About Me

My Photo
Cinta kau dan aku Takkan mungkin bersatu Untuk saat ini di dunia ini Mungkin kita bersama Nanti di atas sana Biar ku setia menjaga cintamu Selamanya

Wednesday, June 30, 2010

Rindu lagi...

Salam, anak-anakku..

Mummy rindu anak2 mummy...malam ini mummy rindukan abang Nadime yang sedang tidur. Mummy rindu Alanna yang telah pergi buat selamanya..Sayu melihat abang Nadime yg tidur berpelukan dgn bantal peluk peninggalan adik nun.. Mummy sayang bantal itu..itulah satu-satunya bantal yang meninggalkan kami haruman yang tiada pada bayi2 lain..haruman adik nun.

Mummy bawa bantal peluk adik kemana saja mummy pergi...bau bantal adik amat menenangkan jiwa mummy. Bantal adik dapat melelapkan mata mummy.

Bau antibiotik... adik nun dulu selalu kena puasa..adik nun dulu selalu makan ubat...berjenis2 ubat.. berjenis2 antibiotik...sampai bantai peluknya pun dh lekat bau antibiotik..tp bau itu amat harum...mengingatkan mummy akan detik2 manis berdua di hospital dulu..

Di sudut itu..playpen merah adik masih lagi terbuka..masih seperti dulu walaupun adik sudah tiada...

anak2 patung adik masih setia menemani..walaupun playpen itu sudah tiada penghuni...

Gambar2 adik ketawa masih membuat mummy leka..walaupun kerinduan ini takkan pernah terubat jua..

Gambar2 adik sakit masih membuat mummy murka..tp dari situlah semangat mummy jadi membara..

Mesin kahak adik pun masih lagi baru..sebab adik pun hanya sempat pakai seminggu...
Pampers adik..ada lagi sekeping dua....mummy simpan tapi tak tahu nak buat apa...

Gaun berbunga merah adik masih cantik dalam almari..terselit antara baju2 mummy dan daddy.Bantal2 adik tak sanggup mummy basuh...sebab disitulah adik menitiskan peluh.

Kasut2 kecil adik mummy simpan buat hiasan..mengingatkan pada cinderella mummy yang telah terkena sumpahan...

Susu Enfalac AR adik tinggal separuh..Carborie adik ada lg 6 tin penuh...Vitamin adik...MCT oil adik..Nestum Beras Meras kesukaan adik...botol susu NUK adik...botol susu MAMS adik..puting adik...kapas2 adik...shrink2 adik...sapu tangan adik...bedak antiseptik adik..minyak rambut adik...lotion johnson adik...mummy rindu nak urut2 adik...Air2 penawar adik..Air2 Zamzam adik..lagu2 adik...zikir2 adik...surah yassin kecil adik...Mykids adik...surat beranak adik....surat kematian adik...............

tali pusat adik.......................................................

Adik!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Terkadang aku rasa, aku kehilangan arah..
Untuk meniti hari-hariku, adalah teramat payah..

Ada masanya aku, duduk dan berfikir..
Ku pandang depan dan cuba mentafsir..

Hatiku berteriak memanggil namamu...
Jiwaku menangis menagih kasihmu...

Entah bagaimana aku bertahan...
Entah darimana munculnya kekuatan...

Mungkin aku menantikan saatnya..
Akan hilang segala derita..

Pergimu adalah satu penyiksaan..
Kehilanganmu melenyapkan segala kebanggaan...

Kau pergi dari aku..
merentap separuh dari nyawaku...

Sehingga kita bersua nanti..
Barulah hidupku pulih kembali...

Maafkan aku melepaskan kau pergi..
Semoga disuatu hari kau akan mengerti..

Bahawa ku mahu hanya yang terbaik untukmu...
Walaupun hatiku terbelah retak seribu...

Alasan terbaik ku masih disini...
kerana kenanganmu sentiasa menemani...

Ketahuilah walau dimana kau berada...
Walaupun bayangmu tak lagi menjelma...

Kau bersemadi dilubuk hati..didasar jiwa..
Hanya tuhan tahu dimana...hanya Dia yang maha kuasa...

Esok kau akan dikembalikanNya kepadaku..
Dan esok hatiku akan bebas seperti dulu...

Kasihku padamu semakin menebal..
Bila kau kembali..hati yang koyak pasti tertampal...

Kernaku tahu kasih 'puteriku' kekal selamanya...
Walaupun kita tidak lagi bersama...

Dan malam ini..mummy rasa teramat rindu sekali lagi pada anak2..mummy dakap abang.. mummy usap abang...kucup abang..Terurailah segala rindu mummy pada abang utk seketika.

Namun rindu pada anak yang satu lagi tetap tidak terusai jua....Rindu pada Alanna tak dapat nak diungkapkan.Rindu-serindunya.Rindu pada seseorang yang tidak akan kembali lagi.Kalaulah setiap kali rindu mummy pada adik dapat mengembangkan satu kuntum bunga..sudah tentu saat ini..mummy sudahpun mempunyai setaman bunga yang mekar dan indah.

Kesakitan ini akan bertukar menjadi kebahagian seandainya mummy tahu adik juga sedang merindui mummy..Adakah kita saling merindui...??

Monday, June 28, 2010

Airmata dan tawa di hujung minggu..

Salam..

Malam sabtu lepas dh berkobar2 cakap kat daddy...esok pagi2 nak pergi ziarah adik..nak beli bunga..nak siram air..nak buang daun2 kering...

Tapi pagi sabtu itu..semunya terlambat tergopoh gapah sebab...
badan rasa letih..tak bermaya..ditambah lagi dengan Abang Nadime yang susah bangun pagi...dibuatnya drama airmata. Sudahnya kami sampai dikubur adik jam 10.30pagi...sedang matahari di atas kepala.

Bunga pun tak ada..Tp nasib baik ada sekuntum dua bunga kemboja yang berguguran di atas pusara...mummy ambil dan leraikan dengan penuh kasih sayang..:)... walaupun cuaca agak panas tp haruman kemboja adik menenangkan perasaan kami... sepanjang berada di sana.

"Assalammualaikum adik...mummy datang nih...bucuk mummy... sorry mummy lambat tp mummy tetap datang...."..airmata mula bergenang..mummy pandang daddy..daddy diam.

Kami semua menadah tangan...sejenak, menghadiahkan adik Al-fatihah. Tiba2 mummy menangis...
"daddy..baru mummy teringat mlm td mummy mimpikan adik..."
"mimpi apa???"
"nantilah nt mummy cerita..." mummy tak dapat meneruskan kata2..

kami teruskan mengulangi Al- Fatihah buat adik.. dan berlalu..

dalam kereta mummy cuba igt kembali mimpi tentang adik.

"mummy mimpi...adik dalam kain kapan...dah kotor..."
"muka adik kotor.......hitam....busuk...." mummy menangis teresak2..kerana tak sanggup untuk bercerita lagi....daddy diam..

