About Me

My Photo
Cinta kau dan aku Takkan mungkin bersatu Untuk saat ini di dunia ini Mungkin kita bersama Nanti di atas sana Biar ku setia menjaga cintamu Selamanya

Thursday, November 17, 2011

Kesian Aliya.

Assalammualaikum buat semua, semoga hari ini dan seterusnya kita berjumpa dengan peristiwa-peristiwa yang indah-indah sahaja. Kalau terserempak dengan perkhabaran yang tidak baik, anggaplah itu hanya selingan, kita simpanlah sahaja dalam hati, tidak perlu kita perbesarkan kerana selalunya perkara-perkara tak baik hanya akan menambahkan lagi duri-duri dalam isi kehidupan kita.

Jadilah penasihat yang baik, kalau rasa tidak mampu maka cubalah menjadi pendengar yang baik, dan kalau masih tidak mampu juga, berusahalah untuk menjadi penyimpan yang terbaik.

Insyaalah kalau kita pandai menjaga aib kita dan orang lain, maka tuhan pun akan tutup aib kita. Aib sepertimana juga dengan Aurat, dimana bila kita memeliharanya dengan baik, Insyaalah, dinafas kita yang terakhir nanti, kita akan pergi juga dalam keadaan yang terpelihara aurat, olehNya.

Maklumlah sekarang dunia sudah tua, macam-macam boleh terjadi, lihat saja negara-negara jiran, yang paling hampir, ada saja bala bencana.Melihat gambar-gambar kejadian sungguh menyayat hati, paling terkesan apabila melihat gambar-gambar wanita dalam keadaan tidak terjaga auratnya. Sudahlah pakaiannya terdedah dan singkat, dan apabila terkena bencana, makin terselaklah jadinya.

Apabila mengenangkan semua ini barulah dapat mummy relatekan hikmah yang terdapat didalam tuntutan menutup aurat.
Sekurang-kurangnya apabila sesuatu tragedi menimpa dengan tiba-tiba, sekurang-kurangnya kita telah bersedia, dan selebihnya serahkan pada yang maha Esa.

Mummy pun masih dalam proses ke arah itu, masih lagi rasa serba tidak sempurna. Kerna sememangnya, bukan senang nak mencapai sesuatu impian, lebih-lebih lagi sesuatu yang baik dan mulia.
Tidak mudah untuk membimbing, walaupun sekadar membimbing diri sendiri. Hakikatnya membimbing diri sendiri adalah lebih sukar dari membimbing orang lain.

.........................

Hari ni hari terakhir persekolahan Nadime.Esok, ada 'Parent-teacher Day'. Tak sangka sekejap je dah bulan November kan??
Rasa macam baru je semalam pergi daftar Nadime masuk kelas EDP.So, sempena meraikan hari terakhir ni, sekolah Nadime ada buat potluck, lepas 1000x pikir, mummy pun decided nak masakkan untuk schoolmates dia Spegatti Bolog...sebab senang je buat dia kan, campak-campak dalam kuali sambil masukkan kain dalam mesin basuh, tuang sabun & saya putar halimmmmmmmmmmmmmmmmmmm!!! Wang besar! Wang besar!! :P

So malam tadi, singgah pergi Giant KD kejap.Nadime suka sangatlah kalau dapat pergi Giant.Kira macam dah habis happening la tu dapat pergi Giant...hahahahhaha, kesian-kesian.
Sengih je memanjang.Sempat singgah di kedai untuk dinner, dan amik gambar.



Ni, anak manja den ni... bila compare balik..Aiseyman, cemana anak boleh extra ayu dari mak ni...Anak saya kalau pasal senyum depan kamera memang nombor satu yer.Kalah i tau.

Lepas settle beli barang mentah, terus balik rumah...tengok jam dah pukul 11pm.Siap-siap semua,sebelum tido kunci jam nak bangun pukul 4 masak, cewah.. harapan...angan-ngan..tak salah berangan nak bangun awal kan.

