Sebenarnya hari ini nak buat 'Wordless Wednesday' je, tapi sebab gambar yang bakal dipaparkan nanti perlu diberi penerangan takut nanti ada yang salah anggap so alang-alang mummy pun tulis jelah yer...
Ceritanya begini, ramai jugalah 'inbox' mummy kat facebook bertanya kan pasal Yuran Qdees.Mummy tahu ni semua sebab dah masuk bulan Nov kan? So mesti ramai mommies tengah buat survey kinder untuk next year 2012. Nak masukkan anak ke Tadika memang lah satu kerja yang mencabar sebenarnya, dan ia meliputi banyak step.
Tapi yang paling penting sekali mommies2 semua WAJIB pergi, masuk dan lihat dengan mata kepala sendiri keadaan, kebersihan, jadual belajar, jadual pemakanan, keceriaan dan yang paling-paling-paling penting sekali adalah, Personaliti principal dan guru-guru yang akan mengajar anak-anak kita nanti. Dulu mummy takut sangat nak jengah masuk ke Qdees atau yang sewaktu dengannya, sebab bunyi amaun fees dia je dah menggigil lutut..tapi tulah kan orang kata kalau kita tak cuba tanya kita tak tahu...
Kenapa?? Sebab kalau sekolah bagus cemana sekalipun kalau guru-gurunya sombong nak mampus, tak pernah senyum, nampak macam tak confident, dan principalnya selalu takde kat sekolah, tak friendly, tak penyabar, tak guna juga. Percayalah. Anak-anak kita bakal menangis, bakal mengamuk dan bakal bergaduh di sekolah okay. Ini semua terbukti melalui pengalaman yang pernah dilalui oleh mummy dan kawan-kawan mummy sendiri.
Untuk tambahan, mummy lebih suka Tadika yang dipelopori oleh orang Islam, kenapa? Sebab orang Islam dah diajar nak buat apa-apapun baca bismillah.. so terjamin sikit keberkesanannya, disamping menyediakan makanan-makanan yang halal.Takdelah gelap hati anak kita nanti.Kalau anak kita ke toilet pun akan diceboknya juga..tidaklah dilap dan dileset dengan tisu aje.. Alhamdulillah jumpa Qdees yang punya pengetua orang Islam.
Keduanya, ramai tanya soalan Okay ke tak Okay?? bagus tak bagus???
Pendek kata, kalau orang kata Qdees tu bagus. Mummy nak tekankan disini tak semua branch yang bagus. Then kalau ada yang kata Smart Reader/ genius Aulad bagus, tak semua branch yang bagus.. Semuanya depends pada pihak Pentadbiran, Pengetua dan guru-guru yang mengajar disesebuah tadika itu.
Dan lagi satu, semuanya depends pada kebolehan anak-anak kita sendiri juga.Hanya kita yang boleh menilai kebolehan anak kita. Hanya kita yang tahu anak kita ni cepat ke lambat.Kita tak boleh tipu diri kita sendiri.Tak semestinya hantar anak Tadika mahal, anak kita jadi pandai yer... bukan semudah itu.
Jangan buat statement begini..."Hantar kat situ, tapi masih tak pandai baca lagi, hantar kat sini tapi masih tak pandai eja lagi..." ataupun, " hantar kat situ, tapi anak tak pandai2 pun cakap english..."
- Eh, Hello cintailah Bahasa Melayu kita okay... kenapa malu sangat nak berbahasa Melayu?? Do i look stupid when i speak in malay? Hahaha.Kalau mak pak tak converse in English fluently, setakat cakap dengan anak " Sit!!! mummy kata sit!!.. kang mummy cubit!! " atau "Adik, come here, adik nak ikut mummy tak?" Kalau bercapur aduk macam tu, maka anak u pun akan cakap bercampur aduk ler....Jangan haraplah anak2 u nak speaking berhabuk in English... okay.. Memang tak boleh nak harapkan cikgu je semata-mata.
