenikmatan yang ada didunia...

Mereka hanya ingin bergelak- ketawa dengan kita...
Bermain layang-layang dengan kita...
Mereka tidak pernah kenal erti penat...
Dan boleh menghabiskan masa sepanjang hari melakukan apa sahaja bersama kita...
Sehinggalah mereka tertidur....

Bagi mereka, cinta dan kasih sayang adalah mudah...
"Mari bermain kereta dengan saya, daddy."
"Katakanlah, baju yang saya pakai ini cantik, mummy..."
Dan "Katakanlah, sayalah, yang paling comel didunia ini...ummi..."

Kerana apabila , DIA mengkehendakinya....
Hidup kita akan terhenti..kerana tiba-tiba anak itu seakan dirampas dari kita..
Tetapi, sekurang-kurangnya  kita akan tenang.. jika kita tahu, kita telah melakukan segala-gala...
yang terbaik... untuknya...



Friday, February 11, 2011

Adik Tak ada !!!

As-Salam adik..

Adik... Pagi tadi.. Abang marah dan merajuk dengan mummy... Sebab, mummy kejut dia untuk bangun...
Mula-mula abang senyum... mummy cium dia... Tapi mummy usik dia...mummy cakap mulut dia busuk...
Mummy tipu je...sebenarnya..mulut abang wangi sangat....  sehari tak bau mulut abang tak sempurna hidup mummy...Lebih-lebih lagi kalau lepas abang minum susu....

Abang marah mummy cakap mcm tu... Dia malu kot..Haha!
Dia jelir mummy... :P Bek! Bek! hahahhaha...kelakar...
Sambil die membebel marah-marah mummy...
Tapi tak mengapalah...mummy dah maafkan dia...

Bila masuk kereta, abang tak nak duduk depan dengan mummy...dia nak duduk belakang sorang-sorang.
Abang sombong dengan mummy.... Dia jeling mummy sampai terbalik biji mata... Marah sangat lah tu...
Mummy cuba pujuk abang...

"Abang, mehla duduk kat mummy...mummy dah nak pergi work ni..."

"Taaaaakkkkkkkkkkk Nakkkkkkkkkkkk!!!!"

"Ala, mehla...mehla..."

"Taaaaakkkkkkkkkkk Nakkkkkkkkkkkk!!!!"

"Adik nun, meh duduk dekat mummy meh sayang....ala timang2 ...sayang adik Nun...biarlah abang dah tak sayang mummy..... "

"Adik Nun Tak Adaaaaaaaaaaaaaaa!!!!"

"Adik Nun ada...nih mumy tengah peluk dia...sayang adik nun..."

"Adik Nun Tak Adaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!"
 "Adik Nun dalam kubur........!!!!! "
"Adik Nun Tak adaaaaaaaaaaaaaaaaa.. Adik nun dalam dalam kuburrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!! "
Abang jerit sekuat hati...

Huh tersentap mummy dengar.... Abang dah besar..mummy dah tak boleh nak bohong sunat kat abang lagi.... terpaksalah mummy mengalah.... tapi sedih jugak...Abang taknak salam dengan mummy harini....
Alahai..... anak wahai anak.... 

Adik tunggu yer..esok dah sabtu, nanti  mummy datang... timang-timang....

Thursday, February 10, 2011

My Capri...


As-Salam..Alanna

Alanna...dari semalam..mummy asik dengar satu lagu... hari ni je dh dekat 100 kali mummy ulang lagu ni jer..
dah lama mummy tak dengar lagu ni... masa adik sakit dulu, mummy buat lagu ni jadi ringtone mummy... 
bila dengar lagu ni mummy rasa adik selamat... selamat dalam perut mummy....

Adik nak tahu??  dulu daddy yang bagi lagu nih dekat mummy bila, daddy tahu mummy mengandungkan anak perempuan...
Daddy tahu, mummy nak sangat anak perempuan... Mummy ingat lagi masa tuh... daddy save kan lagu nih dalam handphone mummy...
Daddy cakap lagu nih khas untuk mummy dan baby kecik... Masa tu mummy belum letak nama Alanna lagi... mummy masih lagi tercari-cari nama yang sesuai...
First time mummy dengar lagu ni, airmata mummy jatuh...mummy nangis kegembiraan...  mummy rasa sayang sangat dekat daddy sebab luangkan masa untuk carikkan lagu untuk kita... 
Mummy suka sangat lagu ni... Thanxs daddy.