"lepas tuh ada suara cakap... kalau mummy cium adik peluk adik...adik akan bangun kembali.. hidup kembali...".....
"mummy pun terus koyak kain kapan adik...mummy tgok badan adik masih putih melepak..gebu dan tiada sebarang kotoran di badan adik...mummy terus peluk adik ..cium adik...mummy nangis2 suruh adik bangun..bangunlah nak...bangunlah nak...mummy dtg cium adik ni...."
"tp daddy adik tak bangun-bangun....sudahnya mummy terjaga dan terus lupa sampailah kita datang ke sini..."

Mummy tak dapat menahan kesedihan kerana bermimpikan adik dlm keadaan yang sebegitu. Mummy menangis sepanjang jalan dari kubur ke tempat sarapan.Mummy rindu adik..mummy rindu adik.....Daddy kata sabarlah.Mungkin mimpi itu hanya gangguan kerana mummy selalu menangis meminta untuk bermimpikan adik.

Entahlah..mummy berharap adik sedang berada didalam keadaan yang aman, damai dan tenang selalu bersama roh-roh anak yang lain di bawah jagaan Nabi Ibrahim...

Satu Kota D'sara daddy pusing carik tempat utk sarapan..semuanya tak berjaya menambat hati.. semua hambar...akhirnya kami berhenti saja dimana2....mummy tak tahu nak makan apa....mummy hanya teringat akan adik...mata mummy merah..mummy perasan semua org pandang mummy...mungkin diorang ingat mummy baru lepas bergaduh dgn daddy. Lantaklah.

Mummy terpandang satu meja..ada 3 orang...ibu , bapa..dan seorang bayi perempuan sebaya Alanna...duduk dlm babychair. SiIbu duduk jauh dari bayinya...diam...makan sambil tengok tv. Sibapa yang sibuk melayan dan menyuapkan anaknya.

Mummy terpandang wajah anak itu..cowh..rupanya anak itu ada masalah dengan bibirnya..cleft lip or palate (sumbing)...mummy jatuh kasih dengan anak itu... entah mengapa mummy seakan terpandang Alanna apabila mummy terpandangnya.Hati mummy menjadi bertambah sedih...airmata mummy jatuh berderai-derai seperti orang yang kena cerai...mummy rasa macam nak ambil bayi itu dan mencurahkan sepenuh kasih sayang padanya...tp siapalah mummy...mummy hanya mampu untuk mengintai anak itu dari jauh..

Sudahnya mummy tak dapat nak makan.. roti sardin mummy terbiar begitu sahaja... kerinduan pada Alanna semakin membuak2... mummy menangis lagi teresak2.. walaupun daddy diam..mummy tahu daddy juga sedang sedih dn menangis di dalam hati... daddy tidak marah tetapi daddy bangun dan mengambil segengggam tisu... selang 2-3 minit mummy akan mengerling ke arah bayi itu lagi...mummy cuba untuk menahan diri agar tidak memandangnya dengan kerapbimbang bapanya pikir bukan2 kerana anaknya begitu.Mummy faham perasaan ibubapa kepada anak2 superkids mcm ini kerana mummy pernah menjadi sebahagian daripadanya... tp entahlah mummy rasa sayang padanya.

Selama ini sejak kehilangan Alanna, walaupun mummy selalu ingin melepaskan dengan memangku bayi2 comel, tembam.. sihat..normal... akhirnya mummy sekadar memuja akan kecomelan dan ketembaman mereka sahaja.. tp berbeza kali ini... mummy jatuh kasih.. mummy jatuh sayang... kerana dari sinar matanya mummy ternampak akan sinar mata Alanna.

Dan mummy ingin sekali menghampiri kedua-ibubapanya.. bersalaman.. dan berbisik,
"..saya juga pernah memiliki seoarang anak yang amat istimewa... sabarlah.. pasti ada hikmah disebaliknya...." :) akan tetapi ianya tidak mungkin akan kesampaian..kerana mummy bimbang mereka akan menyangka mummy busybody dan gila.muahahahha.

Sudahnya..untuk mengubat kesedihan dihati mummy, daddy bawa mummy jauh ke hujung dunia...Putrajaya :)... jauhnya mummy rasa... daddy tahu nak temukan mummy dgn siapa...
siapa lagi kalau bukan keluarga kami..nanti kami dapat mengubat kerinduan kami pada Alanna.

Kami ketemu sama Aiman, Alisya...Habib...owh... sungguh mengubat rindu... suka duka kami tempuhi bersama... pandangan hambar....pandangan kagum...pandangan jelik... itu sudah biasa...

dan walaupun kami sudah tidak punya Alanna lagi ... tapi kami tetap bangga apabila bersama2 dengan mereka...biarlah orang lain nak kata apa... Ini adalah kenyataan...semoga mereka sedar bahawa sesiapa sahaja boleh mengalaminya.... Thanxs to Superkid's club..U made my day!!!

Lihat sahaja gambar2 ini... kami amat bersyukur dan berterima kasih di atas segala pemberianNya.Amin.
















Ummi...abaikan sahaja mata2 yang memandang...anggap saja mereka terpegun dengan ketabahanmu membesarkan Alisya yang sungguh istimewa di mata kami.

Friday, June 25, 2010

and I guess I never told you...I'm so happy that you're mine


Bahagianya rasa apabila...pokok adik Nun..sudah mula berbunga...Pasti 'pemiliknya' merasa gembira....sayang adik..muah!!!

Terlalu banyak kenangan indah diwaktu Subuh..kerinduan ini tidak akan terubat..perit pedih tanggung derita..ya tuhanku hanya pada mu tempat aku mengadu segala rindu.mampukah aku tempuh seribu tahun lagi dengan segala kerinduan ini..

Alanna..kau mengajar dady erti kesabaran.. yang dulunya dady seorang yang panas..
Alanna..kau mengajar dady erti kasih sayang.. yang dulunya hanya bersifat memilih..
Alanna..kau mengajar dady kesederhanaan.. yang dulunya dady alpa dan leka dengan nikmat dunia..
Alanna..kau mengajar dady erti menghargai.. yang dulunya dady hanya berkepentingan..
Alanna..kau mengajar dady erti segalanya..

Maybe I didn't treat you..quite as good as I should have
Maybe I didn't love you..quite as often as I could have
Little things I should have said and done..I just never took the time

Maybe I didn't hold you..all those lonely, lonely times
And I guess I never told you..i'm so happy that you're mine

If I made you feel second best..girl I'm so sorry I was blind

Tell me, tell me that your sweet love hasn't died..give me, give me one more chance to keep you satisfied, satisfied

Little things I should have said and done..i just never took the time
You were always on my mind

Alanna..kau mengajar dady erti kehambaan kepada Ilahi..setiap zuriat yang lahir kedunia ini adalah rahmat dan tanda kasih Maha Pemurah kepada hambanya..