Tak faham orang sekarang kalau boleh semua anak nak ditekankan bahasa Inggeris.Sedihla kalau suatu hari nanti bahasa Melayu hilang begitu sahaja.Lebih-lebih lagi sekarang ada bahasa baru.. bunyi dia macam ni. " Pawham x yg aq tewliss niew?? lau x phm saia powwn x pawhamm gakksss.... awwww..sewwsahh la cm niewww..sawkitt mateww membacenyewwww.!!!" Hahahahha.
Mummy pun hantar Nadime ke Qdees, bukan nak paksa Nadime jadi pandai, cakap english berhabuk, jadi genius. Mummy hanya mahu Nadime bergaul, berkawan, bermain disamping belajar perkara-perkara yang mummy tak mampu ajar dirumah. Belajar bahasa Inggeris sikit-sikit, supaya nanti tak terkejut dan pengsan bila masuk darjah satu kawan-kawan semua cakap English berhabuk....hahahha..
Jangan cepat judge anak kita, anak kita masih kecil, kitapun dulu masih menggendong anak patung kain diusia 4 tahun.Tidak tahu apa-apa. Perjalanan mereka masih jauh.Cuma, berikanlah mereka apa saja yang terbaik selagi termampu.
Ketiganya, ramai tanya soalan Mahal atau tidak???
Mummy sedar, bukanlah semua orang didunia ini kaya, banyak harta, kami pun tergolong dalam golongan yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang juga.Gaji tidaklah lebat dan riban-riban kuasa 4. Bonus pula, tidaklah sampai terbeliak mata, dan bangga nak bagitahu satu dunia. Namun, Insyaalah rezeki anak itu ada saja dimana-mana. Memang ramai yang komplen mahal, tak terbayar. Kalau rasa macam tak boleh je, cuba lah ikhtiar. Yang penting, mak ayah kenalah berkorban sikit, tak perlu baju baru setiap bulan, tak perlu makan luar tiap hari, tak perlu pakai Phone canggih manggih...tak perlu kereta continental...Aik? Kata tak mampu tapi mak ayah pakai blackberry, i phone, i pad cemanakan?? :P
Pandai-pandailah korek lubang, lepas korek lubang sila tanam lobak ke, sawi ke... jangan sampai jatuh dalam lubang sudah... hahah.. itu sajalah bebelan hari ini. Semoga sedikit sebanyak dapat memberi ilham kepada ibu-ibu yang sedang mencari Tadika.Bak kata pepatah, berbudi kepada tanah membawa hasil yang melimpah. Eh..apa kaitan dengan tanah plak yer...hahahah. Bye.Assalamualaikum.
Mummy sedar, bukanlah semua orang didunia ini kaya, banyak harta, kami pun tergolong dalam golongan yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang juga.Gaji tidaklah lebat dan riban-riban kuasa 4. Bonus pula, tidaklah sampai terbeliak mata, dan bangga nak bagitahu satu dunia. Namun, Insyaalah rezeki anak itu ada saja dimana-mana. Memang ramai yang komplen mahal, tak terbayar. Kalau rasa macam tak boleh je, cuba lah ikhtiar. Yang penting, mak ayah kenalah berkorban sikit, tak perlu baju baru setiap bulan, tak perlu makan luar tiap hari, tak perlu pakai Phone canggih manggih...tak perlu kereta continental...Aik? Kata tak mampu tapi mak ayah pakai blackberry, i phone, i pad cemanakan?? :P
Pandai-pandailah korek lubang, lepas korek lubang sila tanam lobak ke, sawi ke... jangan sampai jatuh dalam lubang sudah... hahah.. itu sajalah bebelan hari ini. Semoga sedikit sebanyak dapat memberi ilham kepada ibu-ibu yang sedang mencari Tadika.Bak kata pepatah, berbudi kepada tanah membawa hasil yang melimpah. Eh..apa kaitan dengan tanah plak yer...hahahah. Bye.Assalamualaikum.
Untuk sesiapa yg tanya fees Qdees, ini fees structure untuk 4 yo -2012,
tapi mungkin setiap branch lain sikit kot.. pls ignore pen merah tu,
tu mummy tak payah bayar sebab mummy reenrolment utk 2012...
so dah tolak siap-siap..hihi..
