
Salam,
Walaupun pagi itu hujan, mummy tahu hujan itu RAHMAT.
Walaupun adik tak cakap, tapi mummy tahu adik nak sampaikan salam terakhir dan ucapan terima kasih buat semua yang menyayangi adik..
Walaupun adik nampak tenat tapi mummy tahu, adik tersangat gembira nak balik rumah..
Walaupun adik hanya tidur disaat-saat akhir..
mummy tahu adik dengar dan rasa kehadiran mereka yang menyayangi adik...
Walaupun adik lembik tak sekejang dulu disaat-saat akhir, mummy tahu semangat adik masih kuat dan membara..
Walaupun adik letih tidak berdaya, tapi disaat-saat akhir adik masih mampu menggenggam jari-jemari mummy...
Walaupun tubuh adik bengkak dan kembang dek air drip berbotol-botol, tapi mummy nampak adik seperti chubby dan gebu seperti dulu...
Walaupun adik hanya terlantar, tapi disaat-saat akhir tubuh badan adik harum seperti Kasturi...
Walaupun muka adik cengkung dan pucat, tapi mummy dah nampak sinar 'NUR' yang terpancar...
Walaupun disaat akhir adik nampak tenang, seperti sudah sembuh..tapi mummy tahu ada sesuatu yang adik rahsiakan....
Walaupun detik itu...malam itu...kami menangis berteriak seperti anak2 kecil beramai-ramai... sehingga semua makhluk tuhan sekalian alam mendengar..dan turut bersedih...mummy tahu Allah tetap menginginkan adik...
Walaupun adik pergi dalam pangkuan daddy, mummy tahu adik sebenarnya tidak sampai hati untuk pergi dalam pelukan mummy....walaupun sudah sekian lama mummy menjaga dan menghadap adik semata2 untuk merasai saat2 terakhir itu..mummy redho..
Walaupun Mati itu sakit, tapi mummy lihat adik pergi dengan senyap dan tenang....
sehingga mummy pun tidak sedar adik sudah tiada lagi...
Walaupun mummy tahu..adik sudah tiada..tapi mummy Redho kerana mummy tahu adik telah menjadi Bidadari Syurga...
Walaupun mummy tahu adik tidak puas menyusu di dunia kerana mulut adik sedikit terbuka, tapi mummy tahu adik bakal menikmati air susu yang mengalir dari sungai2 di dalam taman syurga...
Walaupun mummy tahu adik tidak puas mengecapi kenikmatan dunia kerana mata adik sedikit terbuka..tetapi mummy tahu nikmat syurga adalah jauh lebih indah tak terkata..
Walaupun adik derita, adik sakit, badan adik lebam2 bekas jarum...tetapi sewaktu memandikan jenazah adik mummy lihat, Allah pelihara tubuh adik sehingga kelihatan seperti baru dilahirkan...
Walaupun itulah kali terakir mummy memandikan adik, tapi mummy tidak pernah melihat adik setenang itu..seseronok itu...wajah adik lebih ghairah dari abang nadime sewaktu bermain dengan itik2 di dalam basin...
Walaupun mummy tak sempat memakaikan adik dengan gaun2 yang indah dan berwarna-warni, tapi mummy kagum dengan keAyuan adik memakai serba putih..bertudung litup,
menutup aurat untuk pergi mengadap ALLAH S.W.T.
Walaupun mummy terpaku dengan keSUCIan wajah adik, anak perempuan mummy...
tapi mummy tahu adik cuma pinjaman dan tetap menjadi milik ALLAH S.W.T yang hakiki.
Dan...
Walaupun semua saksi menyaksikan keajaiban,keghairahan dan kemanisan adik tersenyum di saat2 akhir adik dikapankan,tapi mummy tidak hairan kerana mummy tahu adik sudah terlihat akan kedasyatannya nikmat syurga dan adik sudah tidak sabar2 lagi untuk kesana.
Anakku Sayang..
Pergilah kau mengadap ALLAH S.W.T...Pencipta mu..dan sekalian alam ini...
Zahir dan batinmu sudah cukup terseksa di dunia ini..
Itulah dugaan yang harus kau tempuhi untuk merasai nikmatnya syurga....
Bergembiralah sepuas-puasnya di samping para bidadari2 syurga yang akan sentiasa menimang mu...
Minumlah susu sekenyang-kenyangnya... kerana dahulu kau sentiasa haus dan dahaga..
Makanlah segala hidangan dan buah-buahan di syurga kerana kau dulu tidak pernah merasa nikmatnya kenyang...tidurmu diulit derita kelaparan...
Doakanlah kami agar dapat bersamamu di rumah yang Allah akan bina untuk kita berkumpul semula di syurga nanti....Mummy bersumpah walaupun mummy tahu diri ini dusta dan hina tetapi kerana Alanna jua mummy bagaikan sudah terasa akan kenikmatan indahnya Syurga, sesungguhnya mummy tidak sabar untuk bertemu Sang Bidadari Alanna Qish mummy yang jelita...Akhir sekali terima kasih Alanna kerana membuka pintu hati mummy yang telah sekian lama terbiar dan usang...
