Salam,
Semalam masa mummy tgu kawan mummy dekat Mcd, nak pergi kerja sama-sama..mummy terserempak dengan seorang ibu yang memarahi anaknya... Anaknya nangis-nangis, meminta sesuatu..meronta-ronta... Budak tu pun kecil lagi dalam lingkungan 2-3 tahun...mungkin sebaya Nadime..mummy teringatkan Nadime, perangai sama...kalau tak dapat apa yang dia nak...mesti dia act mcm tu...kadang-kadang lagi teruk daripada itu...
Baru seminit budak itu nangis... ibunya dah beria-ia memarahinya....siap luku-luku lagi kepalanya..
Suara siibu menengking lebih kuat dari suara anaknya...
"Diamlah... mak cakap tak boleh..tak bolehlah!!!!!" "Eh tak boleh diamke??"
Sungguh si ibu tak dapat menahan kemarahan.. tergambar pada wajahnya yang mengalahkan rupa pontianak...mummy rasa dari jauh dengar suara mak budak jer...suara anak nangis terus tenggelam..
So kesimpulannya...dari jauh nampak macam ada seorang perempuan perempuan tengah jerit-jerit seorang diri...tak ubah macam PEREMPUAN GILA...huh!
Apalah yang nak diambil hati sangat dengan budak kecil macam tuh...kalau tension dia menangis abaikan.Pujuklah..cakap elok-elok...kalau die tak boleh diam juga,abaikan sahaja... Dukung, masuk kereta dan bawak balik...Budak nangis meraung orang nampak normal.. kalu siibu yang terjerit-jerit bukanke sesuatu yang menjengkelkan...kesian budak tu...budak tu bukan tahu apa, baru je nak kenal dunia.. :(((
Situasi 2- Tak mesra budak.
Berlaku kat kami sendiri... kami pergi kenduri... terserempak dengan seoarang 'makcik' ni.. tak tahulah dia ada anak ke tidak..sebab mummy tak nampak anak dia... makcik ni macam tak mesra budak sikit.. semua budak dimarahinya... biasalah budak-budakkan nakal... dari dia sampai sampai ke die nak balik asiklah terjerit-jerit aje...jerit panggil laki dia.. suruh amik itu, amik ini...dahlah masa tuh tgh kenduri kan ramai orang...suara dia aja yang dengar rimas!!!
Marah budak itu...marah budak ini... termasuk Nadime..apa saja Nadime buat tak kena.. Nadime berlari salah.. Nadime berjoget pun salah... hahahaha.. tak tahu apa masalah dia... Padahal Nadime tak kacau dia pun... Nadime pun tak suka dengan dia..agaknyalah...
Nadime main pintu... dia sound Nadime,
" Nadime jangan main pintu... !!!"
Nadime main lagi...main lagi...main lagi..
Mummy bangun tegur Nadime...
"Nadime, janganlah main tutup pintu...nanti gelap..." Nadime sambung main...
"Nadime, mummy cakap jgn main pintu kan......"... Nadime main lagi.
Mummy ambil tapak tangan Nadime, mummy tepuk..
Nadime protes..Nadime tampar peha mummy...
Tiba-tiba makcik tu pulak nyampuk...
"Oi, Nadime, kalau mummy cakap tuh dengarlah.. janganlah marah mummy balik...!!!"
lantangnya suara.... terjegil bijik mata...
Assalammualikum, akak tak pernah ada anak ke?? jangan masuk campur boleh tak??
tak pernah search google ke Tantrum budak tuh apa??? nak aje mummy jerit tanya dia..
Tapi malaslah mummy nanti nampak macam perempuan gila pulak...mummy sabar ...
pastu mummy cakap kat Nadime...
"Nadime xbestla main pintu.. jom main kereta dengan adik nun..."
Nadime pun balas..."Jom mummy...." :))) (kenali anak anda)
Tinggallah, Makcik tuh macam tak puas hati selagi mummy tak pukul Nadime sampai lebam kan.
Syukur mummy tak jadi perempuan gila. kepada makcik tu..: "ko tak mesra budak mcm mana budak nak mesra dengan ko..."
Pukul anak sangat memberi kesan terhadap anak. Kerana perlu diingat, memukul anak lebih banyak memberi kesan negatif jika salah caranya. dihukum cara itu kerana menimbulkan emosi buruk, berdendam, trauma atau membentuk peribadi kasar.
Terlalu kerap memukul juga membuatkan anak menjadi lali dan sakit dipukul tidak lagi memberi erti kepadanya. Anak hanya berkelakuan baik sementara di depan ibu bapa kerana tidak mahu dipukul tetapi apabila di luar pengawasan ibu bapa, mereka menjadi lebih liar.

ANAK ADALAH UJIAN.
”Dan ketahuilah bahawasanya harta kekayaan dan anak kamu adalah cubaan hidup dan sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang amat besar.”
al-Anfal ayat 28
Anak sama ada Normal atau Tidak Normal , kedua-duanya adalah ujian. Ramai yang beranggapan bahawa memilik anak yang sihat dan normal adalah tidak diuji Syukur, mummy telah diberi peluang untuk merasai pengalaman menjaga 2 orang anak yang amat berbeza dari segi keupayaan dan tingkahlaku.. Kedua-duanya datang dengan ujian samaada kita nampak atau tidak...
Kadang-kadang mummy terasa ujian yang lebih direct seperti menjaga Alanna adalah lebih mudah daripada ujian yang tidak direct seperti menjaga Nadime. Kerana Alanna semestinya dijanjikan syurga menyumbangkan sedikit pahala dan saham buat mummy ke Syurga...manakala Nadime jika tersalah didikan akan menyumbangkan dosa dan saham buat mummy ke neraka...........
Allah sengaja menguji keimanan kita untuk melihat sama ada kita semakin bersyukur apabila dikurniakan zuriat atau semakin jauh daripada-Nya.Memiliki anak yang sihat ,comel dan bijak juga kadang-kadang membuat kita menjadi seseorang yang bangga dan takbur menyebabkan kita lupa kepadaNYA.
Alanna yang kaku dan diam seribu bahasa adalah ujian. Manakala Nadime yang sihat, terkinja-kinja, meronta-ronta dan seringkali histeria juga adalah ujian.. Apapun jenis dan bentuk kerenah anak adalah ujian Allah. Ia menguji kesabaran dan keimanan manusia kepada Allah. Terbukti kita tidak dapat menghadapi ujian apabila sering saja ada anak yang didera, dibunuh, disembelih dan ditinggalkan tanpa belas kasihan....Ada yang merogol anak sendiri kerana tidak tahan akan ujian nafsu... Terbukti anak itu ujian....
Budak tetap budak... kita dulu pernah jadi budak... marah mcm manapun budak tetap budak... lebih lagi budak kecil seperti Nadime..Setiap kali mummy tension dan emosi dengan abang Nadime yang asik histeria... mummy terkenang akan Alanna yang asik termenung...Alanna yang terbaring di sudut yang semakin malap...dan akhirnya terpadam.. dan mummy berkata pada diri mummy..
Nadime buatlah apa saja... selagi diterima akal...itu lebih baik daripada Nadime langsung tak boleh melakukan apa-apa...
Alanna banyak menyedarkan mummy.. Al-fatihah buat Alanna...
