Gud luck mommies.

8 comments :
thanks.uploadkan fees structure ni.saya memang tengah mencari.nak pergi survey satu-satu memang tak sempat.Nssib baik terjumpa blog ni.boleh tak akak.Letak jadual belajar sekali..thanxs again.
fina.
sy pun plan nk hntr anak kat q-dees sbb anak2 makcik saya masa kecik semua blajar sana.alhamdulillah pulak pandai2 sampai dah masuk universiti yg sulung dengan kedua tu sekarang ni.betul ckp akak tu kita buat yg terbaik utk anak.tadika mhl tak semestinya dia akan pandai.So skrg sy dah tau yurannya berapa..thanks kak!
Salam Mummy Alanna..
baru berkenalan dgn Alanna semalam ms tgh google 'depression time pregnancy'. Cuma nak express how proud I am because Alanna dianugerahkan mummy yg sgt tabah and this blog really open my eyes about betapa pentingnya harga kasih sayang sebuah keluarga. Thanks for sharing.
Akan selalu mendoakan Alanna..
salam... saya suka baca entry ni... very positive.. just read one blog yg sangat2 negative psl this issue... semoga nadime akan berjaya ye...
terima kasih atas info ini...sya tgh mencari info ttg q dees di google n jumpa blog alanna...thanks yer.
heheh tq bagi tips.. ngee br nak survey2 tuk anak.. ngeee tq sekali lagi ya
sebelum nak menghantar pastikan betul dengan tempatnya.memang tidak dinafikan pengajaran Qdees bagus,sampaikan ada kanak kanak yang berusia seawal 3 tahun dah pandai membaca abc.tetapi diatas pengalaman saya,pengajaran mengikut had umur.contoh nya saya menghantar anak saya berumur 3,4,dan 5 tahun.anak anak yang berumur 3 dan 4 tahun memang tiada masalah,tetapi bagi anak yang berumur 5 tahun,banyak ibubapa selain saya yang menrungut kenapa pelajaran makin merosot,sedangkan dah setahun mengikuti kelas tersebut,guru yang sebelum ini mengajar sampaikan saya sendiri seronok melihat anak kita tidak payah di suruh atau tegur dengan sendirinya membaca atau membuat apa apa tugasan rumah,tapi bila guru itu diberhentikan diambil pula seorang perempuan india saya perhatikan pelajarannya makin merosot,bukan saya yang perasan hal ini tetapi ada ibubapa yang lain juga memberitahu hal yang sama,apabila hal ini diberitahu pada pengetua qdess cawangan tersebut dia mengatakan akan menyiasat hal ini,tetapi apa yang berlaku,perkara sama berulang sampai sekarang.sehingga 1 hari saya mengintip sendiri pembelajaran anak saya,saya dapati guru tersebut mengajar dengan dia membaca budak melihat.lepas itu budak budak disuruh buat kerja yang disuruh seperti mewarna abc atau menulis perkataan seperti di tulis di papan putih.selepas itu guru tersebut sibuk bermain sms dan bersembang dengan lelaki india yang berada dibawah premis tersebut.perkara ini telah diberitahu pada pengetua tersebut tetapi tiada apa apa tindakan diambil makin menjadi jadi ada.jadi sebelum memilih pusat asuhan bagi anak anak anda pilih dahulu sebelum terkena.tanya pada sesiapa yang menghantar anak ditempat tersebut untuk mendapat kepastian.kalau tidak rugi saja kita membayar yuran tetapi anak masih tiada kemajuan.masa depan anak lebih penting dari wang ringgit,jangan tersalah memilih.
Assalamualaikum..blh sy tau qdees yg diceritakan, branch mana ye.sy mmg nak htr anak ke qdees tp tgh dok pk2 branch mana yg ok.hajat nak htr ke branch ss3 kelana jaya...pls reply ke (rita5758@yahoo.com.my).tq ye
Post a Comment