About Me

My Photo
Cinta kau dan aku Takkan mungkin bersatu Untuk saat ini di dunia ini Mungkin kita bersama Nanti di atas sana Biar ku setia menjaga cintamu Selamanya

Friday, January 15, 2016

Selamat datang adik Alanna

Assalammualaikum....
1 December 2015 / 19 Safar 1437 Alhamdulillah....hari baby Syamel Mateen menjengah dunia...
Baby Mateen nak wish Terima kasih di atas doa semua!!



Setelah lama adik dan mummy bertahan, 
pada mulanya 3 September 2015, mummy alami pendarahan yang banyak, dan kami semua bergegas ke hospital. Hati dan perasaan ni mula risau, ini saja harapan kami sebagai pengubat rindu pada alanna selepas 5 tahun dia pergi.

7 September 2015



Syukur, syukur...syukur... Alhamdulillah... praise to Allah...today mummy dah boleh discharge together with adik ..yes with adik yang masih active dalam perut ni... Mummy rasa bersyukur sangat2 after the nightmares we've been through... he's such a strong baby!!! I was in hospital for 4 days, so happy to be back home now with MC and strictly bedrest ~ but, somehow I feel like a ticking time bomb waiting for the next bleed... i'm hoping it will not ever happen to us again....ever (touch wood) 😢😢😢😢 So, this is my first time pregnancy with low lying placenta (pp4) & i just can't wait for each week to pass by and tick off...i really need to stop googling about PP since the stories are scariest like hell!!! Hang in there adik!!! 15 more weeks to go...Hope we both will have a smooth journey till delivery time.... Insyaallah!. Thanks pada semua yang wasap, msg, called & mendoakan 😀

#placentapreviatype4 #pregnancyjourneys #lowlyingplacenta

16 December 2015




Thursday, January 7, 2016

Doa ketika anak sakit

Anak merupakan harta yang paling berharga untuk hidup kita dan anak juga merupakan rezeki yg paling besar yang diberikan oleh Allah Swt. Namun ibu bapa biasanya akan susah hati ketika anak yang disayngi didatangi sesuatu penyakit.
Jika mereka sedang jatuh sakit, maka kita sebagai orang tua sangatlah khawatir dan selalunya bingung harus berbuat apa jika mereka (anak) tidak sembuh atau penyakitnya berpanjangan.

Bacaan doa yang boleh dibaca dan diamalkan ketika anak sedang sakit selepas selesai solat.

Di sebutkan nama anak sebelum membaca surah 
Al-Fatihah sebanyak 3x




Diikuti dengan bacaan doa



”’ Hilangkan lah penyakitnya, wahai Tuhan manusia. Berilah kesembuhan kerana Engkaulah penyembuh segala penyakit. Tiada kesembuhan kecuali kesembuhanMu yaitu kesembuhan yg tidak meninggalkan penyakit ”’.

Semoga ia bermanfaat untuk kita semua.

Thursday, September 10, 2015

Gotcha!!!

Knock!
knock!
knock!

Yes! Akhirnya berjaya jugak hacked blog sendiri akibat bertahun lupa password.

Alang2 kita bagi pantun satu...

Tuai padi antara masak...
Esok jangan layu-layuan...
Intai kita antara nampak..
Esok jangan rindu-rinduan....

Sapa windu angkat tangan... 😂😂😂😂




Saturday, June 22, 2013

Adrenaline rush in Langkawi.

Salam semua...mak ai bersawang dah blog ni....:P

Yer i tahu...huhu...siapa yang tak pernah pergi Langkawi kan??? ....
Tapi  I memang tak pernah, Nadim tak pernah, daddy pun tak pernah.. 
this is our first time there.
Kira normal lah tukan kalau pergi Langkawi, mesti pergi pantai Chenang, Dayang Bunting,  Underwaterworld, Cable car.. kira macam tuh tempat Langkawi Most Wanted lah kan.. 
tapi we all lain sikit... we all pergi sebahagian je dari tempat tuh... Beras Tebkar, Makam Mahsuri tak pergi, malas sangat nak pergi round2 tengok2 jer....sebab tujuan utama kami pergi sana untuk buat  something else..Yehaaaa!!! 

I think it is no need for me to story the mori.. satu persatu lah k... 
but very the down, down there i've got something to share with you guys.. 
especially for those who loves Adventures and extreme sports!!!! :))







And finally.........The Most  Memorable Adventure Holiday @ Langkawi..:D


Adrenaline Rush in Langkawi.

