Adik..hari ni sudah..genap...
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40...........hari adik pergi.....hari boleh dihitung dik..tapi kerinduan ini?
airmata ini..? kalau dulu mummy jalani 40 hari dlm kegembiraan kerana melahirkan adik...dan walaupun 40 hari itu perit untuk dihabiskan kerana harus berpantang, namun dengan kehadiran adik disisi telah menenggelamkan segala rasa kesakitan itu...
Tapi kini mummy terpaksa meredah 40 hari lagi ...bezanya kali ini tanpa adik..
bukan tanpa adik disisi..tapi tanpa adik didunia ini lagi...buat selamanya...
Hari2 yang sungguh perit dan menyakitkan...mummy masih lagi terasa akan syahdunya saat mummy memangku dan mendodoikan hangat tubuh kurus adik sambil menyanyikan lagu 'Selawat' nyanyian Siti Nurhaliza..
Mummy tahu adik amat suka akan lagu selawat itu..kerna setiap kali mummy nyanyi adik akan diam dan termenung...sambil jari jemari adik merayap perlahan-lahan...
tersekat2 di wajah mummy.. adik ingin menyampaikan rasa kasih sayang adik pada mummy... adakalanya adik hilang arah....tak tahu dimana letaknya wajah mummy....barangkali pandangan adik kabur...dan pabila mummy suakan keduanya..
jari adik akan tetap terus berada diwajah mummy sampailah adik terlena...
Sebentar td sedang asyik mummy terleka dengan lagu Selawat yang dipasang oleh kawan mummy ... sehingga mummy tidak sedar tubuh mummy ikut sama berayun kebelakang dan kedepan seperti sedang mendodoikan adik...Dan dikala airmata yg sudah lama berkaca ini jatuh berderai barulah mummy tersedar yang adik sudah tidak ada lagi dalam dakapan mummy....
Sungguh bisa lagu Selawat itu... dan lagu itulah kerap mummy pasang berulang2 setiap hari di pejabat dulu...ketika fikiran dan hati mummy tidak keruan apabila memikirkan tentang nasib adik yang tiba2 dirundung malang...mendengarkannya hati jadi tenang... jiwa mummy menjadi lapang..
Mummy tidak tahu mengapa mummy masih lagi bersedih dan merasa kasihan kerana kehilangan buah hati yang selama ini menjadi tumpahan rasa kasih sayang.Bukankah sepatutnya mummy harus merasa bahagia. Mengapa?
Kerana sudah pastinya ada Syurga Buat Alanna. Justeru itu..Alanna lah yang sepatutnya merasa kasihan kepada mummy..
Sebab belum tentu mummy masuk syurga...kerana masih belum sampai ajal mummy...belum ketahuan apakah mummy akan mengakhirkan hidup ini dengan husnul khatimah atau tidak.Walaupun mummy tahu mummy masih belum layak ...tapi amat berharap untuk dapat meraih syurga Allah SWT dan bersama dengan adik dan anak2 mummy yang lain.
Adik...adik telah pun pergi sebelum baligh..adik kini adalah anak-anak yang abadi..adik kini adalah wildanun mukhalladun.
Adik... dikelilingi oleh anak-anak muda yang tetap muda (QS. Al-Waqi’ah: 17)
Dan mereka dikelilingi oleh anak-anak yang tetap muda. Apabila kamu melihat mereka, kamu akan mengira mereka, mutiara yang bertaburan. (QS. Al-Insan: 19)
Dan semalam mummy ada menerima satu mesej di FB, dari seorang kawan yg tidak mummy kenali..katanya die telah bermimpikan adik..adik sedang berlari2 dan bermain2 disana...adik memakai gaun mulus putih....rambut ikal mayang adik kini telah terurai
panjang... sungguh bertuah kawan mummy itu... mummy masih belum berkesempatan untuk menikmati detik itu..detik untuk adik hadir dalam mimpi mummy...
Mummy cuba memejamkan mata..cuba menggambarkan keriangan adik di Taman Rhaudah....namun tak tergambar sayang...lantas mumy google...:) dan mummy pun tersenyum...apabila terbaca akan...