"KITA TIDAK AKAN TAHU APA YANG DIBAWA OLEH BAYI SEKECIL ITU..APAKAH UTUSAN YANG HENDAK DISAMPAIKAN KEPADA IBU BAPA..SAYANGILAH DIA SEBAGAI SATU NYAWA..TIDAK KIRA SEBURUK MANA PUN DIA..SEGALA KEJADIAN ITU ADA RAHMATNYA..ANDAI TIDAK SEMPURNA SEKALIPUN..TUHAN MAHA MENGETAHUI..TIADA CACAT CELA SEDIKIT PUN CIPTAANNYA..YANG CACAT HANYA PEMIKIRAN KITA..KERANA YANG BAIK SEGALANYA DARI ALLAH..YANG BURUK ITU MANUSIA YANG CIPTA.."

Anak Itu Kupu kupu Syurga
Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar
kanak-kanak atau kupu-kupu syurga.

Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya
seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah.
Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas
tubuhnya.
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat
syurga.
Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung
kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanakkanak.
Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan
kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya
mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama .
Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung
tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan
anaknya itu turut diperolehinya.
Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;
"Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku
cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."

~Dady~

Tuesday, June 22, 2010

Warkah dari Laura...

Pagi tadi..Mummy dapat sesuatu melalui seorang kawan Bebe Sahidi di facebook...a letters from a friend of her.. Satu warkah yang amat menyentuh hati mummy, dari seorang insan yang bernama HATI...

Something for you …

A wise friend used to tell me; ‘write for a reason’. I never fully understood what her point was but when I started writing, I realize that through writing you could accomplished a lot of things. Through writing you could convey a lot of hidden messages, feeling and even emotions. And through writing too, you can get away with murder. As people quoted a lot of time: pen is mightier than swords.

Lately I’d been following bloggers in the internet world. For those of you who are not aware of blogging- it’s simply a diary but it’s pasted for the whole world to see. Most of these blogs featured their personal life but usually, I end laughing my heads off as most of it is ridiculous. Then one day, a friend of mine posted something on her facebook’s wall- [the same wise friend that told me to write for a reason] –

Bebe sahidi- her journey of life touches my heart in every possible way... my prayers are always for u...... Dear BABY ALANNA QISH, my biggest regret in life is not being able to see you, to touch you and to hold you.... but u have placed yourself in my heart and will always remain there... even when ur life now is hanging on a s...ingle thread, u have not failed to touch millions of hearts...... *sniff*

- I was intrigued but I didn’t ask her for more details as I didn’t want to intrude her privacy… Then a few days later: another message was posted on her wall

Bebe Sahidi- Alfatihah buat baby ALanna Qish.... - angel from heaven..... *sniff* [penderitaan mu sudah berakhir- bersemadilah dengan tenang....]

And this time it got my attention. So I stalked her face book and noticed that she had been following this Malaysian blog: mayyonnizz. blogspot.com and to some extent this blog had deeply touched her. This friend of mine is usually not interested in blogging and she seldom reads the internet. Her life centered around her families and her workload and the only time she’s on the internet is for her face book- online shopping and for her to be so intrigued and engrossed in this blog aroused my curiosity. Thus, I decided to find out myself what is so special about this Alanna baby that make my friend mourned over the loss.

It turned out to be the most special blog ever. I was so touched by Ayu’s writing that now I understand what my friend had told me earlier: Write for a reason!!!

Ayu had successfully managed to describe the precious moment in Alanna’s life. The journey of this baby is truly amazing and I would give a 5 star rating to this blog because it does not only teach us the value of love, but it teaches us to appreciate things and people surrounding us. Ayu does not only open up my eyes but millions of others as well, and it was through her writing that I understand the true meaning of love and sacrificial.

I wish her all the best in her future and I hope that times would eventually heal her wounds. I hope she would keep on updating her blogs because her blogging writing is one in a million.

Sincerely,
Laura Adam Mohammad
Lincoln
United Kingdom

------------------------------------------------------------------------------------

Dearie, Laura

Im speecless..im not an author..but im just a humble mother..just an ordinary mother..Some mothers are kissing mothers ,some are scolding mothers, and also some are kicking mothers :P...

But it is love just the same, and most mothers kiss and scold together.I did scold Alanna when she couldn't sleep @ nite..coughing all the nite..when she's vommiting...not becoz i'm sick of it..but i just cant stand seeing her in pain.. but then after all..after i knew that she is ill.. i couldn't stop blaming my self.

Alanna is a neverending song in my heart of comfort, happiness,sadness and being. I may sometimes forget the words (im sure i will not) but I always remember the tune.
I hope she will be the princess in a bedtime story for all mothers to their precious child.

If u were a mother of Alanna or a sick child, maybe, u also wud create sumthing for them.Something to remember becoz deeply in ur heart u know it..u gonna loose her..

When you are a mother, you are never really alone in your thoughts.I didn't write for names,glams or fames...but its Alanna it self.She keeps on telling me what to write..She gave me her soul at the moment she comes.And even she's gone...she had left sumthing..sumthing to be proud off..

And im proud of being her mother.Alanna Qish's mother.:)

Thanxs, Laura.And i think Alanna wanna say thank you too, for ur cares and luvs.

Take care!!!

♥♥♥ Ayu ♥♥♥


*Sinar mata, dalam koma.

p/s-thanxs to Bebe Sahidi sebab jadi unqualified Posmen..pls dun mind my grammar..muahahahaha

Selamat hari bapa Buat Aku...




I could stay awake just to hear you breathing
Watch you smile while you are sleeping
While you're far away and dreaming
I could spend my life in this sweet surrender
I could stay lost in this moment forever
Every moment spent with you
Is a moment I treasure

Don't wanna close my eyes
Don't wanna fall asleep
'Cause I'd miss you, baby
And I don't wanna miss a thing
'Cause even when I dream of you
The sweetest dream would never do
I'd still miss you, baby
And I don't wanna miss a thing

Laying close to you
Feeling your heart beating
And I'm wondering what you're dreaming
Wondering if it's me you're seeing
Then I kiss your eyes and thank God we're together
I just wanna stay with you
In this moment forever, forever and ever

+ apa lagi yang mampu dady lakukan selain menatap gambar alanna,tiada sesaat pun tidak terbayang wajahmu
+ apa lagi yang mampu dady lakukan selain menyimpan puting kesayangan alanna..agar dady dapat rasa yang sama seperti mencium alanna
+ apa lagi yang mampu dady lakukan selain menyimpan kemas baju melayu dan seluar yang dady pakai semasa kali terakhir kita berjumpa ,ketika menghantar alanna ke ‘rumah baru’.
+ apa lagi yang mampu dady lakukan selain menziarahi alanna setiap kali balik dari kerja..kebetulan jalan yang sama ke ‘rumah baru’ alanna..
+ apa lagi yang mampu dady lakukan selain duduk dikerusi merah dirumah sambil terkenangkan masa bersama alanna, dady dodoikan alanna sambil mendengar alunan ustaz zul, lagu-lagu alanna, pagi dan petang selagi alanna tak tidur, selagi itulah alanna mahu dibelai dan dimanjakan.

= Namun semuanya tidak akan terubat rindu dady pada alanna..dady amat rindukan alanna..seksanya rindu ini

= Walaupun dady xpernah sempat sambut Hari Bapa dengan alanna, tapi dady rasa amat bertuah kerana diberi kenikmatan yang sungguh agung kerana Alanna adalah anak dady..dady orang pertama sambut alanna kedunia ini selepas mumy, dan dady orang terakhir menghantar alanna dari dunia ini selepas mumy..

