About Me

My Photo
Cinta kau dan aku Takkan mungkin bersatu Untuk saat ini di dunia ini Mungkin kita bersama Nanti di atas sana Biar ku setia menjaga cintamu Selamanya

Friday, July 30, 2010

Mummy rindu anak mummy....:(

Salam,

Pg tadi mummy drived lepas hantar abang dgn daddy ..mummy lalu 'teratak adik'...indah sungguh mummy lihat dari bawah..Taman Rhaudah adik berada di atas bukit yang masih disaluti kabus pagi...
Tapi mummy sedih sgt tak dapat singgah..mummy dh lambat.. mummy sedih..mummy tahu hari jumaat adik ade tunggu mummy disana... sorry adik..tp mummy rindu sangat kat adik....
Mummy hanya sedekahkan seberapa banyak Al-fatihah dari jauh... hati mummy menangis...jiwa mummy menangis...mummy teringat saat2 dulu..sewaktu mummy mengandungkan adik... mummy selalu gosok2 perut mummy sewaktu drived dalam perjalanan ke tempat kerja mummy....tak terasa sungguh jauh dan tensionnya perjalanan ke opis yang memakan masa...
Mummy selalu cakap2 dengan adik...nyanyi-nyanyi untuk adik..adik tahu mummy suka nyanyi..adik dengar..adik tendang2 perut mummy... adik sayang mummy kan?? Mummy lagi sayang adik....besar mcm ni.....besar lagi......sedunia-dunia...... duniawi......duniawi....sampai mati!!!




Alahai..tomei2 nya die pakai hairban....sib baik mummy sempat pakaikan die dgn hairban... xdelah kempunan hehehh..

Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggil-Mu
Karna setiap jiwa t'lah bersumpah
Setia hanyalah kepada-Mu

Bila cinta ada di dalam jiwa
Wangi bunga dunia tanpa nestapa
Segala yang dirasa hanyalah Dia
Hati 'kan memuja hanya pada-Nya

Ketika cinta memanggil
Gemetar tubuhku
Ketika cinta memanggil
Hangatnya nafasku
Ketika cinta memanggil
Menderu sang rindu
Ketika cinta memanggil

Rindu... rindu... rindu qalbu
Memanggil-manggil nama-Mu
Seperti terbang di langit-Mu
Tenggelam di lautan cinta-Mu


Bertabur qalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Bagai menari diiringi pelangi
Ketika cinta memanggil..............

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahh....
uuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuhh....
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahh....
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahh....

Tgu mummy datang petang nanti...:) muah!!!

video
Adik's sweetest smile ever...:)

Tuesday, July 27, 2010

Dalam kenangan


Diari ini sebenarnya sudah lama aku tuliskan, Cuma mungkin belum bersedia untuk dikongsi bersama. Tetapi bila difikirkan kembali, aku tidak mahu memori ini hilang begitu sahaja dalam ingatan. Memori yang cukup indah dan penuh dengan pengajaran.


2 Febuari 2010
Bagai terhenti nafas ini mendengar kata-kata yang keluar dari mulut doctor yang memeriksa Qish. Doktor memberitahu Qish mengalami Celebrum Palsy (CP).Kakinya kejang, tiada respond pada pergerakan, development delay. Sebak menguasai diri. Perasaan bercampur-baur. Tiba-tiba kelu lidah untuk berkata. Air mata mumy mula mengalir tidak dapat menahan sebak dan terpaksa di tenangkan oleh doctor. Dalam hati ini kuat mengata bahawa doctor silap, hanya andaian semata-mata. Aku sengaja tidak mahu mengiyakan kata-kata doctor walaupun satu persatu telah dijelaskan dan tanda-tanda yang menyerupai telah jelas kelihatan. Berkali-kali mumy bertanyakan kepada doctor, benar atau andaian. Doktor seolah-olah yakin dengan pendiriannya tanpa sebarang harapan diberi. Mungkin berdasarkan pengalamannya selama ini. Ketika itu dady memeluk erat Qish di pangkuan bagai memujuknya supaya tidak mempercayai kata-kata doctor. Qish tidur nyenyak dalam pangkuan dady. Wajahnya sungguh tenang.
Kami pulang dengan seribu satu persoalan. Aku dan mumy senyap. Tidak banyak berkata. Mungkin masing-masing masih trauma dengan kata-kata doctor. Kami bagaikan hilang harapan. Malam itu selepas solat Isya’, sekali lagi aku terdengar tangisan mumy. Aku lihat Qish di pangkuannya sedang tidur. Aku biarkan mumy sendirian. Mungkin dia juga perlukan masa.

3 Febuari 2010
Malam itu aku terjaga dari tidur ketika Qish merengek dalam kesunyian malam. Entah apa yang dia mahukan, diberi susu pun dia menolak. Aku angkat Qish di pangkuanku. Akhirnya selepas dipujuk dan dibelai, baru dia tidur. Mungkin dia mahukan seseorang disampingnya. Jam baru pukul 4.30 pagi. Aku tak dapat melelapkan mata kembali. Hanya merenung si kecil comel lenganku. Pagi tu mumy bangun dan menangis. Aku lihat mumy sekali lagi mengalirkan air mata. Tiba-tiba mumy bertanyakan kepada ku dengan suara teresak-esak menangis, “Pernah tak dady bangun pagi dan merasakan hidup ni kosong, tiada harapan dan kegembiraan yang menanti”. Aku terkelu. Aku peluk mumy menenangkan dia. Aku pujuk dia supaya dapat menerima dugaan ini dengan tabah. Mungkin Tuhan sayangkan kita dan hendak menguji. Aku tinggalkan dia keseorangan didalam bilik untuk bersiap dan solat Subuh. Ya Allah. Berikan lah kami kekuatan.Sesungguhnya kami dalam menerima kenyataan, Qada’ dan Qadar mu Ya Allah. Bimbing lah kami. Tunjukkanlah kami jalan untuk mengharungi semua ini.
Di pejabat, aku sering bersendirian di bilik air dikala merasakan air mataku mula mengalir. Di situlah tempat aku menangis sepuas-puasnya dalam beberapa hari ini.

5 Febuari 2010
Malam tadi hati kami kuat mengatakan doctor itu silap. Aku banyak termenung di pejabat. Pelbagai persoalan masih lagi timbul dan bermain difikiran. Aku seolah-olah hilang tenaga, hilang tumpuan, hilang segalanya. Sesekali air mata mengalir dipipi. Aku belum dapat berkongsi berita ini kepada sesiapa lagi pada ketika ini. Aku mahu sendirian.