Dear, Matured Trees, Ropes, Gloves,Cables and Heights...
I don't know where to start...
 I know i hate the feelings, but deep inside U know i love the feelings.
Even more that i hate it.
First i was nervous, "OMG, do i really need to do this????!!!"'
My palms become sweaty, i get cold and i'm shivering.
Ya Allah, my legs and my thighs are cramping very bad.
And then its hits me.
I sit for a while, at the top of the green leaves.

Thinking.
But there's no TURNING BACK.
My hearts lip into my throats.
And i can feel the wonderful sounds of throbbing in my ears.
Suddenly the world slows down for that brief moment, 
but my hearts triples its speed up to catch up with time.
I don't wanna make any mistake.
I'm not committing suicide.
......

Then slowly,my feet touched down to reality, 
My normal life, 
I felt free and i felt amazed that i still survived, 
and i actually had the courage to do that. 
I did it. I really did it.

The feelings of Flying Fox & Abseiling.

Luv's,
Mummy


Sunday, June 2, 2013

Hati kering...

 Kadang-kadang, mumy rasa macam nak menangis, dan airmata ini pasti akan turun tak henti- henti. Kesedihan dalam hati ini telah  menguasai diri mumy dan ia seperti  memakan jiwa mumy dari dalam. Tapi, telah banyak yang mummy tangiskan sepanjang 3 tahun menempuh kehudupan ini, dan airmata itu seperti tidak boleh keluar lagi.. Mumy sangat berharap airmata yang dikandung ini dapat dizahirkan dengan mudah seperti waktu waktu sebelum ini...kerana itu dapat membuat mumy merasa lega. Namun apabila kesedihan sudah menjadi sebahagian dari hidup ini, maka menangis itu bukanlah lagi perkara yang mudah untuk dilakukan. Hati sudah kering... Begitu juga dengan airmata.  Jika dulu tidur berteman airmata, kini selalu tidur berteman hati yang kegelapan. Mumy benci perasaan seperti ini.    Mumy berharap sangat dapat menangis kuat-kuat ketika ini..tapi segala- galanya kering dan tiada apa lagi yg dapat mumy tangiskan... Mumy sudah tidak mampu lagi membasuh wajah ini dengan airmata.. Sebaliknya jiwa mumy yang menangis perlahan...lahan, tak siapa yang dapat mendengarnya...kecuali mumy.

Wednesday, May 8, 2013

Perkara kecil.....


Dearest...Followers,


Dalam hidup ini, terlalu mudah dan terlalu banyak yang boleh diperkatakan tentang kehebatan, 
trend masakini yang melanda. Lihat sekeliling kita, ada yang sudah menjadi rutin harian memaparkan 
kemewahan yang besar lagi extravaganza atau pula  kasih sayang romantis yang tiada batasnya.
Siapalah agaknya  yang tidak suka merasa teristimewa atau "im over the top kan?"
 Tapi hati-hati kita takkan sedar bila terjadinya takbur...
maafkanlah sekiranya ada kata-kata mummy selama ini 
pernah mencuit sedikit hati dan perasaan semua...

Tapi, satu perkara yang buat mummy sedar, dari waktu ke waktu ialah 
jangan hanya mengharapkan yang besar sehingga  terlepas memandang 
perkara yang kecil, hal yang remeh, adakalanya perkara-perkara biasa sahaja
sudah cukup untuk membuat orang yang kita sayang tersenyum.
Seperti? Seperti Nadime yang selalu membalut pemadam pensil dengan 
cebisan suratkhabar dan menghadiahkannya kepada mumy setiap kali 
menjemput mumy dari tempat kerja...:))

Adakalanya, perkara yang paling kecil, mudah dan langsung tidak memerlukan 
usahalah yang benar-benar dapat membuat sesuatu perhubungan itu kekal selamanya. 
Tapi kita lebih suka bersusah payah untuk memberi dan mengharapkan
sesuatu yang lebih besar sehingga yang kecil itu dilupakan begitu sahaja.

Kebendaan itu memang hebat, tapi bunga....bunga itu akan mati. 
‘Candle light dinner’....akan habis dimakan. 
Barang kemas akan hilang ......atau putus. 
Penulisan... akan dibaca dan mungkin juga dikecam.

