I pernah came across this one conversation , melibatkan sekumpulan orang tapi yang bercakap hanya A dan B , mummy selaku pendengar.
A: Selalulah berdoa, walau kat mana kita berada, time-time kita susah tu jangan putus minta doa pada allah...ya Allah kau tolong lah aku...
B: (mencelah) kalau tak sembahyang, asik tinggal sembahyang pun tak guna jugak!!..
A: Insyaalah, Allah dengar, walaupun kita selalu mengingkariNya, Allah Maha Mendengar, Allah Maha Pengampun, Maha Mengasihani, lebih-lebih lagi doa-doa orang yang betul-betul ikhlas, betul-betul dalam kesusahan....dan memerlukan pertolongan....selalulah berdoa.
p/s - janganlah sombong kalau kita rasa kita sudah hampir pada Allah...sedar tak sedar, kita yang makin jauh dengan Allah.Sentiasalah membimbing orang-orang yang memerlukan bimbingan.
Berbalik pada doa tak mahu hujan tadi....agaknya masa mummy berdoa, mummy tak cukup khusyuk agaknya. Finally, apa yang kita rancang tak semuanya akan menjadikan. Tapi takpelah hujan itu kan rahmat. Setakat hujan lebat, takkan nak give up kot.
Hari ni merancang nak makan lunch dengan makanan yang murah-murah sikit. Almaklumlah kerja di kawasan elit macam Taman Tun Dr Ismail ni, restaurant semunya harga mahal-mahal. Kalau nak makan murah-murah kena lah berani menyabung nyawa melintas 2-3 jalan besar untuk beli nasi bungkus makcik yang jual dekat lori.Sehari, dua takpe kalau tiap-tiap hari, tak sangguplah.. basah2 ketiak nak pergi beli nasi makan tengahari yang berharga rm4.50.
Dua tiga minggu ni, mummy dengan kawan selalu makan kat HOMST, siapa yang biasa area TTDI ni tahulah tempat dia, makanan sini sedap-sedap.Makanan yang selalu mummy order, atau lebih tepat lagi "addicted" adalah, Nasi Ayam Blackpepper... memang sedap..setiap hari order tu, harga sepinggan RM7.50, pastu mumy suka order Nasi & Wet Butter Chicken RM 8.90, dan semalam baru order Mee kari RM 9.00.Tapi mummy gandingkan dengan air kosong je.. save sikit...:P
Ada setengah orang kata murah...ada yang kata mahal..mummy kata mahal. Kalau sehari takpe.. kalau seminggu??? 2 minggu?? memang kopaklah mummy yang selalu kopak ni kan.Kalau sehari Rm8 seminggu je dah RM40.Sebulan?? itu baru makan tengahari.
So harini dah berniat nak order makanan yang murah-murah je. So dalam kepala dah terpikir nak makan Nasi Ayam je bersamaan Rm6.Disebabkan makan murah arini mummy pun order lah ais limau + Rm 1.50...so total RM 7.50.Oklah tu, harini jimat 50sen.? Boleh masuk tabung Nadime. (hah jimat 50 sen jer?? jimatlah sangat-sangat :P)
Tup-tup, tengah-tengah sedap makan, muncul 2 orang, seorang buta pegang tongkat, sorang lagi perempuan duk pegang orang buta tu. Berdiri je, kat meja kami yang besar memuatkan seramai 6 orang. Orang buta itu berdiri betul-betul sebelah mummy....
"Assalamulaikum.." tu jer yang dia cakap.yang perempuan tu senyum je..tak perlu kata apa-apa. :))
Mummy tengok tak sampai hati lah pulak kan, dah lah baya-baya ayah kita jer. Tengok semua kawan mummy diam je.. Mummy tahu kita tak digalakkan memberi sedekah pada meraka yang mampu bekerja.Tapi bila melihatkan semua kawan-kawan diam je, mummy pun tak sampai hatilah pulak...nak biar dia berdiri lama-lama disitu...
Mummy pun berilah RM2 pada dia. Sebagai balasan, mummy dapat kalendar tahun 2012..hihi awalnya, kau ada??? Kemudian orang buta itupun berlalu.
Tiba-tiba ada Syaitan membisikkan sesuatu pada mummy, Syaitan kan dah berjanji dengan Allah yang dia akan menyesatkan kite..
"Hish, aku baru nak berjimat hari ni, ada pulak orang datang mintak sedekah"...
Masyaalah, kenapalah terlintas macam tu yer, cepat-cepat mummy istifar, dan cakap dalam hati, "Aku ikhlas, aku ikhlas, Semoga dengan bersedekah ini dapatlah menarik sedikit rezeki daripada Allah. Semoga dapat menghapuskan dosa-dosa kecilku... Adik, mummy sedekah ini atas nama adik, semoga adik dapat pahala dari Allah."
Sedih pulak, rasa.
Bila kita rasa kita betul-betul memerlukan, ketahuilah ada orang yang lebih memerlukan.
Lepas makan, mummy terus belek-belek kalendar,
mencari-cari tarikh 5hb Jun 2012, jatuh pada hari apa..
Alfatihah untuk Adik yang mummy sayang.

No comments :
Post a Comment