Petang itu selepas mengambil Nadim dan Qish dari pengasuh,oleh kerana pelbagai persoalan masih lagi difikiran, kami melencong untuk berjumpa doctor pakar kanak-kanak berdekatan rumah dengan harapan doctor itu dapat menafikan segalanya dan memberikan harapan kembali kepada kami. Namun apa yang aku dan mumy harapkan hampa. Seolah dipanah petir untuk kali keduanya, jantung terhenti seketika, doctor mengesahkan perkara yang sama. Kami pulang dengan kekecewaan. Malam itu aku dan mumy menangis mengenangkan apa yang bakal menimpa Qish. Pelbagai persoalan dan andaian timbul. Bagaimana masa depan Qish, mampukah dia menjaga dirinya sendiri jika kami tiada. Dapatkah dia merasai alam persekolahan seperti kanak-kanak lain. Apakah nasib yang bakal menimpanya kelak. Mengapa?..bagaimana?..kenapa?..sebab apa?..semuanya datang berlegar difikiranku.

11 Frbuari 2010
Lama aku tak tulis kat sini. Mungkin masa yang diperlukan untuk menerima segala takdir dan ketentuan Allah sudah cukup. Aku bertaubat kepada Mu Ya Allah. Hati aku ketika ini tenang. Memang tak dapat dinafikan ada ketikanya aku menangis bila memandang wajah anak kecilku. Tapi semuanya ada hikmah dan petunjuk dari Allah supaya aku tidak lagi lalai kepada-Nya.

Terima kasih kepada keluarga dan sahabat yang banyak membantu dan sokongan yang dia berikan. Harap kami sekeluarga dapat menempuh segala dugaan ini dengan sabar.

Dari semalam aku sibuk mendownload lagu-lagu dan zikir-zikir yang ada. Hati tenang seketika bila mendengarnya. Aku terjumpa satu lagu ni dari Wali Band
(Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah) 2X

Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau coba
Aku percaya Kau sayang padaku
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah
Ya Allah lindungilah diriku
Dari yang menjahati menzhalimiku
Ya Allah Kaulah Maha Segala
Engkaulah pelindung hidup dan matiku
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah
Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku

Aku harap segalanya dapat ditempuh dengan sabar dan mendapat petunjuk dari Allah. Semoga kasih sayang aku pada adik tidak berbelah bagi. Aku nak dia dapat merasa kasih dan sayang dari keluarganya supaya dia kuat dan tabah dengan takdirnya.

AlannaQish dalam kenangan..
Dady amat rindukan kamu sayang..

Saturday, July 24, 2010

Perit pedih tanggung derita....

video


"God saw her getting tired, a cure was not to be.
So he wrapped her in his loving arms and whispered come with me.
She suffered much in silence, her spirit did not bend
She faced her pain with courage, until the very end
She tried too hard to stay with us, her fight was all in vain
God took her to his loving home, and freed her from all the pain."


Mummy redhakan adik pergi kerana hanya itu saja mampu menyembuhkan adik.....mummy harap adik mengerti...betapa luluhnya hati membisikkan..

" mummy dah redho...adik bolehlah pergi..."
bukannya mummy dah sampai hati...
tp mummy tak sanggup lagi,
melihat adik berterusan begini...
musnah dan punah dimakan hari...
maafkan mummy melepaskan kau pergi.

Sepasang Kurung...

Salam..Adik...

Hati mummy sangat tersentuh tadi.. masa dekat dalam Giant KD...dr jauh mummy nampak satu kedai ni...Brands Kid Outlet..dah lama sangat rasanya mummy tak jengah dalam kedai tuh.. sejak adik sakit.. sejak kita asik berulang ke hospital... kalau dulu setiap kali hujung bulan hehe..daddy selalu bawak kita pergi sana..
dan pastinya mumy tak pulang dengan tangan kosong..paling kurang mesti ada sepasang gaun untuk adik yg sangat comel di hati mummy!!!

Tapi kenapa kali ini kedai ini memberi gambaran yg lain pada mummy... saat terpandang kedai itu..fikiran melayang teringat wajah adik..Mengapa? Untuk apalagi kesana? sengaja mahu menambah luka??? hati yang kejam bertanya...


"Biarlah...tempat jatuh lg dikenang inikan tempat shopping bersama2...." jawab rindu yg telah lama bertakhta...dan kaki ini terus mengatur langkah laju kesana...

Tak sangka kedai ni jual baju2 raya... selalu jual dress2 je...cantiknya baju2 kurung kat situ..semua kecik2 tonet je... bunga merah..bunga biru..bunga purple.. semua ikut trend sekarang..english cotton... pernah suatu ketika dulu mummy berangan untuk menempah sepasang kurung cotton untuk adik... bolehlah adik pakai di pagi raya nanti...:)

Satu persatu mummy belek...mummy hanya tersenyum bila seorang adik promoter tuh bertanya.. " cantik2 kan kak.. kita banyak saiz...anak akak umur berapa tahun??"
Wahhhhhhhh...soalan bonus...:P

Mummy tak puas lagi ... mummy belek lagi.. tak tahu untuk apa... semua cantik.. tp entah,tak menarik...sebab tuan yang nak pakai sudah tiada...daddy senyum jer.. senyum penuh beerti.. hanya daddy yg faham perasaan mummy saat itu..dan hanya mummy yang mengerti perasaan daddy ketika itu.. kami tertawa...tertawakan diri sendiri..
Tawa tutup duka...kami seolah2 pelakon termasyur..

Mummy masih lagi disitu.. daddy dan Nadime hilang entah kemana... mummy ikut saja gerak hati mummy... mummy ingin keluar...5-6 langkah...dan terhenti disitu... mummy berpaling sekali lagi seperti ada sesuatu yg mummy terlepas... mummy tunduk...dn dicelah-celah susunan baju2 kurung itu mummy nampak sepasang kurung pink cerah polka dot.. Mummy seperti nampak Alanna... macam Alanna yang bantu mummy kesitu... Macam Alanna berkenan kat baju itu...Alanna kan kecik tonet..terkedek-kedek mesti nampak baju yang kat belah2 bawah aje.. hehehe..sayang Alanna!!.



Tak ubah seperti Alanna sedang memakai baju kurung itu... manis bertocang dua..Alanna yang berbibir merah.. Alanna yang berambut ikal..Alanna yang naif...Alanna yang 'humble'..

Sedang mata asik merenung sepasang kurung itu...hingga tidak sedar banyak mata yg memerhati...mummy berlari sederas mungkin..sederas airmata meluncur jatuh ke pipi..
saat ini mummy perlukan daddy..mummy berlari mencari daddy..

Daddy sudah tentunya terpinga-pinga.. mummy suruh daddy pergi tengok baju kurung itu.. daddy pergi tanpa banyak soal.. dan daddy kembali... bagaikan tidak mengerti.

arghh.. mummy minta phone daddy.. mummy berlari ke kedai itu..dan terus snap gambar.
Entahlah dik.. mummy tak tahu untuk apa... mummy ingat nak beli.. tapi tak tahu untuk siapa... kalau beli untuk baby lain pun hati mummy takkan puas... dan mungkin mummy akan jadi sakit hati kalau tengok baby lain pakai baju tu...

