About Me

My Photo
Cinta kau dan aku Takkan mungkin bersatu Untuk saat ini di dunia ini Mungkin kita bersama Nanti di atas sana Biar ku setia menjaga cintamu Selamanya

Tuesday, January 25, 2011

9 bulan 10 hari...



Salam Adik,

9 bulan 10 hari adalah tempoh adik di dalam perut mummy.. dan genap 9 bulan 10 hari jugalah hayat adik didunia ini... adakah ianya satu kebetulan?...Tidak.. tidak satupun didunia ini adalah bersifat kebetulan..semuanya telah dirancang oleh Allah.. Dan jika kami melewatkan waktu untuk membawa adik pulang...  adik tetap akan pergi pada sekian2 waktu yang telah ditetapkan...sebab bukan mummy yang menentukan hayat mu sayang... mummy cuma mampu memberikan apa yang terbaik untukkmu didunia dan akhirat....

Berat sungguh bebanan yang mummy hadapi ketika ini... untuk membuat suatu keputusan yang boleh merubah segalanya... keputusan yang mungkin boleh mengembalikan separuh dari kebahagian yang pernah hilang, kebahagian yang telah diragut pergi bersama adik.. dan kebahagian yang luput dikambus bersama jasad adik...

Atau mungkin juga keputusan itu, akan menambahkan lagi seksa yang mummy tanggung selama ini...mungkin?? ...Puas mummy bertanya-tanya didalam diri ini..apakah semua ujian dan siksaan itu telah berakhir..atau ianya cuma satu episod yang baru bermula...

Mengapa sungguh sukar untuk membuat keputusan untuk kembali melahirkan... Sedangkan perkara itu adalah nikmat yang tidak terhingga dalam hidup seorang wanita...

Sering terbayang2 indahnya waktu berkongsi tubuh dengan makhluk kecil yang sering menjadi pendengar setia..  di kala suka dan duka... Sungguh manisnya saat bercerita dengan makhluk kecil walaupun tidak pernah bersua muka...Dan  sungguh ghairahnya, tidak sabar membilang dari hari ke hari , bulan kebulan... tidak sabar menanti wajah kecil, mulus, suci dan mententeramkan...Segalanya adalah 9 bulan 10 hari...

Mummy sanggup melalui 9 bulan 10 hari itu lagi... tapi apakah mummy masih tabah jika ditakdirkan anak yg sekecil itu akan melalui seribu kepahitan dan mengulangi kesakitan yang pernah mummy rasai... 

Mummy sangup berulang alik ke bangunan lama itu untuk memastikan segala-galanya baik-baik saja... Mummy sanggup ...diambil darah setiap hari jika itu yang akan menentukannya.... Mummy sanggup buat apa saja... Demi seorang anak kecil.....

 Tapi mampukah mummy hidup jika diberitahu sebaliknya....  mampukah mummy meneruskan jika dikhabarkan sejarah akan berulang.... Mummy tak sanggup diberi pilihan... Mumy tak sanggup menjadi kejam...  Mummy tak sanggup mengambil nyawa nak sendiri... Mummy tak sanggup..... Tapi mummy juga tak sanggup jika sekali lagi,  melihat anak sendiri dihambat kematian....detik-demi detik ...hari demi hari.....dan pergi begitu sahaja.... Sumpah mummy tidak akan setabah dulu lagi....

 Sungguh mummy tidak sanggup mewujudkan jika akhirnya ianya dibinasakan..... Mummy takut akan masa hadapan... Mummy benci perkataan GENETIK.. Kenapa ianya menghantui hidup mummy...

Tapi mummy kesiankan Nadime, mummy kesiankan daddy.....mummy kesiankan diri mummy yang begitu mengharapkan seorang anak kecil kembali di pangkuan yang terbiar ini...

Mampukah mummy bebas berlari bersama bakal penganti... dan tidak lagi terpenjara di katil besi................. Ya Allah berilah petunjuk....

Adik seandainya adik dapat hadir seketika, dan memberitahu mummy tentang segala yang adik tahu melaui DIA... Alangkah bertuahnya....

Wednesday, January 19, 2011

Adik pernah wujud...

Salam, Adik...