Ya Allah, aku bersyukur kerana kau telah mengutuskan kami seorang PELAWAT DARI SYURGAMU.
Amin.
32 comments :
Ayu, Alanna Qish sedang berbahagia di sana. Pelawat dari syurga itu kelak akan menjadi bidadari yang cantik menanti mummy, daddy dan abang nadime datang padanya nanti. Insya Allah Ayu, inilah yang terbaik, yang benar Alanna Qish inginkan.
Terima kasih Allah kerana mengutuskan Alanna ke dalam keluarga kecil kami, walau jasad dia tiada, namun Alanna dan semangatnya tetap jitu tersemai dihati kami.
Al-fatihah.
Seorang bidadari Syurga Alanna Qish.. Al-Fatihah buatnya.. Ayu, insya'allah dia akan menanti ayu disana.. Menanti papanya.. Dan sekalian yg mengasihi dan dikasihinya.. Kuatkan semangat.. Lahirnya Alanna Qish sebagai utusan drnya kerana dia mengajar kita sesuatu yg kadang tidak kita sedari.. Salam takziah dr Ibu Aqil.. Semoga DOA BUAT ALANNA ini akan sentiasa terus dipersada alam maya.. Kerana DOA buatnya tak akan terhenti..
Salam takziah Ayu..
berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...
Alanna akan menati Ayu si sana...
semoga Ayu sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini... be strong k.. .
Salam takziah..
Saya baru bace sume kisah ALanna..
Ya ..ALLAH..ayu mmg sgt kuat dan Tabah.
sesungguhnya..Alanna Qish mmg insan yg sgt bertuah mendapat ibu mcm ayu.
Semoga alanna tenang DISANA..
amin
salam ayu,
takziah dari saya sekeluarga..
saya faham bagaimana perasaan ayu kerana saya juga pernah melalui pengalaman yang serupa...
tamatlah sudah penderitaan Alana Qish dan berbahagialah dia disamping Penciptanya...Insyaallah dia akan menanti ayu dan suami disana...
banyakkan bersabar dan tabah dalam menghadapi dugaan ini
al-fatihah untuk Allahyarham Alana Qish...
berat mata ini membaca, berat lagi dugaan yang dihadapi ayu sekeluarga.
kami sekeluarga mengucapkan salam takziah kepada ayu sekeluarga. arwah Alanna gembira di sana.
Al-Fatihah~
Takziah buat Pn. Ayu & keluarga ..moga Alanna tenang disana bersama bidadari-bidadari syurga yang lain...
♥Al-Fatihah♥
Ayu..walaupun Alanna tiada lagi di sisi, memori bersama Alanna akan tetap kekal dalam hati ini. Pastinya dia juga tak sabar menantikan Ayu di sana nanti.. Sabarlah sahabatku.. Segala yang pahit di dunia ini akan dibalas manis disana nanti ..
salam...dan salam takziah buat kak ayu skeluarga..
sy br membaca kisah2 adik Alanna Qish..kagum dgn ketabahan kak ayu sekeluarga..walaupun terlmbat mengikuti kisah adik Alanna..tp trasa kisah adik Alanna amat dkt dgn saya..
Allah dah menjanjikan syurga buat Alanna..dia seorang bayi yang berjiwa besar..Al-Fatihah..
al fatihah
tak sempat nak pergi melawat :(
saya pun agak berat menerima hakikat yg Alanna sudah tiada tp saya rasa tenang sebab saya tau, dia berada di tempat yang jauh lebih baik dari dunia ini.
tidur la Alanna.. tidur la sepuas2nya.
Salam, moga ini dapat menggembirakan kalian, tak ingat dapat dari mana....
Apabila kita berkumpul di Padang Masyar nanti, kelihatan ramai kanak-kanak berlari-larian sambil membawa minuman. Lalu bertanyalah seseorang kepada salah seorang kanak-kanak ini, 'untuk siapakah minuman ini? dan bolehkah saya mendapatkannya untuk menghilangkan dahaga di terik padang masyhara?'
Maka kanak-kanak ini pun mejawab 'adakah tuan pernah kehilangan anak sewaktu dia masih kecil? kerana minuman ini untuk ibu bapa yang telah kehilangan anak sewaktu mereka kecil...'
Besarnya rahmat Allah, Dia memberikan kesedihan di dunia dengan mengambil kembali Alanna, tapi dia menjanjikan kelapangan di akhirat nanti... InsyaAllah....
membaca coretan Ayu membuatkan saya menangis..
Ayu seorang yg tabah.
Entry ini meluahkan segalanya.
Alanna Qish, damailah kamu di sana..amin..
berat mata memandang berat lagi bahu memikul.... tenang lah wahai bidadari syurga.....
Alanna Bidadari Syurga...
Coretan Ayu menyentuh naluri keibuan saya.apa pun redha dan sbar atas pemergiannya.Allah hanya memberi ujian utk umatnya yang mampu menharunginya.