Last-last bila jam bunyi kringgggggggggg..pukul 4am, mummy bangun tapi kunci jam balik pukul 5am... kikiki..Krinngggg pukul 5, mummy bangun kunci lagi pukul 5.30am.. hahahhaha...Bila kringgg pukul 5.30am, mummy topup lagi 15 minit..hahahha..baru bangun and terkocoh-kocoh masak...Nasib baik settle semua.

Tapi frust sebab tak dpt nak goreng nugget crab stick tu, sebab dah habis kat giant semalam... erm.. so mummy tambah dengan buah limau sunkist jer, jadilah kan.. asalkan Nadime happy pergi sekolah, dengan air tangan dari mummy.. Hihihi.

Nadime bangun nampak container2 tu, dia pun tanya..



Nadime: Mummy masak? Waa, Dah siap masak untuk party sekolah abang??

Mummy: Haah!!!... nanti abang makan dengan kawan-kawan yer...

Nadime: Bestnya, Mak kita masak, mak Aliya tak pandai masak....kan mummy?? kita tak nak bagi Aliya makan, kita nak bagi Sarah je.(baca dalam nada eksen dan berlagak, mulut berjuih, mata menjeling)

Mummy: Abang, kenapa abang tak suka aliya ni? Share la makan sama-sama k.. entah2 mak aliya masak nugget macam yang abang suka tu.

Nadime: Tak.tak....kita tak suka Aliya sebab Aliya suka buat anak mummy dgn anak daddy...(gila poyo ayat :P)

Hahahahha.. Aliya lagi..lagi-lagi Aliya apalah yang dia anti sangat dengan Aliya tu. Kesian Aliya. :))

p/s- masa tengok cd concert Qdees haritu, Nadime dah tunjuk mana satu Aliya. OMG Aliya sangat comel.*Wink* -ayat org xde anak perempuan kat dunia-

8 comments :

.: iEyLa :. said...

hihi..makin besar t takot berputik plak dgn aliya..hihi
comey je..

Ummi Alisya said...

nadime tu mahu tapi malu! pura2 suka aliya, tapi tanak ngaku! aiseh.... esok lusa kami nak terjah rumah mami, mami masak camni eh... tekecur tgk! nak2 tgh puasa neh!!!

raihana latif said...

hehehe...nadime mmg cute la kak...comey jer..akk,rai mntk izin copy ayt nie 'Jadilah penasihat yang baik, kalau rasa tidak mampu maka cubalah menjadi pendengar yang baik, dan kalau masih tidak mampu juga, berusahalah untuk menjadi penyimpan yang terbaik.' yer...=)

dielya said...

Semoga Allah permudahkan segala urusan kehidupan Ayu....sama2 lah kita cuba untuk jdi yg terbaik untuk Allah,dan buat semua orang yn kita sayang...

Salam sayang
k.ju

Mama Naveed said...

Salam :)

Nadime umur 3 tahun kan? Tapi nampak Nadime sangat matang dan besar lebih dari Naveed.. Hehehe :D Btw Naveed sekolah 1 bulan je, lepas tu, asek bercinta je nak pergi sekolah so rest kan lah dia, next year baru masuk balik.. hihihi.. :)

OMR (Rose) said...

teringin nak tengok macam mana rupa 'aliya' tu =).
N'way owner, he's one handsome boy! Semoga satu hari nanti Allah 'gantikan' bidadari yang DIA dah panggil pulang. Semoga u sekeluarga sentiasa bahagia selalu, InsyaAllah!

~♥Lynn♥~ said...

nadime ooo nadime..aunty pun nak tgk mn 1 aliya tu..mesti comel kan( ayat jeles juga sbb xde anak perempuan:(..

~♥Lynn♥~ said...

nadime ooo nadime..tunjukla auntie juga yg mn 1 aliya...
mgkin betul kata mummy aliya sgt comel..( auntie pun jeles sbb xde baby gurl:(

Followers