= Terima kasih buat alanna, kerana beri senyuman terakhir..semasa alanna hendak dimandi dan dikapankan..senyuman itu sungguh manis..Alhamdulillah wajah dan tubuh alanna dipelihara bersih oleh Allah, seolah sebagai tanda, alanna akan dipelihara Penciptanya selamanya..

Kini hanya mumy dan nadim peneman setia dady..
Al-Fatihah untuk puteri kesayangan dady.
Salam rindu buat Alanna.

~Dady~

video
Adik sembang dgn daddy...:)

Friday, June 18, 2010

Dikala pintu telah terbuka...



Salam,

Lamanya ku tunggu seru...sejak dari akil baligh seusia 13 tahun sampai sekarang baru seru nak datang...Huhu..nasib baik pintu kubur tak hantar seru dulu...Tak sangka aku menghantar anak aku dulu..sebab ramai yang ingat anak2 kita yang akan menghantar kita ke sana...itulah sebaik-baik kejadian yang akan menyedarkan kita tentang kekuasaan Allah S.W.T.(Ya Allah kau panjangkanlah umur ku lagi..aku ingin sekali melihat Nadime membesar bagai Juara.Amin)

Kalau nak dipikirkan wujud ke apa yang dipanggil seru itu? jawapannya Tidak.
Sebenarnya didalam diri ini yang masih tidak bersedia.Boleh pulak nak kata belum bersedia pada sesuatu benda yang hukumnya wajib.

Entahlah..ibubapa dah marah2 dan selesaikan amanahnya.~Masih tak pakai.

Ustazah dekat sekolah agama dulu dah warning.~Masih tak pakai.

Daddy Nadime suruh pakai.(tapi tak paksa..sporting giller tp nanti menjawablah yer..)~Masih tak pakai.

Janji nak pakai bila anak dah nak masuk 2.~Masih tak pakai.(tp Alhamdulillah dah kotakan janji)

Dah akui mmg cantik & manis sangat bila tengok sesiapa saja yang bertudung.~Masih tak pakai.

Dah tahu akan azab dan balasannya.~Masih tak pakai.

Jadi nak salahkan siapa...

Bila ada yang mengambil berat bertanya.. terutamanya kedua orang tua dan rakan2 yang sudah sampai seru.."Bila nak pakai?... jawapannya; senyum.. dan nantilah..
Nantilah apa? Bila tanya dalam hati.. tak tahu nantikan apa..seriyes tak tahu.. dalam kepala fikir macam2 alasan..pastu macam2 alasan yang keluar..

1. Tak ada baju yang sesuai...semua ketat dan lengan pendek.
2. Tak ada tudung ..selai pun xde..(i mmg tak pernah beli tudung..i beli selendang je)
3. Belum puas nak vouge..(kang dah pakai tengok org lain vouge terasa nak vouge jugak)
4. Muka bulat lah..nampak tua bila pakai tudung....(tak bersyukur dengan anugerah tuhan)

dan alasan yang paling glamour sekali ialah...

4. Alahai seruNya tak sampai lagi.(jahil sangat ke lambat sangat nak sampai seru)


Dulu pernah tanya husband..

"Cantik tak i pakai tudung??" - "Cantik!" - "Alah. i tahu u memang nak suruh i pakai tudung tuh sebab u cakap cantik!"-Pulak dah...kalau hati dah taknak tuh..cakaplah apa pun..memang tak nak punya.

Mungkin juga aku tidak dibesarkan dalam keluarga yang terlalu berkeras dan memaksa.
dah nak salahkan keluarga pulak.Mak, kakak-kakak semua pakai tudung.

Entahlah kalau nak diimbas memang terasa 'rendahnya' dulu......sebab tidak pernah diuji sekuat ini..bila sudah diuji baru tergadah ..terus tersedar dari mimpi yang mengasyikkan...ilmu tuh tak datang bergolek kalau kita tak cari..tak baca..sebenarnya tiada kemahuan..

Pernah terbaca tak tentang kematian dan kelahiran?? Kematian seseorang sebenarnya adalah suatu kelahiran pada insan lain, pada sesiapa yang mengalaminya.. Sesiapa yang pernah merasai kehilangan seseorang..lebih2 lagi anak sendiri...ataupun ibubapa pasti memahami apa yang saya maksudkan. ..

Pengalaman memandikan jasad yang terkulai, tidak berdaya...kosong tidak bernyawa..tidak ada apa lagi yang boleh disesalkan disaat itu..masa yang pergi takkan boleh dibeli lagi walau setinggi mana harga yang dipertaruhkan...apa yang kita buat itulah yang kita dapat..Time's up! teringat lagi kata ibuku.."Ayu, kita nanti macam nilah nanti..sorang2..pergi nak mengadap tuhan.."
Sungguh tak terkata....telan air liur jer..Subhanallah.

Apatah lagi mengenang saat untuk dikapankan.. akan tiada lagi pakaian yang vouge2 yang selalu kita idam2kan..Diri sendiri pun sudah tidak berdaya lagi untuk menyarungkan pakaian.. dan beberapa potong kain putih itulah yang menjadi pakaian akhir kita untuk pergi menghadap Allah S.W.T yang akhirnya akan menentukan nasib kita. Masih terngiang2 lagi kata makcik yang mengkapankan jenazah adik nun.."kesian dia, belum sempat mak dia nak pakaikan butang emas, makcik dah ikatkan dia dengan butang ini yer.." sambil mengikat tali di leher baju kapan adik nun.Sungguh manis adik nun bertudung....sungguh cantik sekali...adik nun senyum..bila aku tengok dia..aku nampak aku...oh..tidak syak lagi!! aku juga ingin kelihatan manis sepertinya di saat2 indah itu...100% sudah terbuka...luas terbuka..

Aku berbesar hati membuat pengakuan ini.. tiada perasaan yang indah selain benar2 indah apabila merasakan sudah masanya aku berhenti di simpang itu dan mencari jalan yang benar..
sudah tidak ada masanya untuk aku mencuba semua simpang yang ada apabila sudah tahu itulah jalan untuk menuju kepadaNya..

Ternyata apabila hati sudah mula memahami, mengakui..dan yang paling penting , PERCAYA akan janji-janjiNya..semua alasan sudah tidak berguna lagi.Dan hati ini sudah tidak sabar2 untuk melaksanakan apa yang tertangguh dulu.

Meskipun belum sempat bershopin baju yang senonoh..dengan adanya sehelai dua baju lengan panjang didalam almari pun sudah cukup untuk diganti pakai.Sementara menanti ke kedai untuk membeli baju baru.

Meskipun belum sempat memborong tudung, sehelai tudung pinjaman kakak ipar sudah cukup untuk dibuat alas menutup aurat.Sementara menanti adanya masa ke Jalan Tar untuk membeli sehelai dua lagi.:)

Pokoknya..hati biar ikhlas..dimana ada kemahuan pastinya terbuka semua jalan.Tidak ada sesiapa yang memaksa.