Jadi biarlah sepasang kurung itu abadi pada sekeping gambar sahaja... dan ianya akan tetap abadi sebagai gambar sepasang kurung pertama adik seperti gambar2 adik yang lain.

Walaupun mummy tahu adik telah memakai kurung yang jauh lebih indah disana...namun langsung tak terbayang keindahannya di mata mummy....jadi terimalah sepasang kurung yg telah mummy pilih untuk adik tahun ini...:) so simple ..simple & humble mcm adik.

Mummy iri hati tengok mommies2 lain sebuk dan excited duk pilih kurung untuk anak perempuan kesayangan mereka... mummy pun nak jugak...walaupun ianya sekadar fantasi macam dalam cerita dongeng...tak ada beza fantasi dengan realiti pun sebab bukan dunia yang menyatukan kita. Tapi jiwa.Adik dekat, tapi bukan dimata... adik jauh, tp hanya dipinggir jiwa...:)

Al-fatihah buat adik yang sangat mummy sayang..Amin.

Friday, July 23, 2010

Kawan adik tumpang berteduh....



Salam adik...

Mummy baru balik dr jalan2 ni... lepas pg ziarah adik petang td..
Mummy ajak daddy pergi carik baju raya untuk Tok Wan...
nak ubatkan kesedihan mummy sebab mummy frust bila tgok pokok adik telah dipatahkan oleh seseorang... mula2 mummy hairan..kenapa pokok adik yg diujung kaki tuh mcm dh kecut sikit.. lepas tuh mcm dah di cabut kemudian ditanam balik... lepas tuh mummy tengok pulak pokok yg di bahagian kepala adik...terkejutnya mummy dari elok je cabang 3 ...kini dah tinggal 2 cabang je... geramnya mummy... tp nasib baik bahagian yg berbunga masih elok lagi....Patutlah dari pagi lagi mata mummy asik terkedip2 rupanya mummy akan berdukacita...

Mummy pandang keliling...mata mummy berkeliaran mencari dimana kah sisa ranting pokok kemboja adik yg mummy sayang tuh... dalam hati mummy dah panas.. tapi mummy sedaya upaya cuba untuk mengawal kemarahan..sebab mummy tahu mummy sedang berada di tanah perkuburan..dan tidak eloklah kalau mummy terlalu mengikut perasaan.

Tiba-tiba mummy ternampak akan satu 'rumah' baru.. kecil... tanah masih merah..
Bunga-bungaan dan hirisan rampai masih lagi segar dan hijau... lantas mummy terpandang akan ranting pokok kemboja yang terpacak di bahagian kepala dan kaki 'rumah' itu.. owh... tak dapat nak tafsirkan fikiran mummy ketika itu... apa yg mummy patut rasa?? Sedih? Marah? Gembira? Redho? Mummy masih lagi merenung dahan Kemboja itu...Bukan 1 dahan tp 2...

"dahlah mummy..anggap je sedekah....." kata2 daddy mengejutkan mummy dari terus mentafsir apakah yg patut mummy rasa... lantas dalam hati mummy berkata... "mummy halalkan..tp kenapa sampai hati....??

Mummy pejamkan mata..terus berselawat dan menghadiahkan seberapa banyak Al-fatihah buat adik... dan buat kawan baru adik itu... mummy harap adik sudah saling bersapaan dengan dia.... huh..apabila membayangkan wajah adik yg suci itu... segala kemarahan yg terbendung dr td terus lenyap dibawa dik angin senja... Mummy tahu adik mesti ramai kawan kat sana..sebab adik suka senyum dan peramah macam mummy...:)

Adik dengar tak apa abang Nadime pesan tadi..heheh... " dik nun minum cucu eh.."
"jangan nanes eh..." "jangan tatut mandi eh..." bebel abang Nadime masa siram rumah dik nun tadi... :)

Mummy balik dulu yer...kalu abg Nadime tak malas bgun pg esok..mummy akan datang lagi...adik duduk elok2 tau... jangan sedih bila kami ucap selamat tinggal....:(


"Talammeletom dik nun............................................................."

Rindu padanya..

Status FB on May11
Syarul Salleh
makan xbasah..mandi xlena..tidur xkenyang..cepat laaahhhh jumaat..cant wait untuk bercinta dengan alanna
May 11 at 7:43pm · Comment · Like

Selalunya bila time weekend..dady akan tak sabar2 nak cepat balik terus tergesa2 ke melaka untuk jumpa alanna..nk lepas rindu pada alanna..nk bermanja pada alanna..nk tatap alanna puas2..

Tapi last week 17July..lps kerja..dady pun tergesa2 balik ke melaka..
tapi kali ni harapannya lain..sangat berbeza..bukan untuk melepas rindu.bukan untuk bermanja..dady balik untuk kenduri tahlil alanna..sepanjang perjalanan balik tu macam2 yang bermain difikiran dady..semuanya macam mimpi..tp ternyata itulah hakikatnya..hakikat bahawa alanna sudah tiada..yang ada hanya kenangan..yang ada hanya sisa kerinduan...

Status FB on Apr17
Syarul Salleh Tiada Lagi Kidungmu (Lefthanded)...kenapa lagu ni terngiang2 di kotak fikiranku..
April 17 at 1:36am · Comment · Like
Dan sekarang kenyataannya..
Syarul Salleh tiada lagi ku dengar kidungmu..tiada lagi derai tawamu..
July 19 at 11:00pm · Comment · Like

Hari ni kawan dady dpt baby girl..mesti dia excited...dady pun excited..dady pun rindukan baby

Mohd Khairi Bin Kamarudin
ladies & gentz....I welcome you our newborn daughter....name not decided yet...thanks to Allah....Alhamdulillah

Sunday, July 18, 2010

Dendam disebalik Tahlil untuk adik...:(

Salam..

Adik..hari itu adalah satu kenyataan..untuk mummy untuk kami..bahawa kami beramai-ramai sedang menyiapkan persiapan untuk mengadakan satu majlis untuk adik.Bukan majlis harijadi adik...jauh sekali majlis perkahwinan adik...tp majlis tahlil adik...dalam sayu keihklasan hati mummy...menyusun surah2 yassin untuk bacaan.. terpalit seribu dendam yg tidak mungkin akan terpadam...dendam mummy pada Gaucher!!

Adik..

Gaucher jahat dik....
Gaucher bunuh adik...

Kenapa sampai hati dia...
Mummy tak pernah kenal dia...
Mummy tak pernah tahu apakah dia...
Mummy tak tahu die lebih kejam dari AIDS...
Mummy tak tahu die lebih kejam dari Cancer...

Mula-mula dia ambil tangan adik yang kecil..
Dia ambil kaki adik yang kerdil...
Kaki adik yg gebu makin lama makin keding seperti pensil..
Yang akhirnya meninggalkan tulang-tulang yang menggigil..