“Arwah yang sedang duduk di kuburan itu mengenal setiap orang yang lawat, dan mendengar pembicaraannya. Dia mengenal saudara-saudara yang sama bergaul dan sama bermain dengannya di waktu masih hidup. Lalu ditegurnya, tetapi suaranya tidak
terdengar, dan tubuhnya tidak kelihatan. Kerana roh itu terdiri atas tubuh halus. Arwah itu mendengar perkataan orang hidup”.
--sungguh comel agaknya tingkah adik apabila menegur mummy& daddy setiap kali mummy dtg menziarah adik...entah mcmmm mana bunyinya yer..:) maafkan mummy.. mummy tidak dpt mendengar setiap yang diperkatakan adik...dan maafkan mummy jika adik sering lihat mummy menangis disisi kemboja adik...--
“Dianjurkan berziarah ke kuburan itu hari Jumaat. Kerana pada hari Jumaat itu biasanya roh berada di kuburnya”.
“Adapun arwah orang yang telah meninggal itu datang ke rumahnya atau berada di kuburnya itu pada malam Jumaat. Pada hari jumaat itu sehari-harian dia di sana, dan pada hari Sabtu setelah terbit matahari baru dia berangkat. Sesampainya dikubur itu
disunatkan berselawat, membaca Al-Quran, dan berdoa. Boleh menangis tetapi dilarang meratap”.
--adik yang ini mummy kurang pasti..kerana kebanyakkan petikan yg mummy jumpa menyatakan bawaha ..ruh tidak balik kerumah..dan tidak ada apa2 yang pasti tentang ruh..kerana ianya tidak pernah dinyatakan..dan ruh itu sebenarnya adalah urusan tuhan.--
“Lamanya di Barzakh itu ialah semenjak roh berpisah dari tubuh, semenjak meninggal dunia, sampai hari berbangkit”.
“Bagi orang-orang yang beriman di Barzakh hanya terasa sebentar saja”.
“Semasa di padang Masyhar, diriwayatkan bahawa anak-anak kaum muslimin yang meninggal dunia sebelum mencapai usia baligh, akan dizinkan memberi minum kepada ibu-bapa mereka. Anak-anak ini akan menyusup di antara orang ramai dengan membawa minuman untuk ibu-bapa mereka, sementara manusia ketika itu dalam keadaan dahaga yang luar biasa”.
“Anak-anak yang mati sebelum baligh menyambut ayah-bondanya di pintu syurga”.
“Anak-anak Muslim yang meninggal di waktu kecil, ertinya sebelum baligh di Barzakh dikumpulkan pada suatu tempat dan diasuh oleh Nabi Ibrahim. Setelah kiamat nanti mereka itu langsung dipindahkan ke syurga akhirat. Jadi mereka ini tidak mengalami
panas matahari, tidak melalui hisab, iaitu pengadilan di Mahkamah Rabbul-Jali. Tidak melalui mizan, dan tidak meniti Titian Shirathal-Mustakim yang terbentang di punggung api Neraka Jahannam itu. Mereka ini setelah dibangkitkan langsung dipindahkan
ke dalam syurga Jannatun Naim”.
“Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kepada ayah dan bondanya, lupa kepada kampong halamannya, lupa semuanya. Pada suatu hari nanti, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan
syurga, tiba-tiba ada malaikat memberitahukan: Hai Wildan (anak-anak yang mati sebelum baligh), lupakah engkau kepada ayah-bondamu? Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga. Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah-bonda
mereka yang selama ini mereka lupakan”.
“Lalu mereka ambil air untuk diminum, makanan dan pakaian, lantas mereka itu berlari-lari sambil menangis menuju pintu syurga”.
“Setelah terompet berbunyi, pintu syurga terbuka, maka sekalian orang berhamburan masuk ke dalam syurga itu, dan ketika itulah anak-anak ini sibuk mencari ayah-bondanya. Mereka berjalan ke sana-sini mencari tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis membawa minuman, pergilah mereka kepada malaikat menanyakan: Oh, Malaikat, mana ayah dan bondaku? Kata mereka sambil menangis”.
