Disubuh hening yang indah, genap Ramadhan ke-6 bersamaan hari sabtu lepas, mummy bermimpikan seorang anak yang amat mummy rindui.
Kedatangannya sungguh tidak disangka-sangka.Alhamdulillah syukur sangat mummy kepada tuhan... walaupun hanya melalui mimpi, namun masih jua mummy dapat menatap kedua belah matanya yang redup dan bersinar itu..
Adik, walaupun kita telah jauh terpisah, tetapi dengan keizinanNYA kita masih dapat bermesra seperti dulu. Biarpun ianya bukanlah kenyataan, namun tiada apa yang dapat mengambarkan betapa gembiranya mummy apabila dapat melihat dan memeluk adik sekali lagi setelah adik hilang sekian lama...
Adik, tiada yang paling indah selain memejamkan mata dan terlihat akan wajah dan susuk tubuh adik. Rambut adik masih kerinting ikal paras bahu. Adik leka berkejar-kejaran dengan abang.Sungguh comel memakai baju bebek.Ada ketikanya adik berpaling ke arah mummy dan melemparkan senyuman paling manis seperti dulu.Mainlah adik, main sampai penat bersama abang.. dah lama abang kempunan untuk bermain dengan satu-satunya adik kesayangannya ini.... Biarkan mummy melihatmu dari jauh.. Mummy tidak mahu lari mendapatkanmu...Mummy takut mummy terjaga.... kerana kali ini Mummy sedar mummy sedang bermimpi....
Tapi akhirnya, adik yang berlari mendapatkan mummy... adik mahu mummy mendukung adik ya.Adik mesti rindu untuk berdukung dengan mummy kan... Marilah adik, pelukan ini sentiasa terbuka untuk adik...pelukan ini amat merindui dan dahagakan adik... Saat ini, mummy terasa seperti mummy tidak mahu terjaga lagi..biarlah mummy terus tidur dalam mimpi selama-lamanya...
Adik tak henti-henti ketawa... Kemudian mummy nampak adik seperti dahaga... mummy pun bertanya.. Adik penat? Adik nak susu?
Adik anguk-anguk sambil ketawa... Adik tunggu yer mummy buatkan susu... Lalu mummy pun membuka beg Babysitter abang dan adik dulu...
Mummy cari-cari tapi tak jumpa... mummy punggah semua baju.. masih tak jumpa.... mummy rasa macam nak nangis... mumy resah... seperti dulu...mummy selalu resah setiap kali adik ingin minum susu...
Adik, maaf sayang mummy tak jumpa botol susu adik... Lagipun dah lama mummy tak nampak botol susu adik, kerana sejak adik pergi mummy simpankan botol susu adik dalam sebuah beg yang menyimpan barang-barang kenangan adik....Mummy tak tahu adik nak datang.. kalau mummy tahu tentu mummy ambil dan bawa tidur ... Maaf adik... Adik dahaga sangat ke.... Adik masih angguk-angguk dan senyum pada mummy...
Takpelah adik, biar mummy buatkan susu dalam botol abang saja.. adik pinjam botol abang ye.. Adik masih angguk-angguk dan senyum.. Senyum yang tak pernah hilang dari bibirnya....itulah anakku...tetap sama seperti dulu...
Lepas minum susu, adik nak tidur... mummy peluk dan dodoi adik...sambil nyanyi-nyanyi lagu Tepi Gunung Adik..... Kemudian mummy letak adik dalam buai... mummy dodoi-dodoi adik dalam buai... adik masih tak pejamkan mata... tapi asyik memandang mummy....
"Alanna... besarnya mata dia..kenapa tak mahu nak tidur lagi....."
Mummy pun ambil semula adik...mummy pangku dan bawak jalan-jalan.... mata Adik masih besar... Lalu mummy terlihat daddy tengah tidur di sebuah pangkin... daddy mungkin tak tahu mummy telah menemui Adik... Kesian daddy, mummy tahu daddy pun terlalu merindui Adik...
"Daddy! Daddy...bangun... " Daddy berpaling... "Mummy ada adik, daddy nak pegang adik...?"
daddy terus bangun nak mendapatkan adik..
Mummy lihat daddy tak henti-henti mengucup adik... seperti 1000 tahun tidak berjumpa... Daddy peluk adik..erat.. Daddy usap kepala adik..
Lalu adik pun tertidur.......dipangkuan daddy.
Begitulah kisahnya, secebis kisah pertemuan diantara 2 dunia yang jauh berbeza. Ianya antara ibu yang terpisah jauh dari anaknya. Namun tidak mustahil , ada waktu-waktu diizinkanNya untuk ibu mencurahkan kasih sayangnya walau untuk seketika...
Benarlah kasih ibu itu hingga ke syurga... terima kasih kerana menghadiahkan mummy sesuatu yang indah, agar dapat mummy kenang setiap kali mummy kerinduan...akan mummy ingat detik ini hingga kemati...kerana ia paling indah.. paling manis.. paling menyentuh hati...
Aku bersyukur ya Allah, kau sudi mendengar rintihan ini.
Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
nanti diatas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
nanti diatas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

15 comments :
bulan ramadhan ini penuh keberkatan maka bulan inilahramai2 anak2 yg pergi dahulu kaan berjumpa dengan ibu yang merindui ini kisah ke 4 cik jue dengan dalam bulan puasa tahun ini...
al fatihah buat alana qish...
Bergenang air mata... Alhamdulillah dpt jumpa dlm mimpi pon satu nikmat yang tak terungkap
doa seorang ibu..... sekurang2nya dapat menghilangkan rasa rindu itu..
akak kagum dgn ketabahan kau ayu..Ayu betul2 seorang ibu yg hebat...semuga akak pon akan kuat dan tabah seperti ayu..
alhamdulillah...semoga terus diberi ketabahan dan kesabaran sehingga berjumpa semula satu hari nanti di SANA...
Alhamdulillah wlaupn sekadar mimpi..
bergenang air mata....Alhamdulillah....Allah sntiasa mndgr doa hamba2nya......tntu kak ayu bahagia dpt berjumpa dgn arwah biarpun sekadar dlm mimpi.....kak ayu seorg ibu yg sgt2 tabah....
Alhamdulillah... syukur... berkat bulan yg mulia akhirnya ditunaikan permintaan Ayu berjumpa Alanna wlau dlm mimpi...
semoga rohnya dicucuri rahmatMu...
Alhamdulillah...pengubat rindu di hati Ayu....
menangis sya baca entry ni.alhamdulillah bulan yg mulia ni Allah kabulkan doa kak ayu jumpa alanna wlpun dlm mimpi
Dan ....aku terus berharap anakku juga kembali seperti Alanna, bertemuku didalam mimpi yang indah. Ya Allah!! aku rindu pada tubuh kecil yang telah pergi. =(
Alhamdulillah, saya tumpang gembira..itu lah hikham bulan yg penuh barakah ini..insya-Allah segala doa kita dikabulkan..amiinn
alhamdulillah walaupun dalam mimpi....kasih sayang Allah memang tiada hadnya....
subahanallah...:-)
syukur pada Allah atas keizinan itu..
syukur alhamdulillah..akhirnya allah makbulkan permintaan akak untuk berjumpa alanna walaupun dalam mimpi..terharu sangat baca kisah nie
Post a Comment