Tapi semangat adik kuat...adik lawan...
Sebab mummy dah berjanji nak tolong adik...

Adik,

Gaucher bengkokkan semua tulang belulang...
Dia simpul mati..semua saraf dan tunjang...
Dia biarkan adik terbaring dan terkejang...
Siang dan malam...Di tilam suram..
Dan musnahlah harapan pada adik yang mummy sayang...

Tapi semangat adik kuat...adik lawan...
Sebab mummy dah bagi adik sejuta harapan...


Gaucher masih tak puas dik...
Dia jerut kerongkong adik...
Dia kunci leher adik..

Deritanya adik kempunankan susu...
Mummy tipu! mummy berikan puting yang palsu...
Abang minum berbotol laju..
Adik minum bertitis..satu persatu..

Kesian adik tak pernah merasa bubur ayam yang mummy masakkan....
Yang selalunya abang makan berpinggan...
Tapi adik langsung tak boleh nak telan...

Tapi semangat adik kuat...adik lawan...
Sebab mummy masih melayan semua angan-angan...

Adik,

Gaucher memang tak pernah mengalah ...
Lantas mengaburi pandangan adik kedua belah...
Sampai adik terhilang arah..

dan selalu tercari-cari...dimana kami..
Tapi adik lihat dengan mata hati...
Dan dari situlah adik nampak mummy...

Tapi semangat adik kuat...adik lawan...
Dan mummy masih belum kotakan walau satu pun harapan...


Sebab Gaucher sangat kejam..dik..
Dengan rakus dia kunci pendengaran adik..
Setiap kali mummy memanggil..
Adik tak pernah pusing dan berpaling..
Tapi adik kenal lagu2 puisi adik...
Tapi adik hafal lagu2 zikir adik...

Tapi semangat adik kuat...adik lawan...
Sebab mummy tak pernah bgtau adik...
tiada satu pun harapan yg akan menjadi kenyataan...

Yang paling mummy sedih dik..
Dia bengkakkan hati adik..
Dia bengkakkan limpa adik..
Sungguh Azab mummy tengok perut adik..
Berombak-ombak bila datangnya sakit...

Tapi semangat adik kuat...adik lawan...
Walau terbeliak mata adik...
Adik tetap bertahan dan terus melawan...

Apa lagi yang Gaucher tak rampas dik...
Suara adik..tangis adik...tawa adik...
Semuanya terpadam dik..lenyap dik..

Sehingga...
Tangis adik bisu...
Tawa adik lesu...
Akhirnya adik terbaring kaku...

Rebah juga adik...Pergi juga adik...

Maafkan mummy kerana tidak pernah mengotakan janji2 mummy..

Maafkan mummy.. kerana sabar melihat adik diratah hidup2 oleh Gaucher yang kejam...

Maafkan mummy.. kerana hanya mampu menangisi kekalahan adik...

Maafkan mummy.. kerana hanya mampu menghantar adik pulang...

Maafkan mummy.. kerana tidak mampu menjemput adik kembali...

Tapi dik..

Ada sesuatu yang Gaucher terlepas pandang...
Mungkin juga Gaucher sengaja tinggalkan...
Buat kami sebagai kenangan...
Dikala rindu jadi peneman...

Buktinya pada gambar-gambar adik..
Jelas terpancar pada sinar mata adik..
Indah terlukis senyuman adik...
walaupun adik berteman sakit..

Senyuman adik dimana-mana....
Berterbangan bagai...kupu-kupu syurga...

Pernah suatu ketika dulu adik tiada...
dan kini adik telah kembali tiada...

Dan pada hari Tahlil arwah adik ini..
Mummy dapat rasakan bagaikan adik ada duduk memerhati...:)
Disertai indahnya alunan Yassin dan Al-Fatihah yg mengiringi..

Amin..




orang kuat majlis....

Thursday, July 15, 2010

Apa ada dengan 40 hari...?

Salam...

Adik..hari ni sudah..genap...

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40...........hari adik pergi.....hari boleh dihitung dik..tapi kerinduan ini?
airmata ini..? kalau dulu mummy jalani 40 hari dlm kegembiraan kerana melahirkan adik...dan walaupun 40 hari itu perit untuk dihabiskan kerana harus berpantang, namun dengan kehadiran adik disisi telah menenggelamkan segala rasa kesakitan itu...

Tapi kini mummy terpaksa meredah 40 hari lagi ...bezanya kali ini tanpa adik..
bukan tanpa adik disisi..tapi tanpa adik didunia ini lagi...buat selamanya...

Hari2 yang sungguh perit dan menyakitkan...mummy masih lagi terasa akan syahdunya saat mummy memangku dan mendodoikan hangat tubuh kurus adik sambil menyanyikan lagu 'Selawat' nyanyian Siti Nurhaliza..

Mummy tahu adik amat suka akan lagu selawat itu..kerna setiap kali mummy nyanyi adik akan diam dan termenung...sambil jari jemari adik merayap perlahan-lahan...
tersekat2 di wajah mummy.. adik ingin menyampaikan rasa kasih sayang adik pada mummy... adakalanya adik hilang arah....tak tahu dimana letaknya wajah mummy....barangkali pandangan adik kabur...dan pabila mummy suakan keduanya..
jari adik akan tetap terus berada diwajah mummy sampailah adik terlena...

Sebentar td sedang asyik mummy terleka dengan lagu Selawat yang dipasang oleh kawan mummy ... sehingga mummy tidak sedar tubuh mummy ikut sama berayun kebelakang dan kedepan seperti sedang mendodoikan adik...Dan dikala airmata yg sudah lama berkaca ini jatuh berderai barulah mummy tersedar yang adik sudah tidak ada lagi dalam dakapan mummy....

Sungguh bisa lagu Selawat itu... dan lagu itulah kerap mummy pasang berulang2 setiap hari di pejabat dulu...ketika fikiran dan hati mummy tidak keruan apabila memikirkan tentang nasib adik yang tiba2 dirundung malang...mendengarkannya hati jadi tenang... jiwa mummy menjadi lapang..

Mummy tidak tahu mengapa mummy masih lagi bersedih dan merasa kasihan kerana kehilangan buah hati yang selama ini menjadi tumpahan rasa kasih sayang.Bukankah sepatutnya mummy harus merasa bahagia. Mengapa?

Kerana sudah pastinya ada Syurga Buat Alanna. Justeru itu..Alanna lah yang sepatutnya merasa kasihan kepada mummy..
Sebab belum tentu mummy masuk syurga...kerana masih belum sampai ajal mummy...belum ketahuan apakah mummy akan mengakhirkan hidup ini dengan husnul khatimah atau tidak.Walaupun mummy tahu mummy masih belum layak ...tapi amat berharap untuk dapat meraih syurga Allah SWT dan bersama dengan adik dan anak2 mummy yang lain.