”Malaikat menjawab: Oh wildan, malang kamu, ayah dan bondamu terjatuh ke dalam neraka. Mendengar hal yang demikian maka anak-anak ini menangis dengan ratapan yang menyayat hati. Oh ibuku, Oh ayahku. Apakah kesalahanmu, ayah. Apa dosamu, ibu, maka
sampai terjatuh ke dalam neraka. Mereka menangis dan meratap”.
“Kata malaikat: Hai Wildan, jangan menangis, mengadulah kepada Nabi Muhammad SAW”.
“Setelah anak-anak ini mengadu kepada Nabi Muhammad, lantas Nabi mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkan orang-orang mukmin yang berada di dalam neraka itu”.
“Setelah bertemu dengan anak dipintu syurga anak yang meninggal di waktu masih kecil, yang menjadi kerinduan siang malam selama ini, aduh gembiranya tidak terhingga. Berfirman Allah SWT dalam Al-Quran:”
Pada hari itu mereka berjumpa dalam keadaan gembira.
(Ad-Dahr: 11)
Adik biarlah..40 hari..100 hari...atau sejuta ratus hari sekalipun...namun kasih sayang mummy tak akan pernah terpadam...malah semakin membara terhadap adik..
Owh hati..tabah dan bersabarlah...semoga akan tiba hari yg paling dinantikan itu.... adik doakanlah mummy agar tidak selalu leka... sesungguhnya mummy hanya insan biasa dan mudah lupa....
Al-fatihah buat adik...yg mummy sayang.Amin.
29 comments :
al - fatihah buat alanna..
ayu sabar ye
al- fatihah...
isi entry ini sangat mendalam... saya faham kerinduan yang puan lalui... dia akan tunggu puan di sana... percayalah... cume kita tak tahu bila kita akan bertemu dia... saya juga turut rindu putri saya yang saya langsung tak pernah jumpa... jadi saya faham apa yang puan rasa... menjaga dia, melihat dia membesar. Tak terungkap dengan kata2 sbb tiada yang fajam apa yang kita lalui..nangislah puan kalau itu boleh mengubati kerinduan itu...
Al Fatihah...
Buat Alanna.......
Al-fatihah tuk adik alanna...
al fatihah tuk adik nun
salam..kak..
byk2 b'sabar ya....
al-fatihah utk baby alanna...
nama yang comel n indah... seindah orng nye...
saya sgt terharu dgn entry ini buat kesekian kalinya..smg allah murahkan rezeki seorg lg cahayamata buat puan & keluarga.mungkin bukan pengganti alanna tp penyeri pengubat luka lara puan & keluarga.amin
ayu..air mata ini tidak pernah kering apabila membaca kisah alanna
sangat meruntun hati & menyedarkan bahawa hidup bukan selamanya
akhirat sana yang kekal abadi
subhanallah
al-Fatihah buat adik Alanna...
beruntunglah Ayu kerana ada yg menanti di pintu syurga kelak...
sabar yer...
al-fatihah untuk Alanna Qish bt Syarulniza...
Allahuakhbar..
Mmg sungguh Alanna penghuni syurga. dia akan tunggu kowang berdua kat sana nnt :)
salam..ayu bersabarlah..
sungguh syahdu...kecekalan ayu membuatkan saya berasa lebih menyayangi anak sy dan syukur dgn rezki Allah dan ketentuannya..
alanna amat menyentuh perasaan sy..
al fatihah..
Al Fatihah buat Alanna,
sambil membaca airmata mengalir tanpa henti..terasa rindu sgt pada mia..moga allah kuatkan hati kita yang kehilangan permata hati..tabahlah wahai hati..tabahlah wahai mama alanna..alanna dan mia bahagia sgt disana..
Al fatihah buat Alanna..
saya silent reader blog ayu.. setiap kali logg in tak pernah tertinggal baca blog ayu.. kisah Alanna amat meruntun hati saya.. terima kasih kerana berkongsi cerita suka duka ayu.. I support u..
Ayu..terasa cepat benar masa berlalu. Ina seakan terasa yang Alanna masih lagi berada di sisi kita. Tangan ni masih terasa kelembutan tubuh Alanna..bibir ni masih terasa hangatnya bila ina kucup dahi Alanna.
