Semenjak dua menjak ini, Astro banyak menyiarkan cerita-cerita yang memberi keinsafan, lebih-lebih lagi dibulan Ramadhan yang memberi seribu keberkatan ini. Harapan semoga cerita-cerita ini memberi seribu keinsafan kepada kita, manusia yang sentiasa diuji selagi belum tiba masa.
Bukan saja kepada kita malahan pengajaran-pengajaran ini turut memberi tempias yang baik pada anak-anak kita. Cerita-cerita pengajaran beginilah yang perlu dipertontonkan kepada anak sedari kecil agar mereka faham akan apa itu azab dan balasan Allah.
Salah satu cerita yang mummy sekeluarga sering tonton sejak 2-3 bulan lalu bersama Nadime adalah, Drama dari rangkaian OASIS yang bertajuk Tanah Kubur. Cerita ni setiap Jumaat jam 7.30 malam.
Drama bersiri ini mengisahkan seorang tua yang bernama Pak Adi yang bekerja sebagai penggali kubur yang mengalami beberapa pengalaman yang menginsafkan selepas jenazah dikebumikan dan ketika menggali kubur. Antaranya kemunculan ular hitam di liang lahad akibat amalan memakan riba, nisan mengeluarkan api kerana si mati sewaktu hayatnya suka mengumpat, liang lahad mengeluarkan air hitam busuk kerana si mati dulunya suka memakan harta anak yatim..balasan akibat derkaha kepada orang tua, suami...dan balasan akibat mengamalkan ilmu hitam, gugurkan anak dan yang paling terkesan adalah episod dimana seoarang ibu tidak meredhai pemergian anaknya....
Bagi mummy drama bersiri ini adalah sangat 'lurus' dan mudah difahami untuk semua peringkat umur.Walaubagaimanapun sewaktu menonton bersama, kita digalakkan untuk bercerita dan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai sesuatu kisah dan tauladan dari apa yang dilakonkan di TV itu tadi.. Kerana ada kalanya, anak-anak ini masih kecil, dan tidak dapat menerima mesej yang ingin disampaikan secara terus menerus, jadi kita sebagai ibubapa perlu memainkan peranan untuk menerangkan kepadanya mengenai situasi-situasi ini. Bimbang anak-anak ini menyalah tafsir mengenai perkara-perkara yang ditonton tadi. Kadang-kadang kita sebagai ibubapa tidak mampu atau tidak cukup sumber untuk mendidik anak-anak kita. Dan melalui sumber-sumber inilah kita dapat meluangkan masa bersama sambil menerapkan nila-nilai yang baik.
Episod Tanah Kubur baru-baru ini memamaparkan kisah seorang isteri yang tidak menghormati suaminya sehingga sanggup memperbodohkan suaminya sendiri, dia juga sering mempersendakan dan tidak menghormati azan. Akibatnya, apabila meninggal jenazahnya telah dililit oleh seekor ular besar dan wajahnya bertukar menyerupai seekor anjing.
Kemudian ada satu cerita di TV1 tempoh hari, cerita yang bertajuk 100 hari. Cerita ini juga banyak memberi pengertian yang tersirat. Mengisahkan tentang perjalanan hidup 2 orang yang berbeza dalam menempuh 100 hari kematian. Kadang-kadang kita tidak sedar, hal-hal yang berlaku disekeliling kita, kerana kita sibuk mengejar dunia. Walaupun kita telah diperingatkan, malahan sering sahaja diperingatkan tentang azab -zab dan balasan, namun kita masih tidak mahu mengendahkannya. Kita ego, kerana terfikir kita masih punya banyak masa. Tak semua hamba Allah diberi keupayaan untuk mengesan tanda 100 hari ini. Berdoalah agar kita diantara yang terpilih agar dapat kita sama-sama memohon seribu keampunan sebelum kita dijemput pulang.
Selalunya cerita-cerita dan perkara-perkara yang menjadi santapan rohani dan memberi keinsafan beginilah, yang akan membuka mata kita bahawa betapa besarnya kuasa Allah SWT itu. Yang paling penting cerita-cerita pengajaran begini akan mengingatkan kita bahawa, mati itu pasti...hidup itu insyaalah.
Televisyen walaupun adakalanya dilabel sebagai punca anak-anak kita terpengaruh dengan perkara-perkara yang tidak baik, namun adakalanya memberi kebaikkan yang tidak kita sedari. Sebenarnya ia terpulang kepada kita untuk menilai, mengawasi dan menentukan apa yang sepatunya anak kita lihat.
Berbalik kepada cerita-cerita yang menginsafkan tadi,
Lumrah, adakalanya, kita sentiasa mengingatiNya, dan adakalanya kita lupa, dan bila kita tersedar kita pun menangis. Kemudian kita mengangkat tangan memohon keampunan.
Dan kemudian masih ada dosa yang berulang kembali, walaupun seperti tiada lagi ruang untuk kita kembali, kerana keliru dengan kesilapan-kesilapan lalu... Kita malu, Janganlah berputus asa... selagi pintuNya masih terbuka, selagi hayatmu masih ada dan selagi Dia menunggumu.
Tanda 3 hari kematian,
-Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan-
Tiada yang tidak benar, melainkan yang benar-benar belaka.
P/s- Walaupun pepatah berkata syurga itu dibawah telapak kaki ibu, namun mummy sungguh terharu setiap kali berjemaah, mummy tetap akan berdiri dibelakang Nadime....dan melihat sepasang telapak kaki itu tunduk ketika bersujud. Terasa lapang sungguh dada. Insyaalah, imam mummy suatu hari nanti.. Amin.


3 comments :
insyaAllah,moga kisah2 ini memberi keinsafan buat kita.
amin ya robb.
sejuk hati kalo ada di antara anak kita yang jadi tahfiz atau imam suatu hari nanti kan? semoga Nadime akan menjadi anak yang soleh dan berjaya dalam hidup
ya Allah tak sampai hati tengok kesan lebam dikaki kecil tu. tapi bila ingat kaki kecil tu sudah berlari bebas 'disana' usai sudah semua rasa. Moga Allah memberkati hidup kita semuanya.
Post a Comment