Adik...adik telah pun pergi sebelum baligh..adik kini adalah anak-anak yang abadi..adik kini adalah wildanun mukhalladun.

Adik... dikelilingi oleh anak-anak muda yang tetap muda (QS. Al-Waqi’ah: 17)

Dan mereka dikelilingi oleh anak-anak yang tetap muda. Apabila kamu melihat mereka, kamu akan mengira mereka, mutiara yang bertaburan. (QS. Al-Insan: 19)


Dan semalam mummy ada menerima satu mesej di FB, dari seorang kawan yg tidak mummy kenali..katanya die telah bermimpikan adik..adik sedang berlari2 dan bermain2 disana...adik memakai gaun mulus putih....rambut ikal mayang adik kini telah terurai
panjang... sungguh bertuah kawan mummy itu... mummy masih belum berkesempatan untuk menikmati detik itu..detik untuk adik hadir dalam mimpi mummy...


Mummy cuba memejamkan mata..cuba menggambarkan keriangan adik di Taman Rhaudah....namun tak tergambar sayang...lantas mumy google...:) dan mummy pun tersenyum...apabila terbaca akan...


“Arwah yang sedang duduk di kuburan itu mengenal setiap orang yang lawat, dan mendengar pembicaraannya. Dia mengenal saudara-saudara yang sama bergaul dan sama bermain dengannya di waktu masih hidup. Lalu ditegurnya, tetapi suaranya tidak
terdengar, dan tubuhnya tidak kelihatan. Kerana roh itu terdiri atas tubuh halus. Arwah itu mendengar perkataan orang hidup”.

--sungguh comel agaknya tingkah adik apabila menegur mummy& daddy setiap kali mummy dtg menziarah adik...entah mcmmm mana bunyinya yer..:) maafkan mummy.. mummy tidak dpt mendengar setiap yang diperkatakan adik...dan maafkan mummy jika adik sering lihat mummy menangis disisi kemboja adik...--

“Dianjurkan berziarah ke kuburan itu hari Jumaat. Kerana pada hari Jumaat itu biasanya roh berada di kuburnya”.

“Adapun arwah orang yang telah meninggal itu datang ke rumahnya atau berada di kuburnya itu pada malam Jumaat. Pada hari jumaat itu sehari-harian dia di sana, dan pada hari Sabtu setelah terbit matahari baru dia berangkat. Sesampainya dikubur itu
disunatkan berselawat, membaca Al-Quran, dan berdoa. Boleh menangis tetapi dilarang meratap”.

--adik yang ini mummy kurang pasti..kerana kebanyakkan petikan yg mummy jumpa menyatakan bawaha ..ruh tidak balik kerumah..dan tidak ada apa2 yang pasti tentang ruh..kerana ianya tidak pernah dinyatakan..dan ruh itu sebenarnya adalah urusan tuhan.--


“Lamanya di Barzakh itu ialah semenjak roh berpisah dari tubuh, semenjak meninggal dunia, sampai hari berbangkit”.
“Bagi orang-orang yang beriman di Barzakh hanya terasa sebentar saja”.

“Semasa di padang Masyhar, diriwayatkan bahawa anak-anak kaum muslimin yang meninggal dunia sebelum mencapai usia baligh, akan dizinkan memberi minum kepada ibu-bapa mereka. Anak-anak ini akan menyusup di antara orang ramai dengan membawa minuman untuk ibu-bapa mereka, sementara manusia ketika itu dalam keadaan dahaga yang luar biasa”.

“Anak-anak yang mati sebelum baligh menyambut ayah-bondanya di pintu syurga”.

“Anak-anak Muslim yang meninggal di waktu kecil, ertinya sebelum baligh di Barzakh dikumpulkan pada suatu tempat dan diasuh oleh Nabi Ibrahim. Setelah kiamat nanti mereka itu langsung dipindahkan ke syurga akhirat. Jadi mereka ini tidak mengalami
panas matahari, tidak melalui hisab, iaitu pengadilan di Mahkamah Rabbul-Jali. Tidak melalui mizan, dan tidak meniti Titian Shirathal-Mustakim yang terbentang di punggung api Neraka Jahannam itu. Mereka ini setelah dibangkitkan langsung dipindahkan
ke dalam syurga Jannatun Naim”.

“Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kepada ayah dan bondanya, lupa kepada kampong halamannya, lupa semuanya. Pada suatu hari nanti, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan
syurga, tiba-tiba ada malaikat memberitahukan: Hai Wildan (anak-anak yang mati sebelum baligh), lupakah engkau kepada ayah-bondamu? Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga. Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah-bonda
mereka yang selama ini mereka lupakan”.

“Lalu mereka ambil air untuk diminum, makanan dan pakaian, lantas mereka itu berlari-lari sambil menangis menuju pintu syurga”.

“Setelah terompet berbunyi, pintu syurga terbuka, maka sekalian orang berhamburan masuk ke dalam syurga itu, dan ketika itulah anak-anak ini sibuk mencari ayah-bondanya. Mereka berjalan ke sana-sini mencari tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis membawa minuman, pergilah mereka kepada malaikat menanyakan: Oh, Malaikat, mana ayah dan bondaku? Kata mereka sambil menangis”.

”Malaikat menjawab: Oh wildan, malang kamu, ayah dan bondamu terjatuh ke dalam neraka. Mendengar hal yang demikian maka anak-anak ini menangis dengan ratapan yang menyayat hati. Oh ibuku, Oh ayahku. Apakah kesalahanmu, ayah. Apa dosamu, ibu, maka
sampai terjatuh ke dalam neraka. Mereka menangis dan meratap”.

“Kata malaikat: Hai Wildan, jangan menangis, mengadulah kepada Nabi Muhammad SAW”.

“Setelah anak-anak ini mengadu kepada Nabi Muhammad, lantas Nabi mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkan orang-orang mukmin yang berada di dalam neraka itu”.

“Setelah bertemu dengan anak dipintu syurga anak yang meninggal di waktu masih kecil, yang menjadi kerinduan siang malam selama ini, aduh gembiranya tidak terhingga. Berfirman Allah SWT dalam Al-Quran:”

Pada hari itu mereka berjumpa dalam keadaan gembira.
(Ad-Dahr: 11)


Adik biarlah..40 hari..100 hari...atau sejuta ratus hari sekalipun...namun kasih sayang mummy tak akan pernah terpadam...malah semakin membara terhadap adik..

Owh hati..tabah dan bersabarlah...semoga akan tiba hari yg paling dinantikan itu.... adik doakanlah mummy agar tidak selalu leka... sesungguhnya mummy hanya insan biasa dan mudah lupa....

Al-fatihah buat adik...yg mummy sayang.Amin.

Wednesday, July 14, 2010

Tapak kaki kecil...



Dengarlah mummy & daddy ku sayang...

Ini lah setapak kaki Alanna..
Sangat kecil tapi sempurna..

Tapak kaki yang sekerdil ini..
Tak pernah sekali menyentuh bumi...