Dulu, setiap hari sambil buat kerja kat office, mummy dengar lagu ni, sambil usap-usap perut mummy... mummy pun tahu adik boleh dengar...
Dulu kalau dengar lagu ni mummy rasa happy dan bersyukur sangat... Sekarang bila dengar pun, mummy rasa masih happy... tapi mummy rasa sedih jugak..
Mummy rasa kehilangan... Sebab dulu kita dengar lagu nih sama-sama..sekarang mummy kena dengar sorang-sorang..... sebab adik dah pergi dulu, tak tunggu mummy...
Tapi bila dengar lagu ni..mummy rasa adik ada...dalam perut mummy...dalam hati mummy....

Adik, Walaupun kita bersama cuma seketika, tapi mummy rasa kenangan yang kita ada, lebih dari segalanya... Dan walaupun mummy tak sempat mendewasakan adik... tapi mummy amat berterima kasih kerana adik telah hadir dan tabah untuk mendewasakan mummy....   Terima kasih adik..kerana mengajar mummy erti kasih sayang yang sebenar.




CAPRI (little baby girl)

She’s got a baby inside
And holds her belly tight
All through the night
Just so she knows
She’s sleeping so
Safely to keep
Her growing

And oh when she'll open her eyes
There'll be no surprise
That she'll grow to be
So beautifully
Just like her mother
That’s carrying

Oh Capri
She’s beauty
Baby inside she’s loving
Oh Capri
She’s beauty
There is and angel growin’ peacefully
Oh Capri
Sweet baby

And things will be hard at times
But I've learned to try
Just listening
Patiently, 


oh Capri
Sweet baby
Oh Capri
She’s beauty
Baby inside she’s loving

Oh Capri
Your beauty
Just like your mother
That’s carrying...Oh Capri


Adik...selamanya adik akan jadi baby mummy....percayalah sayang....Mummy janji walaupun nanti mummy akan ada baby lagi... Adik tetap baby kecik mummy, yang tak pernah puas dan kempunan untuk bersama dengan mummy... Al-fatihah.

p/s- mummy dedicate lagu ni buat ibu-ibu yang sedang mengandung... terutamanya mama Maryam, dan mama zhariff, mama Mika.. yang juga pernah merasai kehilangan..semoga nanti selamat melahirkan seseorang yang bisa mengubat rindu tak tertanggung ini.Amin.

Wednesday, February 9, 2011

Rahsia Alanna...



Salam Alanna,

Dulu mummy asyik dengan keindahan Alanna, semuanya indah di mata mummy, biarpun mummy menyedari ada sesuatu yang membuat mummy tidak lena tidur.
Tapi mummy tak pernah mahu bertanya kepada Alanna mahupun diri mummy sendiri akan persoalan itu.... Mummy biarkan sahaja waktu yang menentukannya...
Mummy sungguh naif, dan tidak mahu bersangka yang tidak baik pada Alanna.. Kerana mummy tidak mahu hidup dengan hati yang gundah dan gulana..

Sehingga pada satu waktu, sedang mummy menukar lampin Alanna di klinik kesihatan, untuk check-up bulan yang ke- 4.... Ade seseorang menegur mummy dengan lantang....

Memang sudah lumrah manusia akan menegur apa sahaja yang tidak baik dimatanya.Bermula dari satu persoalan itulah ... mummy tergadah...dan tersedar bahawa ada sesuatu yang sedang berlaku yang mummy tak tahu...dan mummy amat takut untuk ambil tahu....