Syukur kutemui jalan itu sendiri.
Syukur aku telah dapat apa yang ingin disampaikan melalui adik.
Syukur aku tidak terlepas pandang.
Syukur kau masih menyayangi aku.
Syukur kau tidak lupakan aku..walaupun seringkali aku terlupa akan Mu.
dan akhir sekali syukur aku masih belum terlambat...

Al-Fatihah untuk adik yang pernah hadir dan membawa sinar dalam hidup ini.Besarnya pengorbanan adik hingga sanggup berjanji untuk mengorbankan diri semata2 untuk menyampaikan sesuatu di muka bumi ini.Mummy harap hati adik berbunga riang apabila melihat mummy 'yang baru' dari sana.Terima kasih adik.



Amin.



tengok tuh..Abg Nadime juga dah kena tempiasnya..nauzubillah yer Nadime.

p/s- tapikan tidak semua yang freehair tuh tak baik dan jahil begitu juga sebaliknya...dun judge a book by its cover..semua orang miliki keistimewaan masing2.Mungkin mereka masih tercari2 masa yang selayaknya.Cuma apa yang terjadi kepada diri saya mungkin dapat dijadikan teladan kepada semua.



Thursday, June 17, 2010

Puisi Buat Mummy....Indahnya Kematianku..

Mummy,

Selimuti tubuhku, kerana ia sedang berjuang melawan sakratur maut..

Tutupkan kedua kelopak mataku, agar aku dapat tenang dari sakitnya deritaku...

Aku teramat lelah menantiMu, hingga waktu menjemputku ke alam yang membebaskan dari penderitaan duniawi ini..

Mummy, aku juga teramat lelah dengan perasaan sedih meninggalkanmu..

Aku teramat khuatir saat engkau teramat jauh padaku, hingga kini kukhabarkan perasaan diriku yang telah melepuh , kemudian sakitku bertambah hingga malaikat maut telah datang untuk membebaskan deritaku.. dan jua deritamu...

Mummy, aku tahu kau takkan menangis lagi..

Buanglah jauh-jauh tangis dusta mu

Aku tahu kau takkan pernah menangisi kehilanganku....

Kerna kau tahu aku telah meninggalkan sesuatu buatmu...

Kerna kau tahu aku akan sentiasa menantimu...

Wednesday, June 16, 2010

Puisi Buat Alanna..

Salam,

Dikala ini kehilangan dan kesedihan adalah hak aku...
Tiada siapa yang dapat merampas atau merubah apa yang aku rasa...
kecuali meminta untuk berkongsi seketika..

Jika dulu dia derita, dia sengsara..
mereka-mereka datang dan pergi....
Silih berganti....
yang tinggal hanyalah aku, dia dan sakitnya...

Tapi setelah dia tiada lagi...
mereka tetap datang dan pergi...
Silih berganti....
yang tinggal hanyalah aku dan pusaranya...

Walau seketika hadirnya..
Beribu yang terkenangkannya...

Walau sendirian datangnya...
Beribu yang mengiringi kepulangannya..

Wasiat mu bukanlah harta..
Hanya senaskah keinsafan yang amat berharga..

Baru kini kutahu..
Mengapa sejuk perutku mengandungkanmu...

Tidak ku sesali...
Tapi aku masih belajar untuk mengerti...

Aku bukan menangis...
Tapi aku sedang berjalan di dalam hujan...

Kehilanganmu kini menghijrahkan aku kepadaNya...
Kerinduan kini milik aku selamanya....

Tuesday, June 15, 2010

Plumeria Buat Adik...

White Plumeria / Kemboja Putih

Salam,

Berbunga2 dalam hati ini, apabila segalanya sudah terlaksana.
Bukan niat untuk mencantikkan...sekadar mengukirkan tanda dan sebagai teduhan buat adik.
Walaupun mummy tahu adik pastinya sudah mendapat teduhan yang lebih membahagiakan..

Akan tiba nanti di suatu masa... Plumeria ini akan mengharum setelah berbunga..
Pastinya mummy berbahagia jika melihat ianya berbunga putih, suci...sesuci adik yang mummy kasihi..

Dan akhirnya bunga2 suci ini pastinya akan gugur jua...seperti adik yang telah gugur dijemput tuhan yang maha Esa..dan bunga2 yang gugur ini bakal menemani adik di pusara... tapi yang pastinya ia tidak seindah permandangan adik di taman syurga...

Datanglah dlm mimpi2 mummy sayang....saban malam mummy nantikan...:(











Al-fatihah.Amin.

p/s- haritu ziarah kubur adik..adik baru dapat 2 kawan baru... pagi tadi pergi ziarah adik.. adik dapat 2 kawan baru lagi...cepatnya adik dah dapat kawan ramai...baru sepuluh hari adik pergi..mmg benarlah kematian datang menjemput kita pada setiap saat.. mesti ibu2 kawan adik tengah sarat merindui anak2nya..sebagaimana mummy merindui adik... tabahlah yer mommies2 yang diuji itu...Welldone mommies!!!

Rumah adik nun. - Abg nadime

Salam,


Abg pernah meminta untuk tidur dgn adik.. di hari2 terakhir adik..


Abg:Dik Nun.......! oh Dik Nun...................! Dik Nun.............!

Abg: Mummy..mummy..adik Nun ner?

Mummy: Adik Nun xde...dik Nun dh pergi syurga...

Abg: hah....dik Nun ner? mummy dik Nun ner?!! cuge?

Mummy: Adik Nun dh pergi jauh..Allah dah amik dia....adik Nun dekat rumah dia..

Abg: umah dik Nun tekat mane?? cuge?

Mummy:Rumah adik Nun dekat Syurga....

Abg: Mummy nak nenok umah adik Nun... mummy dom! dom! gergi umah adik Nun.

Mummy:Nanti kita ajak daddy pergi yer...abang kena makan nasi dulu..kalau tak makan nanti dik Nun nanes....

Abg: Haaaaah...nak akan cacik... Mummy dik Nun lalam lubang?!

Mummy: Iyer...nanti kita pergi tengok dik Nun yer...

Abg: okey...adik tatit...siyaaaaaaaaaaaan....adik Nun..:(

Mummy:Cepat baca doa untuk adik...

Abg: (menadah tangan dan memejamkan mata) ...........bla...bla...bla.....bla.......amin.

Abg: Mummy dik Nun ner???

Mummy: :) (kena sabar banyak2 yer....)


Setiap hari abg akan tanya adik... setiap jam abang akan tanya adik...setiap kali abg tanya mummy akan tunjuk gambar adik.... lepas tuh gambar kubur adik.... gambar adik...gambar adik sakit....

Abg baru 2 tahun... abg takkan igt semua yang berlaku sekarang... mummy pun dh tak ingat apa yang mummy buat masa berumur 2 tahun dulu... sebab itu setiap hari mummy tunjuk abg gambar2 adik...barang2 adik... supaya abg membesar bersama semua kenangan2 adik....