Tidak walau sedikit kesan..
Kerna Alanna kini di awangan...

Takdir tapak kakiku ini...
bukanlah untuk berta'tih dibumi...

Tapi jejak kakiku akan kedengaran...
Tatkala bumi ditimpa hujan...

Tertitis lembut ,bak tangisan bunda..
Tangisan gembira disebalik derita...

Jejak kakiku akan kelihatan...
Tatkala Sang rama-rama menari kemalasan..

Kau tahu bila diriku hadir...
Apabila tiba2 senyuman mu terukir...:)

Jejak kakiku akan berterbangan...
Disetiap helai daun yang berserakan...

Akulah yang membisikkan namamu di angin..
Setiap kali wajahmu terasa dingin...

Dan sebenarnya tapak kaki kecilku ini..
Menjadi 'penunggu' didalam hati mummy dan daddy...

Kerana walaupun aku telah pergi jauh dari keduanya...
Namun jejak ku tertinggal buat selamanya....:)


p/s- mummy xleh tido..rindu...mummy jumpa gambar nih...mummy rindu tapak kaki adik..
dulu mummy selalu geletek2 tapak kaki adik... nak buat physio dekat adik...nak suruk adik excercise supaya adik rasa geli dan lonjak2kan kaki...tapi kini semuanya tinggal kenangan...

Mummy tak sempat nak buatkan acuan kaki adik..mcm mummy buat untuk abang Nadime dulu.. xder rezeki adik...:)hanya puisi tentang tapak kaki adik je yang mampu mummy buatkan...tapi itu lebih bermakna dik...ia lahir dari hati mummy...khas buat adik.
Al-Fatihah buat adik yang mummy sayang....Amin.



Acuan drpd lilin tapak kaki Nadime berumur 10 bulan...purposely mummy buat untuk mengingatkan mummy...betapa kecilnya tapak kaki abang masa kecik dulu ..bila abang dah besar macam daddy nanti...:) Abang jgn lupakan mummy yer.

Monday, July 12, 2010

Milik siapakah gadis dan bunganya ini....


Salam,

Adik....

Bisikkan pada mummy adik sedang berbahagia...
Bisikkan pada mummy adik sedang bercanda tawa...

Mummy tahu....walau mummy tidak lagi mampu melihat adik..
Mummy tahu ...walaupun mummy tidak lagi mendengar hilai tawa adik...

Adik...

Pokok Kemboja itu telah menceritakan segala-galanya...
Sejambak Kemboja itu telah membayangkan gambaran cerita tentang adik sebenar-benarnya...

Adik...selama hayat mummy... kalau mummy menanam pokok..
Pokok mummy tak pernah hidup lebih daripada seminggu....
Tp dik.."its has been 1 months,1 week & 1 day since adik menutup mata..."
Kemboja yg mummy tanam sungguh indah dipenuhi dengan kuntuman bunga....
Bukan sekuntum dik...tapi sejambak..............:)

Adik..adik cantik mcm bunga tu...
Adik..indah macam jambangan tu..
Adik..berseri macam kuntuman tu..
Adik..harum, lebih harum dari kemboja tu..

Adik..sekarang mummy tak perlu susah2 beli bunga lagi..
Bunga-bunga adik...sentiasa mekar setiap masa..
Setiap kali mummy hadir..mummy pasti ditemani oleh bunga2 cinta adik..
Bunga itulah yg mummy leraikan sebagai bukti jasad mummy datang mendambakan adik...

Mummy macam tak percaya....dik...
Adik..mummy rasa adik nak sampaikan sesuatu pada mummy...
Adik sayang mummy ..adik sayang kami...
Adik nak sampaikan perkhabaran gembira ...
dari adik yg jauhnya nun disana...

Tak salahkan dik?..kalau mummy menangis, kerana hari ini mummy terlalu gembira...

Take care dik...
Take care sayang...
Selamat tinggal anakku....mummy harus pulang...tanpa dendam..
Walaupun mummy tahu, sekujur jasadmu terkubur hanya dibawah telapak kakiku ini...
Namun hakikatnya adik kini jauh...dan mummy tidak akan pernah dapat menggapainya...




Tidurlah dulu anakku...biarlah mummy mendodoikanmu..buat yang kesekian kalinya....:)

Aku ingin menjadi mimpi indah, dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu, yang mungkin bisa kau rindu
Karena, langkah merapuh, tanpa dirimu
Oh karena, hati t’lah letih

Aku ingin menjadi sesuatu, yang s’lalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa ku, selalu memujamu
Tanpamu, sepinya waktu, merantai hati
Oh bayangmu, seakan-akan


Kau seperti nyanyian dalam hatiku
yang memanggil, rinduku, padamu oo~…
Seperti udara yang ku hela kau se-lalu, ada

Hanya dirimu yang bisa, membuatku tenang
Tanpa dirimu aku me-rasa, hilang
dan sepi, dan sepi


Selalu ada, kau selalu ada
Selalu ada, kau selalu ada

Sya Lalalala, lalalala, Sya Lalalala, lalalala,
Sya Lalalala, lalalala, Sya Lalalala, lalalala,
Sya Lalalala, lalalala, Sya Lalalala, lalalala,
Sya Lalalala, lalalala, Sya Lalalala, lalalala,
Sya Lalalala, lalalala, Sya Lalalala, lalalala,
Sya Lalalala, lalalala, Sya Lalalala, lalalala,
Sya Lalalala, lalalala, Sya Lalalala, lalalala,
Sya Lalalala, lalalala, Sya Lalalala, lalalala,
Sya Lalalala, lalalala, Sya Lalalala, lalalala,
Sya Lalalala, lalalala, Sya Lalalala, lalalala,
Sya Lalalala, lalalala, Sya Lalalala, lalalala,
Sya Lalalala, lalalala, Sya Lalalala, lalalala,
Sya Lalalala, lalalala, Sya Lalalala, lalalala,
Sya Lalalala, lalalala, Sya Lalalala, lalalala,
Sya Lalalala, lalalala, Sya Lalalala, lalalala,
Sya Lalalala, lalalala, Sya Lalalala, lalalala,
Sya Lalalala, lalalala, Sya Lalalala, lalalala,
Sya Lalalala, lalalala, Sya Lalalala, lalalala,
Sya Lalalala, lalalala, Sya Lalalala, lalalala,
Sya Lalalala, lalalala, Sya Lalalala, lalalala,



p/s- oh ya...Gadis dan bunganya itu adalah milik Allah.:)

Dady :
hmmm..rindu kat adik..kelmarin masa kami dtg ziarah adik..ada mereka2 yang baru saja bersiap sedia untuk mengebumikan jenazah anaknya di hujung pusara adik..Dari jauh dady nmpak ayahnya melutut semasa hendak meletakkan jenazah anaknya kedalam liang lahad..dady pernah melaluinya..sangat pedih apabila mengenang kembali waktu itu..Selesai pengkebumian, dady bersama2 mereka membacakan doa dan mengaminkan talkin buat anak itu..dan dady terlihat seorang kanak2 perempuan sedang asyik mengalirkan air mata meratapi pemergian adiknya.. mesti dia akan merindui adiknya, sama macam dady rindukan dik nun..Tp ternyata..smalam hati kami kembali berbunga2 macam bunga adik nun yang sedang mekar..Alhamdulillah...Allah mendengar rintihan kami...