Alanna menanti Ayu sekeluarga di sana...percaya lah ada hikmah di sebaliknya.bersangka baik pada Nya.
benar coretan ayu buat airmata ni tak tertahan,
redha la,alanna sudah pun ditempat yang teragung-itu pasti.
syukurlah dengan kehadiran alanna walau seketika,walau derita yang dia tanggung tapi telah pintu hati ayu terbuka,Allah telah hadirkan alanna untuk ayu sebagai hidayah dan hadiah terbaik,insyaAllah.
Saya kagum dengan ketabahan ayu sekeluarga.
Salam Takziah..
Semoga Si Bidadari Syurga tenang disana..amin..
Dia tunggu kau kat pintu syurga ayu. kau bertuah tau..
ayu dan suami insan terpilih untuk merasa semua ini. tak semua dapat. al-fatihah...
salam ayu...
saya amat tersentuh dengan cerita-cerita Alanna. Kisah-kisah ini saya abadikan supaya saya lebih tabah, sabar, kuat, berdoa dan tidak lupa padaNYA...
Alanna bidadari syurga...sedang bergembira disana....
Salam,
Alanna, sampaikan salam aunty kat Ewan sekali ye...
korang kawan elok-elok kat sana dengan Hamiza Izzati, Mariam, 'Ukasyah... okey?
nangis lah mayo...
nangis puas-puas...
hilangkan rasa geram, marah, terkilan...
walaupun dapat 'trial pack baby' tapi baby ni akan bawa air untuk kita kat 'sana' nanti...
yang penting, Alanna dah lepas sakit, lepas seksa. Tader istilah lapaq, dahaga, penat dah bagi dia lepas nie... kita patut rasa bangga sebab Allah pilih kita untuk kandung, lahirkan, susukan bidadari syurga...
kisah alanna menjadikan saya insan yg tabah n kuat menempuh dugaan..insan sekecil ini sudah diduga ...terima kasih sayang berikan auntie kesedaran nikmat hidup didunia,w/pun belum diizinkan Allah utk merasa nikmat sbg ibu tp kekuatan alanna berjuang,menaikkan semangat auntie utk terus melakukan rawatan..
ayu n suami : anda ibubapa yg kuat,terima kasih keran berkongsi cerita..
al - fatihah....
sedih baca entry ni..
Takziah buat Ayu & keluarga..Tabahkan hati ya..
Semoga Bidadari Syurga tenang di sana..
Salam takziah
salam,saya tak kenal puan ayu, tapi kita bersaudara kan. saudara seislam, ats dasar itu, doa sentiasa daripada saya. Takziah.
sungguh syahdu bicara dari seorang ibu yang telus dari hatinya.
Al-Fatihah utk alanna
bidadari syurga, tenanglah engkau DISANA...al fatihah
Salam Takziah Ayu,
Tenanglah mu di sana Alanna Qish.. Saya mengikuti dari jauh perkembangan Alanna, terharu & sgt kagum dgn kekuatan serta ketabahan Ayu mengharungi semua ini.. Kekuatan Ayu menyuntik rasa kemanusiaan dlm jiwa setiap yg mengikuti kisah Alanna..
Saya teringin bersua wajah dgn Ayu & famili, ada satu rasa mengikat saya dgn famili Ayu sepanjang mengikuti kisah Alanna..:)
Byk2 selawat..
Fa Yahya - UK
:( tak tercoret dan terluah kata2 kerana arwah masih diingatan.
salam takziah buat ayu dan keluarga. walau pun baru hari ni saya terbaca tentang anak ayu, saya rasa sudah lama mengenalinya... bayi yang comel buat penyejuk hati... banyakkan bersabar yer... dari yang saya baca, ayu memang seorang yang KUAT... semoga apa yang ayu lalui selepas ini menjadikan ayu yang sabar menghadapi ujian dari Allah...
ayu.....x terkeluar kata2 utk diucapkan...hnaya air mata yg mengalir tatkala membaca luahan hati nih...
Ya Allah...ko kuatkanlah semangat sahabat ku ini...
Speachless ... tak mampu untuk diluahkan dengan kata2 .. Semoga Ayu sekeluarga tabah ..
Salam Ayu,
Kakak ni pembaca setia dari jauh, Sejak kakak baca blog ini, kakak selalu doakan agar Allah sentiasa memberi kekuatan kepada Ayu sekeluarga. Kini, semuanya telah berakhir. Al-Fatehah untuk Alana, Ucapan takziah untuk Ayu dan suami. Sungguh berat dugaan Allah dan juga pengorbanan Ayu dan suami. SubhanaAllah Ayu dan suami sangat tabah dan sabar menghadapi semua ini. Di dalam Al-Qur'an, Allah telah menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk orang-orang yang redho, tabah dan sabar menghadapi dugaan. Moga hari-hari depan Ayu sekeluarga lebih cerah dan di kurniakan cahaya mata satu, dua atau tiga lagi buat pegubat hati Ayu, suami dan Nadime.
Ameen.
Takziah, kakakpun dah rasakan kehilangan dan kesedihan itu. Amat memahami perasaan seorang ibu yang kehilangan anak tersayang. Semuga rohnya aman di sana. Amin.....
Post a Comment