Asslammulaikum,
Saya terjaga dari tidur yg sangat lena, niat di hati ingin sekali mimpikan perbualan antara saya dan Alanna.Hati ini terlalu ingin berbicara sesuatu dengan Alanna.Kerana hanya melalui mimpilah hasrat gila saya ini akan tercapai.Saya terlalu ingin menanyakan padanya..Adakah dia bahagia bersama saya...
Tidak kesampaian, kerana saya terjaga.. Memang bukan mudah untuk kita bermimpikan seorang Ahli Syurga, walaupun dia adalah anak kita sendiri.Memang benar, selama ini saya tidak pernah diberi peluang untuk bermimpikan Alanna. Walaupun seharian fikiran saya terganggu memikirkannya...
Tapi sudahnya saya terjaga dek tangisannya yang tersekat-sekat.Bunyi nafasnya yang garau membuatkan saya tidak senang duduk.Dia seolah sukar bernafas.Lantas saya terus mengambil Suction Catheter, memetik suiz mesin..dan terus memasukkan tiub sution ke lubang hidungnya...die tidak melawan kerna dia tahu..saya akan membuatnya tidur dengan lebih selesa selepas ini.Cecair likat mengalir keluar dari lubang hidung terus ke tiub, laju dan akhirnya jatuh kedalam tabung kahak.Saya juga terasa puas.Puas dapat membantunya walaupun pada zahirnya saya seperti mendera anak sendiri.
Selesai menyedut separuh dari kahaknya..saya terus ke dapur untuk menyediakan susu.
Kasihan, Alanna lapar.Saya terlewat 1/2 jam untuk memberinya susu.Susu Alanna berjadual, kerana dia tidak boleh minum dari mulut.Kesian.
Selesai membancuh 120ml susu Enfalac AR(Antireflux) + Carborie + Cerelac, saya terus menuangkan bancuhan kedalam beg susu yang sedia tergantung ditempat tidurnya.
Saya sambungkan tiub susu ke mesin pam susu dan terus menyambungnya ke Feeding Tube yang dipakai Alanna melalui hidung terus ke perutnya.Mesin ini akan bergerak selama 3 jam..titik demi titik akan jatuh ke perut Alanna sehinggalah anak ini berasa selesa dan tidur kekenyangan.Selesai 3 jam susu..Perut Alanna akan dibiarkan berehat selama sejam, sebelum saya mengulangi rutin yang sama.
Melalui cara ini, Alanna akan mendapat diet yang seimbang, secukupnya, juga untuk menambah kembali sejumlah berat badannya yang telah hilang dalam sekelip mata.
Bayangkan berat Alanna kini hanyalah 4.5kg sahaja.Saya tidak sabar untuk menggomol Alanna yang chubby semula!!!
Tapi kesian Alanna, dia tidak dapat menikmati sedapnya susu seperti bayi2 lain. Dia tidak dapat merasa nikmat makanan dan minuman.Apa yang dia tahu..dia lapar dan tiba2 sahaj dia menjadi kenyang.Tapi setiak kali Alanna susu..saya akan pastikan puting disumbat ke mulutnya untuk dikemam..agar ada kaitan.
Alanna bukan sudah lupa untuk menghisap susu dari botol, tetapi Gaucher Desease telah menyebabkab dia mengalami Bulbar Palsy dimana pada gangguan ini saraf mengendalikan otot mengunyah, menelan, dan berkata adalah terlibat dan merosot mengakibatkan Alanna tidak lagi dapat minum susu seperti dahulu.
Kesulitan menelan, atau menelan air liur sendiri akan seringkali menyebabkan ia masuk ke ke dalam paru-paru (aspirated), akan menyebabkan cekikan atau sumbatan dan meningkatkan risiko pada pneumonia. jadi tidak hairanlah mengapa Alanna sudah 3 kali berturut terkana pnemonia.
Untuk mengelakkan perkara ini terjadi lagi maka, Alanna harus makan dan minum melalui feeding tiubnya yang akan ditukar setiap 6 bulan.Walaupun pada mulanya saya tidak dapat menerima keadaan Alanna sebegini, akhirnya saya akur..kerana dengan cara ini sajalah Alanna dapat meneruskan kehidupannya.Terselit juga rasa happy, kerana melaui cara ini Alanna akan dapat sejumlah susu yang banyak dan amatlah berbeza jika nak dibandingkan ketika dia minum sendiri melalui botol..50ml pun susah nak habis, kerana Bulba Palsynya.yang paling menyedihkan adalah..setiap kali minum sendiri.. peratus yang tumpah meleleh keluar dari mulut adalah lebih besar dari yang masuk ke perut.Huhu.
Cepatlah masa berlalu, saya tak sabar untuk memakaikan Alanna gaun yang cantik2..apabila dia sudah tembam nanti.Buat masa ini Alanna masih muat memakai baju saiz newborn lagi.Terlalu banyak gaun2 cantik hadiah pemberian kawan2 mummy dan daddy yag masih belom dipakai Alanna.Kerana semuanya besar dan longgar.Semua gaun2 itu tersusun rapi di dalam almari Alanna, hanya menanti untuk Alanna gain weight dan sihat semula.Alanna pasti cantik apabila dirias nanti.
Dan kalau boleh, mummy teringin sekali melihat Alanna berbaju kurung di pagi Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba tak lama lagi.Di musim Aidilfitri nanti, Alanna akan genap setahun..Alanna kini sudah masuk 9 bulan.Cepatnya masa berlalu, sudah besar anak perempuan mummy ini.. barangkali kalau Alanna sihat,sudah pasti Alanna sudah mula asyik mengatur langkah seperti abang Nadime yang mula berjalan seawal 11 bulan.
Banyak sungguh permintaan mummy kali ini..semoga Allah makbulkan satu demi satu sehingga mummy berkesempatan untuk melihat segala yang dihajatkan.
Amin.

Disuatu ketika dulu,Alanna Qish yang montel..