Tetapi kata-kata yang ikhlas, di waktu mummy amat memerlukan, 
tidak pernah akan hilang nilainya. Sokongan yang sebenar, terutamanya ketika 
diri mummy hilang kepercayaan pada diri sendiri..... tidak akan mummy lupakan.
Harini buka blog, scroll kebawah lihat masih ada followers,
followers yang pernah mendoakan Alanna.
Terima kasih followers, mummy tak pernah sangka doas ini akan kekal.

Entah apa lagi yang menarik disini?
setelah hampir 4 tahun menulis cerita yang sama,
Yang menarik pastinya, bukanlah mummy, 
barangkali Alanna…. kehadirannya masih terasa.

 Jaga diri semua.......:))


-Luvs, mummy-

Tuesday, April 16, 2013

Alanna's Tree

 
 
I think that I shall never see
A poem lovely as a tree.
A tree whose hungry mouth is prest
Against the earth’s sweet flowing breast;
A tree that looks at God all day,
And lifts her leafy arms to pray;
A tree that may in summer wear
A nest of robins in her hair;
Upon whose bosom snow has lain;
Who intimately lives with rain.
Poems are made by fools like me,
But only God can make a tree.
 
~Alfred Joyce Kilmer

Thursday, January 24, 2013

Hakikat menjaga anak yang sakit.....



Assalammualaikum, saya bukanlah seorang mummy yang mempunyai anak ramai, tidak pula seorang pakar dalam membesarkan anak-anak. Namun setelah hampir 5 tahun menjadi ibu kepada Syafil Nadim dan 9 bulan 10 hari kepada Alanna qish, satu kesimpulan yang mummy dapat buat disini adalah ; 

Menjaga anak-anak adalah mudah, sehinggalah mereka jatuh sakit.

Sebagai ibubapa, kita tidak dapat lari dari tekanan jika anak kesayangan kita jatuh sakit. Tidak kiralah sakit kronik ataupun hanya batuk dan demam, yang pastinya anak kita amat memerlukan kita lebih dari dia memerlukan mainannya, susunya, ubatnya, penjaganya, ataupun bibiknya. 
Ia, dia memerlukan kita, Ibunya.

Lebih-lebih lagi jika sakit yang dihidapi anak itu adalah kronik, dan mengancam nyawa, maka tekanan yang akan diterima oleh ibubapanya adalah 10 kali ganda.Tekanan yang dialami, kerana mempunyai anak yang sakit, adalah berbeza beza bagi setiap ibubapa. Adakalanya tekanan itu membuat kita marah kepada anak kita yang sedang sakit. Ya, ia memang berlaku .Benar-benar berlaku kepada mummy. 

Oh, common, mummy bukanlah malaikat, mummy bukanlah Supermumy...........  mummy tidak akan menceritakan perkara yang baik-baik sahaja.....hanya untuk menunjukkan diri ini sabar, tabah, diuji..mummy insan terpilih.....bla..bla...bla... and so on and so forth.....boleh pergi jahanam dengan semua kata puji-pujian itu.

Adakalanya, jiwa menjadi tidak tenteram ...lantas kemarahan dilepaskan. Sudah tentunya ia bukan salah mereka, tetapi ia memang adalah satu sifat manusia yang suka mencari seseorang untuk dipersalahkan, Bukan??  Please admit it.

Menjaga anak yang sakit, boleh membuatkan kita  rasa seperti 'terkena' , kita rasa seperti hidup dalam kesusahan, dan ia juga seperti sebuah longkang besar yang akan membuat kan kita jatuh dan terjerumus ke dalam masalah seperti  masalah peribadi, psikologi dan kewangan. Ia juga boleh meletakkan satu tekanan yang besar kepada hubungan kita suami isteri, kerana begitu banyak tenaga yang harus dicurahkan terhadap anak itu tadi sehinggalah tiada lagi masa untuk kita berikan antara satu sama lain.
Hasilnya: kedua-dua ibu bapa terasa diabaikan...........
Lebih malang lagi jika ada perasaan menyalahkan pasangan kerana keadaan anak di ketika itu............. 

Hidup seperti di dalam neraka, walaupun tak pernah rasa api neraka, sentiasa berendam airmata. Cabaran yang baru setiap hari, namun yang manisnya tetap ada,  yang tersangat manisnya adalah apabila adanya Ujian penyakit, maka adalah peluang untuk kita temui satu kekuatan dalam diri yang tidak pernah kita ketahui dari mana datangnya......sebelum ini.