Sebab mummy tak nak abg terus lupakan adik... mummy nak abg sentiasa ingat adik....
kenangan bersama adik....sebab abg pernah ada adik...

Setiap kali abg tanya adik... mummy akan suruh abg berdoa untuk adik... mummy harap abg akan terus berdoa untuk adik.... juga doa pada mummy dan daddy bila kami sudah tidak ada nanti.

Jangan lupa ziarah kubur kami... seperti mana kita selalu menziarah kubur adik... semoga adik damai dan tenang di sana. Al-fatihah.Amin.




Walaupun adik hanya baring dan tidak mampu untuk bermain... setiap hari abg akan menyusun semua kereta2 kegemarannya di tepi adik...dengan harapan dapat menggembirakan adik.Sesungguhnya mummy tahu adik sedar dan mummy harap adik dapat merasai kasih sayang dari abg walaupun adik tidak pernah dapat bermain dan membesar bersama-sama.Kerna tuhan lebih menyayangi adik.

Monday, June 14, 2010

meniti hari-hari terakhir bersama Alanna

Facebook status : Syarul Salleh meniti hari-hari terakhir bersama Alanna..June 4 at 6:28am · ·

4/6/2010
Bermula dari hari itu dady dah mula rasakan masanya semakin singkat..hati dady mula tidak keruan..Pagi tu dady keluar niat hendak ke office..hujan renyai2..sejuk..dingin..fikiran dady kosong..dady keluar dari rumah menuju ke office. Tapi hati dady teringatkan Alanna..sampai di office dady patah balik..dady nak habiskan sisa2 masa bersama Alannadan terus menuju ke HKL..

Tapi dady singgah di masjid kuning..dady register khairat kematian untuk keluarga kita.Dah lama rasanya dady tangguhkan. Tapi pagi tu dady macam terpaksa. Hati mula pedih.Seolah-olah dady sudah bersedia 'menghantar Alanna pergi'..

Tiba di HKL, dady nampak Alanna terbaring lemah..dah 5 hari seperti itu..tiada sebarang perubahan..Alanna semakin pucat..mereka memberi pilihan, hanya menunggu masanya di situ, ataupun membawa Alanna pulang ke rumah.. sama seperti sebelumnya dady sememangnya tidak masih terdaya untuk memberi jawapan..

Cuma dady beritahu mumy, biar dady yang putuskan..agar mumy tidak rasa bersalah nanti..sepanjang hari dady bersama Alanna..memang dady amat mengharapkan Alanna kembali senyum seperti biasa..ketawa sengih seperti pagi-pagi yang lepas terutama masa dady timang2 Alanna sebelum ketempat kerja...tapi ternyata Alanna hanya semakin lemah..

Petang tu tergerak dady suruh mumy tengok pampers alanna..tergamam buat seketika, bila mumy buka pampers, Alanna berak seperti bayi yang mula-mula lahir..najis berwarna hitam pekat...meconium...banyak..adakah tu tandanya...sebak...bagaikan semakin benar apa yang dady jangkakan..

Malam tu dady bacakan yasin banyak-banyak untukAlanna..sesekali dady bisikkan qamat di telinga Alanna..nurse yang bertugas pada hari tu semua datang melawat Alanna sebelum balik..semua sayangkan Alanna..semua ucapkan selamat tinggal kat Alanna..takut tak sempat..

Hari semakin gelap..dady dan mumy menemani alanna..sambil berkira-kira persoalan yang belum terjawab..akhirnya kami terlena..disisi puteri yang amat dicintai...

5/6/2010
Dady tersedar jam 4 pagi..dady pangku Alanna, sayu...sunyi....hanya bunyi nafas Alanna turun naik perlahan..amat perlahan..shallow..dalam samar2 cahaya lampu....dady puaskan hati dady merenung buah hati dady..Alanna nyenyak tidur hingga subuh..wajah Alanna tenang, bersih..

Dady baringkan kembaliAlanna di katil..dady menuju ke surau untuk solat subuh sambil mengharapkan Allah beri dady petunjuk..

Selesai solat .. hati dady berkata-kata mahu membawa Alanna pulang..ajal maut semua di tangan tuhan..pendirian dady sudah ditetapkan..Dady kembali kesisi Alanna..dady baca yasin tanpa henti...jam 9pg semua ahli keluarga datang..semua baca yasin..jam 9.30 dady suruh nurse tanggalkan semua jarum2..wayar2 yang masih tergantung dibadan Alanna..selesai semuanya, bantuan oksigen Alanna yang terakhir di tanggalkan..dady peluk Alanna kuat-kuat..dady tahu Alanna kuat..

Alanna memang ternyata kuat...Alanna selamat sampai di rumah..dady baringkan Alanna di ruang tamu..ramai yang menanti Alanna dirumah..seorang-demi seorang datang melawat Alanna..Alanna semakin kuat..seperti tiada apa yang berlaku..dady gembira..adakah Alanna kembali bertarung untuk hidup..dan kembali sihat seperti sebelumnya..Alanna mula menggenggam jari-jari yang singgah di tangan Alanna..ada sekali Alanna genggam erat jari dady seperti tidak mahu melepaskannya, seperti Alanna mahu dady duduk disisi dan tidak meninggalkan Alanna..sesekali Alanna angkat tangan menggaru-garu kepala seperti sebelumnya semasa Alanna sihat..namun terdetik juga di hati dady, bagaikan Alanna menantikan sesuatu...

Hari semakin gelap..ramai yang datang menjengah..semuanya meruntun nak jumpa Alanna..dady tahu Alanna memang nak balik rumah Alanna..mungkin Alanna lebih selesa dirumah..lega hati dady, keputusan yang dady buat memang tepat..Allah tetapkan iman dan hati dady..

Tapi persoalan yang dari pagi tadi masih tertanya-tanya..siapa yang Alanna nak jumpa..siapa yangAlanna tunggu..

Dady sms uncle khairy, kawan dady..dady bagitau dia, Alanna kuat..masih bernyawa..masih bersemangat..dady harap semangatAlanna kuat..dan Alanna kembali sihat..

Akhir sekali semua keluarga Alanna sampai juga..keluarga yang amat istimewa buat Alanna...kakak2 Alanna...Nabilah, Alisya, Aiman..semua ada..semua sempat melihat Alanna.. dan juga menyampaikan sesuatu pada Alanna...mungkin juga ianya adalah ucapan selamat tinggal...

Lebih kurang pukul 11mlm semua beransur..dah lewat..lepas semua balik..mumy pangku Alanna..mumy bersihkan Alanna..mumy salinkan pampers Alanna...Alanna berak najis hitam lagi...mungkin mummy tak sangka itu adalah kali terakhir mummy membersihkan pampers Alanna ... sambil menukar pampers...mummy tak henti2 memuji akan kekuatan yang dimiliki Alanna...dady ada disisi mumy masa tu.. Tiba-tiba Alanna mula tercungap-cungap..semakin lama semakin kuat..dady ingatkan Alanna hanya batuk macam selalu..tapi dady terpandang mata Alanna..mata Alanna lain sangat kali ini...