Saturday, July 10, 2010

Romancing @ Bora Asmara... Happy Buffdayy Daddy!!

Salam...

Daddy....Amat teristimewa dalam hidup kami...dalam hidup Mummy.. dalam hidup Nadime... dan dalam hidup arwah adik Alanna Qish kesayangan kami...walaupun tidak punya masa yang lama untuk diluangkan bersama.. namun mummy tahu adik amat menyayangi daddy....:)

Adik, esok 10/7/10 ( cantiknya nombor!!) adalah harijadi daddy.... adik, adik jangan rasa kesal kerana tidak sempat untuk sama2 meraikan daddy kesayangan kita ye sayang....kerna itu bukan kehendak adik...semunya telah tertulis sayang...tak ada rezeki adik untuk bersama daddy di hari yang bermakna ini....namun mummy tahu adik sekarang lebih bahagia di sana...

Adik, panjatkanlah doa kepada Allah yg kini sentiasa hampir berada disamping adik.. agar dipanjangkanNya umur daddy kita supaya dapat menjadi peneman dan dapat memayungi kami yang masih tertinggal didunia ini...sehingga sampainya waktu untuk kita 'bersatu' kembali di rumah yang akan Allah SWT bina untuk kita...di alam yang kekal abadi...

Adik...selepas adik pergi, mummy rasa kasih sayang mummy pada daddy telah bertambah dengan berlipat kali ganda...

Kerana selama ini.. kami diuji... daddy tidak pernah mengeluh... tidak pernah sesekali daddy melafazkan rasa kesal...tidak pernah sekalipun daddy menyuarakan rasa malu...tidak pernah sekali-kali daddy tidak bersama mummy walau dalam apa jua keadaan sekalipun...jatuh bangun kami adalah bersama...hingga ke hari ini... daddy masih lagi daddy adik yang seperti dulu...:)

Daddy tetap berada di situ..di samping mummy... daddy telah mencuba sedaya upaya untuk menggembirakan kita... menggembirakan Abg Nadime...dan daddy tidak pernah sekali2 berhenti untuk menggembirakan adik walaupun daddy tahu adik masih terus menderita.. Daddy akan sentiasa menggembirakan kita...walaupun dalam hati daddy menangis tak terkira...

Adik, selama mummy mengenali daddy...adalah 2-3 kali mummy lihat daddy mengalirkan airmata...

Pertama....masa kami sedang dilamun cinta...namun biarlah kisahnya menjadi rahsia....

Keduanya...sewaktu mummy keguguran benih cinta kami yang pertama... tangisan daddy sungguh meruntun hati mummy yg jua dalam kesedihan...

Ketiganya sewaktu kami mula2 dapat tahu adik sakit.... Dr. kata adik brain damage...
Dr kata adik macam-macam...dirumah.. mummy nampak daddy menangis teresak2 sambil memegang gambar adik...disisi playpen merah adik.... mummy pujuk daddy.. sehingga kami nangis bersama...dan kami telah berjanji untuk menjaga adik sebaik mungkin sehingga hujung nyawa adik...kami amat sayangkan adik...

dan buat terakhir kalinya, baru2 ini daddy telah menangisi semahu-mahunya pemergian adik...buat selamanya....

Adik... ketahuilah daddy amat menyayangi adik... semalam daddy ada membisikkan sesuatu pada mummy... katanya...dia amat merindukan adik...dan dia terkilan kerana tidak sempat menyambut ulangtahunnya bersama adik....

Sedih sungguh hati mummy... mummy tidak dapat untuk menunaikan permintaannya itu...Adik.. mummy berdoa agar adik datanglah dalam mimpi2 daddy... senyumlah pada daddy...manisnya senyuman adik itu... mungkin itulah yang akan menjadi hadiah yang paling bermakna dalam hidup daddy..walaupun ianya sekadar dalam mimpi....datanglah dik...

Adik..mummy telah merancang sesuatu untuk daddy kita... mesti daddy tersengih je nanti..adik jangan lupa tengok aksi daddy dari jauh yer... :)

Petang tadi..mummy call Bora Asmara... mummy tempahkan satu meja untuk kami bertiga..
mulut mummy kata kami bertiga..tapi sebenarnya hati mummy berkata "kami berempat" ..sebuah tempat lagi adalah untuk adik...tempatnya terletak dalam hati kami...:)
adik sentiasa bersama kami walau kemana kami pergi...

Mummy pesan pada manager Bora Asmara yang mummy ingin membuat sesuatu yang istimewa sempena harijadi daddy...dan jangan lupa untuk menyediakan tempat yang paling romantik buat kami... :)

Akhirnya...dapat jua mummy lihat daddy mengukirkan senyuman apabila... band akustik datang dan membuat kejutan dengan mennyanyikan daddy lagu Peterpan..dan satu lagu khas "Selamat hari Jadi..." untuk daddy...
Comel daddy apabila terkejut dan tersipu2 malu...
mummy berharap hati daddy berbunga-bunga!!!!!:P

Mummy harap dengan kejutan dinner yang tak seberapa ini dapatlah ianya menggembirakan hati daddy yang sedang dalam kerinduan pada adik...
Mummy harap daddy gembira kerana selama ini daddy selalu bersedih... mengenangkan nasib yang menimpa anak perempuan kesayangannya....
Mummy berharap sangat daddy dapat bermimpikan anak dara daddy yang sangat manis dan cantik ini tidak lama lagi...

Selepas pemergian adik..mummy rasa lebih menghargai akan perhubungan kami... mummy rasa ingin melakukan apa saja yang terbaik untuk daddy dan Abg Nadime..selagi mereka masih ada lagi bersama2 dengan mummy...
Mummy hanya ingin membuat mereka gembira sepanjang hidup mereka..kerana setelah apa yang mummy lalui sebelum ini telah mengingatkan mummy tentang apa yang ada disekeliling mummy..dan apa jua yang mummy miliki...adalah pinjaman semata2..termasuklah diri mummy juga...

Abang Nadime juga tak habis2 menyanyikan lagu untuk daddy
" tetamat..to yuuuuu....tetamat to yuuuu...tetamat to daddy...tetamat to tuuu yuuuu...." untuk daddy sepanjang perjalanan kami ke Bora Asmara...sungguh lucu telatah abang Nadime ini..sehingga selalu gelagatnya mencuit hati kami...