Semalam Wan call mummy..kami berborak seperti biasa... seperti tidak ada apa2 yang pernah berlaku....
Wan tanya......." Nadime mana? Nadime sihat? Nadime buat apa? Nadime nakal ke??"
Wan takkan pernah tanya pasal adik lagi... Mungkin Wan tidak mahu buat mummy sedih..mungkin...

Tapi hakikatnya mummy selalu mengharapkan mereka masih ingat akan adik...
Wan tak pernah tanya.. "Adik dh pandai buat apa lah agaknya yer??
Dan bukan sahaja Wan, Sesiapa pun takkan tanya pasal adik lagi...
Sebab bagi semua adik dah tiada.. tiada means tiada...macam tak pernah wujud??????????????
Kerana setiap hari mummy mengharapkan ada sesuatu yang akan mengingatkan mummy tentang adik...

Kadang-kadang mummy yang beriya-iya buka cerita... 


"Ma, pagi tadi ayu pergi kubur adik...."
"Ma...ayu baru balik kubur adik ni...."
"Ma...petang nanti ayu nak pergi kubur adik ni..."
tapi cuma satu jawapan yang mummy terima ..."OH...(diam....)"
Tapi mummy tak salahkan Wan..memang itu lumrahnya..

Mummy tahu mummy takkan dengar pasal adik lagi daripada sesiapa... Mummy juga takkan dapat bercerita pasal adik lagi pada sesiapa melainkan pada daddy dan abang.... mereka sahaja yang masih mahu dengar dan mengingati kenangan bersama adik... Apakah lama-lama nanti, perihal tentang adik akan lupus dari ingatan semua orang?

Di akhir-akhir perbualan...Wan pesan kat mummy...
"Ayu..ko minum susu banyak-banyak... makan banyak-banyak...makan sayur...makan nasi....nanti dapat anak gemok...sihat...."

"Nanti senang nak mengandung.....Macammana nih.. dh nak masuk 30 ... anak baru sorang..."

 "SORANG?? Hahahahah..tengok Wan lupa lagi dekat adik... :)) Alahai........

Takpelah dik..biarlah mummy je yang ingat adik....
Dan jika tiada lagi seorang pun didunia ini,  yang mengingati adik...
Maknanya mummy sudah tidak ada lagi didunia ini....Al-Fatihah untuk Adik yang mummy sayang......

p/s- adik, mlm td  mummy peluk je bantal tidur adik.

Tuesday, January 4, 2011

manakah ilhamku

Kad harijadi pertama dan terakhir adik...


Alanna,
Setiap bait lagu ini dapat mengungkapkan apa yang dady rasa saat ini..khas buat adik yang sedang mendengar apa yang tersirat dihati dady....

Bagaimana kan ku mula dan apakah kata-kata
yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisar tiap madah bererti,
manakah ilhamku

Cahaya di matamu, senyum dibibirmu
mengukir seribu tanda pertanyaan.
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan.
Di saat begini aku merindukan

Berpucuk-pucuk surat terbiar di depanku
tak dapat ku utuskan
Ku ramas semua dan ku buangkan jauh dari pandangan

Lalu aku kesal ku kumpul semula,
tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa.
Andai engkau tahu gelora hatiku,
mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Dengarkanlah panggilanku.
Dengarkanlah lagu untukmu.
Oh angin lalu, kau sampaikan
rasa rindu yang membara kepadanya

Warna-warna cintaku
kian pudar bersama malam yang gelap gelita.
Entahkan kau rasakan apa yang ku rasa
atau kau tak endah.

Tapi ku percaya semua telah tertulis
dan niat suciku takkan dipersiakan.
Dan di suatu masa di hari yang indah
       ku hulur tanganku lalu kau terima.
-M.Nasir -


Adik,
Tahun 2010 telah pergi..meninggalkan segala parut yang takkan pernah padam..tahun yang banyak memberi 1001 kenangan, kepahitan, dendam, kesedihan, kekecewaan..tahun yang paling getir dan tenat dalam hidup dady..
Tapi semuanya telah berlalu..antara sedih meninggalkan kenangan bersama cinta hati dady, atau gembira menyambut satu permulaan hidup untuk diteruskan..Walaupun semuanya telah berlalu, dady tetap merasakan baru sehari adik pergi dari pangkuan dady..masih lagi dady rasai tubuh kecil adik terbujur kaku dalam pelukan.