Ya Allah! berderau darah dady..Alanna dah nak tinggalkan dady..Mumy..abg Nadime...tokma..tokpa..semuanya...Dady kejut Abg Nadime yang sedang nyenyak tidur..untuk sama2 bersama Alanna di saat2 terakhirnya...Abg Nadime bangun tenang menghampiri Alanna.Abang Nadime diam...terduduk...dan tiba2 Abg Nadime menangis sekuat hati..seperti tahu dan tidak mahu merelakan....

Mumy peluk Alanna sekuat-kuatnya hatinya sambil melafazkan keredhoannya agar Alanna pergi dengan tenang.. berkali2 mummy membisikkan kalimah agung, kalimah shahadah di telinga Alanna...kami semua menangis dikeliling Alanna..semakin kuat mumy menangis..semakin kuat Alanna tercungap..tetapi lepas tu kembali perlahan..dan semakin perlahan...

Dady ambil Alanna dari mumy..mummy peluk abg Nadime yang masih menangis...dady peluk Alanna..Alanna belum senyum pada dady..walaupun itu yang dady harapkan dari hari sebelum itu.. nafas Alanna semakin perlahan..dan akhirnya Alanna menghembuskan nafas terakhirnya dalam pangkuan dady..

Selamat tinggal sayang....jauh Alanna nak pergi tinggalkan kami kali ini..dan Alanna tidak akan balik2 lagi... sekarang ni dady amat merindukan gelak tawa Alanna yang tak bersuara itu, dady amat rindukan tangisan alanna yang tersekat2 itu..dady amat rindukan Alanna..amat rindukan Alanna..amat rindukan Alanna...tiada penggantinya..Alanna sungguh2 istimewa..Alanna terlalu istimewa.....



Alanna Qish bte Syarulniza
(24/8/2009-5/6/2010)

~Dady~

Friday, June 11, 2010

Terima Kasih...



Salam,

Entry pendek ini adalah untuk menyampaikan sekalung penghargaan yang tidak ternilai dan ucapan jutaan terima kasih buat semua yang telah mendoakan akan kesihatan dan ketenangan arwah anak saya Alanna Qish bt.Syarulniza.Tidak kira melalui titipan penulisan mahupun sekadar sepotong doa yang lahir dari hati yang ikhlas.

Sesungguhnya hati ini tidak terperi apabila terbaca akan beberapa blog dimana entrynya dibuat khas untuk si bidadari Alanna Qish. Sungguh-sungguh tersentuh kerana ada jua insan2 dan ibu2 yang berhati mulia , sudi berkongsi dan merasai akan kehilangan ini.

Dan saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk bersama2 berdoa agar ibu-ibu sekalian mendapat rahmat 1000x ganda dariNya, jua dianugerahkan nikmat dan kesihatan yang baik beserta anak-anak yang solih dan solehah. Anda tahu siapa anda. :))

Al-Fatihah.Amin.


Terima kasih daun keladi,dari Alanna Qish Sang Bidadari...

http://yongnoina.blogspot.com/2010/06/alanna-kau-pergi-jua.html
http://puteri-nuur.blogspot.com/2010/06/alanna-qish-dia-dihati-saya-selalu.html
http://shahzurahabib.blogspot.com/2010/06/al-fatihah.html
http://umisofie.blogspot.com/2010/06/dia-telah-pergi.html
http://zamieda-lifeline.blogspot.com/2010/06/salam-takziah.html
http://mylife-asz.blogspot.com/2010/06/doa-utk-alanna.html
http://mylife-asz.blogspot.com/2010/06/dia-sudah-tiada-al-fatihah.html
http://itafed.blogspot.com/2010/06/syurga-menanti-mu.html
http://chasingpelangi.blogspot.com/2010/06/terima-kasih-alanna-qish.html
http://ssasliza.blogspot.com/2010/06/al-fatihah-buat-alanna-seorang-bidadari.html
http://ssasliza.blogspot.com/2010/06/alanna-sayang-kaulah-bidadari-syurga.html
http://ssasliza.blogspot.com/2010/04/doa-ibu-buat-alanna-syg.html
http://kernakasihkita.blogspot.com/2010_06_01_archive.html#7281181703721659968
http://kernakasihkita.blogspot.com/2010_06_01_archive.html#4866399287455200424
http://mychallengesjourney.blogspot.com/2010/06/doa-buat-alanna.html
http://adrinaadi.blogspot.com/2010/06/numb.html
http://adrinaadi.blogspot.com/2010/06/my-prayers-are-with-you.html
http://adrinaadi.blogspot.com/2010/05/doa-buat-alanna.html
http://iamokayfornow.blogspot.com/2010/06/al-fatihah-diatas-pemergian-baby-alanna.html
http://surirumahjiwang.blogspot.com/2010/06/doa-untuk-alanna.html
http://surirumahjiwang.blogspot.com/2010/06/al-fatihah.html
http://sawsawlady.com/2010/04/30/doa-buat-alanna/
http://aminazneen.blogspot.com/2010/04/doa-buat-alanna.html
http://fiezwan-syakil.blogspot.com/2010/06/doa-buat-anakanda-alanna.html
http://fiezwan-syakil.blogspot.com/2010/06/doa-buat-anakanda-alanna.html
http://caulala.blogspot.com/2010/06/al-fatihah-buat-anak-kecil-ini.html
http://iburayna.blogspot.com/2010/04/doa-buat-alanna.html
http://iburayna.blogspot.com/2010/06/alanna-qish-peri-kecil-syurga.html
http://ceritapnut.blogspot.com/2010/04/kelebihan-dan-fadhilat-jumaat.html
http://azimahas.blogspot.com/2010/04/catatanpelangi-buat-alanna.html
http://azimahas.blogspot.com/2010/06/catatanbidadari-syurga.html



p/s- sudilah kiranya inform saya kalau ade mana2 entry yg saya tertinggal.. kerana saya pasti memang ada yang saya tertinggal.

Rindu tak tertanggung...

Salam,

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku


Adik..Sudah 6 hari berlalu..Tapi rindu pada adik terasa sudah tidak tertanggung lagi..Walaupun setiap hari daddy membawa mummy berjalan2..agar mummy tidak bersedih bersama semua kenangan kita dirumah..Namun dimana jua dan setiap apa jua yang mummy pandang akan mngingatkan mummy pada adik...

Dan setiap kali itulah mummy beristigfar... hanya ibu2 yang pernah kehilangan anak sahaja akan merasa apa yang mummy sedang lalui ini.Merindui seseorang anak kecil yang telah tiada.

Sesudah 6 hari mummy berjanji pada diri untuk tidak melihat kembali gambar2 adik.
Tapi pagi ini...mummy sudah tidak keruan...mummy amat merindui sinar mata itu.

Sinar mata yang amat mummy dambakan...Kerna dulu mummy pernah berdoa pada Allah agar mengurniakan mummy seorang anak perempuan yang mempunyai sepasang mata yang cantik...dan ternyata ianya dimakbulkan.