"Kenapa, baby awak pandang atas je..?? mata die juling lagi yer...dah berapa bulan ??"
"Dah 4 bulan... " Mummy terdiam kelu...sambil meraut mata Alanna dan membacakan selawat ke atas Nabi S.A.W, agar Alanna memandang  ke bawah....dan mummy tidak tahu apa jawapan yang sesuai apabila diajukan soalan2 sebegitu. Soalan- soalan begitu membuatkan hati mummy sedih.... Mummy rauti mata Alanna berkali-kali lagi..tetapi Alanna tetap mahu memandang ke atas...seolah ada sesuatu yang lebih menarik di atas yang jauh disana....

" U gosok-gosoklah mata die... kesian nanti dah besar juling tak hilang ...dah lah perempuan...." Mummy hanya tersenyum dan mendukung Alanna sambil berlalu...
Mummy pergi ke arah daddy... Hanya tuhan saja yang mengerti perasaan mummy ketika itu......

...................................

"Alanna, kenapa pandang-pandang atas nih sayang...??..Tak mau tengok atas lagi....tak baik...tengok mummy..."  Tetapi semakin hari semakin tinggi penglihatan Alanna...
Sehingga membuatkan orang disekeliling sedar...bukan sahaja orang dewasa malahan kanak-kanak....

"Wei, cuba kau tengok mata dia...tuh tengok tuh..heheheh "....berkata sinis seorang budak perempuan kepada rakannya...ketika kami sama-sama menaiki lift..


 Alanna kini menjadi bahan lawak jenaka pula... di depan ibunya sendiri Alanna dipersendakan... Sungguh kesabaran mummy diuji... Adaka berbaloi jika budak-budak itu dimarahi...?? Mumy hanya tersenyum memandangmu, kerana setiap kali memandangmu perasaan marah itu hilang begitu sahaja... kaulah penyejuk hati, dan mummy rasa bersalah kerana tidak dapat melindungimu daripada dikeji sebegitu... 

.......................................

Semakin hari...semakin ramai yang bertanya...kenapa? kenapa? kenapa?  Mummy juga selalu tertanya didalam diri sendiri...kenapa Alanna? kenapa?
Sehinggalah mummy dikhabarkan dengan berita Alanna sakit... Baru mummy tahu, bukan ini pintamu nak,  Saraf - saraf mata Alanna tidak berupaya untuk membolehkan Alanna memandang luas bumi yang kita pijak... Alanna tidak mampu menggerakkan bola matanya kebawah lagi... Namun bagi mummy, syukurlah Alanna masih mampu melihat, dan mummy berdoa agar permandangan akan menjadi lebih indah dan menakjubkan dari sudut kaca mata Alanna.....

Namun masih ada yang lebih bijak pandai, meneka bahawa Alanna pandang atas sebab selalu nampak hantu, Alanna nampak syaitan... Alanna sedang dalam ketakutan... Alanna disampuk...
Walaupun Alanna suka dengar Azan...? Alanna suka dengar zikir....?

..............................................

Adakalanya, mummy suka melihat telatah Alanna yang begitu asyik memandang ke atas, sambil tersenyum manja...  Alanna sedang gembira... dan melonjak-lonjakkan kaki kesana.... Seolah-olah Alanna nampak sesuatu yang indah dan bercahaya...  Kehidupan Alanna penuh rahsia... Sehinggalah pada suatu hari Alanna pergi... 

................................................

Dan kini, bila Alanna dah tiada, Mummy sunyi.. mummy selalu baring dan merenung ka atas... cuba mencari-cari apa yang Alanna pandang selama ini...  Dan Mummy tidak nampak apa-apa.. selain gambaran Alanna di syurga..... Kini baru mummy mengerti.... Jauh disudut hati mummy ...mummy tahu.  Mengapa dulu , Alanna selalu memandang ke atas..., mungkin Alanna sudah nampak akan keindahan syurga.....Melalui Allah, tiada apa yang mustahil kan....Wallahuallam.

Al-fatihah Alanna.... Semoga Alanna baik-baik saja...

Tuesday, February 8, 2011

Alanna tak pernah ketawa...


Alanna tak pernah ketawa...
Seperti anak-anak lain...
yang mengekek-ngekek...
Apabila digeletek....

Alanna tak pernah ketawa...
Seperti anak-anak lain..
Hingga kering gusi...
Apabila dicumbui...