Percayalah semuanya mampu kita lalui jika kita sentiasa merasa rendah diri pada Qada dan Qadar Allah....

Semalam mummy menerima satu mesej dari seorang ibu...nama dirahsiakan lah yer.

"Salam, saya nk tumpang tanya, mcm mana akak divide masa between keje n jaga anak yg sakit? Really need ur guidance sbb anak critical broncholitis, tp keje kat opis pun byk n xde org lain yg blh backup. Thanks eh"
Waalaikumsalam, haha, dah rasa macam kolumn Cik Siti Wan Kuncup pula yer, mummy boleh nak bagi pandangan tp berdasarkan pengalaman dan situasi mummy lah yer...walaupun anak kita sakit namun berkemungkinan,  situasi kita tak sama. Yang samanya adalah, kita sebagai ibu yang bekerja.

 Masa mula-mula tahu adik sakit dulu, sebelum confirm dan kritikal, mummy masih menghantar dia dan Nadime ke rumah pengasuh yang memang jaga mereka sejak dari usia 2 bulan lagi. Alhamdulillah pengasuh yang mereka panggil mama ini, sangat bertimbang rasa dan pendek kata memang dia menjaga anak-anak mummy seperti anaknya sendiri.....

Tapi sebaik sahaja sakit adik dikesan dan dinasihatkan agar dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan pemerhatian, mummylah yg harus menemaninya bukan? Jadi mummy pun ambil Emergency leave.
Sebelum tuh MC tak payah ceritalah kan, saya lah ratu MC kat office tu, yerlah kalau dah tak tidur bersengkang mata selama 2 hari jaga anak sakit, maunya tak flat?? Kalau nak cakap pasal kerja di office memanglah sampai kiamat pun takkan habis dibuatnya. Orang memang boleh cakap, nak cakap apa cakaplah yang sakitnya anak kita bukan anak dia.... Dia belum kena lagi....cuba kalau dah kena.

Tapi Alhamdulillah sebab officemate semuanya memahami. Masakan tidak memahami lagi, sebab hampir lebih sebulan mereka nampak mummy berendam airmata dekat office, setiap hari sambil buat kerja mata merah menangisi nasib yang menimpa adik. :(((..kat mana lagi kalau bukan dalam kubikal kecik office yang terletak di penjuru tingkap.
Seminggu lebih adik dekat HSB, lepas tu adik kena transfer dekat HKL untuk rawatan yang lebih terperinci.
Kesihatan adik semakin merosot, mummy terus draft surat minta cuti tanpa gaji selama sebulan. Alhamdulillah approved. So bermulalah hidup mummy dengan adik di HKL aka rumah kedua kami.

Walaupun time tu hidup kami susah, kerana daddy seorang yang bekerja, namun Alhamdulillah, makanan yang dibekalkan oleh Hospital sebanyak 4 kali sehari, dapat menyelamatkan mummy dari mati kelaparan. Mummy tak pernah komplen masakan hospital kerana mummy tahu itu semua setimpal dengan apa yang mummy bayar dan juga sebab mummy tak pernah berkesempatan untuk menikmati makanan yang dihidangkan , selalunya mummy akan makan cepat-cepat, curik-curik masa ketika adik tidur. 

Nadime pula, kami terpaksa hantar ke kampung kerana daddy tak sempat nak berulang alik jenguk kami, dan Nadime di rumah pengasuh. Biarpun hidup di Hospital Kerajaan aka hospital murah dan ala-ala setinggan bagi setengah orang,  namun hati mummy tenteram kerana tidak perlu memikirkan hal-hal berkaitan kerja lagi. Time tuh mummy bisik kat telinga adik, : "Adik... im all yours!!!! " adik pun sengih walaupun senget sikit....hehe (rindunya kat adik.........!!!!)

Orang kata apa sudah jatuh ditimpa tangga??  ha yang itu pun kami pernah alami... Daddy pulak kena terminate kerja last minute sebab company yang dia kerja tuh diishtihar bankrupt. Sakit hati tak? Eh tak, suka-suka......sebab daddy boleh duduk disamping kami setiap masa....:)) Pagi- pagi daddy dah sampai kat hospital, bawakkan mummy Nasi Lemak Antarabangsa....:P kenangan sungguh. Laki bini tak ada kerja pun, masih boleh rilek lagi kan...yang penting kami masih dapat lihat senyuman adik setiap hari..... kami pun menghitung hari.... pasal bil hospital tak perlu risau sebab tak mahal pun... sehari tak sampai 20 ringgit pun.