Dan kini hanya gambar2 sahaja yang dapat mengubat kerinduan mummy pada adik.. Sesungguhnya badan mummy menggigil dan terketar2 bila terlihat akan gambar2 ini..
kerana gambar adik seperti hidup...dan seolah2 adik masih ada disini..:(((

Al-Fatihah buat adik...



Adik 3 hari sebelum menjadi bidadari syurga...

Amin.

p/s- Kita Redho apabila kita fikir telah melaksanakan apa yang terbaik..
Tetapi, setelah kehilangan baru kita sedar bahawa kita masih belum puas.

Tuesday, June 8, 2010

Salam Terakhir ...Pelawat dari Syurga..



Salam,

Walaupun pagi itu hujan, mummy tahu hujan itu RAHMAT.

Walaupun adik tak cakap, tapi mummy tahu adik nak sampaikan salam terakhir dan ucapan terima kasih buat semua yang menyayangi adik..

Walaupun adik nampak tenat tapi mummy tahu, adik tersangat gembira nak balik rumah..

Walaupun adik hanya tidur disaat-saat akhir..
mummy tahu adik dengar dan rasa kehadiran mereka yang menyayangi adik...

Walaupun adik lembik tak sekejang dulu disaat-saat akhir, mummy tahu semangat adik masih kuat dan membara..

Walaupun adik letih tidak berdaya, tapi disaat-saat akhir adik masih mampu menggenggam jari-jemari mummy...

Walaupun tubuh adik bengkak dan kembang dek air drip berbotol-botol, tapi mummy nampak adik seperti chubby dan gebu seperti dulu...

Walaupun adik hanya terlantar, tapi disaat-saat akhir tubuh badan adik harum seperti Kasturi...

Walaupun muka adik cengkung dan pucat, tapi mummy dah nampak sinar 'NUR' yang terpancar...

Walaupun disaat akhir adik nampak tenang, seperti sudah sembuh..tapi mummy tahu ada sesuatu yang adik rahsiakan....

Walaupun detik itu...malam itu...kami menangis berteriak seperti anak2 kecil beramai-ramai... sehingga semua makhluk tuhan sekalian alam mendengar..dan turut bersedih...mummy tahu Allah tetap menginginkan adik...

Walaupun adik pergi dalam pangkuan daddy, mummy tahu adik sebenarnya tidak sampai hati untuk pergi dalam pelukan mummy....walaupun sudah sekian lama mummy menjaga dan menghadap adik semata2 untuk merasai saat2 terakhir itu..mummy redho..

Walaupun Mati itu sakit, tapi mummy lihat adik pergi dengan senyap dan tenang....
sehingga mummy pun tidak sedar adik sudah tiada lagi...

Walaupun mummy tahu..adik sudah tiada..tapi mummy Redho kerana mummy tahu adik telah menjadi Bidadari Syurga...

Walaupun mummy tahu adik tidak puas menyusu di dunia kerana mulut adik sedikit terbuka, tapi mummy tahu adik bakal menikmati air susu yang mengalir dari sungai2 di dalam taman syurga...

Walaupun mummy tahu adik tidak puas mengecapi kenikmatan dunia kerana mata adik sedikit terbuka..tetapi mummy tahu nikmat syurga adalah jauh lebih indah tak terkata..

Walaupun adik derita, adik sakit, badan adik lebam2 bekas jarum...tetapi sewaktu memandikan jenazah adik mummy lihat, Allah pelihara tubuh adik sehingga kelihatan seperti baru dilahirkan...

Walaupun itulah kali terakir mummy memandikan adik, tapi mummy tidak pernah melihat adik setenang itu..seseronok itu...wajah adik lebih ghairah dari abang nadime sewaktu bermain dengan itik2 di dalam basin...

Walaupun mummy tak sempat memakaikan adik dengan gaun2 yang indah dan berwarna-warni, tapi mummy kagum dengan keAyuan adik memakai serba putih..bertudung litup,
menutup aurat untuk pergi mengadap ALLAH S.W.T.

Walaupun mummy terpaku dengan keSUCIan wajah adik, anak perempuan mummy...
tapi mummy tahu adik cuma pinjaman dan tetap menjadi milik ALLAH S.W.T yang hakiki.

Dan...

Walaupun semua saksi menyaksikan keajaiban,keghairahan dan kemanisan adik tersenyum di saat2 akhir adik dikapankan,tapi mummy tidak hairan kerana mummy tahu adik sudah terlihat akan kedasyatannya nikmat syurga dan adik sudah tidak sabar2 lagi untuk kesana.

Anakku Sayang..

Pergilah kau mengadap ALLAH S.W.T...Pencipta mu..dan sekalian alam ini...
Zahir dan batinmu sudah cukup terseksa di dunia ini..
Itulah dugaan yang harus kau tempuhi untuk merasai nikmatnya syurga....


Bergembiralah sepuas-puasnya di samping para bidadari2 syurga yang akan sentiasa menimang mu...

Minumlah susu sekenyang-kenyangnya... kerana dahulu kau sentiasa haus dan dahaga..

Makanlah segala hidangan dan buah-buahan di syurga kerana kau dulu tidak pernah merasa nikmatnya kenyang...tidurmu diulit derita kelaparan...

Doakanlah kami agar dapat bersamamu di rumah yang Allah akan bina untuk kita berkumpul semula di syurga nanti....Mummy bersumpah walaupun mummy tahu diri ini dusta dan hina tetapi kerana Alanna jua mummy bagaikan sudah terasa akan kenikmatan indahnya Syurga, sesungguhnya mummy tidak sabar untuk bertemu Sang Bidadari Alanna Qish mummy yang jelita...Akhir sekali terima kasih Alanna kerana membuka pintu hati mummy yang telah sekian lama terbiar dan usang...

Ya Allah, aku bersyukur kerana kau telah mengutuskan kami seorang PELAWAT DARI SYURGAMU.


Amin.

Saturday, June 5, 2010

Alanna Qish telah kembali ke rahmatullah..


Salam,



Hari ini Sabtu, bersamaan 5 June 2010, Alanna Qish telah kembali ke Rahmatullah....
Dari Dia kita datang ..kepadaNya jualah kita kembali....
Semoga roh anakanda Alanna Qish akan dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang terpilih dan beriman..Al-fatihah.Amin Ya Robbal Alamin.....



Lenyaplah segala penderitaanya....sengsaranya pasti dibalas Syurga.Pasti.

Friday, June 4, 2010

Salam sayang buat mu




Ya Allah..sungguh pedih mata ini melihat kau melawan penyakitmu sayang...bagaikan jantung terhenti bersama..apa lagi daya dady untuk menolong agar kau kembali tenang..walaupun dady redha zahirnya..tapi hati ini tetap tidak mahu melapaskan.terlalu pantas masa ini berlalu..berilah senyuman terakhir mu nak..sebagai pengubat rindu..agar dapat kita berjumpa lagi.maafkan dady kerana tak terdaya menolong..maafkan dady kerana tak sempat..maafkan dady sayang.hanya bacaan yassin dan doa mengiringi saat terakhir kau di dunia ini..Ya Allah..berilah kekuatan...

Followers