Sabarlah sahabatku..kami juga terlalu merinduinya..
Ya Allah..sayunya rasa hati membaca setiap bait yg ditulis..terasa...sungguh beruntungnya mereka yg ada peluang ini..
Di dunia memang terlalu sengsara kita menahan rindu kepada mereka..sedangkan mereka disana sedang bahagia..diakhir mereka juga akan menyambut kita..Ya ALLAH sungguh besar kurniaan mu kepada kami..Hambamu..
mnitik lg airmata ini..sedihnya..
smoga Alanna akan mjemput ibubapa nya d pintu syurga nanti..insyallah..
tabah ya mamy&dady Alanna..
alfatihah buat bidadari syurga alanna...
sayu hati ini setiap kali mmbaca kisah yg ayu coretkan..buat ayu cekalkan hati.pasti yer alanna gembira di sana.pasti yer alanna menunggu mumy dan dady di pintu syurga..
air mata ini pasti mengalir bila menatap gambar alanna..alanna begitu istimewa.alanna telah pergi buat selamanya..
sorry awak saya buat n3 awak & memberi sedekah al-fatihah buat arwah alanna....
salam buat ayu... seorang ibu yg tabah...
Untuk pengetahuan Ayu, akak pun baru kehilangan puteri kedua.. cuma yg berbeza baby akak meninggal ketika 8 bulan di dalam kandungan... Ayu bertuah kerana sempat mendengar tangisan pertama Alanna... Ayu sempat menjaga Alanna... tapi akak hanya dapat menatap baby akak yg terbujur kaku... kelahiran tanpa tangisan seorang baby... sesungguhnya semua yang berlaku ada hikmah disebaliknye... itu yang akak pegang.... semoga ayu tabah menjalani hidup ini... akak rasa amat bertuah dapat mengenali ayu walaupun hany di alam maya...
Al-fatihah utk Dik Nun
W'pun hanya mengenali Dik Nun di blog ni, tapi saya rindu utk menatap wajah nya.
Al-fatihah to Dik Nun
I missed this cute little face, have to be here everyday juz to look at her pictures.
Al Fatihah untuk arwah..
kali pertama singgah diblog awak n setiap satu entry saya baca untuk mengetahui cerita sebenar..
sesungguh nya semua dugaan itu ada hikmahnya..tabahkan hati..kuatkan iman.
Allah sentiasa bersama orang yang bersabar..
Perhaps they are not just stars, but rather openings in heaven where the love of our lost ones pours through and shines down upon us to let us know they are happy and await the day we shall be one with them again. My thoughts and prayers are with you and your family.I'm in awe of your strength. May Allah s.w.t shower you and your family with his love and blessings. (Shareeza Faruqui, Kuala Lumpur)
ayu..ada sesuatu yg adex nak bgtau...tp masa x kena....kuatkan semangat utk melalui hari2 yg dtg...ujian dariNya....dugaan kehidupan kita masih jauh,....dekatkan diri kita padaNya...insyaallah kita akan rasa tenang.....
salam..
takziah utk pertama kalinya dtg ke blog awk..
al-fatihah.. terkedu, xterkata... smoga semuanya ade hikmat utk awk skluarga! aminnn...
ayu..sesunguhnya, saya xada pengalaman diuji sedahsyat ini..bersabar lah ayu..Allah sentiasa menduga hamba-Nya yang terpilih. Allah syg kn Alanna..Allah jugak sygkan ayu. dipinjamkan Alanna utk ayu merasakan nikmat menjadi ibu kepada Alanna - yg xkan ada galang-gantinya..ayu harus tabah & cekal dengan dugaan ini, percayalah, ada rahmat yang Allah akan berikan pada hamba-Nya yang bersabar & redha dengan ujian-Nya.
Salam...
Al fatihah untuk adik Alanna...saya sedih sgt bc entry ni.. :(
terima kasih krn share cerita ini, tenang sekejap baca perihal si kecil yg telah pergi..memikirkan anakanda saya yg telah menjadi wildan yg bertuah.
semoga rindu kita selama ini akan berbaloi suatu hari nanti..sabarlah hati.
al-fatihah.
Post a Comment