Alanna tak pernah ketawa..
Seperti anak-anak lain...
Riuh hilai tawa..
Apabila dipersenda..

Alanna tak pernah ketawa...
Dia hanya mampu tersenyum...
Tapi melihatkan senyum Alanna, sungguh puas...
Kerana senyum Alanna ikhlas, walaupun segala-galanya terbatas.


Februari...

Salam anakku sayang,

Alanna, ingat bulan Februari tahun lepas?? Mummy dengan daddy bawak Alanna jalan jauh balik kelantan...
Kita bertolak pagi-pagi... sebelum matahari keluar... Alanna tidur je sepanjang 6 jam perjalanan...
Masa tu abang Nadime kena duduk depan dalam car seat, Alanna tidur dekat belakang dengan mummy....
Itulah kali pertamam dan terakhir Alanna balik ke kampung....rumah Wan dan Tokwan...

Alanna ingat lagi tak?? Mummy ingat sangat-sangat...Sungguh cepat masa berlalu.. Genap setahun kenangan itu Alanna... Kini Februari muncul kembali... Tapi Alanna dah tak ada lagi... Mummy, daddy dan abang sekali lagi pulang ke Kelantan minggu lepas...kali ini tanpa Alanna...hanya bersama kenangan Alanna...

Setiap selekoh, setiap jalan punyai detik2 yang indah bersama Alanna... Masa sampai disatu selekoh, mummy nampak satu wakaf, hati mummy terdetik pernah singgah disini...daddy juga masih ingat akan selekoh itu... disitulah mummy suruh dady berhenti seketika untuk menyusukan Alanna... Mummy takut kalau Alanna tersedak jika menyusu dalam perjalanan... Waktu itu Alanna masih boleh menyusu botol lagi, cuma Alanna sering  tersedak dan muntah, muka Alanna jadi merah padam... tapi Alanna diam je.. tak pernah nangis... Alanna tabah.. ...mummy je yang nangis kalau tengok Alanna macam tu... Dan tempat itu masih sama Alanna, wakaf itu masih ada.. Cuma Alanna saja yang sudah pergi...

Kita balik balik kampung nak jumpa Tok Wan dengan Wan... Sampai jugak Alanna ke Kelantan... Sampai-sampai je Wan dukung Alanna... Wan cakap ... Cantiknya cucu Wan sorang ni... Mata hitam besar dan bulat...

Alanna ingat tak Wan tak sabar-sabar keluarkan hadiah untuk Alanna.. Hadiah yang Wan simpan kemas-kemas, tunggu Alanna balik..Wan tak sabar nak beri pada Alanna... Kini hadiah tu ada pada mummy..mummy pakai setiap hari..tak pernah sekalipun mummy lucutkat... Kalu mummy rindu Alanna mummy pegang kuat2 rantai "QISH" itu..mummy tekapkan pada dada mummy...dan mummy akan dapat dengar degupan jantung Alanna yang sering menemani mummy siang dan malam dulu...


Bila petang, Daddy bawak kita pergi Pantai Cahaya Bulan... Alanna suka sangat bila angin tiup muka Alanna... Alanna senyum lebar bila rasa dingin angin...Mummy tahu Alanna suka sangat walaupun Alanna tak pernah ketawa....

Ada satu haritu Alanna, Jantung mummy tersentap apabila terjumpa Tin Susu Neosure Alanna, yang mummy tertinggal Februari tahun lepas diatas kabinet dapur Wan.. Satu perasaan yang sukar untuk diungkapkan.. Mengapakah tin susu yang tidak berharga itu masih ada disini..??? Sedangkan Alanna sudah tiada... Persoalan yang tidak pernah ada jawapan... "Mengapa Alanna terlalu cepat pergi... sedangkan segala-galanya masih utuh, masih baru , dan masih menanti dan merindui kepulangan Alanna..."

Al-FAtihah Anakku sayang...Peluk cium dari mummy yang telah ditinggalkan ini...


Sekarang baru mummy paham, kenapa mummy suka ambil gambar adik...

Followers