Sayang,
Sejak  adik lahir, dady simpan apa saja yang berkaitan dengan adik..apa saja tentang diri adik..tapi tak pernah dady sangka apa yang dady kutip dan simpan itu semuanya suatu hari nanti akan ditinggalkan sebagai kenangan..


 Salam sayang dari dady yang amat rindukan senyuman manismu..

Saturday, January 1, 2011

Diari Hatiku.......2010




 Adik...

2010... penuh sandiwara..  Tiada satu bulan pun dari tahun malang itu, mummy dapat berfikir dengan tenang... Januarinya lagi sudah mula menipu .. menjanjikan  permulaan yang penuh keindahan... andai saat ini mummy tahu mummy cuma punya 6 bulan saja lagi bersama adik.. sudah tentu mummy tidak akan tersenyum disaat adik mula terasa akan kepedihannya...... Pagi 1.1.2010.... pagi2 lagi kita sudah keluar sarapan.... Adik masih ingat?? dady bawak kita sarapan di Nasi Lemak Antarabangsa.... dan kita sempat ambil gambar... gambar yang tidak pernah mummy sangka akan menjadi satu kenangan paling sedih buat kita.....selama-lamanya.........sebab adik nampak cantik.suci..dan indah... dan terlalu berharga untuk ditinggalkan.....


Februari penuh dengan cita-cita.... mummy mula mencari-cari dimanakah salahnya... apakah dosanya... hingga adik terpaksa menanggung segala-galanya.... mummy mula terasa duri-duri di bumi yang dipijak... Tidak lagi mummy megah mendongak memandang awan, kerana hujan sudah mula membasahi..... dan menyakiti...namun mummy masih mampu tersenyum kerana adik masih ada lagi dalam pelukan mummy.....


Mac... Sakit dan terus sakit melihat adik begini.... Sakit yang tak bisa diungkapkan... Sakit terpaksa hidup dengan hati yang telah berkecai.... Sungguh terseksa apabila terpaksa melalui hari-hari baru dengan sebak dan benci apabila setiap kali teringatkan adik, setiap kali itulah dengan mudahnya mata ini bergenang dan dihujani airmata.....


April....Saat ini, jiwa mummy lopong... fikiran mummy kosong... Maafkan mummy... barangkali mummy sudahpun mati... mummy nampak adik menangis menderita.. tapi mummy tidak mampu menolong... mummy hanya mampu...menangis dan menyayangi adik... Sayang mummy tidak cukup kuat untuk mengembalikan kebahagian yang pernah kita kecapi dulu.... Dan tangisan mummy masih tidak cukup dalam untuk mengubah takdir yang telah ditentukan untuk kita.......


Mei.. Mummy selalu  membayangkan betapa indahnya saat bergelar seorang ibu...dimana, bertuahnya diri ini apabila diberi peluang untuk mendakap dan menatap anak kecil yang sedang tidur lena..... Tapi saat ini tidak indah lagi  kerana anak yang sedang tidur lena ini dikhabarkan akan pergi pada bila-bila masa..... Dan mummy terus berjaga... tapi mummy tidak sanggup lagi memandang sucinya wajah adik... sebaliknya mummy leka membilang naik turun nafas adik... agar mummy sedar mummy masih punya adik................................




Jun.... Sungguh mummy sayangkan adik.... mummy tidak mahu adik pergi...mummy mahu adik tunggu, sembuh dan menemani mummy hingga akhir hayat mummy... mummy mahu abang dan adik yang memeluk dan membisikkan kalimah shahadah ditelinga mummy diwaktu nafas mummy yg terakhir nanti ... mummy masih belum mahu berpisah dengan adik... tetapi tidak ada sesiapa pun yang dapat memberitahu mummy BAGAIMANA atau APA yang harus mummy buat lagi agar mummy dapat terus hidup bersama adik...Sebaliknya, mereka hanya terus meminta agar mummy REDHA, REDHA dan terus REDHA.....
Dan Adik pula semakin penat...penat dan terus tenat...