Abang juga selalu bertanyakan mummy tentang adik..; " mummy tak nak bawak adik nun.. tama-tama???.. "mummy tak nak amik adik nun????....... mummy cakap.... "bukan xnak bawak... adik duduk jauh... adik duduk disamping Allah.... "..nanti abang nadime mesti membalas..." ooooooo..bye dik nun...jgn nanes tau!!!"

Owh..Nadime... mummy tahu Nadime rindukan Adik nun sangat!!!

Daddy....selamat hari jadi yang ke-31 dari mummy dan anak2 kita.... walaupun 2 anak kita telah berada di Syurga... Namun kehadiran abang Nadime seorang masih mampu untuk membuat kita bersyukur pada tuhan...kita masih ada anak sayang... anak yang akan mendoakan kita suatu hari nanti...anak yang akan membacakan yassin untuk kita suatu hari nanti...apabila sampainya waktu kita dijemput pergi dan berjumpa 2 lagi anak kita....:)

Senyumlah daddy... kerana senyuman daddy amat manis seperti senyuman Adik Nun yang amat kami rindui.. Happy Bufday Sayang...!!!!!! Dari mummy...Nadime....dan Alanna....@>---------






























p/s- Menggelitis si nadime bila jumpa awek cun..muehehehehhee :P

Wednesday, July 7, 2010

Harga diriku..dan sebuah kenyataan..



Malam yang sunyi dan sepi..mumy dan nadim dah lena tidur..satu ketika dulu, jika dady berjaga lewat malam..pasti dady ditemani Alanna..yang mahukan susu..yang mahukan belaian manja seorang bayi..pernah suatu ketika dady berdoa supaya Tuhan jadikan dady insomnia..tak perlu tidur..semata-mata untuk bersama alanna sepanjang malam..setiap hari..

Malam ni dady hanya seorang..tiba-tiba teringatkan sebuah lagu..pantas dady cari lagu yang amat menyentuh hati dady suatu ketika dulu..dady putarkan lagu itu..air mata dady mula mengalir tanpa dady sedar..teringat kembali satu entry yang dady buat dalam blog untuk alana dulu..dady baca balik..semakin deras air mata dady mengalir..memang dady terlalu sensitif sejak adanya alanna..cepat betul air mata ini keluar jika dady berseorangan..

Dady pastekan entry itu disini..apa yang dady takutkan dan bayangkan sebelum ini sudahpun menjadi kenyataan..segalanya atas ketentuan dan kehendak Tuhan..dia yang lebih berkuasa dan mengetahui segalanya..dady, walaupun tak berdaya..terpaksa juga tempuhi untuk meneruskan hidup yang entah sampai bila..


Thursday, February 25, 2010
…Harga diriku


Posted in lirik by AlannaQish | Edit

Di dirimu aku menemukan
Yang mencintaiku
Yang menyayangiku
Di dirimu aku ketakutan
Kau biarkanku
Kau tinggalkanku

Bila kamu tak lagi denganku
Ku tak tahu apa ‘tuk jalani hidupku
Bila memang kau pergi dariku
Ku tak ada lagi di dunia ini

Mengertikah kau siang malamku
Dan tangis tawaku
Kau semua hidupku
Pandang aku pandanglah hatiku
Aku tak mampu melangkah tanpamu

Bukan ku tak punya harga diri
Tapi dirimu begitu berarti
Kaulah nafasku engkau harga diriku
Mengerti aku….

(Wali Band - Harga diriku)

Kebelakangan ini lagu dari WaliBand – Harga diriku sering aku mainkan ketika di pejabat. Ada antara bait-bait lagu ini amat menyentuh hatiku..antaranya

Bila kamu tak lagi denganku
Ku tak tahu apa ‘tuk jalani hidupku
Bila memang kau pergi dariku
Ku tak ada lagi di dunia ini

Melalui Yahoo messanger..antara aku dengan mummy

sya_qish: i rindu kt adik..balik ni mintak la dia sihat....mumy..i xdpt bayangkan..kalau umur adik xpanjang..msti i rindu sgt kt dia
mummy: hish..jgn sebut menda tuh..wlu terlintas kat kepala
sya_qish: tah..tetiba i rasa sebak
mummy: :(

Perbualan kami terhenti disitu..masing-masing melayan hati yang sudah lama tidak bersinar. Bagaikan tiada lagi kegembiraan yang menanti kami.

0 comments lirik

Saturday, July 3, 2010

Sabtu yang lalu


*gambar yang dady ambil pada 6/5/2010 . . 5pagi


Hari ini dady terjaga dari tidur..jam 5pagi..tiba-tiba segalanya datang kembali..

sabtu yang lalu, dady terjaga..dady masih dapat membelai dan menatap dia didepan mata..
tapi hari ini..bila dady terjaga..dia sudah tiada lagi..dady hanya dapat menatap gambarnya saja..

Rindunya..Alanna..sudah lama Alanna tak datang menjengah dady..
Seperti hari pertama, kedua, dan ketiga, berturut2 dady dan mumy datang menziarah Alanna di pusara..dady dapat merasakan kehadiran Alanna di situ..bau yang sangat dady kenal..bau Alanna ketika kali terakhir dady memegang Alanna..cuma dady seorang saja yang dapat menghidunya..menikmatinya...mulanya dady hanya simpan sendiri..mungkin kebetulan.mainan perasaan...tapi bila tiga hari berturut-turut ia datang menerjah hidung dady..pada kali ketiga bau itu menerpa..dady hanya tersenyum..dady tau itu bau Alanna..dady tau Alanna ada di situ..benarkah? adakah benar atau perasaan daddy semata2...

Dady ingat lagi ketika dady mengikuti kisah Amir yusuf..Kerinduan saudara Fajar pada Amir Yusuf..baru sekarang dady faham..apakah itu erti rindu yang sebenar..

Suatu masa dulu..dady ada buatkan satu blog khas untuk Alanna..dengan harapan mungkin satu hari nanti Alanna dapat membacanya..tapi semuanya tinggal kenangan..seperti kenangan-kenangan bersama Alanna yang masih dady simpan......


~Dady~

Friday, July 2, 2010

Its my child..who just died.



It doesn't make me special.

I don't want your sympathy or your pity.

What I do want is your understanding.

I want people to understand that sometimes I don't know what the right answer is when you ask me how many children I have. How old is them...?

I want you to understand that sometimes when I see babies I cry.

Sometimes when I think of babies I cry.

Sometimes I just cry and I'm not sure why oh why??

I don't need you to feel bad for me, but I do need you to understand that I feel bad for me.

It doesn't need to be ok with you, but unless you've been where I've been, don't judge me.

So, please don’t ever tell me...that time will heal my pain

Because not even time...Can bring her back again.

Just tell me she is happy...In that land way up above

She’s snuggled in an angels wings..All wrapped in Mummy’s love.

Al-fatihah for lovely daughter. Amin.

Followers