Itulah yang mummy cakap situasi kita berbeza, kami duduk hospital murah jer, sebab tu tak perlu fikir pasal bil harian or caj-caj lain..... walaupun kami tak kerja. Kalau duduk hospital swasta dan tidak ditanggung insurance...kena pikir 2-3 kali jugak tuh nak ambil cuti tanpa gaji kan? Tapi kalau-kalau rasa cik abang boleh tanggung, mummy nasihatkan ambil jer cuti tanpa gaji sekejap.............walaupun sekejap perasaan tu indah sangat-sangat.

Tuh yang setiap petang masih dapat nyanyi dodoi2 adik, atas katil..sikat-sikat rambut adik, buat tocang.. kenangan terindah sangat-sangat. Duit simpanan yang ada sikit-sikit masih mencukupi, alhamdulillah dapat pulak kami guna untuk survive dan beli mesin suction adik, biarpun yang bukan brand  mahal..... Dapat bawak adik berubat ke Pahang, ke Melaka, ke Kelantan, ke Johor....sana sini kami pergi.

Kawan-kawan yang datang pun semua sangat murah hati, bila salam mesti ada rasa kertas dlm genggaman... walaupun rasa malu dan hina, kerana sedar tangan yang memberi adalah lebih baik dari yang menerima, namun kami tahu itu adalah rezeki adik.... roda itu kan sentiasa berputar ada masa kita dibawah, ada masa kita diatas. Itu semua rahsia Allah.

 Yang penting kita bersyukur, redha, Allah pasti tunjukkan jalannya.....walaupun bengkak bengkok. 
Lepas sebulan, mummy tambah sebulan lagi cuti tanpa gaji..... sebab mummy tahu tiada siapa yang dapat jaga adik dengan baik kalau bukan mummy...Alhamdulillah time tuh daddy dah dapat kerja kat tempat baru.
( kan mummy dah kata kat daddy, jangan risau kerja boleh cari, tapi saat-saat indah bersama adik??? takkan dapat diulang lagi. ) 

Adik pun dapat balik rumah, sambung rawatan dekat rumah jer, makan ubat, tapi sakit adik tak de ubat....adik makan ubat untuk melambatkan proses kemusnahan jer....:((  mesin susu semua boleh pinjam dari hospital....so tak ada masalah kan? Yang menjadi masalahnya satu jer.... adik... kesihatan adik semakin merosot....adik makin kurus....sebab doktor pun dah cakap kat mummy, jagalah adik baik-baik....selama mana yang boleh..sebab adik memang takkan boleh lama lagi........:((

Tapi, walaupun takdir hidup adik dah ditakdirkan macam tuh, namun mummy rasa puas, sebab dapat jaga adik selama adik sakit, setiap hari mummy bangun, sebelum buang tahi mata mummy dah terkejar-kejar buat susu adik....... walaupun mulut mummy kadang-kadang membebel-bebel tak tentu pasal.... namun semua yang mummy buat ikhlas untuk adik..... sampailah adik menutup mata di depan semua ahli keluarga terdekat.
Ternyata apa yang mummy buat selama ni berbaloi..................sedikitpun mummy tidak sesali....
 
So, dear, fikirlah masak-masak... banyak yang perlu diambil kira sebelum membuat sesuatu perkara.  
Kalau mummy , mummy memang tak boleh buat 2 perkara yang melibatkan perasaan dalam satu masa..... nanti mummy yang merana....tapi apa pun keputusan u, mummy tahu itu yang terbaik, kerana hanya u yang tahu kondisi anak u dan pastinya setiap ibu mesti lakukan yang terbaik untuk anak dia.....kan...

So, i doakan u dengan anak u sentiasa dibawah lindungan dan kasih sayang Allah SWT... Semoga hari-hari yang akan mendatang akan menjadi lebih baik dari apa yang u alami semalam....semoga anak u diberi kesembuhan, agar hilang segala resah seorang ibu.......hanya seorang ibu yang mengerti resah seorang ibu.

Amin.


I purposely pakaikan my two babies ni simut yang sama...hiihihi....  
Simut tu ada lagi i simpan..untuk anak-anak i yang akan datang...............:))
Cant wait!!!

Followers