4 Jun 2010.. Adik mummy dah tahu........Apakah adik juga tahu, apa yang mummy dah tahu...?? Shhh.. jangan sebut dik...simpan saja dalam hati.... cukuplah, mummy taknak kita tersiksa lagi.... Mummy cuma nak adik gembira, walaupun adik dah tak senyum lagi.... Mari mummy pakaikan cantik-cantik...sikat rambut elok-elok... pakailah rantai yang Wan buatkan untuk adik ni.... buang semua wayar2 kejap... Adik senyumlah untuk mummy.... senyumlah dik, buat macam apa-apa pun tak pernah terjadi...... sebab Adik sungguh cantik... macam bidadari.... Sabar sayang, esok mummy bawak balik adik ke rumah kita.... sabar sikit je lagi...


 5 Jun 2010..1ptg.. Adik, mana datang semua seri ni sayang.... kenapa berseri-seri sangat wajah adik... dulu semua orang kata adik itam macam daddy.... macam anak teling... adik comot....air liur asik meleleh.. banyak kahak...banyak rashes... mata juling... adik pelik...  mummy nak pulangkan kata2 ni pada mereka... Adik jangan terasa hati dengan mereka... manusia memang begitu...
Syukur mummy pada Allah... dia tunjuk siapa adik sebenarnya.... walaupun di akhir2 usia.... adik sungguh suci... mummy sayang adik...dan mummy akan terus menyayangi adik..



5 Jun 2010.... Beberapa minit sebelum adik pergi.... terima kasih adik kerana dapat bertahan untuk seketika.. dan memberi peluang untuk mummy menukar lampin adik yang terakir.......... terima kasih adik kerana kerana sudi lahir sebagai anak mummy....  Sumpah adik,...Walaupun mummy sudah tahu yang adik akan pergi... dan walaupun pada zahirnya mummy telah bersedia....namun... mummy sedikitpun tidak pernah menyangka adik akan pergi tinggalkan mummy pada malam itu juga... kerana mummy sangka malam itu akan menjadi malam terakhir untuk kita tidur bersama-sama daddy, abang dan mummy dirumah kita...Rupanya malam itu mummy terpaksa tidur bertemankan jasad adik..... Kepergian adik pada malam itu adalah sungguh mengejutkan..............................................................Al-Fatihah.




6 Jun 2010....Inilah satu-satunya gambar yang ada... dihari pengkebumian adik...gambar adalah ehsan dari mama jiey.... Mummy tak ingat apa yang bermain di fikiran mummy ketika ini.... Cuma yang mummy tahu...adik sedang tidur dengan lena...tanpa sakit...sengsara dan derita............................. Mummy hanya ingin lekas pulang untuk tidur dan bermimpikan adik.... Mummy ingin lihat adik sihat, riang tertawa dan berbahagia di syurga selama-lamanya.......Selamat tinggal Alanna Qish ku sayang.... Maafkanlah mumy jika ada apa saja yang terkurang dari mummy, sepanjang mummy menjagamu... Izinkan aku merinduimu sehingga akhir hayatku......Akulah ibumu didunia dan di akhirat...  Ingatlah sayang , gengamlah tangan mummy kuat2..bila tiba detik itu.....

Julai..... Ogos..... September... Oktober... November...dan December...... Semuanya hanya tentang seorang ibu  tanpa seorang anak...... tentang kerinduan yang tidak pernah terjawab.... Dan yang pasti ia tak perlu untuk dikenang.... kerana semuanya amat menyakitkan.... Aku hanya mampu berdoa agar ianya dipermudahkan dan berlalulah ia dengan cepat.......

Dan walaupun tahun baru telah menjelma...bagiku tetap tidak berbeza... anakku tetap tidak kunjung tiba... kerana anakku telah pergi untuk selamanya.....

Al-Fatihah...

Biarkan aku
Menjalin asmara
Dengannya yang ku cinta
Jangan ku dihalang
Walau pedang bukan penghalang

Gelora rindu
Buat ku merasa tersiksa
Jauh darinya
Andai ku punya sayap
Kau di bulan akan ku jelang

Kasihku dengarlah
Suara hatiku
Kata hati ini
Hanya dirimu seorang
Yang ku sayang

Kekasih tulis namaku
Di dalam diari hatimu
Kekasih setiap senyummu
Pengubat rindu di hatiku

Puisikan segala janji-janji kita
Bakar semua kepalsuan

Followers