Adik,
Gembira sangat hari ni, setelah 2 tahun berturut-turut mummy tak dapat turut serta berpuasa pada hari pertama . Masa 2009 sebab sarat mengandungkan adik , masa 2010 buln mengambang pulak...tapi Alhamdulillah tahun ni, diberi kesempatan lagi, seronok sangat dapat join daddy berpuasa pada hari pertama.
Kalau selalu mummy bangun pukul 6.30, hari ni daddy kejut mummy pukul 5....
"Mi..ooo ..mi... dah pukul 5 ..bangun..."
Hahahha... Tapi sebab excited nak puasa, so takde hal nak bangun, bersemangat ada.... Tapi mummy kejut daddy suruh sambung tidur kat sofa bawah sementara mummy sediakan sahur....sebab mummy takutle sorang-sorang kat bawah... pagi-pagi buta ni... daddy ok je...
Pagi tadi, kat dapur tak sunyi macam selalu, jiran-jiran belakang rumah semua dah bangun, riuh dengar ketung-ketang tengah goreng ikan masin kot.. aromanya sampai ke rumah kita hihi... Rasa seronok sangat... walaupun mummy dengan daddy sahur 2 orang je. Daddy request telur goreng sambal je, sebab pagi-pagi kan tak berapa nak selera...kena makan lauk yang simple-simple je. Mummy pula tak boleh nak makan nasi pagi-pagi, so mummy makan pisang sebiji dengan air soya bean je... Lagipun, bulan puasa ni...bolehlah buat 2 in 1...Puasa sambil berdiet...kikiki..
Lepas sahur, daddy sambung tidur, mummy duduk menjahit suar daddy yang koyak dengan button baju sekolah abang yang tercabut. Lepas iron baju semua, mummy mandi dan terus sembanyang subuh. Bila terdengar sayup-sayup orang baca Quran dari surau berdekatan, mummy teringatkan adik... Dulu time-time subuh lepas sahur lah mummy tiba-tiba sakit perut nak bersalinkan adik.. adik ingat tak?? Betul-betul lepas buatkan daddy mee goreng, mummy terus sakit perut... masa mandi terjongket-jongket mummy pegang perut sebab contraction.. tersenyum mummy bila mngingatkan semua tu...
Lepas sembahyang subuh tadi, mummy minta doa pada tuhan agar sampaikan salam rindu yang tidak tertanggung ini pada adik... dan minta agar mummy dapat mimpi adik, cukuplah kalau dapat lihat adik senyum macam dulu pada mummy... Lepas tu mummy pun baring atas sejadah dan pejam mata....sambil membayangkan adik....mummy tunggu adik datang..... mummy pun tertidur...
Sedar-sedar dah pukul 7.15... tapi adik tak datang pun dalam mimpi mummy.... Hampa juga mummy, tapi takpelah mungkin mummy kena berdoa banyak-banyak lagi... Tak pe dik..mummy akan selalu tunggu adik... walaupun hanya dalam tidur mummy akan akan tunggu adik.. hingga akhir nanti...
Bulan puasa dapat balik awal, 5.30 ptg. Nak masak apa ya hari ni?? Ayam dan Udang mummy dah defrost letak kat bawah.. Nanti balik terus boleh masak, tak yah tunggu-tunggu.. Ya lah mummy takde pembantu, semua kena buat sendiri, kalau ada pembantu senang sikit kan, diorang dah potong-potong.. kita balik masak je... Huhu... Xde idealah. Nanti leh google2 resiep kat tenet.
Oh semalam, mummy masak Salmon, kangkung belacan dan udang goreng untuk dinner. Mummy suka sangat makan salmon. Pantang pergi Giant KD mesti nak beli.. tambah-tambah bila masak kampung style.. menyesal semalam beli sekeping je... masak sekali habis.. hari ni dah teringat-ingat isi Salmon lagi... Nak kena singgah Giant lagi bebila ni... Tapi sekeping ni je dah rm8 hengget. hahahah.
Siapa suka makan Salmon... Angkat tangan!!! :))
Sempena bulan puasa ni mari kita uji iman dan cuci mata.. :P
Salmon Sumbat Cili :))
Ikan Salmon
Garam
Lada Hitam
(perap ikan)
Cili Giling Puteri
Bawang Merah - 1 biji
Bawang putih- 2 ulas
Ikan bilis - 6-7 ekor
Cili padi- ikut suka
1. Perap ikan kejap. Dan goreng dengan minyak yang sikit kemudian asingkan (ikan nih banyak keluarkan minyak)
2. Tumbuk bawang putih, bawang merah, ikan bilis dan cili padi.
3. Tumis bahan-bahan tumbuk sampai wangi, masukkan cili giling Puteri. Dan tumis sampai pecah minyak.
(mummy suka pakai cili giling puteri kalau buat sambal ayam atau ikan, sebab dalam cili giling ni dah letak asam jawa + garam. Lagipun rasa dia sedap....:)
4. Tambah gula dan aji. Siap.
Akhir sekali .. Selamat berpuasa kepada mommies... selamat memasak, selamat berbuka dan berterawikh.
Semoga semua amalan kita disepanjang bulan ramadhan ni diterima olehnya..

6 comments :
Waahhh..nak trylah resepi ayu nih.Mudah dan nampak sedap.Hihihi..
selamat berpuasa ;-)
salmon ni pebret seisi keluarga , paling suka kalau buat sweet n sour ..cuba la .
Salam Ayu..Salam Ramadhan, semoga Ramadhan tahun ni lebih baik daripd yg sebelumnya insya-Allah. Mmmm..sedapnye salmom! Saya pun suke sgt! Bole try resepi Ayu nampaknye!
wahh best nye..ikan lain pun leh kn??
rindu alanna juge..
selamat berpuasa ayu..:)
Ayu, next time try la taruk paprika pulak, pun sodap!
Post a Comment